Followers

Wednesday, August 25, 2010

Nak Tak Nak

Ape yang aku patut buat hujung minggu ni adalah:

1) Membuat hamper untuk customer
Ni sebab company aku hanya sponsor kuih tart 8 biji & 4 biji sahaja untuk bagi pada customer. Sangat la kede..customer lak dalam satu lab tu ada 10-15 orang..tak kan nak bagi sorang satu biji je kot kan..nak tak nak kene la sponsor sendiri..tapi tak banyak la..aku cadang nak buat dalam 4-5 hamper je..

2) Membeli baju raya
Aku rasa tahun ni la raya aku paling ntah ape-ape..aku dah hantar kain untuk tempah since sebelum puasa tapi sampai hari ni makcik tu dok tanye2 fesyen camne aku nak buat..last2 aku rase baju aku tu tak siap la kot..nak tak nak kene beli gak baju raya sendiri..adooii..nasib kasut raya dah beli..tapi tudung, handbag..tak beli lagi..maybe kene beli yang wajib je sebab budget constraint.

3) Bayar Zakat
Tahun ni dah cakap kat mak aku nak bayar zakat sendiri..konon cam dah berkemampuan..selalu bapak aku yang bayar kan..hihi
Tapi problem nye aku malas sangat nak gi tempat zakat tu nak gi bayar..huhu
Plus aku cadang nak bayar zakat pendapatan sekali tapi tak tau nak kira camne..so nak tak nak kene gi gak kat Kaunter Zakat tu untuk keterangan lanjut..

4) Buka Puasa Bersama Ran
Yeah!! Yang ni aku suke sebab nak gi buka puasa kat Oshima Japanese Restaurant kat Seksyen 26 esok..
So, nak tak nak kene la pergi kan..lagipun murah je..buffet steamboat = Rm15/pax je..
Dan janji esok aku puase sebab dah 6hari tak puase atas sebab2 yang dibenarkan..=p



Malynn:)

1 comment: