Followers

Sunday, October 24, 2010

Restoren Sukhumvit, Kg. Baru


Haa, selalu asyik review kedai-kedai kat Shah Alam kan..ni kite tukar gi tempat lain lak..

Disebabkan kelas habis awal hari Sabtu hari tu, so aku dan En H gi dating jap..ahaks..=p

Pastu En H introduce tempat makan ni..1st impression aku bile tengok kedai ni ialah ROMANTIK..hihi..
Sebab decorationnye cam dalam taman dengan kerusi putih, ade bamboo tree gak..restaurant in the garden theme kot..
Ape pun memang sesuai la kalau nak dinner dengan partner korang or datang ramai-ramai dengan family pun best gak..

Tentang pilihan makanan lak, banyak pilihan dan specialty kat sini ialah masakan Thai..

Menu

Malam tu, aku order Nasi Goreng Kapraw as suggested by En H, Tom Yam Sukhumvit (sedap sangat), telur dadar raja (something different with delicious taste) dan nasi putih serta air carrot susu (ni kurang sedap)..

Harga kat sini sebenarnye sangat berbaloi dengan ape yang diaorang bagi..tak percaya??..

Tengok kat bawah ni:

Tom Yam Sukhumvit (RM5.00) - penuh dengan macam-macam seafood..
kalau kat Shah Alam mahu RM10.00

Telur Dadar Raja (RM8.00)
Telur dadar+minced chicken+ sos yg sedap+etc..daun tu daun selasih just to cover the egg..

Nasi Goreng Kapraw (RM5.00)
Sedap dan banyak sangat..

Overall aku bagi restoren ni A+..see..susah aku nak bagi gred ni..tapi restoren ni dapat..hihi..memang best dan nak datang lagi..^_^
Kalau nak datang aku tak ingat direction sangat tapi boleh ajak aku pergi sekali..cari jalan sama-sama..=p

Saya yang happy kekenyangan dan excited dapat tengok KLCC dari sini..=p


Maynn:)

No comments:

Post a Comment