Followers

Sunday, January 15, 2012

Nasi Lemak Di Hujung Minggu

Sebab dah jadi surirumah tangga separuh masa, jadi hujung minggu kan ada banyak masa sikit..jadinya, mula lah memikirkan menu apa yang tak pernah masak dan ambil masa lama sikit..sebab banyak masa ni..

Nak keluar pun, sejak kahwin ni duduk di rumah adalah lebih membahagiakan berbanding keluar berjalan-jalan..kalau keluar berjalan-jalan tak sampai 2 jam pun, otak dah fikir nak balik rumah balik..baik tengok tv baring-baring..lagi syok..

Jadinya, menu pilihan adalah nasik lemak..first time ni masak..selalu makan je mak masak atau beli je kat kedai..senangggg..

Nasi Lemak

Ikut cara mak saya..



Resepi:

2 cawan nasik
2 1/2 - 3 cawan air + santan..agak-agak sampai nasik masak
Letak serai
Garam sikit

Padan kan dengan....

Sambal Ikan Bilis

 Resepi:

Ikan bilis -  ikut suka nak goreng dulu ke atau nak masuk terus
2-3 sudu cili boh
2-3 biji bawang kecil - tumbuk
Serai sikit - tumbuk
Tambah gula, garam, air limau atau asam jawa sikit

Tumislah bahan tumbuk dan cili boh sampai pecah minyak..masuk garam, gula, air asam, air..bagi masak & pekat..masukkan ikan bilis..
Siapppp..

Rendang Ayam

Ni saja nak try dan tambah lauk sedia ada..resepi lupa..


Ni pulak regular customer dekat meja makan saya..suka tak suka..sedap tak sedap, makan jugak..penat tau masak..huhu


Malynn:)

No comments:

Post a Comment