Followers

Tuesday, October 16, 2012

Backdated Story: Bersalin

Adam Zhariff

Haha..3 bulan dah bersalin, baru nak update..
Sebenarnya nak update cerita semasa tapi kena lah update cerita lama-lama dulu..
To back on track, aku update pasal bersalin dulu..

6/7/2012
Dalam pukul 1pagi macam tu, keluar show (darah macam period) tu sikit..on the same time aku tengah baca review pengalaman orang bersalin dekat internet..terus gelabah..tapi cool down dulu..husband aku tengah tido dekat bawah..aku kat atas time tu..just inform dia..dia tanya nak pergi hospital ke..aku tak rasa sakit pun..jadinya, aku cakap tunggu sakit baru pergi..

Bangun pagi, dalam pukul 10pagi baru gerak dari rumah..tu pun kitaorang sempat pergi Jayati dekat seksyen 17 sebab aku teringin nak makan mee rebus..nanti dah pantang, tak boleh makan..huhu
Sampai PPUM dalam pukul 12tghari..tunggu lama gak la sebelum aku dapat bilik..masa tu pun banyak dengar suara baby baru lahir..lepas sorang-sorang nurse usung baby..
Nurse kat situ tanya, "dah sakit ke?"..aku cakap tak sakit tapi dah keluar show dari pukul 1pagi..siap ada sorang nurse tu sound "alaa, mesti lambat lagi nak bersalin tu..keluar show je..bagi bilik kat orang lain dulu.."..bengang je aku..siap aku cakap " kalau tak nak bagi bilik tak pe..saya balik je dulu.."..

Hari tu, hari Jumaat..lama sangat tak dapat bilik, husband aku pergi solat Jumaat dulu..masa dia pergi solat tu, aku pun dapat bilik..terus aku lost contact dengan dia..aku just sempat SMS cakap aku dah masuk bilik bersalin dah..ingat dapat jumpa..langsung tak dapat..dah transfer ke wad tu baru jumpa..

Lepas tu, doktor datang check dah buka berapa cm..dia tengok aku relaks je..tak sakit..sekali check dah 5cm..nasib aku tak balik rumah balik..aku siap tanya doktor tu "Betul ke doktor?..nape tak rasa sakit pun..kiranya nak bersalin dah ke?.."..doktor cakap, "ye, get ready for deliver in 5 hours"..

Aku nak jumpa husband aku..tapi tak boleh masuk..barang aku pun, nurse yang passed pada dia..

Lepas tu, doktor dah pecahkan ketuban..dan aku pun dah start sakit..sangat sakit ok..

Nasihat aku, siapa-siapa nak bersalin kat PPUM haruslah bertabah..sebab husband tak boleh masuk..sorang-sorang lah ko sakit kat situ..doktor pelatih sangat la ramai..asyik-asyik tanya soalan yang sama lepas sorang-sorang..nasib aku cool..kalau tak memang kena maki je budak-budak tu..

Sebab aku dah buka 5cm, jadinya aku dah tak boleh pergi toilet..semua kencing berak kat atas katil..
Tapi aku tak berak pun..

Jadinya, dalam azan Maghrib doktor-doktor dah start suruh puss..kepala baby dah nampak..oh ye, aku ambil epidural..jadinya aku tak rasa sakit sangat..aku siap boleh tidur lagi..nak puss pun aku tak reti..sampai lah masuk Isyak..doktor vacuum anak aku sebab dah lama sangat stuck tak keluar-keluar..
Masa tu ada 4 doktor tak silap aku..3 pelatih, 1 doktor betul..diaorang siap bersorak-sorak suruh puss..nak ketawa pun ada..hahaha

Maka, dalam pukul 8.25pm..selamat la keluar baby aku yang seberat 3.48kg tu..nurse letak atas dada..ok, first aku tengok hidung dia..sebijik ayah dia punya hidung..terus aku give up..hahaha..

Kemudian, as usual..kena jahit la kat bawah tu..sakit nya la..bertabah lah..lagi sakit dari bersalin..hihi

Dah settle semua, aku dibawa ke tingkat 6..dapat katil..tak lama lepas tu diaorang hantar baby dekat aku untuk susu..ok, sebenarnya diaorang bagi baby dekat aku untuk jaga terus..aku pening lagi masa ni dan tak larat nak buat apa..tapi nurse dah bagi baby..nak tak nak aku bertabah jaga baby masa tengah mamai dan tak tau apa-apa..nasib baby tak meragam..ni satu lagi nasihat kalau bersalin dekat PPUM..bertabahlah jaga baby korang sendiri..kalo korang C-Zer pun diaorang still suruh jaga baby sendiri..

Esok tu, ramai lah orang datang melawat..aku tak cukup rehat sebenarnya..muka memang sememeh..anak aku berak pun aku tak tahu nak tukar pampers dia macamana..nak bedung dia pun aku tak reti..nasib akak sebelah katil aku ajar..yelah, aku anak first kan..dia dah no.3..yang aku stress sangat, mak aku duduk call2..cakap macam-macam tapi dia tak nak datang..at least kalau ada orang handle anak aku, aku tak la stress..dan boleh la rehat..nasib aku tak meroyan kat hospital tu..

Aku kena tahan 3 hari 2 malam..penat sangat..sebab baby dah start meragam nak susu..dan susu aku tak ada sangat lagi..nurse pulak buat tak tau..nasib aku tak bagi je susu kotak coklat Dutch Lady kat anak aku..sebab susu tu je yang ada kat aku..hahaha..oh, lagi satu..kat PPUM tu tak boleh orang jaga korang..hanya boleh datang masa melawat je..bertabah la lagi ye..

Pas check semua, hari Ahad, kitaorang keluar hospital terus balik Besout..aku suruh husband aku packed barang-barang penting je dulu..balik kampung terus aku passed baby aku kat mak aku..aku mandi, makan dan tidur sepuasnya..baru aku dapat rehat..

Aku berpantang 2 bulan kat Besout..lepas raya baru balik sini..routine pantang aku diatur oleh mak aku..hasilnya aku kurus la jugak dari 1st day aku bersalin..hihi..baby pun dah besar dah..nak pandai agah-agah dan mengiring..tak tahu bila nak meniarapnya..

Sebenarnya banyak nak taip tapi malas lak..jump je la story sikit-sikit..
P/S: Sakit bersalin tu memang sakit..tapi tak adalah aku serik.tapi lagi tak ada lah aku nak beranak kerap-kerap dan ramai-ramai..insyaAllah, paling ramai pun 3 orang je..sebab penat jaga budak kecik ni..hahaha..dan satu lagi..kalau nak beranak lagi, aku make sure kan aku ada duit yang cukup untuk beranak dekat hospital swasta..supaya aku tak perlu melalui pengalaman macam ni lagi..memang la orang cakap bersalin kat mana-mana pun, sakit jugak..tapi kalau dapat keselesaan, sakit tu kurang la sikit kot.. : D

-Malynn-

No comments:

Post a Comment