Followers

Monday, February 27, 2012

Puding Triffle

Aku tahu dah ramai pandai buat puding triffle ni tapi aku baru nak cuba buat..
Lagipun senang je step-step nya..barang pun senang nak cari..


Mula-mula susun swiss roll dalam loyang untuk dijadikan base or first layer..
Make sure semua lubang-lubang tu ditutup dengan cebisan-cebisan swiss roll untuk make sure ianya mampat dan tak bocor..

Untuk 2nd layer, masak kastad bersama susu cair, gula & air..bagi meletup-letup..
Lepas tu tuang atas swiss roll tadi..


Kemudian letak la buah-buahan yang disukai..boleh letak peach, strawberi, mix fruit etc..


3rd layer, masak agar-agar yang pre mix dengan 400mL air..


Kemudian tuang atas 2nd layer tadi..sejukkan dalam fridge dan siap untuk dimakan..

Yang aku buat ni, lapisan agar-agar tu macam lembik sikit..tak mau keras..kalau guna agar-agar tali tu lagi better rasanya..tapi rasa puding triffle ni sedap..manis pun sedang-sedang je..nanti boleh improve lagi..

Malynn:)

Karipap Gedabak

Karipap yang dijual di pasar-pasar malam sekitar Shah Alam..makin famous sekarang ni..harga dalam RM1.80-RM2.50 ikut jenis inti..rasa not bad..:)


Malynn:)

Monday, February 20, 2012

Saya Dah Pandai Buat Sambal Tempe Ikan Bilis Ala Makcik Siti

Siapa Makcik Siti?..Makcik Siti ni jiran kat kampung..dia ada kedai makan..dan dia orang Banjar..jadinya signature dishes dia yang memang menjadi pilihan ramai adalah pecal & sambal tempe ikan bilis..dia pun ada jual kuah pecal yang tinggal bancuh dengan air je dan sambal tempe ikan bilis yang siap dipek-pekkan..1 pek = RM2.00..

Jadinya sekarang ni aku ni macam dah tak ada kerja kat rumah tu..husband aku pulak selalu complaint kalau aku buat sambal ikan bilis, mesti ikan bilis nya tak kena dengan tekak dia..
Aku pun membara gak la bila di provoked macam tu kan..

Aku mula lah mencari resepi-resepi yang berkaitan dengan Sambal Ikan Bilis..dan nampak resepi ni dekat blog masak memasak Mat Gebu ..macam menarik..bahan pun senang je..apa kata aku try..

Weekend hari tu, aku pun masak la resepi ni..

Goreng-goreng..campak-campak..rasa-rasa..dan siap akhirnya..tadaaaa..


Dah makan-makan..wah sedap juga aku masak..macam Makcik Siti punya ni..hikhik..bangga dalam hati..

Lepas bagi En. Suami rasa lak..dan keputusannya..

Satisfied customer..

Ikan bilis cukup garing..tempe cukup garing..rasa semua cukup..cumanya sambal tempe ikan bilis ni sesuai untuk penambah selera..sebab tak ada kuah sangat..nak ratah-ratah pun sedap juga..

Malynn:)

Thursday, February 16, 2012

Demi Sebuah Buku Merah

Contoh

Isnin lepas aku & En Suami apply cuti untuk check up dekat Pusat Kesihatan Puchong..sebab kalau ikut kawasan aku rumah aku ni, aku boleh check up dan buka buku dekat situ..kat Shah Alam diaorang tak terima..kawasan lain pun sama kot..sebab nak make sure tak overloaded kot..

Jadi bangun awal la sebab kat situ tak ada sistem appointment..tapi sistem dia siapa cepat dia habis dulu la..kene beratur ambil nombor.. Pukul 7 lebih dah gerak dah..mula-mula ingat klinik dekat Batu 13 Puchong, tapi rupa nya dekat Batu 14, dekat Puchong Perdana..sampai pun dalam 15minit lepas tu..

Tengok-tengok orang dah ramai dah..dah give up dah aku..Selalu aku check up dekat Az-Zahrah, Bangi tu..tak ada lah ramai macam ni..Tak pelah..aku beratur jelah..

Aku bukak buku ni sebab aku plan nak bersalin dekat Hospital Putrajaya..kalau boleh normal, boleh la straight kat Az Zahrah..tapi kalau operation, nak tak nak kene gi government la sebab aku & En Suami company tak cover untuk bersalin..jadinya semua duit sendiri..lagipun takut ada complication or apa-apa ke nanti, kene ada record dekat government..tapi harap semua berjalan lancar hendaknya..Aminn..

Dah ambil no. tu aku pun duduk jelah kat situ..nurse bagi buku satu merah & satu pink..suruh isi..sebab 1st time datang..dah siap isi semua kene tunggu sampai nurse panggil..waktu dah siap isi semua tu dalam pukul 8.15am..tunggu sampai dekat pukul 11am, baru dia panggil..tanya date 1st period bila..ada check up dekat tempat lain tak..and so on..

Pastu dia suruh keluar pergi ambil nombor baru..untuk urine test dan ambil darah..dah dekat pukul 12.30pm baru siap..aku pun tanya lah nurse tu..kalau lunch hour kat sini tutup ke jalan jugak..dia cakap jalan macam biasa cuma slow la sebab kena gilir-gilir pergi lunch..ok, fine..



Aku pun submit la buku aku tadi untuk next check up dengan nurse perbidanan ni..kene tunggu lagi..nasib aku pergi dengan En Suami..jadinya nak air, nak makan semua dia je pergi beli sebab aku nak gerak pergi tempat lain pun takut nombor kene panggil lak nanti kan..tu pun makan kuih dan buah je..adoiii..

Dah la dengan environment yang ramai orang, baby lagi..rimas dan buat aku pening..pastu panas lagi sekarang ni..


Aku tunggu punya tunggu punya tunggu..dekat pukul 5pm baru masuk bilik untuk check up tu..dia ambil berat dan tinggi..ok la naik 2kg je..tak yah minum air gula macam diugut-ugut oleh doktor Az-Zahrah..hihi..lagipun ni aku start makan biasa-biasa je..lunch pun selalu skip kalau aku dah ambil heavy breakfast..
Lagi, nurse tu check breast dan perut aku..yang bestnye dia check pakai tape pengukur tu je..tak scan-scan pun..dah tau size baby aku berapa..pandai nurse tu..hihi

Dah tu dia set up untuk next visit..kena jumpa dentist, jumpa Doktor untuk scan sekali..

Aku bagi limit untuk 3-4x je kot check dekat sini..asal ada record..sebab aku tak boleh la asyik nak cuti je kan tiap-tiap bulan..kalau dah 7-9 bulan nanti lagi la kene pergi 2x sebulan..even kerja aku boleh nak lari-lari sekejap tapi kalau macam ni gayanya..each visit kene spend 10jam..tak larat la aku..dah la nak stay kat situ je..

Aku rasa kalau diaorang buat sistem appointment lagi better kot sebab boleh limit orang yang datang..pesakit pun tak tension..kerja diaorang pun tak la overloaded..ni kalau main accept je berapa orang nak datang..memang tak menang tangan la jawabnya nurse-nurse dekat situ..sian dua-dua belah pihak la sebenarnya..

Tapi apa yang bestnya, tak payah bayar kat sini..hihi..semua free..tu yang ramai tu..apa yang penting aku dah ada buku merah & pink tu ^_^

Malynn:)

Wednesday, February 15, 2012

ChitChat Time: Fig & Olive, Sunway Pyramid

Dah lama tak lepak-lepak dengan bestfriend aku yang sorang ni..teringat-ingat kat dia tapi tak sempat nak contact sebab kerja office, kerja rumah yang banyak..


Semalam macam free sikit, we all decided to meet up dekat Sunway Pyramid for ChitChat..tak tau nak makan dekat mana..jadi try la makan dekat Fig & Olive ni..tak ada orang langsung dekat kedai ni..tak tau sedap ke tak..try dulu..

Menu

Iced Chocolate & Orange With Cinnamon Coffee

Mediteranian Olive Rice

Khalida with her food

Mine - Marinara Pasta

Rasa ok-ok la..sedap lagi kitaorang makan dekat Tarbush hari tu..kitaorang lepak dekat sini lebih kurang 2 jam lebih..dan hanya ada 1 couple je yang makan dekat sini..nak try ok..nak cakap sedap sangat pun tak la jugak..total bil = RM61.80..

Kedai ni area Marakesh, Sunway Pyramid ye..

Dah chitchat 2 jam lebih, it's time to back to work la..best kan kerja macam kitaorang..flexible time tapi jangan lah sampai tak siap kerja lak nanti..

Thanks Khalida for your time..^_^

Malynn:)

Avillion Admiral Cove, PD

Disebabkan last week merupakan stress week untuk aku yang mana aku kene kerja sampai pukul 1 pagi..tak cuti pun Maulidur Rasul dan Thaipusam hari tu..ditambah dengan masalah keluarga yang sangat menyakitkan hati..makanya, aku pun decide "Let's weekend get away this weekend"..ajak la En Suami kan..

Sebab selalu aku pergi holiday, aku akan spend hotel murah-murah dan banyakkan shopping dan jalan-jalan..tapi ni aku just nak lari sekejap dari rumah dan tempat kerja..jadi spend je lebih dekat hotel..aku pilih hotel ni sebab macam best environment nya..location pun menarik dan tak lah mahal sangat..rate aku dapat RM230++/night untuk superior room..dan dapat bilik menghadap laut..

Location hotel agak dalam sikit dan more privacy..

Tiba pun dah lambat..rehat-rehat..dan tengok sunset..

Sunset yang tak berapa nak sunset..

Swimming Pool pun ada dan agak luas..
cuma nya tak dalam sangat dan banyak diconquer oleh budak-budak je..




Dinner dekat area Teluk Kemang..lupa lak nama kedainya..banyak kedai dekat sini..
Malam tu makan lala masam manis, kailan ikan masin, tomyam seafood,
udang goreng tepung, nasi, air tembikai..
harga dalam RM29.00..

Malam lepak dekat bilik dan tidur..aku tak tahu lah apa yang best malam-malam dekat PD ni..tu terus balik hotel je..

Pagi bangun, pergi breakfast..menghadap Marina yang mana banyak kapal-kapal layar park dekat situ..
 
Nasi beringin, kari ayam, kueu tiow goreng..
Guava Juice..semua sedap..

Boleh ambil gambar dekat sini je..tak boleh nak jalan-jalan dekat Marina tu
 sebab kapal-kapal tu semua mahal-mahal..nanti kene rompak kan susah..

Lepas tu pergi jalan-jalan dekat private beach dekat hotel ni..dan balik bilik nak siap-siap untuk check out..hari panas sangat..so, aku tak tahan lama-lama kat pantai..

Overall, ok la stay dekat sini..nak relaks-relaks hilangkan tension plus dengan apa yang we had gone thru this week kan ..apa yang penting quality time for us as husband and wife..

P/S: Walaupun kami tak kaya ada duit berjuta-juta..tapi kami mampu juga beli rumah, ada kereta, pakai branded items, pergi holiday, makan sedap-sedap tanpa minta duit kat orang lain..to make story short, kami hidup berdua macam ni lebih bahagia daripada ada orang macam kamu dalam hidup kami..cukup la ada Parents, abang kandung dan adik aku untuk buat aku bahagia..dan tak judge aku berdasarkan kekayaan semata-mata..biar miskin duit, jangan miskin budi bahasa..

Malynn:)

New Babies at Our House

Mak aku dah berhasrat, kalau aku beli rumah landed nanti dia akan siapkan pokok-pokok dalam pasu untuk di letak kat laman rumah aku tu..

Jadi nya, hari tu dia pun bersemangat la menyemai pokok-pokok untuk aku..

Antaranya..

Pokok bunga keladi..pokok ni dah hidup segar bugar dah dibawah penyeliaan mak aku..
ni tak tahu la dia boleh hidup berapa lama dekat bawah penyeliaan aku..

Pokok cili padi a.k.a lada burung..ni ada 3 pokok mak aku bagi..
semalam baru transfer dalam pasu..
so far, hidup la..aku just siram air je..letak baja sikit..

Pokok bunga kertas warna kuning oren..ni masa aku ambil tak ada bunga lagi..
ni dah keluar bunga dah..ok la tu kan..hihi

Ni pokok bunga kertas pink..sama juga..dah tumbuh bunga..

Ada juga pokok kari..aku tanam atas tanah terus dekat belakang rumah..dan pokok serai, jiran belakang rumah bagi..pun aku tanam sebelah pokok kari..

Nilah adalah assisgnment membentuk sifat penyayang dan keibuan dalam diri aku oleh mak aku..yang mana balik kerja walau aku penat macamana pun aku mesti siram pokok-pokok ni..cuma aku tak sempat lagi nak gembur-gembur tanah tu...nanti aku buat..

Kalau pokok-pokok ni hidup segar bugar, maknanya aku berjaya lah assignment ni dan halaman rumah pun cantik sikit dan bahan-bahan nak masak pun semua fresh dari ladang.. ^_^

Malynn:)