Followers

Wednesday, May 30, 2012

Minggu Depan Sudah 6 Jun

Oo mak aii..minggu depan dah 6 Jun rupanya..cepatnya masa berlalu..eceh3x..

Tak perasan yang birthday aku minggu depan..emm..as usual la memang tak ada nye orang nak celebrate birthday aku nye..selalu every year ada je wishlist untuk birthday aku..ni tahun ni aku lupa lak yang minggu depan birthday aku dan aku pun tak tahu nak wish apa..sebab semua benda yang aku nak, semua out of budget..jangan harap la nak dapat..plus nak beranak lagi, rumah dah nak start bayar lagi..jadinya, wishlist birthday tu aku put aside je lah..tunggu lah 5 tahun lagi nanti baru buat balik wishlist birthday..

Jadinya, birthday minggu depan pergi check up dekat PPUM pastu balik tidur jelah ye Malina..moga mimpi indah-indah je nanti..

Malynn:(

Tuesday, May 29, 2012

Ipad RM900++

Aku rasa nak let go kan Ipad kat rumah tu lah..Ipad 2, 16G, Wifi..hardly use baru kebelakangan ni je banyak guna..tu pun untuk surfing internet dan main game je..screen protector & cover baru ganti seminggu lebih..agak-agak kalau jual dalam RM950 orang nak beli tak?


Malynn:)

Monday, May 28, 2012

Update 33weeks ++ Pregnancy

Aku tak faham kenapa makin nak bersalin makin kerap kena pergi klinik untuk check up..dan sekarang kan aku dah register dekat PPUM, maksudnya aku ada 2 tempat check up yang aku kena pergi..satu dekat KK Puchong yang selalu aku pergi dan satu lagi dekat PPUM..maksudnya every week sampai aku bersalin, ada check up..penatnya la..perut dah la dah besar..masih perlu ke sini ke sana lagi..bertabahlah Malina..huhu

Now Hemoglobin Level aku lak problem..asyik turun je..hari tu elok 11.0 ke atas..ni dah jadi 10.8 dan baru ni 10.6..nurse suruh makan kerang..emmm..tak nak..kerang banyak toksik..tak suka kerang..

Mood lak jangan cakap la..memang ke laut je..i really need a holiday tapi dah tak larat nak jalan sini sana..kaki pun macam start nak membengkak je..

Sekarang duduk lama sikit dah sakit belakang, lenguh-lenguh..berjalan pun sama..macamana nak pergi holidaynya..

Kadang-kadang boleh lak datang mood nyampah nak balik rumah sendiri sebab asyik balik tengok muka laki..bila baby mama nak keluar ni, lepas ni boleh tengok muka baby..ampun kan lah penangan orang mengandung ni..tapi lagi nyampah nak balik rumah ialah bila ada jiran baru pindah sebelah rumah, selamba je bakar lalang rumah dia walaupun nampak orang sidai baju kat luar..dan penuh satu rumah dengan asap..ok fine..ni tak de kena mengena dengan mengandung..ni mengundang masam muka jiran-jiran je..adoii..ada sesapa nak sewa rumah aku tak..aku nak duduk condo..aman sikit..huahahaha..

Ok, next week check up kat PPUM..emmm..penatnya saya...

Malynn:)

Sunday, May 27, 2012

Raihan Nasi Kandar

Tetiba baca blog orang ada tunjuk dia pergi makan Nasi Kandar Beratur dekat Penang, terus ngidam nak makan nasi kandar..padahal dah dekat 9 bulan tak makan sebab alergi since pregnant ni..kalau roti canai ok lagi..

Jadinya, nak pergi Penang memang tak lah kan sebab dah sarat ni..nak tak nak, untuk lepas ngidam just kena cari nasi kandar area klang valley je..

Tadi decided pergi Raihan Nasi Kandar, orang cakap sedap..ingat nak pergi Kayu je..tapi Kayu biasa je Nasi Kandarnya..dengan bantuan Cik GPS, terus cari jalan ke Raihan Nasi Kandar..restoran ni dekat Glenmarie, Shah Alam..belakang kedai-kadai repair kereta..

Yeahh..dah jumpa..^_^

Orang tak ramai pun sebab dah dekat pukul 3pm..lauk pun tak banyak dah..

Nasi Putih+ Kuah Canpur+Kubis+Peria+Ayam Masak Hitam kot..
yummy yummy

Erghhh..alhamdulillah..sedap..recommended

Oklah..lepas lah mengidam..kalau nak pergi Penang jauh sangat..yang ni pun dah ok dan sedap compared dengan Subaidah..

Malynn:)

Wednesday, May 23, 2012

Lite-lite, Moo-Moo




Yummieh!!!

Sesuai untuk ibu mengandung yang addicted dekat coffee tapi tak boleh minum sangat sebab nanti kurang calcium dan kena minum susu banyak-banyak..

Jadinya ini adalah solution yang tepat untuk saya..ada rasa coffee dan dapat minum susu sekali ^_^

Malynn:)

PPUM - 1st Check Up

15th May hari tu pergi check up dekat PPUM sambil follow up untuk bleeding tu sekali..
Sepatutnya kena ada dekat sana sebelum pukul 8am tapi since peak hour orang semua nak pergi kerja, jalan jammed sangat..dalam 8.10am baru sampai..terus ambil no. tekan  butang J untuk pendaftaran baru..

Setelah nombor dipanggil, serahkan borang pendaftaran, IC, IC husband (copy pun boleh) dan rekod-rekod pemeriksaan terdahulu kalau check up dekat tempat lain serta RM31 untuk doktor bukan pakar dan RM41 untuk doktor pakar..aku bayar RM31 je..
Lepas tu, pergi kaunter pembayaran dekat lobi dan bayar RM500 untuk booking bersalin nanti..

Ruang menunggu B

Kemudian ke seksyen sebelah, dia ada bagi no. giliran baru..ni untuk check up dengan doktor pulak..
Tapi sebelum tu, mother to be yang baru ni disuruh dengar ceramah penyusuan ibu sebab PPUM ini hospital rakan bayi..jadinya, formula milk is not allowed in the hospital ok..

Dah settled tu, aku pergi ambil berat, tinggi, blood pressure, urine test dan kena minum air gula..
Melalui pengalaman kawan-kawan aku, minum air gula ni adalah satu azab..boleh sampai pening-pening..
Dan sebab aku dah baca kat internet yang PPUM ni memang wajib minum air gula, aku dah siap-siap puasa dari malam sampai la turn minum air gula tu..dan nasib baik dia bagi air gula ada rasa Orange..so, tak la azab mana..ok je aku minum..dah siap tu, tunggu sejam..tak boleh makan dan minum tapi minum air kosong boleh..

Bilik Doktor - ada 10 bilik doktor

Jadi sementara tu, aku tunggu turn untuk jumpa doktor..nasib dapat female doktor Chinese..cakap la masalah aku semua..dia masukkan apa ntah alat kat bawah tu nak check dinding uterus..dia cakap tak ada apa..just keputihan je banyak yang boleh menyebabkan kadang-kadang dinding uterus tu effected sekali dan keluar darah sikit..don't worry..
Ok, selamat..alhamdulillah..

Dia just bagi vitamin tambahan dan juga MC untuk hari tu..bagus lah doktor dan nurse dekat sini..semua mesra-mesra..hikhik

Next appointment 3 minggu dari tarikh datang 1st check up tu..
Sebelum balik tu, kena pergi ambil darah..result next appointment kot baru dapat..

Malynn:)

Tuesday, May 15, 2012

The Avengers & Beanieplex, TGV Sunway

Ok..ok..aku memang lambat kalau bab pergi tengok wayang..kadang-kadang sampai cerita tu dah habis tayang baru nak pergi tengok..last-last tak tengok pun..

Kerana semalam macam free dan En.Suami pun cuti teman pergi PPUM, kami pun pergilah Sunway Pyramid sebab nak tengok wayang cerita The Avengers setelah asyik bertangguh je..

Lama dah tak tengok wayang..last tengok Ombak Rindu..=p

Tengok timing cerita ni macam lambat je lagi..yang ada 1.30pm paling cepat tapi depan dia ada tulis [B]..macam kalau Imax Cinema dia tulis [IMAX]..so there is something behinds [B] yang aku tak tahu apa dia sebenarnya..jadinya, beli jelah tiket tu..harga??..RM19.00..total RM38.00..hahaha..mahal giler..lagilah aku nak tahu [B] stand for what??..

Aku pun tanyalah kat kaunter tu..rupanya [B] untuk Beanieplex Cinema..so, nanti masuk, cari je nama cinema tu..ok dik..terima kasih..tapi still tak dapat gambarkan apa itu Beanieplex..

Sekali masuk..haaa..ambil kau..syok tak?...hahaha



Ruap-rupanya, beanbag yang ala-ala tilam yang boleh muat dua orang..kalau ada anak dua orang lagi pun muat nak join jugak..yang korang boleh baring-baring sambil tengok wayang dengan enak nya..

Dan kerana beanbag tulah aku berjaya tidur lebih setengah jam..dan tak tahu apa yang jadi dengan cerita The Avengers tu..nasib setengah jam terakhir aku berusaha bangun nak tengok jugak..kalau tak, sampai habis cerita aku tidur..hahaha

p/S: Cerita tu ok..cinema tu tak ok sebab comfortable sangat..hikhik

Malynn:)

PPUM - Scan

Aku dapat tarikh untuk scan 14hb Mei hari tu..

Pergi dekat kaunter Antenatal tu dan ambil no. untuk Ultrasound..

Tunggu orang kaunter tu panggil..masa ni sebenarnya aku dah 2 hari ada keluar darah..tapi sikit je..
So, terus tanya kalau boleh jumpa doktor sekali tapi dia cakap petang-petang tak ada doktor..kalau nak, kena datang pagi esok..aku memang tak rasa sakit apa-apa..cuma hari tu sekali je sakit dekat ari-ari..pastu rasa sakit sikit-sikit je la..

Mula-mula dia macam suruh datang esok je..pastu dia pulak cam risau..terus cakap "Tak pe puan, tunggu kejap ye saya tanya nurse"..

Then, nurse pun cakap memang tak ada doktor..kalau nak diaorang check up, kena pergi Wad Bersalin tingkat 3..register dan warded..alamakkk..aku pergi sorang je time ni..jadinya, kalau tak betul-betul bahaya..aku malas lah nak warded ni..plus aku takut la duduk hospital..huhu

Lepas tu, aku cakap "Takpelah..saya gi scan dulu tengok baby macamana..kalau ok, tak payah la..nanti esok je saya datang balik"..

Apa yang aku suka dekat PPUM ni, efffort orang-orang kat situ yang nak tolong patient tambah-tambah first time pregnant macam aku ni..so rasa dihargailah..sebab risau-risau tu, diaorang sudi nak tolong..mak aku pulak cakap takut uri baby dekat bawah je..terus nangis sebab aku risau tak tahu nak buat apa kan..

Lepas tu, pergi scan dekat Tingkat 1..don't worry..nanti diaorang akan direct macamana nak pergi bilik Ultrasound tu ok..

Tunggu turn, lepas tu Sinographer panggil untuk scan..semua ok..air ketuban cukup dan yang best, baby aku besar dari sepatutnya..hahaha..besar sikit jelah..dia terus tanya "Puan ada kencing manis tak?"..aku rasa tak ada lah so far sebab semua test aku ok..

Lepas tu, aku ceritalah dekat dia ada bleeding sikit..dan dia cakap nanti dia check uri..dan uri ada dekat atas..so semua normal..dia pun cakap benda yang sama macam dekat kaunter tadi..kalau Puan dah sakit..terus je pergi Wad Bersalin malam nanti ke or pagi esok ye..

Semua ok, aku pun balik lah dan lalu depan kaunter tadi tu balik..tanya dekat dia kalau esok aku nak walk in check up je boleh ke sebab date appoinment sebenar 14/6/2012..lambat sangat lagi..
Dia cakap, tak pe..Puan datang je esok..buka buku, booking semua dan check dengan doktor terus..
Tak kisah pun..wah, suka lah aku..sebab tak adalah diaorang cakap tak boleh ke apa kan..

Jadinya, esoknya pun aku pergilah PPUM lagi untuk check up...

Malynn:)

PPUM - 1st Timer

Hari tu dah decided nak bersalin di PPUM..
Jadinya pergi sana just straight ke Kompleks Kesihatan Wanita yang ada Unit Antenatal & Pediatrik..bangunan baru depan Menara Timur..

Untuk yang first time datang, jangan risau..kalau dari Jalan Gasing tu, masuk PPUM terus belok kanan..lepas tu straight je..sampai jumpa surau, pergi kiri..dah nampak dah..signabout pun banyak..jangan risau..
Boleh parking dekat level bawah bangunan tu..tapi parking memang tak banyak..kena himpit-himpit sikit..

Lepas tu boleh terus ke Unit Antenatal, kalau naik lif tekan Tingkat 2..boleh tanya guide yang ramai kat situ kalau tak sure dekat mana..

Kemudian, aku just ambil no. (dekat situ dia ada tulis untuk urusan apa)..tunggu kaunter panggil..

Masa ni, dia akan registerkan kita untuk next appointment untuk scan dan first check up if kita check up dekat tempat lain sebelum ni..
Dia bagi form untuk register, dan tarikh untuk appointment..

Dan untuk booking semua, boleh lah dibuat masa first appointment untuk check up..kalau private, kena bayar RM500..government FOC..

Tu je kot..pastu boleh balik dah..time aku pergi tu petang..kalau pagi maybe boleh terus register buka buku terus, dan check up sekali..

Malynn:)

Hasil Tanaman

Pokok cili padi dah berbuah..hikhik

Hari tu pokok tu dah nak mati dah sebab aku pergi letak baja bunga dekat dia..tapi aku rajin lah siram dia hari-hari..last-last dia membesar dan membuahkan hasil..mula-mula tak perasan..bila tengok balik, baru perasan dah berbuah dah..tapi tak petik lagi..^_^



Selain cili padi, daun kunyit pun menjadi dengan jayanya..serai pun sama..cuma pokok kari je tak jadi-jadi lagi..ni macam teringin nak pokok limau kasturi lak sebab tengok rumah sebelah ada tanam..

Malynn:)

Thursday, May 10, 2012

Meninjau KLIA

Malam tadi pergi jalan-jalan dekat KLIA..sebenarnya nak lepaskan mengidam nak naik aeroplane..hukhuk

Sebab dulu, atleast sebulan sekali mesti naik aeroplane..ni dah lama tak naik..=(..so, nak lepaskan mengidam, pergi la KLIA..takut nanti baby lahir, dia kempunan lak kan..tapi dah malam tak nampak pun aeroplane nya..so jalan-jalan je dekat duty free shop area tu..

Dan belilah ni..

Aku suka beli set perfume 5mL macam ni..
dapat banyak bau..sebab aku tak suka pakai satu jenis bau je..
Nak travel pun senang..

Dan ini..

Kempunan MilkyWay tu..
dulu kalau balik outstation mesti beli coklat dekat airport..
jadinya semalam pun beli lah coklat-coklat ni..

Tapi still rasa kalau naik aeroplane betul-betul baru best..ni macam rasa tak hilang mengidam pun lagi..hukhuk

Husband saya cakap, bukan baby yang mengidam tapi mama nya yang memang suka minta bukan-bukan..=P

Malynn:)

Wednesday, May 9, 2012

Recent Update at 30 weeks

Now dah masuk almost 31weeks of my pregnancy..Selasa hari tu pergi check up..biasa ambil 8am..jadi by 9am dah settle dan boleh masuk ofis..

Kene cucuk ATT untuk second time dan aku rase lagi sakit dari yang bulan lepas..dan terus rasa flat sangat..dan minggu ni minggu flat aku which is aku jadi malas nak buat apa-apa..nak baring dan tidur saja rasanya..

Banyak kerja rumah pun terbengkalai..masak memang tak lah..basuh kain tu aku bawak-bawak juga lah..tak larat nya la..and instead nak bersalin di Hospital Putrajaya, aku dah confirm tukar ke PPUM..facilities semua baru sebab diaorang dah buat new building..walaupun jauh dan jam kat situ tapi aku rasa lebih secure dekat situ selepas fikir banyak-banyak kali untuk ke Hospital Putrajaya..aku tak nak kene tolak-tolak pergi hospital lain if Putrajaya penuh..
Nak ambik FPP package, macam tak worth it lak sebab kawan aku bersalin without epidural dan complication, dah kena RM1800++..tapi service memang tiptop dan confirm diaorang tak tolak korang pergi hospital lain..

Nanti aku update pasal PPUM ni sebabnya tak banyak sangat info untuk new building ni..so far aku pergi tadi cantik la..hahaha..aku tak pernah warded, jadinya hospital yang cantik dan nice adalah salah satu kriteria yang perlu aku consider..nurse pulak semua professional..=)

Oh, pasal orang Felda dapat RM15K tu..tu aku tak masuk campur..aku tak call pun mak aku..tapi mak aku call aku..hahaha..tak pe lah, rezeki diaorang..walaupun ada peruntukan RM5K untuk anak-anak, pastu adik beradik aku ramai..kalau aku dapat sikit tu, kiranya untuk anak aku jelah dan reward sebab dulu masa bapak aku sakit tak boleh pergi kebun, aku la tolong mak aku angkat baja, membaja sikit..kutip buah lerai sikit..teman mak aku meracun semua..ada gak la bakti sikit kat kebun tu kan..hahaha

Apa-apa pun yang penting semua orang bahagia..

Malynn:)

Sunday, May 6, 2012

Newborn Pixs - Maternity Shoot

Newborn Pixs ni aku ambil as a photographer untuk Maternity Photoshoot aku..jumpa diaorang dekat Beautifulnara.com dan masa tu diaorang ada buat promotion..

Dah book dan set time untuk photoshoot ni 1hb May 2012 dekat Tasik Shah Alam..

Owner Newborn Pixs ni baya-baya kitaorang je..jadinya senang nak deal dan easy going juga la..diaorang husband and wife..

Ni antara moments yang dicaptured oleh mereka..






Apa yang aku suka dengan diaorang ni, diaorang ni effective, quick response, selalu update customer and so on..tak macam satu photographer yang aku dah bayar untuk edit & print gambar kahwin aku hari tu..yang dah dekat 4 bulan tak siap-siap album..duit dah habis bayar lak tu..geram je aku..

Aku memang malas la nak buruk-buruk kan orang kan sebab sesama Melayu..tapi kalau ada orang tanya memang aku tak recommend la..macam wedding package aku ambil dulu tu..dah 2 orang customer diaorang tak jadi continue ambil dengan diaorang sebab aku dah cerita apa yang diaorang buat untuk wedding aku dulu..oppsss..of topic..apa-apa pun aku enjoy photoshoot ni dan gambar-gambarnya..tunggu photobook siap je..pastu baru bayar balance..

Thanks Newborn Pixs crew, Nurul & Hadi..both of you are really nice.. :)

Malynn:)

Mi Rebus Mastan Ghani, Teluk Intan