Followers

Tuesday, January 15, 2013

Mat Wazip Bin Shaari


En Mat Wazip ni orang yang garang, sombong, cepat marah, degil, tak suka susahkan orang, kedekut, tak dengar cakap orang, dia je yang betul, selalu pukul anak kalau salah sikit pun..tu yang buat kadang-kadang aku marah dan benci dekat En Mat Wazip ni..

TAPI..

En Mat Wazip jugak hensem..ramai peminat..kalau tak, tak la kahwin sampai tiga..hihi..
Dia kuat berusaha untuk mendapatkan kehidupan yang senang sampai sanggup berjimat cermat tak beli kereta, tak pakai barang mahal-mahal, makan benda-benda yang boleh dapat free je macam ikan sungai, ulam-ulam..tak pergi jalan-jalan..
Dia kuat berusaha dan tak pandai berputus asa..kalau dia yakin pasal sesuatu tu, dia akan buat..tak peduli apa orang lain cakap..contoh masa nak tanam baru pokok kelapa sawit..orang lain ramai serah Felda..tapi En Mat Wazip buat sendiri..dan ada beberapa orang yang mengikut perkara yang sama..bila ramai yang give up sebab tak cukup modal, En Mat Wazip masih meneruskan usahanya..hasilnya untung dia dapat lagi banyak dari orang yang serah Felda..
En Mat Wazip juga mempunyai daya kepimpinan yang tinggi yang mana dia jadi ketua blok masa masuk Felda dulu..kalau apa yang dicadang oleh dia, mesti akan ada orang yang ikut dan percaya pada dia..
Dan aku rasa sifat ni pun ada menurun sikit pada anak-anak dia yang mana anak-anak dia suka jadi leader and not follower..
Dia juga selalu semaikan semangat bersaing sesama sendiri dalam diri anak-anak nya..sebab dia nak tengok anak dia berjaya dan ada kehidupan yang selesa..kebanyakan apa yang dia buat adalah untuk kepentingan anak dia..simpan duit banyak-banyak sebab nak bagi anak-anak..sanggup berlapar sebab nak bagi anak-anak kenyang..ganti baju pun setahun sekali je..kata dia "Aku bukan nak pergi mana pun"...
En Mat Wazip pun tak suka berhutang..apa-apa dia nak, dia beli cash..dan prinsip dia "kalau tak ada duit, diam"..
En Mat Wazip penyokong kuat Tun Dr Mahathir..jangan berani-berani kutuk Mahathir dan UMNO..memang cari pasal la jawabnya..sebab En Mat Wazip cakap kalau tak ada Mahathir dan UMNO, hidup dia mungkin tak sebaik ini..dan juga Najib sebab banyak bagi kebaikan pada warga Felda..

Banyak sebenarnya perihal En Mat Wazip..hidup dia selama 74 tahun ni macam-macam dia lalui..
Apa yang ditulis diatas tu adalah terlalu sedikit tentang dia sebab aku hidup dengan dia cuma setakat 27tahun lebih sikit..

Sekarang En Mat Wazip dah tak larat..nak bergerak pun dah tak larat..bergantung dengan gas nebulizer..badan dah bengkak-bengkak..hanya minta anak dia doakan dia sihat kembali..anak dia cakap "Ok, nanti apak sihat la"..walaupun anak dia dah tahu apa yang akan jadi..

Untuk En Mat Wazip, jangan degil-degil lagi ye..apa yang abang kakak saya buat untuk En Mat Wazip adalah sebab kitaorang nak tengok En Mat Wazip sihat kembali..dan kami sayang En Mat Wazip walaupun En Mat Wazip selalu marah-marah kami..

Nanti aku teringat apa-apa..aku update balik pasal En Mat Wazip..Sekian

-Malynn-

No comments:

Post a Comment