Followers

Tuesday, January 8, 2013

Melaka: Medan Ikan Bakar Umbai

Hari kedua di Melaka, kitaorang decided nak pergi makan dekat Umbai..

Sebenarnya lepas check out dari Naza Talyya, kitaorang pergi la menghala ke Klebang..on the way tu stop makan dekat macam food court untuk lunch..

Satu aku tengok orang Melaka ni kan, diaorang kasar sangat..memang aku tak boleh accept..maybe bagi diaorang semua tu ok dan dah biasa..tapi bagi kitaorang ni memang la weird..
Sampai kan aku fikir, kalau mak mentua aku orang Melaka, mahu aku menangis setiap kali lepas cakap dengan dia..hahaha

Ok, masa makan kat kedai tu..lauk dia memang tak sedap dan mahal nak mamppp..tapi dah makan, bayar jelah..lepas tu dia selamba marah-marah kedai sebelah dia sebab macam ambik customer dia and so on..kot ye pun dengki dengan kedai sebelah tu, tak yah la depan-depan customer nak bising-bising..

Lagi satu, aku ada berhenti nak beli kuih keria gula melaka..tapi dah habis..yang ada goreng pisang je..
Jadinya aku pun cakap la kat makcik tu nak beli goreng pisang..pastu dia jerit-jerit panggil anak dia dalam rumah..suruh keluar ambilkan pisang tu..padahal aku beli RM2 je, dia just letak dalam plastik je..dekat 5minit gak la tunggu anak dia keluar..pastu makcik tu cakap..

Makcik: Aku mabuk ni
Aku: Panas kot makcik..(sebab dia tengah goreng pisang)
Makcik: Tak la, sebab darah tinggi..malas aku nak layan ko..nanti anak aku buat..

BoleH???..ok la, cuba menerima..

Eh, berbalik ke cerita Umbai tadi..

Aku pergi Umbai ni guna GPS..dulu kawan aku yang bawak..aku tak tahu jalan..biasa lah kalau guna GPS, ntah mana-mana jalan dia guna, tapi sampai la..

Kitaorang sampai dalam area 6pm lebih..pergi kedai nama dia PARAMESWARA kot tak silap..kedai paling besar kat situ..
Sebab datang awal, dapat la duduk tepi laut..kalo nak makan dalam bot pun ada jugak..
Kat sini, pilih meja..pilih lauk pastu dia bagi nombor macam kat bawah..


Dekat tepi tu ada pokok bakau..dan ada titi nak jalan kat situ..
sesuai la nak bergambar.
.tapi aku bawak Adam, tak la aku ke situ sebab takut kena sampuk lak nanti..

Udang butter prawn - RM20
Ada dalam 6-7 ekor udang besar-besar

Ketam Cili - RM24 je??..
Murah la..2 ekor ketam yang besar..
tak caya tengok sepit kat bawah ni..

Kannnn

Sotong Goreng Tepung - RM13, 2 ekor

Lepas dah compared, aku suka yang dekat Sungai Duyung lagi..sebenarnya, Sungai Duyung dan Umbai dekat je..tapi GPS dah tunjuk jalan lain..kira macam sejalan je sebenarnya..memula jumpa Sungai Duyung, pastu baru Umbai..sebab masa balik kitaorang ikut jalan masa nak pergi Sungai Duyung tu..
Total makan hari tu termasuk air, nasik putih = RM70

-Malynn-

1 comment:

  1. kita kalo gi ngan hubby mmg wajib singgah kat Parameswara nih..
    rasanya dah bbrp kali makan kat situ..
    mmg best...tp mmg mahal..
    hehehe...

    ReplyDelete