Followers

Tuesday, January 8, 2013

Tak Masak

Aku dah kahwin dalam setahun lebih..
So far so good..gaduh tu biasalah..baik pun biasalah juga..

Ni cerita pasal makan dekat rumah..

Aku kan kerja, jadinya kadang-kadang ada terbalik lambat..dan terbalik cepat..
Kalau balik awal, barang nak masak semua ada..aku akan masak..tapi kalau memang tak ada barang nak masak dan aku balik lambat, memang aku tapau jelah..

Lagipun ada anak kecik ni, lagi lah banyak benda aku nak settlekan..tapi since sekarang Adam dah pandai main sendiri..kitranya senang jugak la aku nak buat kerja..

Jadinya sepanjang aku kahwin ni, mostly banyak makan kat luar atau tapau..kadang-kadang weekend pun sama..dulu sebelum ada Adam, aku masak gak weekend sebab tak kerja nak buat kan..sekarang kadang-kadang masak, kadang-kadang tak..

Lagi satu pe'el aku, kalau masak mesti nak suruh orang makan sungguh-sungguh..tambah nasi semua la..baru lah rasa berbaloi berpenat-penat masak dengan nak melayan Adam lagi..dan aku kalau masak, kalau banyak bahan..banyak jenis la aku masak..walaupun yang makan dua orang je..
Ni aku rasa menurun perangai mak aku..

Satu lagi, kalau masak tu nak make sure semua orang makan puas hati dan kenyang..

Tapi aku tak pandai masak dalam kuantiti banyak..sebab tak pandai nak agak bahan-bahannya..

Jadinya, kalau ada orang nak datang rumah aku preferred diaorang pergi makan dekat luar or aku siap-siap tapau lauk..dan just masak nasik..unless orang nak datang tu bagitau nak datang awal, jadinya aku boleh preparekan diri untuk masak banyak..kalo lagi 2 jam nak sampai, harap maaf..aku tak ada lah nak masak kelam kabut semua tu..sila makan kat luar ye..

Sebab tu la kalau family in law aku datang, memang aku tak masak..sebab style diaorang, bila nak bertolak baru bagitau nak datang..dan kalau mak aku nak datang lak, walaupun lagi sebulan nak datang dia dah bagi tau, selalunya memang dia dah siap masak dan bawak bekal lauk..hahaha

Selalu kat kampung aku tak masak..tak reti aku guna dapur rumah orang..kat kampung aku, mak aku yang masak..balik kampung just duduk rumah..

Jadinya, mak pak mentua aku memang assumed aku tak masak untuk anak bujang dia..
Sampai ada ipar duai aku tanya "Ina kat rumah masak tak?"..risau beno adik ipar dia tak makan kan..
Dan hari tu akak ipar aku lak bagi labu sambil cakap "ha, ni masak ke ni tak"..sebab sepanjang duduk rumah aku, semua beli kat luar..

Pagi-pagi pun aku tak masak breakfast..sebab tak berbaloi bangun pagi-pagi..buat breakfast..laki aku makan secoet je..memang aku tak masak dah la..

Satu lagi pantang aku, aku dah penat-penat masak..pastu tak nak makan..pastu buang jelah seperiuk lauk..dan aku je kena jadi tong sampah makan semua balance..aku akan boikot tak nak masak sampai la mood masak aku datang balik..walaupun sebenarnya aku lebih suka makan makanan masak kat rumah, kalau telur goreng dengan nasik putih pun dah ok sangat dah..lagi sedap..makan kat luar or tapau ni kadang-kadang muak dah aku nak makan..

Moral of the story: aku tengah boikot nak masak selama sebulan..terima kasih

-Malynn-

2 comments:

  1. bestnyer boleh boikot masak..
    laki kita walaupun makan secoet kita kena masak gak..hehehe

    ReplyDelete
  2. haha..bagus lah..air tangan isteri.. :)

    ReplyDelete