Followers

Wednesday, January 9, 2013

Tambah Anak

Sekarang Adam dah 6  bulan..kiranya dah besar la jugak..
Pandai main sendiri dan tak ada la nak berkepit je dengan orang..

Dan ada gak la beberapa orang tanya "Bila nak tambah lagi?.."

What???

Adam baru 6 bulan kot..badan aku ni pun tak fully recovered lagi..

Now dah 2-3bulan asyik batuk dan selsema on off..demam pun selalu jugak..kalau pergi klinik sure dapat MC cuma aku yang tak guna..still pergi kerja..dan aku suka lupa jugak..

Dan hari tu masa bersalin aku ambil epidural dan now aku dah mula rasa sakit nya..now depends dengan ubat tahan sakit..

Sekarang pun aku dah mula nak dapat kan beauty sleep sikit sebab Adam sekarang tidur lambat..dekat pukul 12malam baru nak tidur..jadinya, dia bangun susu sekali je..tu pun dah nak dekat pukul 5 - 6 am macam tu..dan tak adalah maknya pening-pening lalat pergi kerja..

Lagipun aku nak kumpul duit cukup-cukup baru nak bersalin lagi..sebab kalau boleh nak bersalin tempat ok sikit..dan sebenarnya bila fikir balik, aku trauma lagi nak melalui sakit bersalin tu..kena kerat semua..ouuchhh..walaupun kalau nak kira, aku bersalin senang la jugak..

Aku kan kerja, jadi masa dengan Adam sangat limited..kadang-kadang mungkin dia pun confius mana satu mak dia..kejap orang ni jaga..kejap orang tu jaga..sian dia..biarlah aku spend masa lebih sikit dengan dia..

Dari segi kewangan lak, memang cukup anak seorang je setakat ni..maksudnya untuk bagi the best untuk Adam..kalau takat susu Dutch Lady, pampers beli bundle..insyaAllah boleh anak dua..tapi sekarang harga susu Adam dah naik..banyak lak naiknya tu..tu yang lagi kena fikir-fikir..

Aku jugak tahu limit aku dan husband dalam mendidik anak sebab apa yang aku nampak kitaorang tak dapat nak didik dia secara betul..maksudnya nak bagi didikan agama secara sempurna semua tu..aku tak mampu sebab ilmu aku pun kurang..nak mendidik jadi bijak pandai pun tak reti sebab mak pak nya tak berapa pandai..jadinya aku kena invest lebih sikit untuk bagi semua tu pada dia..macam masuk kan islamic montessori..bagi tuisyen semua..overkan?..anak baru 6 bulan dah nak hantar tuisyen bagai..

Tapi to be honest memang aku dah cari school untuk Adam..haha..ingat dia 3 tahun macam tu nak hantar dia gi playschool..

Apa pun untuk sekarang aku memang tak plan nak ada anak lagi..kalau ter ada tu, maknanya tu accidently ada..bukan on purpose..

-Malynn-

No comments:

Post a Comment