Followers

Wednesday, February 27, 2013

Rumah Makan Cibiuk, Kajang


Hari Sabtu hari tu, kami sekeluarga pergi makan dekat Rumah Makan Cibiuk..dah survey dekat blog-blog JJCM orang lain..ikut review, semua cakap sedap..

Kalau search address kedai, dia cakap dekat Kajang..tapi sebenarnya dekat dengan Seksyen 7, Bangi..selepas Austin Steak and Red Wok kalau korang dari LDP..dan boleh juga lalu SILK..sebelah SILK je..

Kedai and environmentnya cantik lah..besar dan convenience..sorry, aku tak banyak tangkap gambar..sebab camera habis bateri..
Ye, orang sekarang patutnya terus masuk Instagram kan..aku tak, sebab pakai handphone murah je..

Kami order set..aku lupa nama nye..tapi 1 set macam Ayam Penyet untuk En. Abu dan aku punya Set Ayam Bakar..

Set Ayam Bakar - RM14.90
Ada ayam, tempe, tauhu, salad, timun dan nasi berbalut daun pisang

Datang sekali dengan sayur assam kot dan sambal tomato

Sebenarnya ada satu kaunter sambal, ada banyak variety sambal dekat situ..tapi aku tak ambil..

Sebab??

Ni 1st time aku bagi Adam duduk dekat baby chair..dan 1st time aku suap dia makan dekat kedai makan..selalunya, aku dah siap-siap bagi dia makan dekat rumah..
Dan at first dia ok sangat dan excited dapat duduk situ..makan pun habis..dan aku pun berharap dia duduk situ sampai kitaorang habis makan..
Tapi lepas tu, dia not behaved well..menjerit-jerit..bukan menangis, tapi dia bercakap bahasa dia dengan kuat sekali..
semua orang tengok, sabar jelah aku..kena lah bergilir-gilir makan dengan laju nya..maksudnya aku makan tanpa menikmati lah.. dan tak adalah nak bersambal-sambal segala..


Selain tu, kami order dessert Pisang Keju..ok lah rasa dia..siapa suka cheese, boleh lah order ni..dia ada curah sos strawberi dan coklat rice..

Pisang Keju - RM8.90

Air pun kami order juga, Limau Ais dan Limau Jeruk..Limau Jeruk tu sedap..each RM3.90..
Gambar tak ada..

Total harga: RM44.00..

Oklah bagi aku untuk harga..sebab tak ada tax kat kedai ni..

Kalau rasa pulak, bagi aku biasa je..aku rasa Wong Solo lagi best..tapi kat Wong Solo tak ada variety of foods macam dekat sini..ada pro and cons la kan..ikut lah masing-masing..tapi worth to try..

Details kedai:


No. 1-G, JLN PUTRA 6,
TMN PUTRA KAJANG ,
43000 KAJANG, SELANGOR
TEL : 012-4570061
-Malynn-


2 comments:

  1. best ke? dekat je ngan umah tapi x pernah try pun...

    ReplyDelete
  2. untuk kite biasa2 je..tapi ok lah kalau nak try.. :)

    ReplyDelete