Followers

Monday, March 4, 2013

Didik Anak

Semalam, aku dan En. Abu pergi klinik sebab En.Abu sakit kepala dah berminggu-minggu..macam mengandung tapi bukan kot sebab dia lelaki kan..hahaha..ok tak lawak..

Kebetulan doktor only available after 6pm..masa kitaorang sampai klinik tu dalam 5.30pm..
Jadi terpaksa tunggu..since nak menghabiskan masa..kami pergi kedai buah area klinik tu..

On the way nak ke kedai tu (jalan kaki je)..tiba-tiba ada orang terpekik-pekik..
Rupanya ada seorang ayah ni marahkan anak dia sebab anak dia tak nak cabut gigi..
Umur budak tu lebih kurang 5-6 tahun..perempuan..

Ayah dia scolded anak dia tu macam apa je..semua orang tengok sebab kuat gila kot dia menjerit-jerit kat situ..
Aku tengok bengang je..serius..nak je aku selamatkan budak tu..
Tapi aku takut jugak, karang aku pulak kena tempeleng kan..

Bagi aku biasa la tu budak-budak takut nak cabut gigi..sebab aku dulu pun penakut yang amat..sampai gigi pun tak cantik bila dah besar ni..tak kan tak boleh pujuk elok-elok..cakap baik-baik macam " Adik cabut gigi dan nanti ayah belanja ice cream..or kita pergi shopping"..mesti budak tu nak punya..cuma take time sikit la..

Ni tak, yang ko jerit-jerit tengah orang ramai tu apa hal..aku tengok budak tu dah takut gila-gila dah..
Ye, aku ada anak dan aku memang ada sifat keibuan disitu untuk tolong budak tu..
Dan bagi aku macam tak ada manner ayah dia tu..or maybe ayah dia dah stress sangat..anak dia silap sikit terus naik hantu..

Kalau aku, satu aku pantang..kalau ada tak puas hati..anak buat hal..husband buat hal..tolong settle di rumah..jangan tengah orang-orang ramai tu ko nak bergaduh nak marah semua..malu..tahu tak, malu??..

Aku dengan En.Abu pun selalu gaduh..kadang-kadang kat rumah dah gaduh gila-gila tapi depan orang memang aku cuba untuk behave kan diri..sama jugak, kalau tiba-tiba En.Abu marah aku tengah orang ramai..aku bagi renungan maut satu..terus diam..maksudnya, nak gaduh sila dalam kereta atau dekat rumah je..

Adam nanti aku tak tahu lah macamana perangai dia..hope that kalau dia bua tperangai pun..aku boleh sabar..dan harap dia pun takut tengok renungan maut aku nanti..walaupun sekarang ni, dia tengok mama dia marah, dia ketawa kan je..

-Malynn-

No comments:

Post a Comment