Followers

Tuesday, April 2, 2013

Kenapa Nak Berniaga??

Kenapa nak berniaga??..

Walaupun dah ada kerja tetap dan gaji pun ok plus dapat commission dan bonus..

Kalau orang yang kenal aku, mesti diaorang cakap..kesian malina..buat macam-macam nak cari duit..

Buat kerja permanent, buat coklat, berniaga Ephyra and so on..aku pun kadang-kadang rasa sedih gak tambah-tambah bila penat sangat buat semua ni..

To be honest, aku cukup je duit dengan gaji aku sekarang..meaning cukup bayar hutang, makan, shopping, jalan-jalan dan beli barang anak..(tapi rumah aku memang buruk dan kecik..kereta pun Proton je..)

Tapi bila aku just buat kerja permanent aku je, aku macam relax sangat dan banyak masa terluang..macam tak best lak..

Jadinya, aku pergi buat kerja part time sambil-sambil menambah pendapatan..aku buat coklat..banyak la hasil dari bisnes coklat ni walaupun penat tapi berbaloi...

Pastu aku cuba lak Ephyra, sebab ok..aku jual kat orang lain..lagipun kerja aku adalah dalam line sales and marketing, jadinya jual menjual ni dah sebati dalam hidup aku..dan duit lebih ni boleh lah disimpan untuk Adam..sebab aku rasa dia yang banyak nak pakai duit nanti..aku lak dah tua..duit untuk pergi Haji dan mati je penuh disediakan..

Lagipun aku mula rasa tak sedap dengan kerja aku sekarang bila aku dah fully focus jual barang-barang besar..which involve banyak orang dari different level & ranking..dan kadang-kadang kena suap diaorang..
So far, tak ada lagi la buat..tapi maybe akan buat nanti..
Jadinya, aku rasa macam emmmmm..something not right..nak bagi anak makan nanti duit tu..so acener??..

Nak tak nak, aku kena mula dari sekarang untuk buat bisnes part time aku..once dah stabil which aku dah dapat duit yang macam gaji aku sekarang..boleh la aku memikirkan sama ada nak kerja atau tak..

Lagipun meniaga tu kan 99 sumber rezeki..eh betul ke..doakan dipermudahkan segala urusan..dapat lah yang  lebih-lebih tu bagi mak saya juga..

-Malynn-

2 comments:

  1. amin..takpe memula part time..
    nanti lama2 blh jadi full time ya...

    ReplyDelete