Followers

Wednesday, May 29, 2013

Kenapa Perlu 'Me' Time??

Tak kira awak semua ni fulltime housewife, housewife berkerjaya, anak dara, bujang, husband atau apa sahaja..mesti kita semua nak masa bersendirian kan..
Sebab kadang-kadang kita selalu bagi diri kita untuk orang lain sampai lupa yang kita juga perlukan masa untuk diri sendiri..

Macam aku, aku memang banyak tanggungjawab..tanggungjawab sebagai seorang isteri yang mana kena jaga rumahtangga, suami dan anak..dan aku perlulah memberikan perhatian sepenuhnya kepada tanggungjawab ni..wah, ayat macam apa je..haha..
Contohnya, aku kena lah basuh kain, masak, kemas rumah, mandikan anak, bagi makan anak, main dengan dia..kain dah lipat..nak layan laki lagi dan macam-macam lah..kadang-kadang dah pukul 10 malam lebih pun tak mandi-mandi lagi sebab nak settlekan benda ni..

Lepas tu aku ada tanggungjawab sebagai pekerja..yang mana start dari pukul 9am to 5pm setiap hari Isnin hingga Jumaat..dan aku kena lah buat kerja office ni yang perlukan attention macam jumpa customer on time, buat quotation, siap kan tender, layan perangai orang-orang office dan customer..kadang-kadang nak makan pun tak sempat..just break kejap..lepas tu kerja balik..

Aku juga adalah anak, kakak dan adik kepada seseorang..kadang-kadang kalau family members minta tolong, tak kan korang tak nak tolong kan..macam mak aku sekarang, dia tinggal sorang..jadinya, aku kena take time untuk take care pasal dia juga..kena balik jenguk dia..bawak dia jalan-jalan..teman dia beli barang ke untuk bagi dia happy..aku tak rasa susah pun buat semua ni sebab ni tanggungjawab aku..

Lagi, tanggungjawab sebagai hamba Allah..aku kena make sure kan aku solat cukup 5 waktu..buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang..benda ni wajib dibuat..ada masa ke tak ada masa ke kena juga buat..dah tanggungjawab kan..

Jadinya..sebagai manusia biasa, aku rasa penat sangat buat semua ni..aku nak rehat..aku dah malas nak ngadap semua ni..aku bosan..sebab as you know, menjalankan tanggungjawab tak bermaksud korang akan dibayar dengan duit untuk semua tanggungjawab yang korang buat tu..TAPI mungkin korang akan dibayar dengan kebahagiaan bila tengok orang dibawah tanggungjawab korang tu hidup teratur, gembira, tersenyum riang..atau dibayar dengan keberkatan dan rezeki yang menjadikan hidup korang lebih baik..
Sesetengah tanggungjawab adalah sesuatu yang korang kena laksanakan tanpa mengharapkan balasan material..eh, apa aku melalut dah ni..

Ok, berbalik kepada nak escape dari menjalankan tanggungjawab tadi..aku memerlukan sedikit 'me' time untuk diri aku sendiri..sebab aku perlu memastikan diri aku dalam keadaan good condition untuk terus manjalankan tanggungjawab aku tadi..selalu aku try escape untuk 3 hari 2 malam..or 2 hari 1 malam..or 1 day pun dah ok..yang mana boleh lah pergi bercuti..pergi SPA..pergi makan..just untuk diri korang sendiri..

Bukanlah nak bersikap 'selfish' tapi benda ni perlu sebab setiap orang perlukan masa untuk diri sendiri..nanti kalau asyik stress je dah effect prestasi untuk menjalankan tanggungjawab kan..

Dan dalam konteks suami isteri..kan hari-hari mengadap each other..jadi sesekali berjauhan adalah perlu untuk menjadikan kita lebih menghargai antara satu sama lain..suami kena lah bagi chance untuk isteri berehat tambah-tambah kalau fulltime housewife tu..macam tak ada cuti langsung..dan isteri pun boleh lah bagi suami pergi keluar dengan kawan-kawan dia juga..dan make sure juga yang anak-anak disediakan keperluan yang cukup dan ditinggalkan kepada orang yang dipercayai..baru lah senang hati nak ber 'me' time..
Dan bagilah upah lebih sikit untuk orang yang tolong buatkan tanggungjawab kita semasa kita tak ada..

Lain orang, lain pendapat dan lain cara hidup..ikut lah masing-masing nak macam mana ye..

-Malynn-


1 comment: