Followers

Sunday, July 7, 2013

Kisah Adam 1 Tahun

Alhamdulillah, pada 6/7/2013 Sabtu hari tu..
Adam dah cukup satu tahun..walaupun sebenarnya dia lahir 8.25pm..tapi kita assumed once masuk je 6hb 7 tu terus birthday dia..
Tak ada apa pun..cuma aku bangun awal sebab nak buat kek..last-last mixer tak jalan..boleh???
Aku ni tak boleh, bila banyak keje nak buat dan time tu lah itu ini dah rosak..mesti jadi kelam kabut semua..

First nak buat nasik lemak..aku masak kat dapur gas..selalu aku masak dalam rice cooker tapi nasik malam tu banyak lagi, so aku masak guna dapur gas..tengok macam tak cukup air..aku pun asyik la tambah air..terus jadi nasik lemak lembik..
Pastu buat ayam berempah dan sambal ikan bilis..nasib adik aku cakap sedap sambal tu..

Ok, aku buat kek guna premix cake tu je..senang dan confirm jadi..dan since mixer rosak tak boleh jalan halfway tu..aku godak je guna tangan..dan tawakal je kek tu jadi..
Aku buat 2 adunan sebab 1kg punya..first tu ok, tapi jenis tak menyabar..aku pergi terbalik kan kek tu panas-panas..last2 hancur..haha
Nasib dapat idea gi sumbat dalam cup kecik-kecik..sebab aku beli banyak cup tu untuk buat dadih..dadih tu dah siap malam sebelumnya..
Jadi lah cupcake..letak topping..dan sedap la kek tu..ingat nak buat kek besar..tapi tak jadi..
Second adunan pun aku buat benda yang sama..
Dan satu kek tu ok untuk dihias..




Lepas tu, sebelum keluar tu..kita orang nyanyi "Happy Birthday" to Adam..
Tapi mak dia yang tolong tiupkan kek semua..dan tolong makankan kek tu..



Kemudian, kami sekeluarga pergi ke sini untuk bagi doorgift, dadih, kek dan sedikit barang-barang kering..



Ingat nak spend time dengan anak-anak dekat sini..tapi semua tak ada sebab diaorang pergi kenduri..
Tak berkesempatan la nak jumpa diaorang..maybe next time..
Aku liaise dengan Puan Azila sebelum datang tu..dan dia sangat baik..
Sorry, gambar memang tak ada sebab kami kejap je kat situ..
Untuk more info, korang boleh pergi website: www.nurbarakah.com

Aku rasa, every year pun boleh buat routine pergi sini untuk mengajar Adam erti bersyukur dan share happiness dengan anak-anak disini..

Puan Azila mendoakan Adam menjadi anak yang bertakwa..alhamdulillah..doa itu sangat dihargai tambah-tambah bila datang dari orang yang baik-baik macam Puan Azila..

Dan lepas settle tu, kami ke Setia City Mall untuk beli iPhone 5 adik aku..
Dan makan kat Secret Recipe..cheese cake untuk Adam..



Tu sahaja kisah Adam pada umur 1 tahun..eh, dia dapat hadiah birthday dari Daddy dia juga..train Thomas dan baju..mengada Adam tu dengan Daddy dia..Daddy tu orang sebelah rumah aku ye..

Untuk Adam, Happy Birthday..semoga jadi anak yang soleh, mendengar kata..bijak..berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat..mama tak mampu nak buat birthday party semua..tapi mama mampu jaga Adam dan sayang Adam much-much..thanks sebab ada dengan mama untuk setahun ni..


Perkembangan Adam sepanjang setahun ni:-
a) Meniarap umur 3 bulan lebih
b) Merangkak umur 5 bulan lebih
c) Start nak jalan, memanjat dalam umur 7-8bulan macam tu dan umur setahun dah stabil sikit berjalan
d) Tumbuh gigi dalam umur 10 bulan lebih..now dah ada 4 batang gigi..
e) Masuk hospital 2 kali..haha

-Malynn-

2 comments:

  1. happy brithday Adam. Semoga sentiasa diberikan nasib yang baik dalam hidup. S3 tu apa cerita?

    ReplyDelete
  2. Gelongsor kanak-kanak 2-3tahun rm130
    Tidak termasuk postage
    Whatsapp fakhru 0139233431

    ReplyDelete