Followers

Monday, July 22, 2013

Review: Susu Ilham

Adam adalah baby yang mengalami Lactoce Intolerence (LI)..
Dulu masa lahir, aku bagi dia susu Mamil Gold Step 1..
Alhamdulillah ok..sampai lah umur dia 7-8bulan macam tu..
Lepas tu aku tukar Step 2..mula-mula ok..
Tapi lepas tu dia kena cirit birit yang teruk selama seminggu..sampai melecet bontot dia..
Bawak pergi jumpa Paed dia dekat An-Nur, doktor cakap kena tukar susu..
Tukar susu yang Free Lactose tapi bukan soya based..

Cari punya cari, aku jumpa susu Similac LF..Free Lactose but not soya based..
Dia minum susu ni sampai setahun sebab susu ni memang untuk umur sampai setahun..

Lepas setahun, nak bagi susu apa pulak kan..
Aku pun survey dan mostly susu Free Lactose adalah sampai umur setahun sahaja sebab lepas umur setahun selalunya baby dah boleh accept lactose balik..

So, aku try la bagi susu biasa brand S26..sehari ok..esoknya cirit birit..dah confirm tak boleh anak aku ni minum susu lembu..

Aku survey lagi, orang cakap Susu Ilham ok..keluaran tempatan dan dikilangkan secara Islamik..


Aku memang tak nak bagi susu soya pada Adam..
Satu sebab aku tak mampu..mahal sangat harganya..
Dua sebab orang cakap memang tak elok bagi susu soya terutamanya kepada baby boy sebab dia menghasil hormon estrogen yang tinggi..tak nak lah aku nanti Adam jadi auw auw kan..mintak jauh kan lah..

Then aku try jugak cari susu kambing untuk Adam..

So, aku pun pergi Kedai Az-Zain dekat Bangi sebab ingat nak try susu Ilham tu..tapi tak ada stock..
Kebetulan ada satu lagi brand baru iaitu Suffy..Suffy ni ada susu kambing..RM40.00 untuk 500g..
So, still within budget..sebab Adam normally every month minum 4kg susu..

Dah try, alhamdulillah ok..tak ada effect apa-apa..

Tapi aku risau lak anak aku tak cukup zat ke apa..sebab kat packaging Suffy tu tak ada mention AHA ke, DHA ke..karang tak pandai lak anak aku kan..
Tapi susu Ilham ada semua tu..
Kebetulan dekat rumah aku ada dealer susu Ilham..aku try satu kotak dulu..


So far, almost seminggu ok..tak ada cirit birit ke apa walaupun susu ni susu lembu..maybe kandungan lactose dia sikit je..susu ni fully imported dari New Zealand..dikilangkan secara Islamik..


Harga aku beli ialah RM47.00 untuk 650g..jadi every month aku kena spend dalam RM320..within budget..

Adam pun aku tengok ok je minum..hope ok lah sampai bila-bila..

Siapa yang ada baby yang problem macam Adam, boleh lah try susu ni kot-kot serasi ke..

-Malynn-

5 comments:

  1. Assalamualaikum
    tumpang komen ya.. saya pun baru bg anak saya minum susu ilham ni..sebenarnya dari dulu lagi nk kasi tp susah nk jumpa. bila jumpa kat booth ada org jual terus try..ada promosi lak masa tu RM45 sekotak. ejen tu ckp kalau beli kat dia mmg rega tu..tp dia kat seksyen 11 shah alam nun..
    anak saya yg no 2 dan 3 tak suka sgt, sebab dah biasa minum susu biasa kot. tp yg sulung mmg suka sgt. infact saya pun suka bau dia yg wangi tu kan!
    sekrg saya beli di aeon big, rega rm48..pejam mata je lah..
    antara sebab beli sebab konon nk bg anak dengar ckp sikit hehe
    ok wassalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam Che Ta,

      Aah, bau dia wangi sbb ada badam, kurma sekali kan..
      Tu lah, org cakap kalau minum susu ni anak dengar cakap..tp anak sy ni tak tahu la lagi..haha
      Che Ta duduk mana?..ejen sy ni kalau ambik 5kotak baru dapat RM45.00..kalau tak, RM47.00..
      Try tengok kat kedai Az-Zain selalu ada jgk jual..

      Delete
    2. Salam semua. Saya salah sorang pengedar susu ilham. Kalau berminat leh contact saya ya. Free delivery utk area putra heights bsp n alam megah. Lain tpt just pm tgk mcm mana. 019 2634547 gee

      Delete
  2. baru nak tru bagi anak susu ni..lepas 2 tahun..

    ReplyDelete
  3. Hai ... Ada x agen susu ilha di kluang johor. Anak dah nak umur 2 tahun. Cadang nak bg susu ilham. Dah try bg susu lain dia x mahu.

    ReplyDelete