Followers

Sunday, July 21, 2013

Terlupa

Minggu lepas kecoh pasal seorang ibu yang terlupa anak dia ada dekat seat belakang dan tinggalkan anak dia dalam kereta tanpa aircond dan parking kereta tempat panas..dan anak dia meninggal..sebabnya hanya kerana dia terlupa dan anak nya meninggal..

Aku baca ramai yang hentam ibu budak tu dengan kata-kata yang sangat teruk dan memberi nasihat tak kena tempat..siap bagitahu yang dia akan didakwa diatas kecuaian dia..

Tapi most of my friends yang mana bekerja dan jadi ibu dalam masa yang sama, semua bagi nasihat yang berguna dan aku pun tak salah kan ibu budak tu..sebab aku faham situasi dia..
Aku sendiri pun kadang-kadang banyak benda aku lupa..sebab???..

Sebab ibu yang bekerja ni tak sama dengan ibu yang duduk rumah je..ibu duduk rumah kena fikir hal sekitar rumah tu je..ibu yang bekerja kena fikir hal rumah dan hal tempat kerja..
Lagi satu ibu yang PJJ dengan ayah pun tak sama dengan ibu yang tinggal sekali dengan ayah dan anak-anak lain..bila laki tak ada, korang boleh bagi full attention pada anak..sebab makan korang tak kisah nak masak apa..rumah nak sepah-sepah pun tak kisah..

Menjadi ibu bukan senang, selain jadi ibu kita kena jadi isteri, bibik, tukang masak, tukang jahit, kawan, pekerja untuk company yang korang kerja dan macam-macam lagi lah..
Kadang-kadang nak fikir hal sendiri pun tak sempat..balik kerja tu, nak duduk-duduk rehat pun tak dapat..
Sebab bila nak duduk, baru teringat nak masak..nanti laki nak balik, nak makan..anak pun tak makan lagi ni..pastu teringat kain tak basuh lagi, tak lipat lagi..banyak benda lah nak fikir..tak pernah habis..boleh mengigau bila ingat semua benda yang dalam list kat kepala ni..

Kat tempat kerja pulak, macam-macam hal..quotation tak siap..tetiba customer call tanya macam-macam..customer atau bos marah-marah..pun kena tambah lagi list kat kepala ni..

Macam ibu budak tu, dia kan nak berkejar pergi meeting sebab dah lambat..maybe dia dah kelam kabut sangat..takut nanti kena bambu lagi..lepas tu, tu kan periuk nasik dia..kena lah dia jaga prestasi jugak..
Jadi, dia memang tak kan sempat nak check satu kereta dulu sebelum keluar..sebab dia memang rushing dah..

Orang yang memang fully jaga anak tak buat kerja lain atau orang tak kahwin lagi memang tak kan faham benda ni..
Kami ni ibu-ibu sekelian tak kan sanggup nak bunuh anak sendiri..penat kami ni mengandung..nak beranak separuh nyawa tu..kami nak yang terbaik untuk anak-anak kami..

Tapi nak buat macamana..ibu tu tadi terlupa..dan hukuman yang dia terima adalah hukuman sepanjang hayat..mesti dia sengsara sepanjang hayat..
Untuk orang-orang luar, tak payah lah sibuk nak bagi hukuman kat dia..
Baik kita jadikan iktibar supaya kita tak buat benda yang sama..

-Malynn-

2 comments:

  1. To be honest orang pun faham masalah mak budak tu. Mesti tengah kelam kabut sangat.

    ReplyDelete