Followers

Thursday, August 15, 2013

Baik Diam Dari Berbicara

Wah tajuk tak manahan kan..hahaha
Ok, benda ni aku dah simpan lama dah..tapi simpan dalam hati je..
Sebab takut nanti aku cakap, ada yang terasa hati..takut aku tulis kat blog, ada orang terbaca lepas tu makan hati jugak..

Tapi bila fikir balik, ni blog aku..sukahati aku nak tulis apa..
Dan asyik aku je makan hati, meh nak bagi orang lain pun sama-sama makan hati jugak..

Macam ni ceritanya..ada seorang ni aku namakan dia A sahaja (bukan nama sebenarnya)..
Aku tak tahu lah apa motif dia dengan aku..tapi apa yang aku boleh assumed setelah berkawan dengan dia ni untuk beberapa tahun adalah dia ni lebih kepada negatif dari positif..

Most of benda semua pun nak negatif..

Contoh, aku cerita lah pasal aku beli tudung..aku cakap, murah je aku beli sebab standard tudung tu kalau kat luar or online dalam range RM55-65 macam tu..sekali aku beli dapat RM35..so, bagi aku murah lah kan..
Excited la nak share dekat dia kot-kot nak beli tudung murah boleh beli kat tempat tu..berkualiti jugak..
Sekali dia jawab "kita tak pakai tudung lebih dari harga RM20"..
Terus aku diam..yelah, kot ye pun tak pakai kan..cakap je lah "Ok, nanti boleh la try tengok..kot nanti aku nak tudung or kahwin..boleh cari dekat situ"..

Lagi..aku kan jual Ephyra..lepas tu ada lah kawan aku tanya..dia pun ada sekali..kawan aku ni tanya lah berapa harga, apa function dia..aku baru nak explain..dia explain kan dulu..lepas tu siap cakap yang dia tak makan benda-benda yang seangkatan macam Ephyra tu yang dijual kat pasaran..
Habis tu cik adik, kalau tak makan benda yang dijual dekat pasaran, ko beli barang kat tepi jalan ke?..

Terus aku diam lagi..bagi aku lah kan..kalau ko tak nak beli, tak nak makan, tak nak percaya benda-benda ni..ko tak payah lah nak hasut orang yang nak try jadi macam ko..depan-depan aku ni pulak..padahal macam la aku tak tahu ko pun pernah beli krim kurus..pil-pil jugak kan..

Macam aku ni lah..kerja hakiki, kerja part time semua ada competitor..semua ada orang nak jatuhkan kita..
Tapi as long as kita percaya dengan apa yang kita bawak..ada bukti-bukti sahih..kita tak payah takut la..
InsyaAllah kebenaran akan menolong kita..apa yang penting, just pegang pada apa yang kita percaya..

Dan banyak lagi la kisah-kisah negatif lain yang membuatkan aku rasa lepas ni aku malas nak cakap apa-apa dah dengan dia..aku pun tak tahu apa motif dia..adakah sebab dia tak ada duit tapi ayat cover macam banyak duit..atau lifestyle dia memang macam tu..ke sebab aku yang over sensitif?...hahaha

Apa pun aku sekarang malas nak berdendam nak marah-marah nak kecik hati dengan orang dah..sebab bukan orang tu tahu pun kan..jadi, baik move on je..sebab kat akhirat nanti ada balasan masing-masing..
Hidup ni tak lama..esok lusa kot-kot mati ke..baik kita happy je..

-Malynn-

2 comments:

  1. kami pun tk pakai tudung lebih 20 inggit..mcm biasa jer guna ayat tuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna ayat yang biasa org pakai agar nampak lebih general..hahaha..tapi selalu lagi ayat dipakai is "sy selalu beli tudung RMM10 je"..=p

      Delete