Followers

Monday, September 16, 2013

Family Time

Malas nya nak update blog..

Weekend lepas, family Abu ada buat family gathering dekat Port Dickson (PD)..

Book dekat Best Western Prima Inland yang dulunya Tiara Beach Resort..
Style apartment..ada 2 bilik, hall, meja makan..dan small kitchen..ambil 2 apartment la sebab ramai..

Kitaorang sampai pun dah petang..adik Abu ikut kereta kitaorang..

Terus masuk bilik..cadangnya nak buat BBQ tapi dah habis ronda tak jumpa tempat yang boleh buat BBQ..
Last-last BBQ dekat bilik je..

Aku tak buat apa pun..semua diaorang settled kan..

Petang tu stop dekat Pantai Sri Purnama sebab nak mandi laut..
Aku memang tak turun la..malas nak basah-basah..
Ni first time Adam jumpa pantai dan laut..
Ingat dia takut tapi dia over suka pulak..selamba je pergi dekat laut tu..
Pantai tu ok lah..bersih..ombak tak kuat..tak ramai orang macam Teluk Kemang..



Esoknya pulak, check out pukul 12pm dan aku ingat nak balik terus..rupanya diaorang nak berjalan dekat pantai lagi..pagi tu semua dah pergi theme park dekat hotel tu..tapi tak join la sebab tiket limited..

Balik tu, pergi dekat area Avillion..kat sini pun ok tapi tengahari rembang macam tu baik aku duduk dalam kereta je..hahaha..
Kesian kan Adam, bawak la jugak dia pergi pantai..tapi tak mandi lah..



Balik je terus aku masak untuk dinner sebab mak pak mentua tidur rumah aku malam tu..

Ahad pagi, masak breakfast dan hantar dorang pergi Klang..tapi tiket bas habis..
Pergi lah Kuala Selangor..alang-alang dah sampai tu..terus lah ke Bukit Melawati..
Tiket harga RM5.00..naik tram untuk ke atas tu..boleh jugak pergi ke Taman Alam dan Taman Ikan Air Tawar dengan tiket yang sama..
Tapi sebab dah penat..kitaorang just pergi Bukit Melawati je..dan balik..


Semoga Adam suka lah jalan-jalan kali ni..
Selalu kan dia duduk rumah je..

-Malynn-

4 comments:

  1. Nanti company orang buat family day kat situ jguak kut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang byk company buat family day kat situ sampai packed sgt..

      Delete