Followers

Sunday, September 1, 2013

Open House & Berangan

Akhirnya, tamat lah sudah aktiviti open house untuk tahun ni..
Aku buat open house hari Sabtu tu..gambar nan ado sebab tuan rumah busy..
Adalah dekat 40 orang datang..aku order makanan untuk 60 orang..
Ada laksa, soto, kuih talam..nasib aku order roti jala, akak tu tak boleh buat sebab dah banyak order..

Tu pun banyak berlebih lah..dan jiran aku buat open house malam tu pulak, aku bagi diaorang..
Sebab kat rumah tu ramai orang..rumah aku dah tak ada orang dah..
Tetamu yang hadir adalah dari kalangan adik beradik, anak sedara, jiran dan kawan-kawan..

Kemudian, tinggalkan rumah dan terus pergi rumah jiran pulak...
Balik tu baru kemas rumah..
Penat betul..nasib aku order, kalau aku masak..pengsan lah jawabnya..

Ahad pulak pergi rumah Ibu Adam dan rumah abang aku..

Dan memandangkan ni minggu terakhir Syawal, aku rasa dah tak ada open house dah kot..
Jadi boleh rehatkan badan dan perut kembali kepada normal..

Ok, aku ni jarang lah nak bersembang-sembang dengan jiran-jiran tetangga ni..
Kadang-kadang sempat senyum je..jiran-jiran aku pun sama..
Yelah, masing-masing kerja..jadinya, balik dah sibuk nak masak dan melayan anak-anak..

Jadinya, Sabtu hari tu memang spend time dengan jiran..
Adam pun dah berkawan dengan anak-anak jiran jugak..
Banyak lah bersembang semua..aku dan jiran-jiran aku ni memang semua tak renovate rumah..
Maklumlah tak mampu kan..
So, topic kiteorang most of the time berangan nak renovate rumah..
Setiap rumah yang dah direnovate yang kiteorang pergi, mesti kiteorang tengok design dia..
sampai ke dapur-dapur lah pergi tengok nya..
Pastu komen, berangan nanti dah ada duit nak buat design macamana semua..
Masuk lah angan-angan kiteorang ni..yang husband-husband dengar jelah..dan preparekan duit sebab geng wifey ni dah plan dah nak design macamana..

Memang lah kadang-kadang jeles tengok rumah orang besar..orang datang ramai-ramai pun still banyak space nak duduk bersembang..
Macam rumah aku ni, abang-abang aku siap duduk kat atas lantai kat luar tu lah sebab kat dalam dah sempit..
Tu kadang-kadang aku segan nak ajak orang datang rumah..rumah tak besar..
Tapi aku pun kena berpegang pada prinsip arwah bapak aku "Kalau ada duit baru buat, kalau tak ada senyap"..
Tulah sebenarnya boleh buat loan untuk renovate rumah tapi kalau sampai buat loan, bulan-bulan sakit nak bayar..nak shopping tak boleh, nak makan sedap tak boleh pun tak ada makna gak kan rumah besar..
So, aku dan jiran-jiran yang berangan ni pun kembali ke alam realiti bila sedar duit tak berapa nak ada..
Kite duduk jelah rumah yang ada ni dulu ye..

Apa-apa pun Selamat Hari Raya..panjang umur tahun depan jiran lain pulak buat Open House sebab aku tak buat tahun depan..

-Malynn-


1 comment:

  1. Itulah, nak cepat ambik loan. Tapi tak payahlah kut. Boleh je hidup rumah tak renovate pun.

    ReplyDelete