Followers

Thursday, September 26, 2013

Rezeki, Nasib, Takdir Orang Lain-Lain

Isu yang aku nak tulis ni dah banyak kali pun aku tulis dekat sini..
Tapi still nak tulis jugak..hahaha

Semalam coursemate aku masa UKM tulis status ni dekat FB dia..


Dan comments mesti lah pelbagai..


Dari perspektif ibu bekerja sendiri, ini lah ayat yang tersimpan dalam hati kami sebenarnya..


*Sorry..aku tak elaborate pasal isu kerja tak kerja dan hal jaga anak semua ni.. sebab aku rasa ayat diatas dah menerangkan segalanya..

Ada jugak aku nampak kat FB yang up status rezeki orang lain-lain..
Kalau tak dapat anak tapi dapat mentua, husband yang baik..
Kalau rumah kecik tapi boleh makan cukup dan tak risau orang pecah masuk..
Macam tu lah..aku cari tak jumpa pulak..

Dalam 2-3 tahun ni hidup aku agak suffer jugak..tapi tak sampai melarat..
Still cukup makan..boleh beli barang keperluan tapi tak boleh lah nak jalan, travel oversea..ahaks..
Just biasa-biasa je..orang kata sebab nak mula hidup..
Dan normally lepas berkahwin it will takes about 4-5years untuk hidup stabil..
Which I think it is true..

Macam coursemate aku tu untung..boleh berhenti kerja, jaga anak sepenuhnya..
Dan dapat husband yang mampu..mampu disini bermaksud dapat bagi nafkah secukupnya..dapat bercuti ke hotel 5 star sebulan sekali..dapat pakai barang branded and so on..
Alhamdulillah..seronok tengok orang hidup senang kan..

Macam aku, tak payah ambil contoh lain kan..
Masing-masing husband and wife kerja..tapi tu pun still kena pandai menguruskan kewangan..
Tak boleh boros sangat..tak boleh nak beli barang yang bukan keperluan..
Dan sebab duit ni jugak hidup aku jadi negative 2-3 tahun ni..sebab stress..

Tapi hari tu aku rasa happy je dan tak stress dah sebab sekarang aku dah banyak wang..marilah jadi downline saya..hahaha

Tak la..sebab aku dah berfikir secara positif yang hidup kita..nasib dan takdir kita ni lain-lain..
Dan bila difikirkan balik, semuanya equal..cuba jalan ceritanya je berbeza..Allah tu kan Maha Adil..

Contoh la kan..korang pakai kereta tempatan..tetiba jiran korang pakai kereta buatan Jepun..tukar perabot mahal-mahal..mesti korang jealous kan..ke aku je yang jealous???..
Tapi aku cakap memang dia mampu beli itu semua tapi diaorang tak ada anak yang comel macam Adam..
Balik-balik asyik pinjam Adam..see..equal kan..

Lepas tu orang tu beli handbag RM2000..kita pun teringin nak jugak handbag tu..tapi kita hanya ada duit cukup-cukup je..kalau beli nanti tak boleh beli mainan anak..anak sakit tak ada duit bawak pergi klinik..dan tetiba orang pakai handbag mahal tadi tu kena ragut sebab dah kena aim bila pakai handbag mahal mesti banyak wang kan..

Part husband and wife ni pulak..kadang-kadang kita tengok status FB orang cakap husband dia hantar pergi kerja..bagi bunga..beli gelang Pandora..terus rasa kenapa husband kita tak beli kan kita benda tu jugak..
Balik rumah pun merempan-rempan marah dan stress sebab tak puas hati kat husband sendiri..padahal husband kita tu tak tahu pun apa sebab kita buat perangai macam tu..memang nafsu kita ni macam-macam nak..sampai benda tak perlu pun nak sebab orang lain ada..jadi, kita sebagai manusia ni kena lah berfikir secara positif..dah husband orang tu doktor..husband ko tu technician je..dah tentu dia tak mampu bagi semua tu..tapi husband ko tu baik kat lain sebab breakfast tak buat pun tak apa..malas masak, makan luar..tak nak kemas rumah pun tak apa..ko nak balik rumah mak ko pun pergi la..see..still equal.
Karang dapat husband king control..kena ikut cakap dia je kan susah..

Kesimpulannya, nasib kita ni lain-lain tapi kalau dah susah tu jangan lah duduk sahaja..berusahalah..insyaAllah hidup akan jadi lebih baik..dan jadi lupa jadilah seorang yang positif..sesekali boleh lah nak mencarut, marah semua..tapi jangan selalu..korang akan nampak kesannya dalam hidup korang kalau korang amalkan pemikiran positif ni..takdir Allah itu pasti..kita sebagai hambaNya kena lah redha..barulah hidup pun happy..

-Malynn-

2 comments:


  1. yang ni ke...


    "USAH GELISAH"......Renungan bersama.........

    Jika tiada rezeki anak,
    mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
    Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
    yang liar.
    ----------------------
    Jika tiada rezeki wang ringgit,
    mungkin diberikan rezeki kesihatan.
    Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
    harta dunia.
    --------------------------
    Jika tiada rezeki kereta mewah,
    mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
    menimbulkan masalah.
    Maka kita lebih bahagia dari terganggu membayar
    kerosakan yang mahal.
    -----------------------
    Jika tiada rezeki rumah yang besar,
    mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
    pernah putus putus.
    Maka kita lebih bahagia dari golongan gelandangan.
    -----------------
    Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
    mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
    dan pandai menguruskan rumahtangga.
    Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
    dan terjaga segala.
    -------------------
    Jika tiada rezeki jodoh,
    mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
    panjang.
    Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
    sepenuhnya pada orang tua.
    ---------------------
    Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
    yang lebih baik pada esok hari.
    Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang datang tidak dijangka jangka.
    ------------
    Doa, Usaha, Istiqomah, Tawakkal...!!!
    Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil. Amiinn!!!

    ReplyDelete