Followers

Sunday, October 6, 2013

SurgaCakes by Rita & Hana


Ni terpengaruh tengok advert dorang dekat FB la ni..
Aku ni kan pantang tengok makanan yang macam sedap..mesti nak rasa..
Kebetulan pulak Sugarcakes ada offer "Sugarcombo" yang ada 4 jenis kek dalam combo tu dengan harga hanya RM35 termasuk delivery ke Shah Alam..


Tapi agak seksa jugak aku nak mendapatkan kek ni sebab aku cakap hantar pada aku hari Jumaat..
Dan alamat yang aku guna adalah alamat office..
Aku tunggu sampai pukul 5pm dan tanya pada owner dia bila nak hantar sebab aku balik pukul 6pm..
Dia cakap dia dah informed runner dia untuk hantar pada aku sebelum pukul 6pm..

Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai..
Aku SMS lagi mintak no.hphone runner dia..senang aku nak tunggu dekat mana-mana nanti..
Sekali masuk voicemail pulak..
Dan hari tu sebenarnya pengasuh Adam emergency leave..pakcik dia meninggal..
Dia SMS aku pukul 1.30 pagi..dan aku baca pukul 3.30 PAGI..terus aku tak boleh tidur memikirkan siapa nak jaga Adam sebab aku memang tak boleh nak cuti sebab minggu ni ada LabAsia dekat PWTC..
Semua orang busy prepare barang-barang nak ke sana dan cuti memang dibekukan..

Abu pun tak boleh cuti sebab minggu ni dia kena pergi Brunei seminggu dan kena prepare barang nak pergi sana..
Korang nampak tak..kadang-kadang ada satu hari yang semua benda buruk jadi dekat kita..
Jadi, fikir punya fikir aku teringat adik aku tak ada class hari jumaat..
Terus WhatApps dia..nasib dia tak tidur lagi sebab tengok cerita hantu dekat bilik kawan dia dekat UiTM Shah Alam..
Dia siap tanya lah aku ni ngingau ke..aku cakap tak dan aku sangat memerlukan pertolongan dia..
Nasib dia ok walaupun terpaksa korban masa berhuahua dia dengan kawan dia..
Tak pelah, nanti aku bagi upah..
Pukul 530PAGI aku dah siap mandi semua pakai baju nak pergi kerja siap-siap..dan pergi UiTM ambik dia..
Sebab tu lah aku kena balik rumah on time sebab Adam tinggal dengan adik aku je dekat rumah..dengan makanan aku tinggalkan breakfast set McD je..
Eh panjang lak cerita nya..sambung balik..

Jadi, owner Surgacakes tu cakap just bagi address rumah dan dia suruh runner dia hantar dekat rumah je..
Tapi korang tau pukul berapa dapat????
Pukul 12 TENGAH MALAM ok..
Dan sebab aku memang nak makan kek tu, dapat je terus aku makan walaupun tengah malam..
Seksa betul penantian..


Dan memang berbaloi la penantian aku hari tu..sebab sedap sangat Red Velvet dia..kek lain aku tak minat sangat..
Carrot Cake & Lapis Marrie dia sedap tapi macam manis sangat..Chocolate Brownie dia pun sedap..chewy gitu..
Siapa nak try, boleh lah order dekat Rita..maklumat lanjut di sini ye: https://www.facebook.com/Surgacakes?fref=ts

-Malynn-

No comments:

Post a Comment