Followers

Wednesday, November 6, 2013

Amanah Sebagai Online Seller

Hi Semua!!!

Malasnya nak update..sebenarnya tak tahu nak update apa..tak tahu nak susun ayat apa..

Ok, mari kita berbicara pasal online seller..mereka-mereka yang menjual barang secara atas talian..tak kisah lah melalui blog, Facebook, website .com, etc..

Macam aku, aku jual Ephyra melalui Facebook dan blog ni..
Kadang-kadang promote diri sendiri dekat FB Oceanlife2u..sebab sekarang dealer Ephyra dah ramai sangat..tak macam masa mula-mula aku jual dulu..

Dan sebagai online seller ni, ramai pembeli korang tak jumpa face to face sebab method of delivery is postage..dan bila pembeli membeli dari seller selalunya diaorang kena bank in duit dulu, baru lah seller ni post barang pembeli..kiranya urusan pembelian adalah atas dasar percaya..

Ok, sebenarnya la aku nak komen pasal online seller ni dari perspektif sebagai pengguna a.k.a pembeli..
Aku suka hantar Ephyra by COD..maksudnya aku jumpa customer directly..boleh explain face to face..duit pun aku tak ambik dulu..bila jumpa, baru bayar..kecuali yang jauh tu, nak tak nak aku memang post..normally aku post hari yang sama kalau aku memang ada stock in hand..atau esok pagi sebelum masuk office..

Ni complaint dari customer Ephyra sendiri yang aku jumpa face to face..
Diaorang cakap ada dealer kawasan dia tak reply pun SMS dia..tak layan pun..kadang dah deal, boleh lupa pulak yang dah deal nak hantar dan jumpa dekat mana..

Pasal lambat reply tu, aku pun kadang lambat reply terutamanya kalau korang hantar dekat WhatApps..sebab aku tak langgan pakej internet untuk phone aku..dan aku ada kerja hakiki..
Bila dekat rumah memang cepat aku reply sebab ada Unifi dan aku pun tak ada buat apa..
Tapi kalau korang SMS, insyaAllah cepat aku reply kalau aku memang tak jumpa customer kerja hakiki aku..
Dan sebagai customer sendiri, aku pun tak suka orang lambat reply..sebab kadang aku nak beli barang cepat kan..macam contoh aku nak beli susu Adam..kat kedai memang tak ada stock..so aku contact direct dekat main supplier dia..dia punya reply 2-3 hari baru nak reply..bukan 1 je..tapi banyak message aku hantar..kot la anak aku tu susu dia dah habis, macamana???..terus aku cancel nak beli sebab respond lambat giler..ni pun last dia cakap nak bagi tahu contact dealer susu tu yang dekat dengan aku, sampai sudah tak provide..

Satu lagi, kalau customer dah masuk duit untuk barang yang dia nak beli tu..korang pun cepat lah uruskan penghantaran kepada customer..macam yang jadi dekat aku jugak..
Aku beli tudung..dia cakap kalau bank in before 11am, dia pos hari tu jugak..iaitu hari Jumaat..aku pun cepat-cepat bank in..
Should Isnin dapat lah kan..sekali sampai Rabu tak dapat lagi..bila dah dapat, aku tengok CN dia hantar hari Isnin tu..sabar jelah..

Jadi, sebagai seller..sila lah amanah dalam apa yang anda niaga kan..
Jaga customer..ok, aku pun bukan perfect dalam berniaga..tapi aku cuba buat yang terbaik untuk customer aku..
Janganlah bila tengok orang berniaga, ko pun nak berniaga..tapi tak buat betul-betul..

Satu lagi, dalam perniagaan memang akan ada persaingan..tak kisah lah ko jual apa..
Tapi jangan lah busuk hati dengan rezeki orang lain sampai sanggup ni jadi customer semata-mata nak tahu harga competitor..ni aku refer to dealer Ephyra yang dengki mendengki sesama sendiri..
Kalau service bagus, harga ok..insyaAllah rezeki tu ada je..cuma buat yang terbaik..jangan main-main..

Thanks.

-Malynn-


No comments:

Post a Comment