Followers

Tuesday, November 5, 2013

Teluk Batik, Lumut & Pangkor (Nov 2013)

Minggu lepas aku balik kampung..dan memang apply cuti Isnin tu..
So dapat lah cuti 4 hari straight..walaupun apply 1 hari je..
Minggu sebelum tu aku balik kampung jugak..tapi balik kampung Abu..
Aku jadi penat la nak balik kampung tiap-tiap minggu..
Jadinya, minggu lepas tu aku pun slow and steady jelah..tak rushing nak balik..
Bila dah settled semua benda dekat sini, baru gerak balik kampung..
Mak aku pun busy dengan rewang dekat rumah orang kahwin..

Sabtu sampai kampung, makan, duduk tengok TV..
Ahad pulak aku cakap dekat mak aku lepas kenduri terus balik..
Lepas Zohor boleh gerak pergi Teluk Batik..

Aku dah plan lama dah nak bawak mak aku pergi Teluk Batik sebab ni tempat yang dia nak pergi sangat selama bertahun-tahun..tapi sebab banyak sangat hal, sampai lah minggu lepas baru lah dia sampai sana..
Ni pun adhoc plan..aku tak book hotel pun..cuma mintak abang aku bagikan no.telefon hotel dekat Teluk Batik..aku nak book awal tapi mak aku cakap takut abang-abang aku yang lain balik..tapi diaorang tak balik, marilah kita terjah je Teluk Batik tu..

Perjalanan mengambil masa 2 jam dari kampung aku..on the way call Marina Cove, dia cakap ada apartment 2 bilik dan boleh walk in je..
Dah sampai, check in..berehat..malam baru keluar balik..


Lepas Maghrib terus gerak ke bandar Lumut..survey barang-barang yang boleh dibeli esok hari..
Kemudian, on the way balik singgah makan dan pergi pantai Teluk Batik..



Esoknya, bangun pagi..pergi breakfast..
Dan terus siap untuk bawak Adam mandi swimming pool..



Dalam pukul 10.30pagi macam tu, dah siap semua terus check out..sebab plan nak pergi Pangkor..
Alang-alang dah sampai kan..moh la kita pergi..bagi mak aku merasa sampai sana..
Selalu orang cerita, dia dengar je..


Pergi Pulau kena lah pakai cermin mata hitam kan!

Tiket RM10 pergi balik untuk dewasa..
Adam FOC..

Sampai Pangkor pun dah pukul 12pm lebih..


Dah siap book kereta RM60 untuk 3 jam..
Dan memandangkan ramai orang cuti, makanya orang pun sangat lah ramai..

Teluk Nipah, Pangkor

Mak & Me


Adam memang teruja tengok air laut tu..
Dia nak terjun tapi macam susah pulak nak bersalin baju..
Plus aku pun tak bawak baju extra..so tak ada orang boleh teman dia..
Dan salah jugak, baik overnight dekat Pangkor..sebab ada lah masa untuk mandi laut..
Tak apa..lain kali kita datang lagi ye..

Dalam pukul 4pm naik ferry untuk ke Lumut semula..

Bertolak balik ke kampung dalma pukul 5pm..
Singgah nak beli udang galah tapi tak ada rezeki..semua dah habis..
So, balik terus..sampai rumah pukul 7pm..

Aku harap mak aku happy lah walaupun penat..dan dia tak kempunan dah nak pergi Teluk Batik, Lumut & Pangkor..
Ni dia duk mention pasal Ho Chi Minh..aku kena fikir banyak kali nak bawak dia pergi ke tak..
Sebab aku sendiri tak mampu nak pergi sana..hahaha..

-Malynn-

1 comment: