Followers

Tuesday, January 29, 2013

Bapak Dah Tak Ada..Al-Fatihah


Bapak aku dah tak ada..untuk full story boleh baca dekat blog abang aku: http://besout.blogspot.com/2013/01/aku-nak-menghembuskan-nafas-terakhir.html

Aku dapat spend time dengan dia dalam 15minit sebelum dia menghembus nafas terakhir..

Sepanjang perjalanan aku hanya berdoa yang aku sempat jumpa dia..sebab dia asyik tanya bila aku nak balik..

Aku cakap "Kalau apak nak jumpa kitaorang, apak tunggu kejap je lagi..dah nak sampai dah ni.."..
Bila makin dekat ke rumah, memang aku dah lemah semua nya..sampai je kat rumah terus aku lompat keluar kereta dan lari jumpa apak..alhamdulillah sempat..

Dan aku doa.. "Bagilah dapat jumpa apak..kalau dapat jumpa, aku redha untuk dia pergi.."

Tapi aku pun tak lama dengan dia..cuma aku ada masa dia hembus nafas terakhir..
Sebab time last tu, mak dengan kakak aku yang ada sebelah dia..lepas tu diaorang cakap apak dah tak ada..
Aku terus tengok jam..7.40pm..dan aku tengok balik..aku rasa dia ada lagi..aku pergi dekat kepala dia..
Dan memang ada lagi..lepas tu baru dia tak ada..dia tarik nafas panjang dan tak ada..kakak aku pun cabut mesin nebulizer dia..masa tu baru dia dah pergi selamanya..

Sedih tapi aku rasa semua adik beradik aku tabah..kitaorang tak nangis beria-ia..tapi kitaorang menangis dalam hati..aku pulak, aku rasa aku paling less menyumbang untuk  apak aku..sebab aku banyak bagi peluang adik beradik lain yang buat..aku hanya tengok je..

Malam tahlil pertama tu pun aku balik sebelum majlis lagi walaupun husband aku cakap kita stay sampai habis majlis, or balik esok je..tapi aku fikir nak hantar adik aku semua, nak tak nak aku kena balik..dan aku pun tak rasa sedih sangat..tak tahu nape..orang tengok pun mesti fikir budak ni tak sedih ke..sampai akak aku sound yang mati ni sekali je, bukan dua kali..

Aku tahu adik beradik aku boleh uruskan..lagipun aku dah buat part uruskan catering untuk malam tahlil kedua dan ketiga..so aku balik je..

Bila kat rumah, aku duduk..dan bila aku seorang-seorang, baru aku sedar..apak dah tak ada..dia dah tak balik dah..dia tak ada kat rumah dah..baru la sedar..in Sha Allah akan aku sedekah Al-Fatihah dan Yassin kepada dia sebagai pengubat rindu dan bekalan dia ke sana..

-Malynn-





Wednesday, January 16, 2013

Homemade Pizza

Cara-cara nak buat homemade pizza:

Beli readymade pizza base dekat Giant..sebab aku cari dekat Tesco tak ada..
Ada sos dia sekali..ada 2 keping dalam tu..harga dalam RM8.00-9.00..
Dan juga Mozzarella Cheese - RM13.00++

Topping Pizza adalah terpulang kepada masing-masing..
Aku letak lada benggala, sosej yang dah direbus, 
daging kisar yang dah dimasak bersama bawang & blackpaper 
dan chicken ham

Kemudian sapukan sos yang ada sekali dengan pizza base tadi

Letak topping ikut suka nak banyak mana

Taburkan cheese sebanyak mungkin untuk effect macam iklan Pizza kat TV

Bakar pada suhu 220C selama 10minit atau sehingga cheese cair

Sementara itu mari kita menikmati English Breakfast
Teh O, Roti with Omellette

Pizza dah siap
Kalau nak garing lagi, boleh tambah masa

Ok, effect menjadi

Jemput makan..hihi

Sesuai untuk orang tak rajin dan tak pandai masak macam saya..

-Malynn-

Resepi Untuk Orang Dah Kahwin



Ok lah tapi tak praktikal untuk aku dan Abu..ada a few je yang boleh diaplikasikan..

-Malynn-

Tuesday, January 15, 2013

Mat Wazip Bin Shaari


En Mat Wazip ni orang yang garang, sombong, cepat marah, degil, tak suka susahkan orang, kedekut, tak dengar cakap orang, dia je yang betul, selalu pukul anak kalau salah sikit pun..tu yang buat kadang-kadang aku marah dan benci dekat En Mat Wazip ni..

TAPI..

En Mat Wazip jugak hensem..ramai peminat..kalau tak, tak la kahwin sampai tiga..hihi..
Dia kuat berusaha untuk mendapatkan kehidupan yang senang sampai sanggup berjimat cermat tak beli kereta, tak pakai barang mahal-mahal, makan benda-benda yang boleh dapat free je macam ikan sungai, ulam-ulam..tak pergi jalan-jalan..
Dia kuat berusaha dan tak pandai berputus asa..kalau dia yakin pasal sesuatu tu, dia akan buat..tak peduli apa orang lain cakap..contoh masa nak tanam baru pokok kelapa sawit..orang lain ramai serah Felda..tapi En Mat Wazip buat sendiri..dan ada beberapa orang yang mengikut perkara yang sama..bila ramai yang give up sebab tak cukup modal, En Mat Wazip masih meneruskan usahanya..hasilnya untung dia dapat lagi banyak dari orang yang serah Felda..
En Mat Wazip juga mempunyai daya kepimpinan yang tinggi yang mana dia jadi ketua blok masa masuk Felda dulu..kalau apa yang dicadang oleh dia, mesti akan ada orang yang ikut dan percaya pada dia..
Dan aku rasa sifat ni pun ada menurun sikit pada anak-anak dia yang mana anak-anak dia suka jadi leader and not follower..
Dia juga selalu semaikan semangat bersaing sesama sendiri dalam diri anak-anak nya..sebab dia nak tengok anak dia berjaya dan ada kehidupan yang selesa..kebanyakan apa yang dia buat adalah untuk kepentingan anak dia..simpan duit banyak-banyak sebab nak bagi anak-anak..sanggup berlapar sebab nak bagi anak-anak kenyang..ganti baju pun setahun sekali je..kata dia "Aku bukan nak pergi mana pun"...
En Mat Wazip pun tak suka berhutang..apa-apa dia nak, dia beli cash..dan prinsip dia "kalau tak ada duit, diam"..
En Mat Wazip penyokong kuat Tun Dr Mahathir..jangan berani-berani kutuk Mahathir dan UMNO..memang cari pasal la jawabnya..sebab En Mat Wazip cakap kalau tak ada Mahathir dan UMNO, hidup dia mungkin tak sebaik ini..dan juga Najib sebab banyak bagi kebaikan pada warga Felda..

Banyak sebenarnya perihal En Mat Wazip..hidup dia selama 74 tahun ni macam-macam dia lalui..
Apa yang ditulis diatas tu adalah terlalu sedikit tentang dia sebab aku hidup dengan dia cuma setakat 27tahun lebih sikit..

Sekarang En Mat Wazip dah tak larat..nak bergerak pun dah tak larat..bergantung dengan gas nebulizer..badan dah bengkak-bengkak..hanya minta anak dia doakan dia sihat kembali..anak dia cakap "Ok, nanti apak sihat la"..walaupun anak dia dah tahu apa yang akan jadi..

Untuk En Mat Wazip, jangan degil-degil lagi ye..apa yang abang kakak saya buat untuk En Mat Wazip adalah sebab kitaorang nak tengok En Mat Wazip sihat kembali..dan kami sayang En Mat Wazip walaupun En Mat Wazip selalu marah-marah kami..

Nanti aku teringat apa-apa..aku update balik pasal En Mat Wazip..Sekian

-Malynn-

Khas Untuk Atok Saya

Sunday, January 13, 2013

Nak tukar agen insurans

Macam ni..hari tu kan Adam masuk hospital..kat DEMC..

Aku masuk kan dia kat situ sebab dapat confirmation dari agen insurans aku yang penyakit Adam tu covered..tapi sebab insurans tu baru dua bulan..dan tak matang lagi, jadinya aku kena bayar dulu..lepas tu claim..aku pun call dia untuk confirm kan banyak kali yang Adam tu covered..

Then, bila Adam dah keluar..aku dah submit form semua..ni dah dekat 2 bulan..tak dapat-dapat payment lagi..
Dia cakap lepas submit dalam 21hari boleh dapat dah..

Dan aku pun dah confirmkan dengan doktor yang Adam bukan asma dan cuma kahak je..

Lagi, agen aku ni pun tak update apa status sekarang..aku lak yang kena call dan SMS tanya apa status..tetiba dia kata kena isi form lagi..kena pergi jumpa balik doktor yang rawat Adam hari tu and so on..
Ok..fine..pastu aku cakap bagilah form tu..
Dia cakap last week dia ada kat Putrajaya..esok lusa nak pergi Genting lak..banyak nye nak berjalan, kerja tak siap lagi..

Aku tanya la "Jadinya bila boleh dapat payment nye..next week saya nak pergi Singapore..nak guna credit card..jadinya saya nak clearkan payment tu"..

Ok, aku kena pergi Singapore seminggu..jadinya credit card amat-amat lah diperlukan sebab aku pergi on business matter..nanti claim kat company balik..stay kat hotel yang harga RM700lebih/malam for 3 nights..don't expect me to brings cash yang banyak..

Ketawa-ketawa dia cakap "tak dapat kot.."..

Eeee..geramnya aku..dah la bulan-bulan aku bayar beratus-ratus untuk insurans je..dulu masa nak apply bukan main rajin lak ko nak mengadap aku semua kan..ni aku kadang-kadang malas..bukan nak kondem, tapi kalau dengan Melayu je..masa mula-mula memang baik, memang rajin, memang punctual and effective..ni orang dah ambil insurans,bila nak claim..buat macam ni dan macam-macam alasan..langsung tak effective..

Aku buat sales, jadi aku tahu situasi ni..unless kalau background korang dari company besar, dapat boss yang memang push untuk achieve target semua..memang tu melayu yang boleh pakai..
Tapi kalau saja-saja jual insurans sebab tak nak kerja dengan orang..nak freelance..memang ni lah hasilnya..

Tolong siapa boleh tolong..

-Malynn-


Wednesday, January 9, 2013

Tambah Anak

Sekarang Adam dah 6  bulan..kiranya dah besar la jugak..
Pandai main sendiri dan tak ada la nak berkepit je dengan orang..

Dan ada gak la beberapa orang tanya "Bila nak tambah lagi?.."

What???

Adam baru 6 bulan kot..badan aku ni pun tak fully recovered lagi..

Now dah 2-3bulan asyik batuk dan selsema on off..demam pun selalu jugak..kalau pergi klinik sure dapat MC cuma aku yang tak guna..still pergi kerja..dan aku suka lupa jugak..

Dan hari tu masa bersalin aku ambil epidural dan now aku dah mula rasa sakit nya..now depends dengan ubat tahan sakit..

Sekarang pun aku dah mula nak dapat kan beauty sleep sikit sebab Adam sekarang tidur lambat..dekat pukul 12malam baru nak tidur..jadinya, dia bangun susu sekali je..tu pun dah nak dekat pukul 5 - 6 am macam tu..dan tak adalah maknya pening-pening lalat pergi kerja..

Lagipun aku nak kumpul duit cukup-cukup baru nak bersalin lagi..sebab kalau boleh nak bersalin tempat ok sikit..dan sebenarnya bila fikir balik, aku trauma lagi nak melalui sakit bersalin tu..kena kerat semua..ouuchhh..walaupun kalau nak kira, aku bersalin senang la jugak..

Aku kan kerja, jadi masa dengan Adam sangat limited..kadang-kadang mungkin dia pun confius mana satu mak dia..kejap orang ni jaga..kejap orang tu jaga..sian dia..biarlah aku spend masa lebih sikit dengan dia..

Dari segi kewangan lak, memang cukup anak seorang je setakat ni..maksudnya untuk bagi the best untuk Adam..kalau takat susu Dutch Lady, pampers beli bundle..insyaAllah boleh anak dua..tapi sekarang harga susu Adam dah naik..banyak lak naiknya tu..tu yang lagi kena fikir-fikir..

Aku jugak tahu limit aku dan husband dalam mendidik anak sebab apa yang aku nampak kitaorang tak dapat nak didik dia secara betul..maksudnya nak bagi didikan agama secara sempurna semua tu..aku tak mampu sebab ilmu aku pun kurang..nak mendidik jadi bijak pandai pun tak reti sebab mak pak nya tak berapa pandai..jadinya aku kena invest lebih sikit untuk bagi semua tu pada dia..macam masuk kan islamic montessori..bagi tuisyen semua..overkan?..anak baru 6 bulan dah nak hantar tuisyen bagai..

Tapi to be honest memang aku dah cari school untuk Adam..haha..ingat dia 3 tahun macam tu nak hantar dia gi playschool..

Apa pun untuk sekarang aku memang tak plan nak ada anak lagi..kalau ter ada tu, maknanya tu accidently ada..bukan on purpose..

-Malynn-

Tuesday, January 8, 2013

Nandos






Nak bagitahu yang Adam dah pecahkan gelas dekat Nandos ni..kan tangan dia sekarang dah pandai capai barang..nasib budak Nandos tu cakap tak apa..dan tak payah bayar..

-Malynn-

Tak Masak

Aku dah kahwin dalam setahun lebih..
So far so good..gaduh tu biasalah..baik pun biasalah juga..

Ni cerita pasal makan dekat rumah..

Aku kan kerja, jadinya kadang-kadang ada terbalik lambat..dan terbalik cepat..
Kalau balik awal, barang nak masak semua ada..aku akan masak..tapi kalau memang tak ada barang nak masak dan aku balik lambat, memang aku tapau jelah..

Lagipun ada anak kecik ni, lagi lah banyak benda aku nak settlekan..tapi since sekarang Adam dah pandai main sendiri..kitranya senang jugak la aku nak buat kerja..

Jadinya sepanjang aku kahwin ni, mostly banyak makan kat luar atau tapau..kadang-kadang weekend pun sama..dulu sebelum ada Adam, aku masak gak weekend sebab tak kerja nak buat kan..sekarang kadang-kadang masak, kadang-kadang tak..

Lagi satu pe'el aku, kalau masak mesti nak suruh orang makan sungguh-sungguh..tambah nasi semua la..baru lah rasa berbaloi berpenat-penat masak dengan nak melayan Adam lagi..dan aku kalau masak, kalau banyak bahan..banyak jenis la aku masak..walaupun yang makan dua orang je..
Ni aku rasa menurun perangai mak aku..

Satu lagi, kalau masak tu nak make sure semua orang makan puas hati dan kenyang..

Tapi aku tak pandai masak dalam kuantiti banyak..sebab tak pandai nak agak bahan-bahannya..

Jadinya, kalau ada orang nak datang rumah aku preferred diaorang pergi makan dekat luar or aku siap-siap tapau lauk..dan just masak nasik..unless orang nak datang tu bagitau nak datang awal, jadinya aku boleh preparekan diri untuk masak banyak..kalo lagi 2 jam nak sampai, harap maaf..aku tak ada lah nak masak kelam kabut semua tu..sila makan kat luar ye..

Sebab tu la kalau family in law aku datang, memang aku tak masak..sebab style diaorang, bila nak bertolak baru bagitau nak datang..dan kalau mak aku nak datang lak, walaupun lagi sebulan nak datang dia dah bagi tau, selalunya memang dia dah siap masak dan bawak bekal lauk..hahaha

Selalu kat kampung aku tak masak..tak reti aku guna dapur rumah orang..kat kampung aku, mak aku yang masak..balik kampung just duduk rumah..

Jadinya, mak pak mentua aku memang assumed aku tak masak untuk anak bujang dia..
Sampai ada ipar duai aku tanya "Ina kat rumah masak tak?"..risau beno adik ipar dia tak makan kan..
Dan hari tu akak ipar aku lak bagi labu sambil cakap "ha, ni masak ke ni tak"..sebab sepanjang duduk rumah aku, semua beli kat luar..

Pagi-pagi pun aku tak masak breakfast..sebab tak berbaloi bangun pagi-pagi..buat breakfast..laki aku makan secoet je..memang aku tak masak dah la..

Satu lagi pantang aku, aku dah penat-penat masak..pastu tak nak makan..pastu buang jelah seperiuk lauk..dan aku je kena jadi tong sampah makan semua balance..aku akan boikot tak nak masak sampai la mood masak aku datang balik..walaupun sebenarnya aku lebih suka makan makanan masak kat rumah, kalau telur goreng dengan nasik putih pun dah ok sangat dah..lagi sedap..makan kat luar or tapau ni kadang-kadang muak dah aku nak makan..

Moral of the story: aku tengah boikot nak masak selama sebulan..terima kasih

-Malynn-

Melaka: Original Klebang Coconut Shake

Direction
Sebelah Caltex

Awal lagi masa ni..tak ramai lagi orang beratur..
Kitaorang lalu petang tu, memang panjang barisan..

RM2.50/cup
Beli 3

Satisfied Customer!!

Recommended..

-Malynn-

Melaka: Medan Ikan Bakar Umbai

Hari kedua di Melaka, kitaorang decided nak pergi makan dekat Umbai..

Sebenarnya lepas check out dari Naza Talyya, kitaorang pergi la menghala ke Klebang..on the way tu stop makan dekat macam food court untuk lunch..

Satu aku tengok orang Melaka ni kan, diaorang kasar sangat..memang aku tak boleh accept..maybe bagi diaorang semua tu ok dan dah biasa..tapi bagi kitaorang ni memang la weird..
Sampai kan aku fikir, kalau mak mentua aku orang Melaka, mahu aku menangis setiap kali lepas cakap dengan dia..hahaha

Ok, masa makan kat kedai tu..lauk dia memang tak sedap dan mahal nak mamppp..tapi dah makan, bayar jelah..lepas tu dia selamba marah-marah kedai sebelah dia sebab macam ambik customer dia and so on..kot ye pun dengki dengan kedai sebelah tu, tak yah la depan-depan customer nak bising-bising..

Lagi satu, aku ada berhenti nak beli kuih keria gula melaka..tapi dah habis..yang ada goreng pisang je..
Jadinya aku pun cakap la kat makcik tu nak beli goreng pisang..pastu dia jerit-jerit panggil anak dia dalam rumah..suruh keluar ambilkan pisang tu..padahal aku beli RM2 je, dia just letak dalam plastik je..dekat 5minit gak la tunggu anak dia keluar..pastu makcik tu cakap..

Makcik: Aku mabuk ni
Aku: Panas kot makcik..(sebab dia tengah goreng pisang)
Makcik: Tak la, sebab darah tinggi..malas aku nak layan ko..nanti anak aku buat..

BoleH???..ok la, cuba menerima..

Eh, berbalik ke cerita Umbai tadi..

Aku pergi Umbai ni guna GPS..dulu kawan aku yang bawak..aku tak tahu jalan..biasa lah kalau guna GPS, ntah mana-mana jalan dia guna, tapi sampai la..

Kitaorang sampai dalam area 6pm lebih..pergi kedai nama dia PARAMESWARA kot tak silap..kedai paling besar kat situ..
Sebab datang awal, dapat la duduk tepi laut..kalo nak makan dalam bot pun ada jugak..
Kat sini, pilih meja..pilih lauk pastu dia bagi nombor macam kat bawah..


Dekat tepi tu ada pokok bakau..dan ada titi nak jalan kat situ..
sesuai la nak bergambar.
.tapi aku bawak Adam, tak la aku ke situ sebab takut kena sampuk lak nanti..

Udang butter prawn - RM20
Ada dalam 6-7 ekor udang besar-besar

Ketam Cili - RM24 je??..
Murah la..2 ekor ketam yang besar..
tak caya tengok sepit kat bawah ni..

Kannnn

Sotong Goreng Tepung - RM13, 2 ekor

Lepas dah compared, aku suka yang dekat Sungai Duyung lagi..sebenarnya, Sungai Duyung dan Umbai dekat je..tapi GPS dah tunjuk jalan lain..kira macam sejalan je sebenarnya..memula jumpa Sungai Duyung, pastu baru Umbai..sebab masa balik kitaorang ikut jalan masa nak pergi Sungai Duyung tu..
Total makan hari tu termasuk air, nasik putih = RM70

-Malynn-

Melaka: Ikan Bakar Sungai Duyung

Memandangkan percutian ke Melaka untuk makan-makan..jadinya aku dah survey beberapa tempat dekat blog-blog orang selalu datang sini..

Makanan yang mesti makan adalah seafood..jadinya, petang hari pertama tu..dalam pukul 5 lebih kitaorang gerak nak cari dekat mana Muara Ikan Bakar Sungai Duyung..

Kenapa tak pergi Umbai?..sebab Umbai tu macam famous sangat..so mesti ramai orang..lagipun kat sini pun ramai recommend sedap..umbai tu pun aku pernah pergi dulu..kawan aku bawak..

Dan tempat ni ada dalam senarai GPS..senang nak cari..kalau nak direction, aku tak pandai sangat nak bagitau..

Ni main entrance..
Sebenarnya kat area situ ada jugak kedai ikan bakar lain..

Style kat sini, makan lauk dengan nasi lemak..
Sedap nasi lemak dia..kalau nak nasik putih pun ada juga..

Air Kelapa..
Ambil satu jug terus sebab selalu kalau makan, minum 3 gelas untuk 2 orang..

Sotong Goreng Tepung..
Sedap dan aku suka yang sini dari yang kat Umbai..
Tapi ambil seekor je..kalau tahu sedap, ambil dua ekor..
sotong dia pun besar..

Udang Bakar Kosong..
Benda fresh, semua sedap..

Rupa isi nasi lemak..nyum2x

Jenahak Bakar Kosong..
Sedap dan manis rasa isi ikan tu..
Tapi aku suggest, kalau nak buat bakar, mintak bakar sambal..

Aku suka la makan kat tempat ni..sedap..service pun pantas..total makan hari tu = RM53.00..reasonable la..


Dan boleh menikmati sunset masa makan..kalau nak datang, datang awal sikit dalam pukul 5-6pm macam tu..masa ni tak ramai sangat orang..senang nak pilih meja dan lauk..kalau dari bandar nak ke kedai ni dalam 20-30minit..

-Malynn-

Monday, January 7, 2013

Melaka: Naza Talyya & Klebang Beach Resort

Akhir tahun hari tu, aku apply leave seminggu sebab nak clearkan leave yang ada..

Tu pun banyak balance lagi..carry forward je tahun depan..kalau aku kerja lagi lah kat sini..
Kalau tak, burn jelah..

Mula-mula plan nak pergi Terengganu..aku dah siap booked hotel semua tapi kan Pantai Timur tengah banjir..terpaksalah batalkan rancangan nak ke sana..

Fikir-fikir mana la nak pergi..aku nak sangat pergi pantai..bukan nak mandi laut pun..just nak duduk tepi pantai..
Kalau pergi Perak, macam jauh sangat lak..last-last pergi Melaka jelah..memang plan nak makan seafood banyak-banyak..jadi kat Melaka kan ada Umbai..molek benar lah nak ke sana...

Percutian kali ni adalah untuk makan dan jalan-jalan sikit tapi tak la nak jalan sangat-sangat sebab bawak Adam ni kena consider banyak benda..tak boleh penat sangat..kene slow and steady je..

Naza Tallyya, Melaka

First aku, aku ingat nak pergi Sabtu (29/12/12) tapi banyak hotel dah fully booked..aku ajak adik aku pergi sekali tapi dia tak nak dan kebetulan dia nak balik ikut abang aku..jadinya Ahad (30/12/12) tu baru pergi Melaka..memang aku dah booked siap-siap bilik deluxe sebab ada extra day bed..kalau adik aku ikut dah ada extra bed la..senang..ni dia tak ikut, extra bed tu jadi tempat letak barang jelah..
Aku book guna Agoda.com..harga RM158.00 incl. breakfast for two..

Untuk check in, semua ok..kitaorang sampai dalam pukul 2.15pm macam tu..

Ni interior biliknya..

Katil Twin Sharing..
DayBed dia tu besar..boleh dua orang

Toilet tak bersih sangat..
Towel dia hantar pukul 7pm sebab laundry kat luar..
Tak mandilah kitaorang siang tu..

Hotel ni under Naza 
dan 
sebelah hotel ni pun ada Kedai & Pusat Servis Naza Kia

Very old fashion
Orang sekarang semua pakai flat screen, 
hotel ni pakai TV cembung lagi..tak ada remote lak tu..huhu

Budak yang macam happy tapi asyik merengek je duduk bilik ni.
tak tau la kalau dia nampak "benda" kat bilik ni kan..

Overall ok lah tapi a bit expensive compared dengan apa yang diaorang provided..breakfast menu pun so-so..location hotel ni pun jauh dari dataran pahlawan..ok lah bagi aku sebab kalau hotel dekat dengan dataran pahlwan tu, memang jammed dan crowded..jauh pun tak la jauh mana..dalam 5-10minit je..
Dan hotel ni tak ada swimming pool..tak best la kan..

Klebang Beach Resort, Melaka

Hari kedua memang aku tak book mana-mana hotel..kiranya memang nak walk in je..sebab dah 31hb 12 pun..dah tak ramai orang..lagipun sekolah pun dah nak start..dan aku pun tak sure nak stay 1 malam lagi ke tak..
Sebab aku nak pergi tempat ada pantai dan swimming pool, jadi nya pergi area Klebang dan nampak resort ni..sebelum tu pun aku dah baca review dah..ok lah..aku call tanya dia cakap ada kosong dan boleh walk in je..

Ambil bilik superior, double bed tapi sangat kecik..tak sesuai Adam nak tidur kat tengah tu.. ok lah untuk tidur satu malam..resort ni pun ada swimming pool..


Ada balkoni tapi menghadap tempat makan 

Hot shower pun ada

Ada pantai tapi laluan ke pantai tu dia locked..
Jadinya tak dapat la ke pantai..

Ada swimming pool
Aku nak aplikasikan teori yang semua baby pandai berenang
tapi aku takut lak nak lepaskan Adam..
kalau ikut gaya memang macam pandai je dia nak apungkan badan..

Overall, ok la..harga RM129.00 untuk bilik superior time tak peak incl. breakfast for two..breakfast dia sedap..banyak gak variety..tapi ada nyamuk malam-malam..kalau pergi melaka lagi, maybe nak stay dekat sini..

Nanti cerita makan-makan dekat Melaka pulak..

-Malynn-


Adam Zhariff - 6 Bulan


Budak ni dah 6 bulan semalam..alhamdulillah..bulan ni dia tak sakit..

Tapi kannnn..

Dia dah pandai gerak dari satu tempat ke tempat yang lain..syabas Nak!!..

Dah pandai tarik barang..jadinya haruslah aku mengemas rumah dari barang-barang berbahaya dan kena mop rumah hari-hari bagi bersih dan tak risau anak aku merayap satu rumah..

Start hari ni pun, aku dah bagi bekal untuk dia makan..tadi bekalkan Bubur Nasi + Puree Apple..

Harap dia makan lah..

Semoga membesar dengan sihat dan jadi anak yang pandai, soleh, dengar kata ya..Aminn

-Malynn-

Sekali Sekala

Hari tu adik aku duduk rumah aku dalam 2 minggu..dia dah habis SPM..jadinya, meh la datang rumah aku lepak-lepak..

Tapi duduk rumah aku, faham-faham la..nak makan semua pandai-pandai la sebab aku kerja..nak basuh baju semua, buat lah sendiri..since dia ada dekat rumah, boleh lah jugak aku guna pakai khidmat dia macam suruh jaga Adam, lipat kain. sidai kain..kalau dia kat kampung, semua mak aku buat..

As a reward, aku bawak lah dia pergi jalan-jalan dan makan-makan kat beberapa tempat yang aku sempat nak bawak:

a) Genting Highlands
Pergi indoor games je..pergi pun dah petang sebab Abu kerja..tapi main indoor ni memang la ntah apa-apa..fikirkan bawak Adam je, tu yang ambil indoor..ingatkan hari hujan..tapi cuaca elok sangat..patut pergi outdoor..

Ada beza 10 tahun tak?

Ni mak nya yang excited..

2) Setia City Mall
Aku suka sangat sangat pergi sini..sebab semua kedai best-best ada kat sini..nak apa?..nama kan saja..Guess, Uniqlo, Fossil, Charles & Keith..lepas tu parking banyak..besar pun besar..dekat jugak dan tak jammed nak pergi sini..
A day before tu dah bawak adik aku pergi sini, dia dah shopping sikit..esoknya datang, dia shopping lagi..aku lak just jalan-jalan je..ingat nak beli stroller Adam..tapi tak jadi beli..jadinya, meh la kita makan-makan..
Rasa nak makan Nandos tapi malas nak tawaf balik cari Nandos kat mana, jadinya makan jelah dekat Fish Mahattan..

Favourite Auntie Adam

Nyum-nyum

3) Burger Bakar Abang Burn
Ni last day adik aku kat rumah sebelum balik Besout ikut abang aku..sedih la pulak rasanya..jadi marilah kita pergi makan-makan..pergi dekat Sg.Ramal tu..aim nak makan burger bakar..tapi kitaorang sampai awal..tak beroperasi lagi kedai tu..dia beroperasi pukul 7pm..nasib kat situ adalah food court dan memang banyak gerai yang ada..kami makan benda lain dulu dan tapau je burger tu..

Air Gelas Besar = RM10.50 untuk dua gelas ni..
fresh orange dan kelapa

Mee udang PortWeld @ Kuala Sepetang

Ok lah..tak tahu berapa RM..maybe dalam RM4.50 macam tu..
Abu yang makan..

Satay Willy = RM0.70/cucuk
Macam tak sedap macam 1st time makan

Sata = RM3.50 untuk 5keping..
Sedappp

Nilah burger bakarnya..beli Ayam dan Daging..
Komen: Memang sedap sangat..aku bukan penggemar burger daging.
.tapi yang ni memang sedap..
yang Ayam nya biasa je..kena repeat lagi ni..

Kedai Burger Bakar Abang Burn

Rules untuk makan dekat sini, cop meja dulu pastu baru pergi order makanan..bagitau duduk meja mana, nanti diaorang hantar kat meja terus..

Nanti adik aku dah register dekat Taylor, memang selalu lah kot dia datang rumah aku..boleh la suruh dia jadi bibik part time nanti..dan ada lah aku kawan nak pergi tengok wayang ke apa ke kan..

-Malynn-