Followers

Wednesday, February 27, 2013

Rumah Makan Cibiuk, Kajang


Hari Sabtu hari tu, kami sekeluarga pergi makan dekat Rumah Makan Cibiuk..dah survey dekat blog-blog JJCM orang lain..ikut review, semua cakap sedap..

Kalau search address kedai, dia cakap dekat Kajang..tapi sebenarnya dekat dengan Seksyen 7, Bangi..selepas Austin Steak and Red Wok kalau korang dari LDP..dan boleh juga lalu SILK..sebelah SILK je..

Kedai and environmentnya cantik lah..besar dan convenience..sorry, aku tak banyak tangkap gambar..sebab camera habis bateri..
Ye, orang sekarang patutnya terus masuk Instagram kan..aku tak, sebab pakai handphone murah je..

Kami order set..aku lupa nama nye..tapi 1 set macam Ayam Penyet untuk En. Abu dan aku punya Set Ayam Bakar..

Set Ayam Bakar - RM14.90
Ada ayam, tempe, tauhu, salad, timun dan nasi berbalut daun pisang

Datang sekali dengan sayur assam kot dan sambal tomato

Sebenarnya ada satu kaunter sambal, ada banyak variety sambal dekat situ..tapi aku tak ambil..

Sebab??

Ni 1st time aku bagi Adam duduk dekat baby chair..dan 1st time aku suap dia makan dekat kedai makan..selalunya, aku dah siap-siap bagi dia makan dekat rumah..
Dan at first dia ok sangat dan excited dapat duduk situ..makan pun habis..dan aku pun berharap dia duduk situ sampai kitaorang habis makan..
Tapi lepas tu, dia not behaved well..menjerit-jerit..bukan menangis, tapi dia bercakap bahasa dia dengan kuat sekali..
semua orang tengok, sabar jelah aku..kena lah bergilir-gilir makan dengan laju nya..maksudnya aku makan tanpa menikmati lah.. dan tak adalah nak bersambal-sambal segala..


Selain tu, kami order dessert Pisang Keju..ok lah rasa dia..siapa suka cheese, boleh lah order ni..dia ada curah sos strawberi dan coklat rice..

Pisang Keju - RM8.90

Air pun kami order juga, Limau Ais dan Limau Jeruk..Limau Jeruk tu sedap..each RM3.90..
Gambar tak ada..

Total harga: RM44.00..

Oklah bagi aku untuk harga..sebab tak ada tax kat kedai ni..

Kalau rasa pulak, bagi aku biasa je..aku rasa Wong Solo lagi best..tapi kat Wong Solo tak ada variety of foods macam dekat sini..ada pro and cons la kan..ikut lah masing-masing..tapi worth to try..

Details kedai:


No. 1-G, JLN PUTRA 6,
TMN PUTRA KAJANG ,
43000 KAJANG, SELANGOR
TEL : 012-4570061
-Malynn-


Tumit Tinggi

Aku adalah seorang yang simple..sangat simple..
Which aku tak bergaya, tak bermekap dan suka pakai slipper..
Even pergi shopping complex high standard pun aku pakai slipper..

Sebab aku nak berjalan nanti senang..jalan lama-lama pun ok..tak adalah sakit kaki..

Tapi bila kadang-kadang waktu kerja, aku kena lah menarik sikit sebab nak jumpa customer..

Habis-habis, aku touch up muka dengan tambah lipstick sikit..

Dan aku akan pastikan aku pakai kasut yang bertumit..ada yang 2 inch dan 3 inch..



Aku rasa bila pakai kasut tumit tinggi ni menjadikan aku lebih confident, berketrampilan..dan bergaya sikit lah..jalan pun lebih teratur..

Dan bila confident, customer tengok pun suka..

Siapa-siapa yang kurang keyakinan diri tu, cuba lah pakai kasut tinggi..mana tau kalau berkesa untuk menambah keyakinan!!

-Malynn-

Tuesday, February 26, 2013

Kaya & Budi

Orang kata "Biar miskin harta tapi kaya budi..nanti orang kenang sampai mati"..

Saya kata.."Biar kita kaya, baru boleh berbudi..dan hidup senang dan mati pun orang kenang sebab banyak tabur budi"..

-Malynn-

Bad Day

Happened yesterday..

Started with nak keluar rumah, Adam muntah..
Lap dengan towel dia je, tapi bau still ada dekat bajuku..

Sampai tempat customer, baru perasan yang seluar koyak kat tepi..
Just cover dengan baju..

Balik office, banyak giler kerja..

Continue pergi tempat customer lain lak..
Tetibe nak ke toilet..dah lega..sekali air tak ada..

What???..

Aku redha Ya Allah..

-Malynn-

Thursday, February 21, 2013

Siakap Sweet Sour



Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap @ apa-apa ikan yang sesuai
1/2 bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
Sedikit cili padi
Sedikit gula
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit

Cara-cara:
1. Gaul garam & kunyit kepada ikan. Goreng hingga garing.

2. Kemudian tumiskan cili padi, bawang besar & bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan sos-sos, dan tambah air.
4. Masak hingga menjadi pekat.
5. Perasakan dengan garam dan gula.
6. Siram kuah tadi diatas ikan yang telah digoreng tadi.
7. Boleh juga dihias dengan sayur-sayuran mengikut citarasa anda.

-Malynn-

Tuesday, February 19, 2013

Wordless Wednesday


"101 WAYS TO TORTURE YOUR HUSBAND"

Sunday, February 17, 2013

Bangunan Sultan Abdul Samad


Sesekali turun KL..lepak la kejap

Anak Perempuan



Agak-agak kalau dapat anak perempuan, comel macam ni tak..hikhik

-Malynn-

Udang Galah



Tiba-tiba teringin nak makan udang galah..
Masa balik Teluk Intan hari tu, cari la kat mana ada jual udang galah ni..


Alhamdulillah, dapat..
Murah je..1kg = RM50..dapat dalam 6-7 ekor udang galah yang besar sangat-sangat dan 15-18ekor yang saiz kecil..puas la makan..
Yang kecil buat goreng, yang besar buat masak lemak..

Adam boleh pegang je ye..tak boleh makan lagi..

-Malynn-

Wednesday, February 13, 2013

Kehilangan Yang Perit

Aku kehilangan ayah (bapak) pada 27/1/2013..ok, itu dah banyak kali aku bagi tahu..dan sekarang tengah adapt dengan keadaan tak ada ayah (bapak)..

Dan sebenarnya, aku bersyukur juga la sebab aku dah tahu yang bapak aku akan pergi dalam masa 3++ bulan as mentioned by doktor masa dia dirawat di DEMC..jadinya, Allah memang dah bagi masa pada kami untuk berbakti untuk dia selagi hayat dia masa ada..dan apa yang perlu aku buat, aku perlu kuat kan hati dan redha..

Tapi ni kisah lain..
Last week, masa aku kat kampung..aku buka Facebook..then aku tengok dekat wall..ada ramai orang ucap takziah untuk one of my friend masa dekat MRSM dulu..aku pun pelik..eh, kenapa??..ayah dia meninggal ke?..dan juga diaorang ada attached artikel from Yahoo..boleh baca dekat SINI..

Nama mangsa macam tak ada bin or binti Yahya..sebab nama ayah dia Yahya..so, aku cakap tak kan husband dia kot..sebab diaorang baru kahwin sebulan lebih..kahwin bulan 12 hari tu..inai pun ntah-ntah ada lagi..sekali aku tengok balik wall FB dia..dan betul..husband dia yang jadi mangsa tu..

Aku tak tahu nak cakap macam mana..tapi aku sedih sangat..sampai berhari-hari aku cakap, "kesian Kechik"..as apa yang aku tahu, diaorang dah couple lama..dalam 2 tahun lebih rasanya dan baru kahwin bulan 12 hari tu..tetiba husband dia meninggal..boleh imagine tak??..
aku dah pernah rasa kehilangan orang yang kita sayang..ni pulak yang baru je nak start hidup bersama..mesti dah plan macam-macam kan..dan a week before tu rasanya, diaorang baru pergi Legoland..
Kiranya, husband dia pergi without notice..tiba-tiba je..

Tapi kuasa Allah..kita hanya mampu merancang dan segalanya ditentukan olehnya..
Aku nanti tak tahu lah dugaan apa yang Allah akan beri..
Aku doakan agar roh nya dicucuri rahmat dan Kechik kuat menghadapi dugaan dari Allah..

-Malynn-

Tuesday, February 12, 2013

Should I celebrate?

18hb Feb ni birthday adik aku Dilla..tahun lepas aku kumpulkan birthday dia, abang aku dan apak sekali dan celebrated masa parents aku datang rumah aku..sambut ramai-ramai dengan adik beradik lain juga..

Tahun ni aku nak gak la celebrate untuk adik aku tapi aku mesti sedih bila ingat yang tahun lepas punya..tetiba je mengalir air mata..2-3 hari ni pun tak ada mood..


 Gambar: http://besout.blogspot.com

Jadinya, untuk adik aku..kalau akak tak bagi apa-apa, sebab akak sedih lagi bila apak tak sambut sama-sama..

-Malynn-

Cara Makan Kuih Lapis

Ini kuih lapis

Kalau nak makan, kena lah buka satu-satu lapis dan makan

-Malynn-

Thank You Encik Abu



-Malynn-

Friday, February 8, 2013

Singapore: Grand Copthorne Waterfront









Ok lah..breakfast sama je sepanjang 3 hari dekat situ..harga dalam RM600++/night..
Paling aku tak suka adalah toilet tak ada paip..sungguh tak selesa..

-Malynn-

Singapore: Gardens By The Bay










Gardens by The Bay, new attraction in Singapore..linked to Marina Hotel..Nice place especially if you want to propose your love one..there are bridge and restaurant between the big trees..

-Malynn-

Wednesday, February 6, 2013

Kahwin, Berhenti Kerja

Ramai kawan aku lepas kahwin je, berhenti kerja..aku lak suka kerja..suka stress-stress..suka sibuk..sebab???

1) Aku tak kahwin dengan orang kaya atau anak orang kaya yang boleh aku tumpang harta-harta nya..jadinya kalau nak apa-apa kena kerja, cari duit sendiri..

2) Aku banyak hutang..contohnya hutang PTPTN dan rumah..nak kena bayar..kalau tak bayar, kena lah blacklist..dan tak ada lah harta sendiri..

3) Aku suka free daripada masalah duit..maksudnya, kalau nak shopping, ada duit..nak makan sedap, ada duit..nak bercuti, ada duit..walau tak banyak tapi cukup..dan semestinya aku nak bagi parents aku duit juga..diaorang tak minta tapi tanggungjawab..dan nanti kalau Adam dah besar, dia nak apa-apa..aku mampu la belikan untuk dia..

4) Aku suka mix around..kalau duduk rumah je, tak tengok dunia luar..aku rasa macam tak berkembang je..otak  ye dan bukan badan..dan dengan kerja juga aku aktif la sikit..tak ada lah terperuk je..dan adalah banyak benda aku nak update kan..tak adalah balik-balik gambar anak..balik-balik gambar laki..tak pun gambar diri sendiri..

5) Aku adalah seorang bercita-cita tinggi tapi tak mampu..dan cita-cita tu banyak lah nak travel ke sini sana..dan punya banyak harta..selalunya benda ni aku tak akan dapat dengan duduk rumah je..aku kena kerja..

6) Aku dapat membentuk karisma diri dengan bekerja..jadi seorang yang motivated, yang high achiever dan banyak lagi la..kalau duduk rumah je, tak tahu la aku boleh developed diri aku jadi macam tu..

7) Last but not least, aku tak percaya lelaki 100%..dan takdir Allah juga tak ada siapa boleh menidakkan..aku takut nanti mana tahu laki aku nak kahwin lain, atau dia dah tak ada..tak ada tapi tinggalkan harta, ok lah..kalo tinggalkan memori je, macam mana..dan kalau ada harta pun, hari-hari ambil..lama-lama habis juga..dan time tu baru nak cari kerja, mungkin susah..tapi boleh lah nak meniaga..tapi still kena ada duit juga..memang orang cakap duit bukan perkara utama, tapi tanpa duit kita tak boleh buat apa-apa juga..

Sebenarnya, banyak lagi reasons kenapa aku suka dan perlu kerja..walaupun ada kawan-kawan aku berlagak duduk rumah tak payah kerja..tapi bagi aku, kerja itu adalah lebih baik untuk aku..memang aku kurang masa dengan anak dan laki tapi aku buat ni pun untuk masa depan bersama..

Macam aku buat business chocolate tu, bapak aku marah..dia cakap tak cukup ke gaji tiap-tiap bulan tu..cukup je sebenarnya..lagipun duit coklat tu aku bukan buat duit belanja pun..ada lebih simpan..tapi banyak aku guna untuk Adam..dan juga untuk masa depan Adam juga..nanti zaman dia mesti competitive sangat..kalau ada business sendiri lagi better kan..

Ni pendapat aku jelah..lain orang, lain pendapat..ada orang sanggup berhenti kerja sebab nak jaga anak, laki dan keluarga..ada yang tak kisah makan sardin dan telur hari-hari asal dapat spend masa dengan keluarga..tak kisah tak ada harta macam rumah sendiri, kereta sebab keluarga adalah utama..ikut lah apa yang kita nak sebenarnya..

-Malynn-

Tuesday, February 5, 2013

Gaji RM6000

Harap-harap one fine day aku dapat gaji tiap-tiap bulan banyak ni..

Boleh tak, nak pakai duit ni pergi Korea 
dan bukan 
bayar hutang credit card yang beribu-ribu tu sebab duduk 
hotel mahal masa dekat Singapore..huhu

-Malynn-

Serai, Empire Gallery



Nasi Ambang - RM20
banyak sangat..kalau 2 orang makan ok lah

Serai Platter - RM25
Yang ni kawan aku punya..dulu aku pernah makan..sedap

Cappucino - RM9
Kawan aku punya

Pavlova - RM14.90
Manis sangat..actually 1st time makan..
Ok lah untuk merasa.. nak ulang makan lagi, tak kot..

Total makan hari tu RM87.00++..aku order hot honey lemon..mahal gak la..sebab tax je dah RM12.00..sesekali boleh la..hari-hari, koyak purse teman..

-Malynn-

Mr Food, Putra Height

Ni pergi lepas tiba dari Singapore..lepas ambil adik aku, kitaorang pergi lah ke sini..

Tapi aku nak makan nasik..jadinya, ingat kat sini ada lah set dengan nasik..tapi tak ada..

Kami just tengok menu dan keluar balik cari tempat lain sebab nak makan nasik punya pasal..



Aku baca komen, kedai ni sedap..ala-ala TGI tapi harga separuh dari TGI..
Lain kali boleh lah cuba..sebab malam tu aku kempunan nasik tak dapat la nak cuba..

-Malynn-

Best Buddy Farah Dah Kahwin

Majlis pada 27/1/2013 di Putrajaya..

Kawan baik saya juga...Khalida..

Susahnya kahwin kat dewan, tak boleh nak menempel2 kat pengantin..
Snap mana yang sempat je..

Pelamin

Congratz Farah..
Semoga berbahagia dan dapt baby comel-comel..

-Malynn-