Followers

Sunday, March 31, 2013

EPHYRA - Collagen Drink

Sekarang ni ramai yang makan collagen kan..daripada rumpai laut sampai lah yang highest brand..

Semua orang nak cantik..

Bagi aku pula, aku memang banyak juga lah masalah kecantikan..

Antaranya, muka kusam..kering..eye bag..pigmentasi pun ada..

Lepas tu, aku juga ada masalah keguguran rambut yang agak teruk..

Jadinya, aku kena buat something untuk mengatasi masalah-masalah ini..dan sekarang aku baru je consume satu collagen ni iaitu EPHYRA keluaran Ocean Life..

Antara kandungan EPHYRA ni adalah seperti dibawah dan yang paling penting halal dan berkesan..



Ok..orang akan cakap ye je berkesan kan..
Ikut orang juga..bagi aku dan customer-customer lain, memang nampak kesan lepas minum Ephyra..
Tapi bukan sekali minum dah nampak..macam aku, seminggu lebih baru nampak kesan yang ketara..cepat la kan..
Ni muka selepas 2 bulan mengamalkan Ephyra
Tanpa mekap ye sebab saya memang tak pandai mekap

Please focus on the eye bag sahaja..
Yang kiri sebelum, kanan selepas..

Antara kesan yang aku nampak:
a) Eye bag dah tak ada - hihi..suka sangat..
b) Kulit lebih glowing - ni perasan lepas 2 orang tegur aku pakai mekap ke sebab pipi blush2 macam tu..
c) Tenaga - sebab aku dah tak penat sangat lepas balik kerja dan masih mampu masak dan buat kerja rumah..
d) Kuku jadi lagi cantik dan pink..
e) Rambut still gugur tapi ada kurang sikit..

Untuk maklumat lengkap, boleh pergi website Ocean Life : http://oceanlife2u.com/

So far aku puas hati dengan produk ni..sebab tu nak share dengan orang lain..harga memang agak mahal sebab normal price is RM228/pack (ada 30 sachets)..tahan sebulan sebab sehari makan satu je..nak makan 2 pun boleh kalau ada budget lebih..
Dan kalau 1st - 2nd months ni maybe kena makan hari-hari..nanti dah boleh maintain 2 kali sehari..so, boleh tahan 2 bulan..

Untuk berkongsi dengan orang lain, aku pun nak jadi dealer untuk produk ni dan bagi special price pada siapa-siapa yang nak beli..valid for first 50 customers only..dan kalau order awal, by next week boleh dapat barang..boleh collect dekat rumah aku or FREE postage for this promotion..

Kalau rasa kurang yakin lagi, boleh lah google pasal Ephyra ni sampai puas hati sebab aku pun buat macam tu dan baru berani beli..

Apa-apa boleh contact aku, malynn @ 012-2415823

-Malynn-

Thursday, March 28, 2013

Don't Compare

Don't compare apple to durian
Don't compare Proton to Honda
Don't compare ants to elephant
.........

-Malynn-

Tuesday, March 26, 2013

Trauma

Sekarang aku baru perasan yang aku trauma tengok cerita Melayu yang ada orang yang sakit nak mati..

Sebab kan aku mengadap arwah bapak aku masa dia meninggal hari tu..

Jadinya, everytime ada je scene tu mesti automatically aku nampak bapak aku..

Mulai sekarang aku dah tak tengok dah drama Melayu yang ada scene -mati macam tu..

-Malynn-

Wednesday, March 20, 2013

Hari Ini Dalam Sejarah

Hari ni adik aku ambil result SPM, dan alhamdulillah dapat straight As..



Aku pun nervous sekali..tapi dari kejauhan jelah sebab tak dapat nak teman dia since kerja menimbun lepas seminar 2 hari semalam..

Kalaulah bapak aku ada lagi, aku rasa dia lah paling gembira..dan mesti dia akan cerita kat orang-orang tentang kejayaan anak dia..

Ok, aku sedih..

Anyway, congratz to my adik..nanti dah kaya bawak akak gi travel..

-Malynn-

Sunday, March 17, 2013

Atas dan Bawah

Untuk belajar bersyukur, kita perlulah tengok orang yang bawah dari kita..
Contohnya, kalau rasa tak puas hati sebab pakai kereta buatan Malaysia je..cuba kita tengok, ada orang yang pakai motor je sebab tak mampu nak pakai kereta..

Atau, ada orang yang menyewa je..dan kita walaupun rumah kecil tapi rumah sendiri..

Untuk belajar berjaya pula, kita haruslah melihat orang yang atas kita..
Contohnya, abang-abang dan kakak saya ada rumah sampai 2-3..i should have too..kena usaha lebih ni..bukan apa, rumah tu kan untuk investment..

Atau, kawan-kawan kita tu ramai yang ada Master dan now tengah buat PhD..kenapa aku tak boleh kalau diaorang boleh kan..

Apa yang penting, jangan selalu pandang ke atas..kadang-kadang kita perlu juga pandang ke bawah..vice versa..

-Malynn-

Adam's Palyground

Rumah kami kecik je..jadinya kena lah pandai guna space yang ada untuk bermain..
Dan kat depan tu, aku createkan playground untuk Adam..sebab nak keluar rumah tak boleh lagi..
Hope dia suka..





Ada budak tu dah pandai nak lari rumah ikut lubang grill tu..

-Malynn-

Budak Baru Jumpa Rumput






-Malynn-

Thursday, March 14, 2013

Pecel Lele Lela, Kota Kemuning


Restoran Pecel Lele Lela Kota Kemuning, baru je dibuka last week kalau tak salah..satu branch lagi ada di Seksyen 13, Shah Alam..
Dengan kedai yang menyerlah warnanya, hijau & kuning terang..terus aku rasa nak cuba..

Pilihan menu ada ikan keli, ayam, daging, udang dan sotong..
Untuk maklumat mengenai kedai ni dan juga menu yang disediakan, boleh lah pergi ke FB Pecel Lele Lela..

Apa yang aku makan hari ni..



Es Teller - RM5
Dalam nya ada isi kelapa, nangka..dan buah warna merah tu aku tak tahu namanya apa..
Sedap..macam ABC..

Set Ayam Sos Padang - RM10.80
Ada nasi, lalapan, sup asam..
Pun sedap..ni officemate aku yang order..

Set Ayam Cabe Ijo - RM10.80
Ada nasi, lalapan, sup asam..
Sedap juga..nyam nyam..

Ha, korang jangan terkejut kalau datang kedai ni..sebab setiap kali ada orang datang, pelayan-pelayan dekat kedai ni akan jerit "Selamat Pagi"..walaupun dah petang..dan membuatkan semua orang yang tengah makan akan pandang kat entrance..tengok siapa yang datang..I is malu ok..dan bila nak balik pun dia siap tanya nama siapa dan akan cakap kuat-kuat "Terima kasih Malina, nanti datang lagi"..I is triple malu dan terus balik masuk kereta cepat-cepat..hahaha

Mungkin "Selamat Pagi" tu memang trademark kedai ni..

Bukti kesedapan..

Ok, pergi check FB diaorang dan pergi cuba ye!!!

-Malynn-



Monday, March 4, 2013

ThePopLook.com


ThePopLook.com adalah online store untuk pakaian dan aksesori wanita yang agak menarik bagi aku..
Banyak dah baju aku beli dekat sini..

Selain pilihan yang banyak dan cantik..proses pembelian juga cepat dan senang..

Boleh bayar guna online banking, paypal..dan penghantar menggunakan PosLaju adalah percuma..
Ikut kawasan, dalam sehari dah boleh dapat dah..






Selain itu, biasalah kalau beli online ni..kadang-kadang size tak fit dengan badan..
Barang boleh return balik kepada PopLook tapi fee untuk hantar balik adalah atas kita dan dia akan refund 95% daripada total value yang kita beli tu..dia bagi macam voucher credit code..dan boleh guna untuk next purchase..

Currently aku ada problem with one purchase ni..yang mana aku dah cancel kan payment ikut maybank2u tapi suddenly 2-3 hari lepas tu, maybank2u proceed lak transaction tu..
Jadinya, duit aku berkurang lah..maybank2u pun lately ni aku tak tahu kenapa sistem nya selalu lembab dan nanti tiba-tiba error..

PopLook pun contact aku dan tanya actually aku order apa sebab diaorang tak boleh detect purchase tu..
Setelah dijelaskan semuanya..diaorang pun secara pantas refund balik duit yang kena deduct dari akaun Maybank tu..efficient kan?..

Macam nilah aku suka..boleh lah beli kat sini lagi dan lagi..

oh lupa lak..harga nya pun berpatutan sangat..

-Malynn-

Bangla Yang Lurus Sangatttttt

Tadi aku pergi hantar banner dekat office principal aku..
Selalu memang ada reserved parking untuk siapa-siapa yang nak pergi office tu..sebab office ni dekat Uptown Damansara..dan kalau orang dah biasa area ni memang tahu hectic nya nak cari parking kat area tu..
That's why office principal tu memang sediakan parking..

Jadinya, tadi aku nak park kat reseved parking tu lah..

Sekali guard Bangla tu tak bagi..dia cakap tu reserved parking..
Ye, aku tahu..dan aku cakap "Tu untuk A****** parking kan..saya nak pergi situ..dulu saya datang pun saya park kat situ"..
Tapi Bangla ni still cakap "Tak boleh..kereta awak tak ada tulis reserved pun..nanti saya kena marah.."..

Aku bengang..aku park je kat situ..dia marah..hahahaha..
Peduli apa aku kan..lurus sangat dan orang cakap benda sama berkali-kali pun tak faham-faham jugak..
Spoiled my mood je..

-Malynn-

Didik Anak

Semalam, aku dan En. Abu pergi klinik sebab En.Abu sakit kepala dah berminggu-minggu..macam mengandung tapi bukan kot sebab dia lelaki kan..hahaha..ok tak lawak..

Kebetulan doktor only available after 6pm..masa kitaorang sampai klinik tu dalam 5.30pm..
Jadi terpaksa tunggu..since nak menghabiskan masa..kami pergi kedai buah area klinik tu..

On the way nak ke kedai tu (jalan kaki je)..tiba-tiba ada orang terpekik-pekik..
Rupanya ada seorang ayah ni marahkan anak dia sebab anak dia tak nak cabut gigi..
Umur budak tu lebih kurang 5-6 tahun..perempuan..

Ayah dia scolded anak dia tu macam apa je..semua orang tengok sebab kuat gila kot dia menjerit-jerit kat situ..
Aku tengok bengang je..serius..nak je aku selamatkan budak tu..
Tapi aku takut jugak, karang aku pulak kena tempeleng kan..

Bagi aku biasa la tu budak-budak takut nak cabut gigi..sebab aku dulu pun penakut yang amat..sampai gigi pun tak cantik bila dah besar ni..tak kan tak boleh pujuk elok-elok..cakap baik-baik macam " Adik cabut gigi dan nanti ayah belanja ice cream..or kita pergi shopping"..mesti budak tu nak punya..cuma take time sikit la..

Ni tak, yang ko jerit-jerit tengah orang ramai tu apa hal..aku tengok budak tu dah takut gila-gila dah..
Ye, aku ada anak dan aku memang ada sifat keibuan disitu untuk tolong budak tu..
Dan bagi aku macam tak ada manner ayah dia tu..or maybe ayah dia dah stress sangat..anak dia silap sikit terus naik hantu..

Kalau aku, satu aku pantang..kalau ada tak puas hati..anak buat hal..husband buat hal..tolong settle di rumah..jangan tengah orang-orang ramai tu ko nak bergaduh nak marah semua..malu..tahu tak, malu??..

Aku dengan En.Abu pun selalu gaduh..kadang-kadang kat rumah dah gaduh gila-gila tapi depan orang memang aku cuba untuk behave kan diri..sama jugak, kalau tiba-tiba En.Abu marah aku tengah orang ramai..aku bagi renungan maut satu..terus diam..maksudnya, nak gaduh sila dalam kereta atau dekat rumah je..

Adam nanti aku tak tahu lah macamana perangai dia..hope that kalau dia bua tperangai pun..aku boleh sabar..dan harap dia pun takut tengok renungan maut aku nanti..walaupun sekarang ni, dia tengok mama dia marah, dia ketawa kan je..

-Malynn-