Followers

Monday, April 29, 2013

Ephyra Trial Pack



Ok, ni untuk 1st time user yang nak try tengok Ephyra ni ok ke tak..

Jadinya, anda boleh lah beli trial pack yang ada 10 sachets..

Harga ialah RM75/pack termasuk postage..

Selalu dalam masa 10 hari dah boleh nampak minor perubahan pada badan..

Kalau ok, boleh continue ambil yang 1 pack (30 sachets) terus..
harga adalah reasonable dan lebih jimat dari beli trial pack tadi..


Apa-apa boleh contact aku di 012-2415823..

-Malynn-


Resepi: Ayam Masak Merah & Masak Lemak Bayam

Ok, tak tahu nak update apa..
Jadinya mari kita share resepi..lagipun lately ni aku rajin masak dari makan kat luar sebab dah selalu makan kat luar tak best..selalu rasa nak makan sedap tapi end up tak sedap..huhu

Selalu hari kerja aku masak simple-simple je..dalam 2 lauk..satu lauk dan satu sayur..macam tu lah..
Kekangan masa so masak simple pun dah ok..

Dan ini khas untuk adik-adik yang tak pandai masak macam akak ni kan..jadinya marilah kita masak yang simple dan confirm jadi dan sedap..nanti bagi boyfriend or suami makan, terus rasa bertuahnya dapat girlfriend or wife yang comey dan pandai masak..kalau mak mentua datang pun tak malu lah..

Resipi pertama ialah Ayam Masak Merah..banyak version tapi ni version dari mak aku dan turun ke aku..


Bahan-bahan:

5 ketul ayam
2 biji bawah merah
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2" halia
1/2 batang serai yang kecik
10 tangkai cili merah
2 sudu sos cili
Air - agak-agak
Garam
Kunyit
Gula

Cara-cara:
1) Gaul garam dan kunyit pada ayam dan goreng. Dah masak, angkat dan ketepikan.
2) Bahan-bahan lain tu sila blend sampai hancur dan tumis sampai pecah minyak.
3) Kemudian masukkan sos cili, gula sikit..nampak macam dah garing, masuk kan air..masak sampai tinggal sikit..ikutlah, nak kuah banyak, banyak kan air tapi aku suka tak kuah banyak sangat..
4) Letak lah garam dan balance kan rasa..ok, yang ni kena depends kat korang lah ye..
5) Dah ok, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sampai sebati..kemudian boleh lah dihidang kan..

Resepi kedua ialah Masak Lemak Bayam..actually boleh tukar dengan taugeh atau kobis..


Bahan-bahan:
1/2 ikat bayam
2 cawan santan pekat
1/2 labu bawang besar - dihiris
1 biji cili merah -dihiris
Perencah boleh letak ikan bilis or udang..
Garam

Cara-cara:
1) Masukkan santan, bawang, cili, perencah dan sedikit garam dalam periuk.
Masak santan tadi hingga mendidih.
2) Bila dah mendidih, masuk kan bayam dan masak kejap sampai layu sikit dan angkat.
3) Siap untuk dihidang...hihi..senang kan??

Ha, dah siap..boleh lah makan..tapi masak lah nasi ye..makan dengan nasi baru marvelous.. :D

Esok cuti, ingat nak masak ayam masak rendang, sup tulang, puding karamel, chocolate cake..bla bla bla bla..

-Malynn-

Sunday, April 28, 2013

Konflik Wanita Berkerjaya

Aku rasa sebagai wanita yang berkerjaya, banyak benda aku kena kisahkan sebelum buat apa-apa..
Dan kadang-kadang ianya melibatkan antara dua, family dan kerjaya..

Antara konflik aku nampak dekat office aku adalah nak mengandung..
Macam isu besar sangat sebab nanti kan cuti lama..jadi takut banyak kerja pending and so on..

Masa aku pregnant dulu pun, bila perut aku dah besar dan nampak..dalam 5 bulan macam tu baru aku berani bagitahu bos yang aku pregnant..tu pun dia cakap "eh, kenapa tak nampak"..pastu dia tak puas hati, dia gi tanya seorang lagi kenapa aku tak bagitahu awal-awal..see?..nak pregnant pun susah..
Tapi alhamdulillah, sepanjang pregnant aku ok dan aku cuti pun bila dah admit..sebelum tu aku datang kerja macam biasa..pergi jumpa customer, ambil dan hantar barang..semua aku buat sendiri..kecuali aku pergi check up then aku cuti sebab check up ni memenatkan aku..

Now, seorang officemate aku pregnant..accident lah kiranya sebab dia memang tak nak beranak dah..anak dia seorang je pun..2 tahun lebih..ni nak masuk 2..sorok-sorok dia cakap yang dia pregnant..dan cakap kat aku jangan bagitahu bos..haha..aku tak bagitahu pun..malas aku nak kisah..
One of the reason dia tak nak bagitahu bos pun sebab dia takut bos marah..
Emm..tu aku tak boleh komen..dah nak pregnant..nak buat macamana kan..bos nak marah pun tak boleh juga..kalau tak nak rugi, suruh diaorang ambik pekerja lelaki je..

Dan sebagai worker pun, memang kita kena consider..jangan lah tiap-tiap tahun beranak nya..tu pun patut lah bos bengang..kalau takat 3 tahun sekali, tu aku rasa ok je..bos kena faham lah yang kami ni perempuan..ibu dan isteri..

Just my 2 cent...

-Malynn-


Breakfast di Papparich, Bangi

Semalam pergi Bangi, ingat nak ke Pasar Tani..tapi dah dekat pukul 11am, ramai dah kemas-kemas..
Tak beli apa-apa..dan terus pergi brunch dekat Papparich..

Nasi apa ntah..lupa nama dia
 tapi ade Chicken Curry, Sambal, Telur, Papadom, Sotong..
harga RM16.90 w/o tax
Komen: Biasa-biasa je..tak sedap pun..

Asam Laksa..RM10.90 w/o tax
Komen: Biasa juga..tak sedap sangat..

Ni tak ada harga dan bukan untuk dijual..

Order roti stim with butter and kaya: RM4.50 dan lychee soda: RM5.50..gambar tak ada..
Total makan: RM42.00..not worth for me..makan nasi beriani Anje or Wong Solo lagi best..
eh, tak baik merungut..astagfirullah..

-Malynn-

Thursday, April 18, 2013

Peranggggg!!!

Aku rasa kawasan Shah Alam ni memang kawasan panas masa pilihanraya sebab kat Shah Alam ni ada pejabat pentadbiran negeri untuk Selangor..
Jadi, memang menjadi perebutan antara semua parti..sangat meriah dengan bendera-bendera sana sini..
Baru lah terasa kehangatan pilihan raya kali ni..walaupun aku nak skip daripada mengundi..


Tapi aku respect la parti-parti yang upah orang pasang bendera pada tempat paling tinggi tu..
Berapa lah upah yang diaorang bagi ye dan macamana lah orang tu panjat nak pasang bendera tu..adakah pakai kren macam TNB punya tu..??

Kawan aku cakap, kat pokok durian yang dekat puncak sekali pun ada bendera jugak..
memang bertarung nyawa nak pasang bendera..

Apa pun, good luck pada parti-parti bertanding..

-Malynn-

Nak Mencarut

Pagi-pagi lagi dah buat hati aku panas..

Benda baru sampai berapa minggu, cakap dah sampai 2 bulan..

Oh my..Oh my..sabarkanlah hati aku di hari Jumaat yang indah ni..

Tapi kalau dah ko memang expert pasal babi, perangai pun macam babi jugak..

Astagfirullah al a'zim..

Tuesday, April 16, 2013

Sumpahan

Minggu lepas aku kena sumpahan..huhu

Start bila abang aku nak transfer duit peninggalan arwah bapak aku ke akaun Maybank aku tapi tak lepas-lepas..

Once dah berjaya, ok happy..dan segera pergi bank sebab nak bank in dalam ASB..ok, done..

Rushing-rushing balik rumah, masak..sebab selalu masak dulu lepas tu baru ambik Adam..jadinya aku park je kereta kt luar..
Sekali Abu balik cakap nak park van dia..so, aku pun ke depan kan kereta dan seret sekali pintu van dia..
Habis lah kemek pintu kereta..
Berlakulah drama airmata sebab kena marah and so on sambil nampak duit melayang-layang terbang depan mata..

Nilah sumpahan tak boleh ada duit lebih sikit, mula lah ada jalan nak keluarkan nya..

Esoknya, pergi kedai ketuk & cat kereta..nasib uncle kedai tu baik..dapatlah harga yang reasonable..
Dan juga dia bagi pinjam kereta untuk pergi office (walaupun kereta tu nak tercabut sana sini..ketawa-ketawa aku bawak kereta tu..hahaha)..

Oh, sebelum tu aku pergi settlekan hal dekat UPM..kebetulan nak makan..ambil lah lontong..sekali ada siapa ntah yang baik hati bagi RM100 dekat cashier dan dia cakap dia belanja semua orang kat situ..termasuk aku..Alhamdulillah, moga murah rezeki orang tu..Aminnn..

Ok, sambung..lepas hantar kereta..pergi makan dekat Pecel Lela Lela dengan Khalida..nyum2..
sejuk sikit hati sebab hari ni sumpahan dah terlaksana dengan bagi duit dekat uncle kedai ketuk tadi tu..

Dan Sabtu, nak sedapkan hati sebab dari duit tu kene sumpah lagi..baik aku beli sesuatu yang worth to buy..
Jadinya belilah barang kat bawah ni...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaaaaa... ^_^

Suka sangat..hikhik
Sebab dapat duit pusaka, aku pun beli lah barang yang boleh jadi harta pusaka untuk anak-anak aku nanti..

Hope sumpahan dah habis dan boleh simpan duit balik..

-Malynn-


Tuesday, April 9, 2013

Pilihanraya Atau Pilih & Raya

I'm dealing with government sector..and all my customers done their research by using government grants..

Jadinya, if they want to purchase anything above RM50k..they need to wait for the grant or budget money..

And as you know that election is on 5th May 2013, and now every time i called my customer to follow up about the progress of their purchasing, they will answer "Need to wait after 5th May...bla bla bla"..

So, cepat la election ni berjalan..boleh la semua customer saya pilih pihak yang boleh bagi diaorang grant yang banyak untuk beli instruments dan saya pun boleh lah raya lepas tu..ni semua pending due to election..huhu

-Malynn-

Dugaan

Setiap orang ada dugaan diaorang yang tersendiri..
Ada yang dugaan duit tak cukup..ada dugaan kaya tapi tak bahagia..ada dugaan masalah macam-macam..

Ada juga dugaan SAKIT..orang sakit hati dekat kita..badan sakit..anak sakit dan macam-macam lagi sakit..

Hidup tanpa dugaan macam tak ada makna kan..macam life jadi too smooth and tak adventures..

Kiranya dugaan ni mengajar erti kehidupan kepada manusia..sebab tu kita perlu bercampur dengan macam-macam orang untuk tahu macam-macam jenis dugaan yang orang lain hadapi..kita ingat kita je yang teruk diduga..rupa-rupanya ada orang lain yang lagi teruk dugaan nya..

Eh, sebenarnya aku nak cerita pasal kawan sekolah, matriks dan U aku..orang yang sama cuma kebetulan dari MRSM sampai Seremban sampai UKM sama..

Dia ni kerja bagus..engineer dekat Oil & Gas..baru-baru ni dapat tahu yang anak dia kena cancer RMS..dah buat operation dah untuk buang tumor tu dan sekarang tengah follow up kimo..
Anak dia baru umur setahun lebih..banyak side effect kimo ni sebenarnya..sian anak dia..


Hari tu Adam masuk hospital sebab kahak pun aku dah susah hati..kalau dia demam pun aku dah susah hati..ni kan pulak cancer..aku faham apa yang wife kawan aku ni rasa..aku doakan Aqief cepat sembuh dan parents dia kuat hadapi dugaan..cakap memang senang tapi yang merasa memang perit..

-Malynn-

Sunday, April 7, 2013

Girls Day Out

Mak aku duduk sini dekat 2 minggu hari tu..
Sian dia bosan duduk kampung sorang-sorang, jadi bawak lah dia datang sini..

Lagi pun hari tu pengasuh Adam cuti seminggu..jadinya minta dia tolong jagakan Adam..

Dan upahnya, Jumaat lepas marilah kita berjalan-jalan dan berfacial..

Pergi SPA dekat Bangi, SPA Aishah Radhiah..jumpa SPA ni lepas baca blog "Fatin Liyana"..

The customers

Interior

After Service

Pakej yang ditawarkan

Komen: Mak aku cakap lama sangat (about 1 1/2 hours)..lenguh badan-badan dia baring..nasib lepas tu orang tu urut bahu, kepala..sedap la rasa..
Adik aku sibuk nak facial jugak lepas tu complaint macam-macam..hahaha

-Malynn-

Family Dinner - Not Our Tradition

Sejak kecik, dalam family aku..kitaorang memang makan masakan mak..

Tak makan kat luar..apa-apa mesti mak yang masak..cuma adalah 2-3x kot makan kat luar kalau pergi Teluk Intan..tempat makan tu dekat sebelah Bank Rakyat dekat Teluk Intan..

Kalau tempat lain, seingat aku tak ada..cuma bila dah start belajar dekat sekolah asrama, baru aku makan kat luar tapi ahli keluarga lain still prefer makan dekat rumah..mak aku masak..

Dan kami memang tak celebrate benda-benda special..macam birthday ke..dapat result best ke..masuk U ke..kalau ada celebrate pun, mak bapak aku buat kenduri terus..bukan family dinner or lunch..

Jadinya, bila dah start kerja ni bila aku dah mix around dengan macam-macam orang..tengok family orang, baru aku tahu dan nampak yang one of the way to kumpul adik beradik dan celebrate special day family members adalah dengan makan dekat luar..tengok macam best kan..

Kalau ramai-ramai lagi best..

Jadinya, mungkin acara macam ni boleh start buat dalam family aku..Lagipun, mak aku pun dah tua..dah sampai masa untuk dia berehat dan enjoy life dia sekarang...

Hari tu, adik aku dapat straight A SPM..jadi marilah kita pergi makan untuk celebrate...di Red Wok, Bangi..



Orang Yang Dirai..




-Malynn-

Wednesday, April 3, 2013

Happy Family


Adik Adam tak ada lagi..tak tahu bile nak ada nya..
jadinya kita reseved je satu untuk dia ye..hihi

-Malynn-

Tuesday, April 2, 2013

Kenapa Nak Berniaga??

Kenapa nak berniaga??..

Walaupun dah ada kerja tetap dan gaji pun ok plus dapat commission dan bonus..

Kalau orang yang kenal aku, mesti diaorang cakap..kesian malina..buat macam-macam nak cari duit..

Buat kerja permanent, buat coklat, berniaga Ephyra and so on..aku pun kadang-kadang rasa sedih gak tambah-tambah bila penat sangat buat semua ni..

To be honest, aku cukup je duit dengan gaji aku sekarang..meaning cukup bayar hutang, makan, shopping, jalan-jalan dan beli barang anak..(tapi rumah aku memang buruk dan kecik..kereta pun Proton je..)

Tapi bila aku just buat kerja permanent aku je, aku macam relax sangat dan banyak masa terluang..macam tak best lak..

Jadinya, aku pergi buat kerja part time sambil-sambil menambah pendapatan..aku buat coklat..banyak la hasil dari bisnes coklat ni walaupun penat tapi berbaloi...

Pastu aku cuba lak Ephyra, sebab ok..aku jual kat orang lain..lagipun kerja aku adalah dalam line sales and marketing, jadinya jual menjual ni dah sebati dalam hidup aku..dan duit lebih ni boleh lah disimpan untuk Adam..sebab aku rasa dia yang banyak nak pakai duit nanti..aku lak dah tua..duit untuk pergi Haji dan mati je penuh disediakan..

Lagipun aku mula rasa tak sedap dengan kerja aku sekarang bila aku dah fully focus jual barang-barang besar..which involve banyak orang dari different level & ranking..dan kadang-kadang kena suap diaorang..
So far, tak ada lagi la buat..tapi maybe akan buat nanti..
Jadinya, aku rasa macam emmmmm..something not right..nak bagi anak makan nanti duit tu..so acener??..

Nak tak nak, aku kena mula dari sekarang untuk buat bisnes part time aku..once dah stabil which aku dah dapat duit yang macam gaji aku sekarang..boleh la aku memikirkan sama ada nak kerja atau tak..

Lagipun meniaga tu kan 99 sumber rezeki..eh betul ke..doakan dipermudahkan segala urusan..dapat lah yang  lebih-lebih tu bagi mak saya juga..

-Malynn-

The Croods

Setelah berkurun lama tak pergi tengok wayang, finally Jumaat minggu lepas..
Lepas dinner dengan family dekat Red Wok Bangi, aku dan En Abu ke Sunway Pyramid nak tengok midnight..ingat nak tengok GI Joe tapi time buat online resevation tu server problem untuk payment..
jadinya just walk in..
Dan cerita GI Joe semua dah penuh..


Ingat nak balik tapi bukan senang nak dapat peluang menonton wayang berdua ni sejak-sejak ada package handbag (iaitu Adam) untuk dibawa bersama..
dan bukan selalu Adik aku, Dilla ni baik mood nya untuk jaga Adam dan bagi kakaknya yang dah macam orang ketinggalan zaman sebab dah lama gila tak tengok wayang ni pergi tengok wayang..
So, decided la tengok The Croods..


Cerita dia ok, gambar cantik sangat..family story..and pasal father and daughter yang rebel pasal nak explore tempat baru..macamana kasihnya seorang ayah nak selamatkan family nya dari kemusnahan tempat tinggal diaorang sebab kene langgar dengan lava gunung berapi yang nak meletup..

Anyway, ok la..thumb up!!

Oh, soundtrack cerita ni Yuna nyanyi dengan original singer tu..tak tahu nama dia..

-Malynn-