Followers

Friday, June 28, 2013

Kepochi

Korang pernah mengalami atau menjumpai orang yang kepochi ni???..

Sebenarnya diaorang ni ada dimana-mana..kadang-kadang diaorang ni jenis diam je..

Diam sebab tengah kumpul maklumat..once dah dapat maklumat untuk di kepoh kan, automatik spesis ni akan jadi bising sangat..

Contoh kat office..

Mula-mula, dia tengok je member dia buat apa..
Nampak macam nak book tiket flight je..Tapi macam tak sure..
Lepas tu, dia jalan-jalan lagi kat belakang orang tu..lepas tu pura-pura nak pinjam barang la, tanya soalan la..
Then bila dah confirm dia tahu yang member tadi memang book tiket pergi somewhere dan nak apply cuti semua..
Terus dia bersuara "Wei, korang nak tahu tak yang Anu ni nak pergi Paris u alls..nanti dia cuti lamaaaa..bla bla bla.."..
Start berkepochi macam dia tahu semua..flight pukul berapa, bila pergi, berapa orang yang pergi, pergi dengan siapa..

i is menyampah tahu dengan orang yang kepochi ni..sebab diaorang kepoh je lebih tapi habuk pun tak ada..

-Malynn-

Wednesday, June 26, 2013

Tip Kecantikan: Rambut Gugur

Masalah rambut gugur selalu je menjadi masalah wanita masa kini..
Kalau yang pakai tudung tu ok lah kan..boleh gak cover..tapi kalau buka tudung mesti malu juga kalau tengok rambut tak berapa nak ada..

Selalu nya masalah rambut gugur ni terjadi kerana masalah dalaman kita sendiri..
Contohnya stress melampau, makan makanan berminyak dan tak sihat, hormon tak stabil dan macam-macam lagi punca kepada masalah rambut gugur..

Macam aku, as a person yang memang mengalami masalah ni for so many years memang aku risau apa yang akan jadi pada rambut aku nanti..i pun teringin jugak nak ada rambut berombak-ombak kan..
Dulu masa mengandungkan Adam, rambut aku tak gugur banyak..kadang-kadang 2-3 helai je..maybe perubahan hormon masa mengandung..masa tu memang rambut aku panjang sebab rambut tak gugur..jadi best la nak simpan rambut panjang kan..
Lepas a few months bersalin kan Adam, rambut aku start gugur balik dengan banyak..scary ok..
Masa bujang pun memang gugur aku jugak tapi lepas bersalin tahap keguguran aku tu melampau-lampau..
Pernah juga kat kepala aku ni ada benda putih-putih..kulit kering macam eczema tu..memang aku menangis sebab takut kan kenapa jadi macam tu..lepas tu merebak ke dahi ..tapi sebab pakai tudung, aku boleh cover lagi..

Terus aku fikir, ni tak boleh jadi ni..

Then, aku pergi saloon..diaorang nasihat buat scalp treatment sebab scalp aku banyak kelemumur..dan dah tutup liang-liang rambut..jadi kenalah buka liang-liang tu agar rambut baru a.k.a anak rambut senang tumbuh..

Jadi, siapa-siapa yang ada masalah rambut gugur tu..sila lah pergi jumpa pakar sekali pun ok sebab nak tahu punca masalah korang..lepas dah tahu boleh lah find solution..

Selain buat scalp treatment sebulan sekali, aku pakai shampoo yang bersesuaian..
Shampoo la rambut anda 2-3 hari sekali..jangan tunggu sampai berminyak semua baru nak cuci..

Make sure, lepas shampoo korang kering kan rambut betul-betul..lebih baik kering secara semulajadi or pakai kipas...dan bukan pakai hair dryer sebab hair dryer kan panas..

Dah kering boleh lah letak serum je, minyak ke..macam aku letak Eclipse vitamin rambut tu..

Ok, ni semua penjagaan luaran..dan dalaman pun perlu jugak lah sebab dari dalam nampak kat luar..kira macam inner shine gitu..

Dan untuk dalaman aku ambil Ephyra..sebab Ephyra ni dapat membantu mengurangkan rambut gugur dan mempercepatkan proses penumbuhan rambut baru..
Mula-mula dulu aku bengang gak kenapa rambut still gugur..tapi lepas aku tahu main problem apa, aku buat scalp treatment, dan Ephyra pulak tolong cepat kan rambut tumbuh..jadi berkurang dah rambut gugur aku..tapi take time la kan..tak kan hari ni ambil, esok terus ok..

Antara customer Ephyra lain yang mengalami masalah ni:

Diambil dari FB Oceanlife

Bagi siapa-siapa yang tak banyak bajet macam aku tapi still nak pergi saloon buat treatment semua, korang boleh lah beli kupon dekat myDeal, Groupon, ilovediscount dan banyak lagi la..selalu boleh dapat half price..jimat..

*Beli 2 kotak Ephyra pada harga RM360 dan dapatkan satu bag organizer..cepat sementara stok masih ada :)

-Malynn-

Restoran Abang Besar, Seksyen 7 Shah Alam


Lunch date dengan Khalida..lama dah tak jumpa cik puan tu..hihi
Dia dah banyak kali makan kat sini..aku lak 1st time..
Restoran ni belakang Petronas dekat Jakel tu..


Ada banyak choices dekat sini..
Ada chicken chop, fish & chip, Pasta, Asian Food, Appetizer..macam-macam lak..
Bak kata kalau korang datang 6x pun still boleh order lain-lain..


Harga reasonable..middle range..tak mahal dan tak murah sangat..
Tadi aku ambil set lunch..semua included dalam main course...

Didatangkan dengan soup of the day & bruscetta

Creamy Tri-Shroom
Aku boleh makan sikit je ni sebab muak sangat..big portion..


Mashed Potato ni shared..
Sedap..

Tak tahu nama tapi ada ikan Dory..
Khalida punya..dia pun tak habis..

Set Lunch tu ada Lime Juice sekali..boleh lah potong rasa muak cheese tu..
Total makan: +- 63.00

-Malynn-

Tuesday, June 25, 2013

Mesra Sangat

Aku ni tak ramai kawan..jenis anti sosial..kalau dekat kawasan rumah aku tu pun aku tak bercampur sangat..
Tak join sangat mensyuarat tingkap semua..
Aku lebih suka duduk rumah..masak, kemas rumah, main dengan anak..
Dan aku tak suka pergi kenduri..sebab at my age now, aku kena join orang-orang dewasa dan bukan anak-anak dara..
Lepas tu sebelah Abu ni pulak, parents dia jenis berat kan sedara..maksudnya semua kenduri kena pergi..Walaupun Abu sendiri tak tahu siapa punya kenduri..Mak mentua aku pun kalau jumpa sedara-sedara dia, selalu cakap kat aku yang ni sepupu dia, yang ni makcik dia gitu..

Jadi pada perception Abu, aku ni sangat lah anti sosial dan sombong..

Tapi dia akan jadi pelik sebab every time je aku kena pergi kenduri sedara dia, mesti tetiba dia tengok aku dengan sedara dia bersembang bagai nak rak..sampai dia tanya apa lah yang aku sembangkan dengan sedara dia tu walaupun tu 1st time aku jumpe..banyak sangat cerita nya..

Lagi satu kalau pergi perjumpaan kawasan perumahan pun macam tu jugak..boleh gelak-gelak semua..

Dan latest bila aku jumpa customer Ephyra aku pun macam tu jugak..macam mesra sangat..walhal baru 1st time jumpa..

Ni sebenarnya skill tahu tak?

Sebab untuk kerja hakiki aku, aku kena jumpa orang yang aku tak kenal pun siapa diaorang..tak tahu attitude diaorang..tak tahu apa perasaan diaorang waktu aku jumpa tu..so, aku kena lah jadi cepat adapt to a new environment..haha..which is aku kena lah pandai react dengan orang yang aku jumpa tu..

Dan do believe yang aku akan cuba buat korang tak rasa awkward bila jumpa aku..dan aku pun akan cuba buat korang selesa kalau jumpa aku..sebab walaupun kadang-kadang aku mengamuk tak nak pergi kenduri semua sebab tak kenal orang kat situ, aku still boleh bawak diri dan menunjukkan kemesraan pada orang sekeliling..

Tapi sebenarnya, aku ni memang mesra pun..sifat semulajadi cuma pada orang yang aku biasa je..orang-orang baru tu, aku mesra jugak..automatik..routine activities can become permanent activities tau...

-Malynn-


Monday, June 24, 2013

Teringin


Dari minggu lepas lagi teringin nak makan nasik lemak lauk telur puyuh..
Sebab aku puasa, tu yang tengok makanan tu semua sedap..
Lepas tu, weekend tu aku pergi, nasik nya dah habis..
Nasib hari ni ada..
Tapi muak lah makan telur ni banyak-banyak..dan sambal tu manis sangat..
Tapi alhamdulillah..lepas teringin..

-Malynn-

Ephyra Ramadhan & Raya Promotion!!!

Hi,

Blog aku ni dah macam blog jual barang lak kan..
Nak buat macam mana sebab most of my customers pun datang dari blog ni..
Actually, aku ada blog page Ephyra ni..korang boleh pergi SINI ye..

Ok, pihak Oceanlife baru je launch promotion untuk Ramadhan & Raya yang akan datang ni..
Maksudnya promotion ni valid dari Julai ke Ogos selagi stok masih ada ya..

Dengan pembelian 2 kotak Ephyra, korang akan dapat sebiji organizer bag..
Siapa yang beli dengan aku baru-baru ni dapat shaker kan..tapi shaker ni untuk semua pembelian 1 kotak premium (30sachet)..

So, siapa yang beli Ephyra untuk next batch ni boleh lah dapat organizer bag dengan pembelian 2 kotak Ephyra..untuk maklumat lebih lanjut boleh SMS/Whatapps @ 012-2415823..

Sunday, June 23, 2013

Murah Rezeki Adam

Weekend hari tu, jumpa 2 orang customer Ephyra..
 Sorang tu nama dia Mida, dari Negeri Sembilan..datang ambil Ephyra dekat rumah..
Tapi aku tunggu dia dekat tol rumah aku..senang sikit..
Comel je orangnya..dah jumpa, sembang-sembang sikit..
Ada balance duit Ephyra tu..dia bagi pada Adam..thank ye Aunt Mida..

Sorang lagi nama dia Wana, jumpa dekat KLCC..
Sama juga..sembang-sembang, dah nak gerak tu..dia bagi duit pada Adam..
Thanks ye Aunt Wana..nanti Adam simpan duit tu..dah besar nanti boleh guna buat belajar..

Anyway, thanks pada semua customer yang beli Ephyra dari aku..
Hope Ephyra ni dapat membantu menyelesaikan masalah korang..
Kalau ok, boleh beli lagi nanti..
Dan semoga kita jadi cantik dan sihat bersama-sama..
Thanks again..

IC  je lahir kat KL tapi baru 1st time pergi KLCC

Suka lah tu dapat drive kereta sendiri..suka sangat kat stereng tu kan..

-Malynn-

Jerebu - Masalah Sejagat

Semalam, dalam pukul 7.30am tu aku keluar nak pergi Stadium Shah Alam, sebab ada Pasar Karat dekat situ..
Nak beli stok lauk untuk minggu ni..
Time aku keluar je rumah tu, dah rasa macam dekat Genting dah view nya..
Macam kabus-kabus tu tapi sebenarnya jerebu..had penglihatan masa tu dalam 1km je..
Drive pun tak boleh laju-laju..
Dah settle beli barang kat stadium tu, aku balik rumah..macam lagi teruk je..

Kemudian, pukul 11am lebih macam tu keluar balik sebab nak pergi KLCC..nak hantar Ephyra pada customer..
View still sama teruk..bangunan tinggi semua tak nampak..
Even dalam parking kat KLCC tu pun dah penuh jerebu..dalam KLCC pun sama..

Dan tadi, pukul 8am lebih, aku lalu SKVE..viewnya still sama..seperti dibawah..



Sekolah dah tutup, cuti darurat tak dapat ke sebab aku ni pun dah start batuk-batuk dah..

-Malynn-

Thursday, June 20, 2013

Bawa Bekal

Kalau aku rajin dan ada bahan nak masak, selalu aku akan bawak bekal..
Sebabnya aku ni jenis malas nak keluar time lunch..
Lagipun selalu makan sorang-sorang je time lunch..
Jadi bawak bekal, dan makan kat office..lagi memuaskan..

Burger Ayam
Roti tu beli, Gardenia punya
Burger Patty, Ramli punya
Mayonis, Lady Choice punya
Sos, Life punya
Cheese, Adam punya..mama ambil satu slice, Cheesedale
Timun Jepun, Tomato & Salad, Giant punya

Alhamdulillah dan sedap..hihi

-Malynn-

Stock Ephyra Dah Ada!!!

Ephyra dah ada stok dah..
Tapi esok baru dapat..
Siapa-siapa yang nak, boleh reserve dulu..
Sabtu aku post..siapa nak hand deliver (area Shah Alam & KL) or nak collect sendiri pun boleh..
Stok tak sampai lagi tapi dah 9 boxes sudah reserved..
Tinggal lagi 3 je ni..siapa yang nak SMS/whatapps at 012-2415823..

Ada free shaker sekali

Thanks,
-Malynn-

Wednesday, June 19, 2013

Luo Han Guo



Boleh didapati di Restoran Mukmin, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor.

-Malynn-

Tuesday, June 18, 2013

Save22.com.my

Menjadi ibu kepada seorang bayi yang semakin membesar dan juga mempunyai kerjaya membuatkan aku tak ada banyak masa untuk pergi shopping macam waktu single dulu-dulu..

Kalau dulu, berjam-jam dekat shopping mall pun tak apa sebab bawak diri sendiri dan tak ada banyak benda nak fikir..bolehlah survey banyak-banyak kedai sebelum beli apa-apa barang..

Kalau sekarang, baru keluar kejap dah rasa nak balik sebab dengan baby yang lasak..kadang-kadang kalau mood dia ok, boleh lah spend masa lama sikit..tapi tiba mood dia tak ok, terus tak jadi apa..baik lah balik dan duduk rumah..

Dan kadang-kadang kalau nak beli apa-apa, aku akan terus pergi dekat kedai yang memang jual barang tu dan terus beli tanpa membuat perbandingan harga..dan bila balik atau terpergi dekat kedai lain, baru tahu yang harga barang tadi tu lagi murah..kan dah rugi..

Selain tu, faktor masa juga buatkan aku malas nak pergi shopping mall banyak-banyak kali..nanti nak cari parking lagi..bersesak-sesak lagi..jadi marilah kita buat online survey dulu..dah confirm kat sekian-sekian kedai ada promotion, baru terus pergi..senang, mudah dan cepat..masa pun  boleh jimat banyak..boleh buat benda lain..
Tak payah nak menapak pergi satu kedai ke satu kedai..

Terima kasih pada website INI ..


Mula-mula, boleh lah pilih kawasan tempat tinggal korang atau tempat yang korang nak shopping..Penang boleh, Ipoh pun boleh maa..tapi aku pilih Kuala Lumpur lah..

Kemudian, boleh lah pilih CATEGORIES..memang banyak choice dekat sini..pendek kata semua adalah..dari baby ke mak bapak pun ada..dari ubat, mainan, apparel, barang rumah, semua ada..cuma perlu pilih dan klik..


Sebagai contoh nak cari supermarket yang tengah buat promotion..


Kat sini TLC hypermarket tengah buat promotion.
Jadi, nanti kalau nak beli barang dapur boleh lah terus datang sini..tak payah nak pergi hypermarket lain sebab dah tahu yang dekat TLC ni lagi murah kan..
Senang kerja, jimat masa dan jimat wang kita..

Apa tunggu lagi, marilah ke save22 untuk pilihan yang lebih lagi..

-Malynn-

Fake Face

Soal kerja lagi..dan juga dalam kehidupan seharian..

Kadang-kadang kita manusia ni ada macam-macam masalah..dan ada macam-macam benda yang kena buat dan lalui..dan ini semua akan menggangu emosi kita kan..

Tapi disebabkan tanggungjawab kena lah buat fake face yang sentiasa tersenyum, ceria, ramah dan tamah walaupun dalam hati Tuhan je yang tahu..

-Malynn-

Salutation

Kerja aku kan liaise dengan lecturer-lecturer..
Dan most of them ni ada Salutation yang pelbagai..
Ada Prof Madya Dr., Prof Dr., Dr., Puan/Tuan pun ada..

Kadang-kadang aku kena make sure kan diaorang punya title tu sebelum jumpa diaorang sebab takut tersalah panggil..
Yelah, bukan senang kan nak dapatkan title-title tersebut..dan ada diantara mereka ni boleh kecik hati kalau tersalah panggil..ada juga yang sensitif..terus marah..

Macam hari tu, kat UiTM..aku jumpa sorang lecturer ni..first time jumpa..gamble je tak buat appointment sebab aku memang ada hal lain kat situ..teruslah drop by..
Aku siap tanya "Panggil Dr ke Prof ni ye??"..nasib dia ok..panggil Dr. je..

Dan tadi dekat UPM..patut nya lecturer tu Prof Madya Dr. tapi aku just panggil Dr. je..patutnya panggil Prof..nasib dia ok..dan layan je..

Ada juga lecturer yang aku panggil Dr. tapi rupa-rupanya tak dapat lagi title tu..
Apa pun, kita make sure title orang tu apa betul-betul baru berani panggil..

-Malynn-

Perihal Adam Zhariff

Tak tahu nak tulis apa, jadi marilah kita tulis pasal anak..anak saya yang sorang tu..namanya Adam Zhariff..
Sekarang umur dia dah 11 bulan 2 minggu..lagi 2 minggu birthday dia yang pertama..

So far perkembangan dia ok, sihat, melasak, aktif dan susah dikawal..
Sifat mesra dia macam biasa..semua orang dia tak kisah dan rajin menegur..
Cuma kalau orang yang dia tak biasa tu, dia still la bagi orang tu dukung dia..tapi muka sedih suruh ambik dia balik..

Dulu masa mula-mula lahir, aku tak lah sayang sangat kat dia..sebab love bonding tu baru nak generate..tapi sekarang sayang sangat..tak jumpa kejap dah rindu..kadang-kadang boleh ketawa sorang-sorang ingat pe'el dia..

Masa lahir, Adam ni muka macam cina..mata sepet..tapi sekarang tak tahu lah ikut muka siapa..dah lain dah muka dia..muka dia tembam dan bulat..mata besar..


Untuk gigi pulak, gigi Adam yang pertama keluar masa umur dia 10 bulan lebih..sebelah atas..
Lambat kan..ke normal..tapi masa ni dia tak nak makan makanan lembik-lembik dah..nak makan yang kasar-kasar..lepas1st gigi Adam tumbuh, umur 11 bulan lebih, terus tumbuh 3 gigi sekali gus..atas 1, 2 bawah..nasib dia ok dan tak meragam atau demam..

And at the age of 11 bulan  2 minggu ni, dia dah bertatih-tatih 6-7 langkah..ok lah..tak lama lagi dah berjalan kot..dia lebih suka merangkak..lagi cepat..

Adam sekarang sangat lasak..suka memanjat..lepas tu dah berjaya panjat, sengih-sengih..umpama lihat lah dunia, aku dah berjaya panjat ni..tak boleh leka dengan dia ni sebab tiba-tiba je hilang..main nyorok-nyorok..lepas tu ketawa..nak lari rumah pun dah pandai jugak kalau nampak grill pintu tu terbukak..

Tu je kot perihal Adam sekarang..dia dah kurang makan sekarang sebab asyik main je..
Dan video-video Adam aku upload dekat Keek..senang kan dah ada Keek tu..terus save dalam tu..
Nanti Adam dah besar, boleh lah dia tengok video dia dekat situ..


Next month birthday Adam, tak celebrate sangat kot..just celebrate kami anak beranak..dan buat kek dan bagi doorgift bag pada budak-budak dekat rumah Ibu dia sebab kat situ dia ramai kawan..

Anyway Adam, mama loves You!

-Malynn-

Sunday, June 16, 2013

Happy Birthday & Happy Father's Day

Selamat Hari Jadi untuk En Abu Yazid..birthday dia patutnya hari ni 17hb June tapi sebab hari ni kerja dan aku tak ada masa nak buat apa-apa..jadinya, celebrate lah semalam..sekali kan dengan Father's Day..

Kek ni isteri awak yang tercinta yang buat..

Combine dengan pizza..isteri awak yang belanja..

Ok, happy birthday!!!

-Malynn-

Wednesday, June 12, 2013

EPHYRA Update

Ephyra sekarang tak ada stock..sebab ada problem dengan production..
Kotak design baru tak sampai lagi..
Jadinya sesiapa yang nak order, kena tunggu akhir bulan baru ada..dalam 25hb macam tu..
Ephyra suruh aku ambil trial set tu..kiranya 3 trial set = RM197..
Tapi malas lak sebab kotak kecil-kecil..
Tunggu jelah yang kotak besar ada nanti..

Nak puasa ni marilah makan Ephyra..boleh bagi tenaga dan boleh lah raya nanti muka cantik berseri-seri.. ^_^

-Malynn-

Tuesday, June 11, 2013

WW: Therapy


"it is a gift when you had a chance to see another world of life"

-Malynn-

Sunday, June 9, 2013

Fast & Furious 6

Finally, pergi jugak tengok cerita fast & Furious 6 ni..

Mula-mula macam tak nak pergi..sebab rasa tak patut lak pergi tengok wayang dan tinggalkan Adam dan Opah dekat rumah..tapi lepas mak dah bagi green light, terus lah book tiket..

Tengok dekat Sunway Pyramid..pukul 10pm..Adam pun dah tidur..
Jadi, tak rasa bersalah sangat..

Saya jakun sebab jarang tengok wayang..

Cerita ok tapi tak happening macam yang no. 5 dulu..dulu masa tengok yang no. 5, lepas habis je cerita semua orang dalam wayang tu tepuk tangan..tapi yang ni biasa-biasa je..lepas tu kan Gisele mati dan Han pun macam mati jugak..terus macam emmmm...

Nilah teman nak tengok wayang sebab nak keluar dengan orang lain tak boleh..hahaha

-Malynn-

Austin Chase, Plaza Masalam

Hari tu nak sangat makan western food, akhirnya pergilah makan dekat Plaza Masalam..

Kat sini  ada banyak kedai makan..dan aku pilih Austin Chase..tengok review macam best..

Aku pergi sorang je..sebab baru habis kerja kat Klang..lapar sangat, terus pergi makan dekat sini..

Kedai ni ok, tempat selesa..waktu aku pergi ni tak ada orang sebab baru je lepas lunch hour..

Aku ingat nak tangkap gambar kedai tapi adik-adik waiter kat situ concern la sangat dengan aku yang sorang-sorang ni..sikit-sikit lalu depan aku dan senyum..lepas tu tanya "Ok tak Puan?.."..

Nasib tempat aku duduk tu macam tersorok sikit..boleh lah ambil gambar sikit..

Wild Mushroom Soup w/ Bread - RM13.90
Aku tak nak pun soup ni tapi terorder pulak..tak sedap sangat..

Iced Caramel Macchiato - RM14.90
Yang ni sedap sangat..macam Starbuck punya..
kalau sesiapa boikot Starbuck, boleh lah minum yang kat sini..
lagipun harga pun sama dengan Starbuck

Chicken Cordon Blue - RM22.90
Dihidang bersama french fries, salad dan nasi
Sedap tapi kan cordon blue tu cepat sangat mengeras..
Kena makan cepat-cepat..nasi pulak macam nasi pulut..

Semua ok lah..total bill = RM56.45..pricey la bagi aku..kalau sebulan sekali ok lah kot..ni aku makan sedap-sedap pun sebab as a birthday treat untuk diri sendiri..so, ok lah..

Austin Chase ni ada banyak branch juga aku rasa tapi dua lagi tu more to pastries..Yang dekat Masalam ni banyak variety..

-Malynn-

Thursday, June 6, 2013

Birthday Giveaway!!!

Sempena birthday saya semalam..saya nak bagi fridge magnet kepada sesiapa yang nak..

Caranya mudah sahaja..pilih satu nak yang mana dan email kepada saya di xilyna_0606@yahoo.com bersama alamat anda.

Terima kasih.




Korang Ada???..Aku ada..

Hari tu, masa tengah tunggu nak naik flight ke Tioman..

Sekali datang Almy Nadia, Wan Sharmila dan Sari Yanti dan anak-anak dia..
Duduk depan kitaorang..kitaorang buat tak tahu je lah kan..

Lepas tu Nabil dan Angah Raja Lawak lak datang..tu pun kitaorang buat tak tahu je..

Sekaliiiii..Dynas lak datang..huhu..cantiknya beliau..badan pun cantik..aku nak bergambar dengan dia..tapi malu sangat..sampai la flight diaorang ke Terengganu take off..tak bergambar la aku..

Sedihnya..

TAPIII..korang tahu siapa lak datang lepas tu..

Orang penting ni..dia tengah tunggu flight ke Penang..mula-mula tak nak bergambar..
tapi nanti frust lak lagi kan..aku pun beranikan diri lah nak bergambar dengan dia..

Me: " Dato', can i take a picture with u?"
Dato': "Of course"

Tadaaa...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Dato' Lim Kit Siang

Korang ada???..
Kalau Najib aku tak rasa kot dapat tangkap..mesti bodyguard dia keliling pinggang..ni dia steady je seorang-seorang dengan PA dia kot. naik FireFly je..

-Malynn-

'Company" Time @ Tioman

Tahun ni company aku buat company trip ke Tioman..setelah hampir 3 tahun kot aku kerja kat sini..barulah ada..sedih kan..tak apa lah..at least ada..

Ok, aku tak suka pun nak pergi sini..dan bagi aku Tioman ni biasa-biasa je..siapa suka diving tu ok lah kot..
Dan aku rasa Pangkor lagi best..maybe Redang dan Perhentian lagi best juga..
Tapi pantai dia bersih dan air pun jernih..



Kami pergi 31hb May sampai 2 June..stay dekat Berjaya Tioman..pergi dan balik pun naik Berjaya Air..
Naik dekat Subang Airport..



Berjaya Tioman Hotel & Resort..





Makan 3 kali setiap hari kat Hotel ni..sebab kalau nak keluar pun tak ada transport..kena sewa motor..
Kitaorang ada sewa motor hari pertama tu..pergi jalan-jalan dan pergi duty free shop..
Murah lah coklat kat sini..

Daim tu RM20 je..

3 keping = RM20

Aktiviti yang aku join cuma snorkeling..junggle trekking tak join..aku tidur kat hotel..lepas tu nak berkayak dan ber banana boat pun tak boleh sebab ombak tengah besar..
Last-last pergi mandi laut dan swimming pool je..

Esoknya tu pergi Glass Bottom Boat..ntah apa-apa "glass bottom" nya..mabuk laut je dapat..

Gambar aktiviti tak ada..aku tak bawa kamera..dan tak cukup penutupan auratnya..tak yah lah tayang kat sini ye..

Lepas tu check out dan balik..

-Malynn-

Birthday Celebration @ Sri Bangi Horizon Garden

A simple birthday celebration at Sri Bangi Horizon Garden..

Ingat nak makan dekat Alicafe Tiga Rasa dekat USJ tapi since adik aku tak nak join, kitaorang pergi Bangi je sebab malas nak bersesak-sesak dekat USJ tu..

Abu baru balik semalam dari Brunei..4 hari dia pergi sana..mak aku ada teman aku dan jaga Adam dekat rumah..jadi, boleh lah belanja mak sekali..walaupun aku nak makan Western Food tapi aku gi makan ikan siakap..supaya semua orang boleh makan..

Baca review macam best je makan dekat Horizon ni..tu yang pergi sini..

Tempatnya agak eksklusif..pelayan beruniform..kedai pun cantik..
Kalau buat gathering apa-apa kat sini pun ok..

Adam dan Opah
Oh..geng dua-dua ni..

Kami ambil set A1..harga RM77.00..dia ada banyak set..ikut berapa orang makan..tapi set A ni, 4-5 orang makan pun ok..

Ada Chinese Tea..
Air-air lain kena order ala carte

Mama dah 28 tahun la Adam

Ada tom yam..sedap tapi pedas sangat..
Lala tu order lain..tak masuk dalam set..RM13.00..tak sedap sangat..

Kailan ikan Masin pun sekali dalam set

Ayam dengan kerabu Mangga dekat atasnya..
Ok lah kot..

Dessert..Tembikai & Agar-agar keras..

Sebenarnya ada Ikan Siakap Steam..yang tu agak sedap..gambar tak ada..sebab aku jaga Adam..dan bagi mak dan Abu makan dulu..ikan tu dah tak rupa ikan dah by the time aku nak makan..jadi, malas nak tangkap gambar

Total Bil

Overall, ok lah nak makan kat sini..

-Malynn-