Followers

Wednesday, July 31, 2013

Last Postage, Testimonial, Q&A, Promo Ephyra

Wah tajuk, bukan main panjang kan..hahaha
Sebenarnya aku dah malas dah ni..badan kat sini, jiwa dah kat kampung dah..
Buat kerja pun malas..semua malas lah..
Yang aku rajin semua yang berkaitan dengan raya je..
Cerita pun tak ada yang menarik..

Jadi, meh la nak cerita pasal Ephyra ni..especially untuk orang-orang yang baru nak try dan sedang mencari maklumat pasal Ephyra ni..most of the info memang boleh dapat dekat internet ni dengan mudah nya..

First, aku nak umum kan last postage adalah pada 2hb Ogos iaitu Jumaat ni..
Selepas itu aku tak jamin la nak pos ke tak sebab PosLaju pun nak cuti..takut barang korang dapat lepas Raya..kalau nak delivery, weekend ni last ye..sementara aku ada kat sini lagi..
Sebab Selasa pagi-pagi tu aku nak balik kampung dah..

Second, testimonial Ephyra..ni yang baru lah..dah dicollect dari semua dealers Ephyra..meh nak share sikit..
Kot-kot korang ada masalah yang sama macam diaorang kan..



Sebenarnya banyak lagi..tapi ni diantaranya lah..
Lepas tu ni pulak highlight benefit mengamalkan Ephyra..


Yang penting Ephyra ni halal..

Dan ini antara soalan yang aku selalu dapat dari customer aku:
1) Kalau period boleh makan Ephyra tak?
A: Boleh, dan ia juga membantu memperbaiki hormon anda..

2) Saya susah nak buang air besar..ok tak ambil Ephyra ni?
A: Ephyra memang bertindak sebagai agen detox..jadinya ia dapat membantu melancarkan sistem penghadaman dan penyahtinjaan anda..

3) Saya resdung, asma, boleh makan ke?
A: Boleh, sebab collagen Ephyra adalah dari ikan laut dalam..anda boleh makan ikan kan..so, not a problem..malah ada yang resdung dia bertambah baik..

4) Saya minum coffee and tea..tak pe ke kalau minum Ephyra juga?
A: Pun boleh, cuma nak diingatkan bahawa caffeine ni menghalang penyerapan macam vitamin-vitamin tu..kalau ambik secawan dua no hal..tapi kalau sampai se jug tu.tak ok ye dik..nanti vitamin-vitamin Ephyra diserap oleh caffeine je..badan tak serap..

5) Muka keluar jerawat lepas makan Ephyra?
A: Sebenarnya itu heeling process..jadinya teruskan pengambilan Ephyra dan jangan lupa minum air kosong..dapat 3-4 gelas pun ok dah kalau tak boleh nak minum 8 gelas kan..kalau lepas dua minggu still ada jerawat dan semakin teruk, tolong berhenti ambil Ephyra..

Kalau korang ada nak tanya soalan-soalan lain sila tanya..jangan malu..kami sedia membantu anda..

Third, Ephyra dah semakin dikenali..dah ada Billboard sendiri uollsss..dekat NKVE dan PLUS..ingat nak mintak diaorang letak kat Elite jugak sebab kat area rumah aku tu ada kosong satu billboard..
Puan Amiza, take note ye..hihi..
Dan banyak jugak diiklankan di majalah-majalah tempatan..



Fourth, disebabkan sambutan yang menggalakkan terhadap Ephyra ni..harga Ephyra dah diturunkan..
Kalau dulu RM228/box..sekarang hanya RM197/box..jimat banyak kan..


Dan promosi Raya masih berjalan sehingga lah Syawal nanti..


Dan sempena Syawal yang bakal menjelma, aku buat extra Promo untuk Ephyra ni yang mana harga Ephyra hanya RM190/box sehingga 2hb Ogos ni..stok untuk promo ni hanya tinggal 7 boxes je lagi..siapa cepat dia dapat ok..cepat lah place order sebelum 2hb ni..lepas ni tak dapat dah harga ni..korang jugak yang rugi..
Anything, boleh contact Malina di 012-2415823/013-2578042..

Terima kasih..

-Malynn-

Monday, July 29, 2013

Resepi: Coconut Shake


Bahan-Bahan:

1) Air Kelapa
2) Isi Kelapa, lagi banyak isi lagi umpphh
3) Air Gula
4) Ice Cream Vanilla..yang penting jenama Walls..jenama lain tak berani nak cakap sama rasa ke tak ya..
5) Ais secukupnya

Cara-cara:
Blend semua bahan dalam blender..
Jadilah coconut shake..
Selamat Mencuba!!!

-Malynn-

Sunday, July 28, 2013

Cuti Nuzul Quran

Minggu lepas cuti Nuzul Quran jatuh pada hari Jumaat..
Dan sambung dengan weekend, jadi cuti lama lah..ramai orang balik kampung..
Tapi kami sekeluarga tak balik..huhu

Jumaat tu kami ke KL untuk menyelesaikan beberapa perkara..
Sebab KL kan kerja, jadi office bukak..kebetulan customer Ephyra pun ada order barang sebelum aku gerak, so aku pos kan sekali kat KL..

Faham-faham jelah kalau kat KL time nak raya ni kan, memang jammed dan hujan lak hari Jumaat tu..
Lepas selesai urusan, terus balik..
Singgah Kampung Baru sebab Abu nak solat Jumaat..
Merasalah bubur lambuk Kampung Baru jugak..tapi ni Abu beli bukan diaorang bagi..

Dah sampai rumah, mandi-mandi dan tukar baju..
Nak ke rumah abang ipar aku, sebab diaorang buat bukak puasa beramai-ramai..
Semua ada..
Kami ni sebab busy sangat kan, just beli satay je lah..

Nak ambik gambar tapi aku tak nak nanti diaorang tahu aku ada blog..
Jadi tak ambik gambar.. =p

Sabtu pulak, keluar pagi sebab nak hantar Ephyra dekat Kelana Jaya..
Terus ke Sunway Pyramid pulak..
Hari ni shopping baju Abu, Adam, beli toto sebab nanti nak balik kampung ramai-ramai takut tak cukup toto..jadi mari beli untuk sendirian berhad..tak payah share dengan orang lain..
Kelambu pun aku dah siap beli sekali..semangat tak?
Sebab aku rasa ni lah paling lama aku akan stay kat kampung Abu..kalau tak, tidur 1-2 malam je..

Petang tu masak Nasi Ayam..dan aku rasa aku pass lah masak nasi ayam walaupun first time cuba..
Dan yakin untuk dihidangkan kepada tetamu yang nak datang beraya..
Gambar tak ada juga sebab aku malas..

Hari Ahad, kami dah start boring dan rasa ni lah cuti paling lama kami pernah alami..
Selalu tu tetiba je dah Isnin balik kan..
Jadi, Ahad adalah hari kami mengemas dan membersihkan rumah..sebab minggu ni aku nak siapkan benda lain lak seperti iron baju raya walaupun baju raya aku tak siap-siap lagi, nak masukkan duit raya, nak kemas barang nak balik kampung..lama ni kami cuti..tinggal tak mop rumah jelah..tingkap semua dah lap dah..

Petang keluar pergi Giant je nak beli ketam..tapi dari beli ketam, terbeli jugak benda lain sampai harga dekat RM100..boleh?..
Balik masak lemak ketam dan sotong goreng kunyit..
En Abu lak rajin nak buat coconut shake..layan kan aje sebab dia yang nak buat..bukan aku..

Semata-mata beli ice cream vanilla Walls nak buat coconut shake

Lauk berbuka semalam

Coconut shake En Abu
Tak payah pergi Melaka dah lepas ni

Red velvet Secret Recipe pengubat lara tak balik kampung

-Malynn-

Thursday, July 25, 2013

Lai Lai Lai Ephyra Murah!!!

Sempena Hari Raya yang akan menjelma lagi 2 minggu ni, aku nak buat special promotion..
Ingat nak bagi something pada korang tapi tak sempat la nak cari something tu..baju raya akak ni pun tak sempat nak beli tau..

Jadi, meh nak bagi special price je..

Ephyra hanya berharga RM190/box, valid sehingga 2hb Ogos 2013..dan limited untuk 30boxes sahaja..
Siapa cepat dia dapat..

Untuk harga 2 boxes, sama seperti biasa RM360 untuk 2 boxes..

Cepat sementara stock masih ada..tapi postage start hari Khamis ni ye..25hb Julai..

Apa-apa boleh contact: 012-2415823/013-2578042


-Malynn-

Tuesday, July 23, 2013

Testimonial Ephyra

Ni testimonial daripada customer Ephyra aku..
Adik ni ada macam jerawat kecik-kecik dekat muka..
Dah jadi macam hitam sikit dekat jerawat tu..macam berbekas..
Dia baru ambil Ephyra ni dalam seminggu lebih..
Dan ni hasil nya..

Before

After 4 days

After 7 days

Boleh focus pada pipi dia dan korang boleh nampak perubahan tu..
Adik ni ambil gambar ditempat yang sama dan di bawah pencahayaan yang sama..
Nampak tak kulit dia lagi berseri..

Sorry, gambar dia ni aku kena letak watermark..nanti tak pasal je orang crop and curi..

Anyway, thanks adik sebab share testimonial ni..

Untuk yang lain..kalau nak cuba cepat lah..harga promosi sampai 2hb Ogos sahaja..

-Malynn-

What's Your Fear?

Tadi dengar Mix.FM..diaorang tengah discuss pasal tajuk "What's your fear?"..

Ramai lah call cakap takut naik lif la sebab pernah stuck dalam lif, fobia kat kapur sebab kan masa tulis kapur dekat papan hitam ada bunyi yang mengilukan tu..

Macam aku, aku takut Maskot yang suka berjalan-jalan tu..
Tak tahu kenapa tapi aku takut sangat..
Kalau benda tu jalan-jalan kat shopping mall ke mesti aku rasa nak lari je..

Pernah jugak aku sanggup pusing jauh daripada aku lalu kat sebelah maskot tu..

Contoh muka aku takut bila dekat dengan maskot adalah masa pergi Universal Studio dulu..
Tu je pun gambar aku ada dengan maskot..kalau tak, memang tak ada..



-Malynn-

Monday, July 22, 2013

Review: Susu Ilham

Adam adalah baby yang mengalami Lactoce Intolerence (LI)..
Dulu masa lahir, aku bagi dia susu Mamil Gold Step 1..
Alhamdulillah ok..sampai lah umur dia 7-8bulan macam tu..
Lepas tu aku tukar Step 2..mula-mula ok..
Tapi lepas tu dia kena cirit birit yang teruk selama seminggu..sampai melecet bontot dia..
Bawak pergi jumpa Paed dia dekat An-Nur, doktor cakap kena tukar susu..
Tukar susu yang Free Lactose tapi bukan soya based..

Cari punya cari, aku jumpa susu Similac LF..Free Lactose but not soya based..
Dia minum susu ni sampai setahun sebab susu ni memang untuk umur sampai setahun..

Lepas setahun, nak bagi susu apa pulak kan..
Aku pun survey dan mostly susu Free Lactose adalah sampai umur setahun sahaja sebab lepas umur setahun selalunya baby dah boleh accept lactose balik..

So, aku try la bagi susu biasa brand S26..sehari ok..esoknya cirit birit..dah confirm tak boleh anak aku ni minum susu lembu..

Aku survey lagi, orang cakap Susu Ilham ok..keluaran tempatan dan dikilangkan secara Islamik..


Aku memang tak nak bagi susu soya pada Adam..
Satu sebab aku tak mampu..mahal sangat harganya..
Dua sebab orang cakap memang tak elok bagi susu soya terutamanya kepada baby boy sebab dia menghasil hormon estrogen yang tinggi..tak nak lah aku nanti Adam jadi auw auw kan..mintak jauh kan lah..

Then aku try jugak cari susu kambing untuk Adam..

So, aku pun pergi Kedai Az-Zain dekat Bangi sebab ingat nak try susu Ilham tu..tapi tak ada stock..
Kebetulan ada satu lagi brand baru iaitu Suffy..Suffy ni ada susu kambing..RM40.00 untuk 500g..
So, still within budget..sebab Adam normally every month minum 4kg susu..

Dah try, alhamdulillah ok..tak ada effect apa-apa..

Tapi aku risau lak anak aku tak cukup zat ke apa..sebab kat packaging Suffy tu tak ada mention AHA ke, DHA ke..karang tak pandai lak anak aku kan..
Tapi susu Ilham ada semua tu..
Kebetulan dekat rumah aku ada dealer susu Ilham..aku try satu kotak dulu..


So far, almost seminggu ok..tak ada cirit birit ke apa walaupun susu ni susu lembu..maybe kandungan lactose dia sikit je..susu ni fully imported dari New Zealand..dikilangkan secara Islamik..


Harga aku beli ialah RM47.00 untuk 650g..jadi every month aku kena spend dalam RM320..within budget..

Adam pun aku tengok ok je minum..hope ok lah sampai bila-bila..

Siapa yang ada baby yang problem macam Adam, boleh lah try susu ni kot-kot serasi ke..

-Malynn-

Random

a) Menu Berbuka
Menu berbuka hari ke 13 Ramadhan..ingat kan baru 12 hari..rupa-rupanya dah 13 hari..cepat je masa berlalu..

Gulai Lemak Udang dengan Nenas

Sambal Ikan

Kuih-kuih beli

Dua beranak yang tak tahu apa motif nak bergambar jugak

b) Tebus point

Aku isi mnyak Petron, dan memang ada kad Smiles tu..selalu satu minggu aku isi minyak dalam RM100..
Kumpul point dan now point ada 2000..
Sekarang Petron ada buat promosi untuk tebus point tu..iaitu 550point untuk minyak masak 2kg, 800point untuk beras Basmathi 1kg, 1400point untuk beras Faiza 5kg..
Tadi aku tukar 800point sebab nak beras Basmathi tu..boleh lah masak nasik Bukhara nanti..hihi..minyak tak ada stock pulak..kalau tak, nak tukar jugak..



Lagi satu aku suka tebus rebat Touch N Go..every month pun selalu topap dalam RM150 dan kumpul-kumpul dapat lah dekat RM100..jimat duit..

-Malynn-

Sunday, July 21, 2013

Puasa Yang Menguji

Aku rasa tahun ni puasa aku tak tahu lah berapa banyak pahala yang dapat..
Sebab aku stress, cepat marah masa puasa ni..
Dengan Abu tu memanjang je bergaduhnya..
Dengan Adam pun aku geram jugak..

Macam minggu lepas, aku ajak adik aku datang rumah..
Yelah, sian dia berbuka, bersahur makan makanan yang ntah apa-apa..
Jadi, marilah lepak rumah aku so that aku boleh masak makanan rumah..
Lagipun ada lah aku kawan..

Sabtu tu aku plan nak masak nasik tomato..ayam masak merah madu..
Resepi dari buku Chef Hanieliza tu..
Berguna tau buku..nak apa je, selak-selak, jumpa dan ikut je instruction kat situ..

Pukul 11am macam tu pergi Tesco..aku pergi dengan adik aku je..
Abu dan Adam tinggal kat rumah..malas aku nak bawak dua orang tu..
Lagipun cepat sikit kerja aku..

Balik tu dah pukul 2pm lebih..
Aku buat bubur kacang hijau dulu..
Lepas tu baru lah start prepare bahan nak masak ayam dan nasik tomato..
Adik aku ditugaskan prepare bahan-bahan tumis, blend, dan untuk buat acar..
Nasib adik aku ni memang tahu, kalau datang rumah aku memang dia kena buat kerja..
Atleast jaga Adam..
Tapi that day aku prefer dia tolong aku, Adam ayah dia jaga..

Lepas aku siap masak bubur kacang, aku naik atas nak solat Zohor dulu..
Aku baru naik, Adam dah meraung sebab jatuh kerusi..
Terus aku turun nak hempaskan ipad sebab ayah dia sibuk main ipad je..
Serius, puasa ni temperature aku memang senang naik..jangan main-main..siap bebel panjang-panjang non-stop pun aku boleh buat..

Dah settle tu, aku solat..dan start masak..
Adam pulak aku tak tahu kenapa hari tu dia hyper sangat..langsung tak tidur siang tu..menahan mata..
Lepas tu merengek..orang suruh tidur, tak nak..

Aku hanya baca doa je sebelum masak tu agar nasik tomato dan ayam madu aku sedap sebab first time aku masak..dan tak boleh rasa..tambah-tambah kalau masak dengan hati panas kan..
Alhamdulillah, end up ok dan sedap la..

Sekali, waktu berbuka tu aku baru nak suap nasik tetiba Adam merengek..
Aku dah lah sepanjang hari tu memang berangin je..
Pujuk tak nak..terus naik hantu aku..marah dia..geram betul aku..
Mengada sangat..memang tak siapa pun boleh tolong dia..lantak la meraung melalak semua..
Ha, lepas kena tu ok je..boleh je main sendiri semua..ketawa-ketawa..saja nak kurang kan pahala puasa aku..

Aku baru semangat nak ambil gambar nasi tomato aku, terus tak ambil..

Tu drama hari Sabtu..Hari Ahad pun ada drama jugak..

Aku nak deliver Ephyra kat Wangsa Maju..sekali sesat-sesat..ingat Jusco AU2 tu tapi rupanya Jusco Aplha Angle...pastu bergaduh dengan Abu..adik aku memang redha je kot dengar kat belakang tu..sampai Adam pun aku passed dekat dia..

Memang lepas ni aku tak bawak dua orang ni dah..duduk je rumah..tak payah ikut dah..

Aku tak tahu lah, ni ujian aku puasa ke apa..tapi lately ni memang temperature aku senang naik..tak check darah pun..ntah-ntah ada darah tinggi juga..

Balik dari KL terus pergi Bazar dekat Stadium Shah Alam..memang banyak giler makanan..itu nak, ini nak..
Sekali penuh dah tangan..nasib tadi sahur aku habiskan balance kuih-kuih beli semalam..tak la membazir..

-Malynn-

Terlupa

Minggu lepas kecoh pasal seorang ibu yang terlupa anak dia ada dekat seat belakang dan tinggalkan anak dia dalam kereta tanpa aircond dan parking kereta tempat panas..dan anak dia meninggal..sebabnya hanya kerana dia terlupa dan anak nya meninggal..

Aku baca ramai yang hentam ibu budak tu dengan kata-kata yang sangat teruk dan memberi nasihat tak kena tempat..siap bagitahu yang dia akan didakwa diatas kecuaian dia..

Tapi most of my friends yang mana bekerja dan jadi ibu dalam masa yang sama, semua bagi nasihat yang berguna dan aku pun tak salah kan ibu budak tu..sebab aku faham situasi dia..
Aku sendiri pun kadang-kadang banyak benda aku lupa..sebab???..

Sebab ibu yang bekerja ni tak sama dengan ibu yang duduk rumah je..ibu duduk rumah kena fikir hal sekitar rumah tu je..ibu yang bekerja kena fikir hal rumah dan hal tempat kerja..
Lagi satu ibu yang PJJ dengan ayah pun tak sama dengan ibu yang tinggal sekali dengan ayah dan anak-anak lain..bila laki tak ada, korang boleh bagi full attention pada anak..sebab makan korang tak kisah nak masak apa..rumah nak sepah-sepah pun tak kisah..

Menjadi ibu bukan senang, selain jadi ibu kita kena jadi isteri, bibik, tukang masak, tukang jahit, kawan, pekerja untuk company yang korang kerja dan macam-macam lagi lah..
Kadang-kadang nak fikir hal sendiri pun tak sempat..balik kerja tu, nak duduk-duduk rehat pun tak dapat..
Sebab bila nak duduk, baru teringat nak masak..nanti laki nak balik, nak makan..anak pun tak makan lagi ni..pastu teringat kain tak basuh lagi, tak lipat lagi..banyak benda lah nak fikir..tak pernah habis..boleh mengigau bila ingat semua benda yang dalam list kat kepala ni..

Kat tempat kerja pulak, macam-macam hal..quotation tak siap..tetiba customer call tanya macam-macam..customer atau bos marah-marah..pun kena tambah lagi list kat kepala ni..

Macam ibu budak tu, dia kan nak berkejar pergi meeting sebab dah lambat..maybe dia dah kelam kabut sangat..takut nanti kena bambu lagi..lepas tu, tu kan periuk nasik dia..kena lah dia jaga prestasi jugak..
Jadi, dia memang tak kan sempat nak check satu kereta dulu sebelum keluar..sebab dia memang rushing dah..

Orang yang memang fully jaga anak tak buat kerja lain atau orang tak kahwin lagi memang tak kan faham benda ni..
Kami ni ibu-ibu sekelian tak kan sanggup nak bunuh anak sendiri..penat kami ni mengandung..nak beranak separuh nyawa tu..kami nak yang terbaik untuk anak-anak kami..

Tapi nak buat macamana..ibu tu tadi terlupa..dan hukuman yang dia terima adalah hukuman sepanjang hayat..mesti dia sengsara sepanjang hayat..
Untuk orang-orang luar, tak payah lah sibuk nak bagi hukuman kat dia..
Baik kita jadikan iktibar supaya kita tak buat benda yang sama..

-Malynn-

Thursday, July 18, 2013

Apak Dapat Balik ke Tak ye..

ROH YANG KEMBALI DIBULAN RAMADHAN

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Sebarkan hal ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Yang jelas jika anda tidak meneruskan hal ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insyaAllah...
-Jom doakan mereka kerana doa kita sahaja yang mereka inginkan.
p/s : bayangkan jika kita di tempat mereka,pasti sedih jika tiada ahli keluarga yang mendoakan kita. T___T
 

Menu Berbuka 9 Ramadhan

Hari ni 10 Ramadhan, aku tak bangun sahur..
Maksudnya kalau aku tak bangun, Abu pun tak bangun..Adam pun tak bangun..
Aku baru je semangat nak buat maggi goreng untuk sahur..nak makan dengan telur goreng setengah masak & sosej..tapi nak buat macamana..dah tak ada rezeki nak makan sahur hari ni..
Lagipun salah sendiri pergi tutup alarm walaupun dah dengar..konon nak bangun kejap lagi..

Jadinya, untuk melepaskan frust meh nak tunjuk lauk berbuka kitaorang semalam..

Ayam Goreng Kunyit

Ikan Sambal

Beli kuih-kuih dan murtabak
Kuih yang dah tinggal sikit tu Adam yang makan

Hari ni tak tahu nak masak apa lagi..ingat nak masak udang masak lemak dengan kacang panjang je..

Oh, 2-3 hari ni aku pergi kerja aku nampak pohon-pohon sakura berbunga lebat di area Shah Alam ni..cantik sangat..tapi gambar aku ambil low quality sebab ambil dari dalam kereta je sambil drive..




-Malynn-

Wednesday, July 17, 2013

Nak Rumah Ada Konsep!!!

Baru je hari tu aku tulis pasal rumah aku tak ada konsep kat SINI kan?..

Tetibe tadi blogwalking ada orang mention pasal Wall MakeOver By Na..

Sekali pergi FB website, memang meleleh air mata tengok cantik sangat makeover yang diaorang buat pada wall-wall rumah customer diaorang..
Teringin nya nak macam tu jugak..serius, teringin, mengidam semua lah..

Yelah, aku rasa cat dan design wall dekat rumah tu memainkan peranan penting untuk menjadikan rumah kita ni nampak lagi besar ke..lagi luas..lagi berseni..lagi cantik..dan boleh jugak jadi main focus kat rumah tu bila orang datang..
Contoh wall cantik-cantik buat dekat main hall..mesti orang tertumpu dekat hall ko je dan terlupa nak pandang bahagian lain dalam rumah yang tak berapa nak senonoh tu kan..

Banyak design boleh pilih ikut kesesuaian rumah dan minat masing-masing..

Macam color purple ni..nice sangat..baru lah nak semangat nak makan..walaupun lauk ntah apa-apa..hihi

Hari tu kan aku ada cakap nak cat rumah warna merah..macam gambar ni.cantik sangat..menyerlah hall aku kalau warna merah kan..mesti orang tengok pun tertarik menarik..tak jemu mata memandang..

Kalau nak nampak lebih classy tapi still elegance, warna kat atas ni pun cantik jugak..simple je..tak serabut..

Dan kalau macam rumah aku pulak, yang memang tak ada divider antara main hall dan dapur..
Aku rasa design macam ni kena dengan rumah aku..
Dapur pun nampak ceria dan tak lah orang tengok masuk-masuk je terus dapur..macam pelik sangat..


Tapi dalam banyak-banyak design yang ada dekat Wall MakeOver by Na ni, aku paling berkenan dengan yang ni..cantik dan lain dari  yang lain..kiranya sekali pandang, rasa nak pandang 14 kali lagi..hihi
Lagipun kerusi aku pun color hitam..jadi matching la dengan design ni.. ^_^


Jadi untuk Ms Nadia tuan empunya www.nadiafarahida.com ni saya nak merayu kat awak ni..tolong makeover kan rumah saya macam kat atas ni..huhu..sebab.......

"Saya nak www.nadiafarahida.com memilih rumah saya untuk di makeover oleh Wall Makeover by Na dengan design pilihan ini kerana rumah saya adalah berkonsep carca marba sekarang ni..dengan adanya wall design di atas, saya percaya yang rumah saya akan menjadi lebih cantik dan stunning daripada sekarang..selain itu saya juga percaya dengan sentuhan magik dari team Wall Makeover by Na akan menjadikan impian saya untuk menjadikan rumah berkonsep satu kenyataan selain menjadikan kami sekeluarga lebih ceria dan gembira untuk tinggal didalam teratak kecil kami..lagipun raya dah nak dekat..nanti orang datang raya, baru lah boleh bangga sikit ada wall cantik..hihi..thank Ms Nadia.."

-Malynn-

Tuesday, July 16, 2013

WW: Menu Berbuka 7 Ramadhan

Kari Ikan

Jiran Bagi

Udang Goreng Butter

-Malynn-

Monday, July 15, 2013

Sorga Dunia

Hari Sabtu hari tu kami sekeluarga balik kampung..

Nak balik kampung

Tapi balik kampung Abu dulu..
Hari tu hujan sepanjang jalan dan sambung hujan sampai malam..
Mentua aku buat kenduri dekat masjid..untuk berbuka.. 
Tapi kan hujan, Maghrib lak tu..ada anak tak reti diam lagi..
Jadi, aku tak join dan berbuka dekat rumah je..diaorang pun dah bawak balik lauk dan nasik minyak..
Biras aku pun duduk rumah je sebab anak tiga kan..macamana nak handle..

Sahur pun makan lauk sama je..

Esoknya tu baru balik Besout..
Oh yeah yeah la aku..Abu pun cakap gerak dalam pukul 11am macam tu..
Dah siap semua terus zasss ke Besout..

Sampai je terus tanya mak masak apa hari ni?
Kurang ajar kan..tapi nak buat macamana memang nak makan berbuka dengan mak aku..
Jadi mesti lah tanya nak masak apa kan..

Tepung pelita versi mak aku jugak yang the best
besar lak tu..kalau aku jual, 1 tu RM1..

First, mak aku buat kuih limas a.k.a kuih tepung pelita..ni untuk cucu kesayangan dia..haha
Lepas tu dia masak kurma ayam, sambal tumis udang dengan petai, siakap kukus..


Petang pergi bazar lak..aku beli murtabak, pulut panggang, air tebu..mak aku beli tembikai..

Dan tunggu lah masa untuk berbuka..
Sebelum tu aku siap cakap yang aku nak makan banyak hari ni..sebab dah lama tak makan sedap..
Sebab aku masak mestilah lain dengan mak aku masak kan..



Ha, lagi satu..makcik Siti kat rumah aku tu bagi laksa..banyak giler..tapai ubi kayu pun dia bagi..sorga tau tak..


Makanan penuh meja..perut ada tiga je..tapi sebab aku & Abu boleh cover masing-masing dua perut, tak lah membazir banyak sangat..mak aku makan sikit je..dia bagi anak menantu makan kenyang..hari tu jugak orang masjid buat moreh..dapat nasik minyak lagi dan kari daging..

Aku memang suka nasik minyak..so, memang makan nasik minyak dengan semua lauk-lauk tu..semua makanan aku makan jugak..

Untuk sahur pulak, aku request nasik lemak..aku cakap tak payah buat sambal ikan bilis sebab sambal udang tu ada lagi..

Tapi dah namanya pun mak, still buat jugak sambal ikan bilis..siap aku bawak balik sini..dan buat cucur lak sahur tadi, cicah sambal tu..dapppnyeeee...

Sebelum balik, mak aku masakkan sup tulang & sambal sotong untuk tapau berbuka..
YaAllah..tak ada orang lain boleh ganti mak aku..kalau boleh biar aku mati dulu sebelum mak aku..
Aku sayang mak aku sangat..

So, Sorga Dunia aku adalah kat kampung aku..boleh makan sedap-sedap mak aku masak..
Rasa macam nak balik lagi Nuzul Quran ni..tapi bagi chance kat abang dan adik aku la pulak..

-Malynn-

Thursday, July 11, 2013

Masak ke Beli?

Dah masuk hari ketiga berpuasa..
Alhamdulillah..cepat je masa berlalu..tambah-tambah time kerja kan..
Sibuk buat kerja, alih-alih tengok jam dah pukul 5pm..terus siap-siap nak balik..
Puasa ni dapat balik awal, pukul 5pm tapi kena masuk office pukul 8.30am..
hari ni aku lupa, aku masuk pukul 9am..

Sepanjang 2 hari puasa tu, aku tak berkesempatan lagi nak ke Bazar Ramadhan..
Dua-dua hari tu, Abu yang pergi..
Jadi, aku tak tahu lagi rupa Bazar kat rumah aku tu..
Kalau nak pergi yang tempat lain, macam tak sempat lak..
Dah la jem..jalan nak masuk rumah aku tu pun jem sebab ada Bazar kat tepi tu..
Macam semalam, aku balik rumah masak dulu lepas tu baru ambik Adam..
Dekat setengah jam gak la nak balik rumah balik walaupun dekat je..alamatnye, aku kena ambik Adam awal jugak..

Hari pertama hari tu aku tak masak..suruh Abu beli..sebab aku balik pun dah lambat...
Dia beli nasik lemak..lepas tu beli Kuih Akok - 70sen/biji..air tebu RM5/jug..
Mahal nya lah...
Lepas tu semalam lak, dia beli kuih-kuih..tepung pelita..standard price la..
Dia pergi tu, tak bagitau aku..kalau tak, aku nak kirim Roti John..tetibe rasa nak makan..
Dia pergi balik..dan beli..aku tanya berapa harga ni..RM3.50..kontot je Roti John tu..
Bukan macam aku selalu beli dulu..panjang..

Terus aku rasa semua makanan dia beli macam mahal..dan maybe harga barang semua dah naik..
Jadi, aku pun decide bulan puasa ni aku masak..atleast boleh 2x makan..berbuka dan bersahur..
Kalau nak beli pun, beli kuih je..sebab tak kan nak habiskan duit berpuluh-puluh ringgit sehari tiap-tiap hari kan..pastu kalau nasib baik, sedap..kalau tak baik, tak sedap..

Nampak macam memenatkan..tapi aku rasa lagi puas masak sendiri kot..atleast kalau habis RM30 pun boleh dapat ketam masak sambal 3 ekor..udang goreng tepung..kita pun tahu kebersihan makanan kita..
Dan yang penting laki dan anak dapat makan hasil air tangan aku..baru lah bertambah kasih dan sayang..hahaha..

Tapi kalau aku busy sangat, boleh lah pergi Bazar sekali sekala..

-Malynn-


Jangan Sebut Jangan Cerita

I'm a tough women..tapi bukan badan ketul-ketul macam ahli bina badan tu..tough dekat semangat je..
Tapi as a women..kuat macamana pun sure ada part yang korang lemah kan..

Ingat tak, aku ada tulis pasal schoolmate MRSM aku dulu yang husband dia meninggal dalam kebakaran tu..
Semalam kot dia update status FB dia yang macam nak deactivate kan FB account dia sebab dia macam sedih bila ramai yang update status
"1st time bersahur bersama suami, tak sabar nak berbuka bersama"..

Mestilah dia sedih kan..bagi aku elok dia deactive kan je account dia tu kalau memang itu yang buat dia sedih..macam aku pun, semua ex-bf aku unfriend from FB sebab tak nak timbul perasaan kurang senang kalau tetiba dia update pasal dia dengan gilfriend dia or dia pun maybe rasa yang sama kalau tengok aku update status romantik-romantik dengan husband aku..atau aku unfriend je kalau orang tu buat sakit hati kat aku macam every status cakap dia kaya, banyak duit..

Eh, aku nak cerita lain la..
Ok, berbalik kepada kuat semangat tadi..sebenarnya aku tak lah kuat semangat kalau masuk bab-bab ayah ni..yalah bapak aku tak ada dah kan..so, sedih lah..even dengan mak aku pun aku tak tanya atau cerita pasal bapak aku sepanjang puasa ni..aku tak nak dia atau aku ni sedih..simpan dalam hati je..

Tapi semalam, aku keluar dengan akak office aku..
Cerita lah pasal puasa dan raya semua..dia cakap kat rumah dia memang buat lemang..dan semua orang kejar nak makan lemang kalau raya pertama tu..
Aku pun terus diam..nak tambah cerita dia sebenarnya macam
"Kitaorang pun tiap-tiap tahun buat lemang, bapak kitaorang buat..sedap..lagipun dia je pandai nak isi daun pisang dalam buluh tu"..
tapi aku mampu cerita dalam hati je..sebab aku mula sebak..tahun ni siapa nak buat lemang untuk kitaorang lagi kan..
Nasib balik kampung Abu, dan abah memang pandai buat lemang..tapi of course tak sama dengan bapak aku buat..

Jadi, untuk sesiapa yang tahu orang tu akan sedih kalau sebut pasal sesuatu dekat dia..tolong lah jangan cerita atau sebut dekat dia..maybe kita tengok dia senyum je tapi dalam hati or dalam kereta dia dah menangis teresak-esak..maybe kita boleh respect sikit perasaan orang tu kan..

Ni rezeki hari ni..hantar barang tadi..budak tu kerja dekat Sime Darby..
Dia bagi 3 kotak air ni..alhamdulillah..rezeki Ramadhan..


-Malynn-

Tuesday, July 9, 2013

Ephyra Murah?!!

Untuk yang berminat mencuba Ephyra, boleh lah SMS/Whatapps aku di 012-2415823
Ada beberapa customer aku tanya "Kenapa Malin jual Ephyra murah compared dengan yang lain?"..
*Sorry guna aku dan bukan saya..sebab lagi feel nak cerita kalau guna aku..

Ok, soalan ini boleh memberi beberapa perspektif..
Antaranya, customer was-was nak beli dengan aku..aku jual ori ke tiruan ni..ntah-ntah nanti dah transfer duit, barang tak dapat..

So far, all my customers dapat barang 1-2 hari selepas bayaran diterima..it is depends sebab aku ni ada kerja hakiki..which from 9am-6pm..siapa yang dah bagitau awal macam malam sebelum tu atau semalamnya, memang aku boleh pos pagi esoknya atau hari yang sama..tapi kalau aku kat office, korang baru order..probably esok pagi baru aku pos sebab aku memang tinggalkan stok dekat rumah..tak bawak pergi office..Ephyra ni part time aku ye..dan kalau lah korang ni ada sejalan dengan tempat customer kerja hakiki aku, aku boleh drop sekejap..dan kita buat COD je..lagi senang berurusan secara berdepan kan..atau kalau dekat, boleh COD waktu malam..

Tu untuk delivery semua..ni untuk original ke tak Ephyra ni..
Ni, aku authorized dealer dekat kawasan Saujana Putra..tapi siapa yang ada area-area sini ataupun dari negeri lain nak beli, boleh je..tak ada hal pun..orang Penang, Johor, Terengganu pun ada beli dengan aku..tapi ni aku pos la ye..
Eh, lupa lak..jadi semua stok memang aku ambik direct dari pihak Oceanlife..bukan dari orang lain..memang original..

Klik untuk tumbesaran

Ni saya..tak ada dua muka..
Kalau tipu, boleh cari muka ni..haha

Harga murah pulak sebab actually harga aku dapat dari pihak Oceanlife, sama je dengan dealer-dealer lain..
Tapi ada dealer, dia bagi harga mahal tapi ada free gift macam-macam..ada jugak yang bagi harga murah dari aku dan just dapat balik modal je..

Macam aku, aku bagi harga murah tapi tak ada free gift..sebab i is busy..tak ada masa nak fikir free gift apa nak bagi, nak beli kat mana..dan tak semua orang suka free gift yang aku suka kan..so, better bagi harga murah kan..lepas tu harga aku bagi, kira customer untung, aku pun untung..harga aku dah murah lah tu sebab postage termasuk..siapa yang nak COD pun aku hand deliver..jadi kena kira gak semua tu..
Kalau ambil banyak aku bagi murah..dun worry..

Jadi, jangan lah was-was lagi nak beli dengan aku ye..insyaAllah, duit aku dapat nak bagi anak makan..kadang-kadang aku pun makan..hihi..jadinya, aku akan sejujur mungkin dalam berniaga..



Wasalam..

-Malynn-