Followers

Wednesday, August 28, 2013

Ephyra Berwajah Baru!!!

Ok, sekarang pihak Oceanlife dah mengeluarkan packaging baru untuk Ephyra..
More light and easy to recycle..temanya "Go Green"..ada jugak di letakkan sticker hologram bagi tujuan membanteras produk tiruan dan mengantarabangsakan jenama Ephyra ni..

Dibawah ni aku sertakan kata-kata dari pihak Oceanlife sendiri dan juga rupa packaging baru untuk Ephyra ni ye:

"Di kesempatan ini, Kami ngin memberitahu berkenaan kotak Ephyra version "go green" yg telah siap utk dipasarkan.
Kami mengambil langkah inisiatif ini seperti yg anda semua maklum Ephyra pernah mengalami situasi "putus stock" kerana kotak Ephyra.
Selain drpd utk mengatasi masalah itu, kotak "go green" campaign ini juga adalah antara usaha drpd syarikat sokong kempen " go green" dimana kotak baru ini boleh di " recycle " & dpt menyelamatkan alam sekitar.
Oleh it insyallah kami jamin pada masa akan dtg dgn ada kotak versi " go green" ini masalah putus stock akan dpt diatasi.

Selain itu, ada juga sticker hologram, sbg persediaan jangka masa panjang utk keselamatan drpd produk ephyra ditiru. Hologram ini juga bertujuan utk meningkatkan taraf produk setanding produk antarabangsa.
Kualiti ephyra di kotak baru adalah dijamin sama tinggi kualiti dgn kotak versi lama. 


Salam dari saya, mewakili Oceanlife team."







Harga masih sama macam biasa ye..apa-apa boleh contact saya di 012-2415823/013-2578042..
Tolong jangan Whatapps sebab handphone problem..tolong SMS je ye..thank you!

Oo..lagi satu..Ephyra dah ada duta..
Kenal tak siapa ni..teka la sendiri ye..hihi



-Malynn-

Bukan Selalu


Bukan selalu pun tangkap gambar macam ni..
Selalu bergaduh je..

-Malynn-

Sunday, August 25, 2013

Makan-makan Raya 2013 Lagi

Jumaat lepas, aku invite adik beradik Abu datang rumah..
So far, kitaorang memang tak ada lagi gather masa raya ni..
Sebab aku kerja dan malas nak berpenat-penat masak, so aku pun just tempah makanan..
Abu pulak aku suruh confirmkan dengan adik beradik dia nak datang ke tak, last minute baru nak call..
Dia ingat orang katering masak untuk dia je kot..

Last-last nasib ada satu kedai ni accept tempahan aku dan aku ambil lepas balik kerja..

Balik rumah, kemas apa yang patut..rumah comel kan..kena lah adjust bagi besar and lapang sikit..
Tu pun semua bersempit-sempit sampai ke tangga..


Kerusi meja semua tolak tepi..



Menu hari tu adalah Mee Rebus..Lemang & Rendang dan Chocolate Cake..
Semua buat pakai duit..senang kerja kan..dan confirm sedap..kalau aku masak tak tahu la jadi ke tak..



Anak-anak sedara dan adik beradik in laws...
Tengok tu sampai ke dapur diaorang duduk..
Tapi tak apa la kan..yang penting perut kenyang..

Ni sibuk plan ke PD cuti hari Malaysia nanti..boleh bayangkan tak family Abu ni suka ber"gather-gather" ni..



Hari Sabtu lak, kawan aku dari Pahang nak datang..
Aku masak nasi Ayam je..sebab senang..haha..


Tapi kesian, kawan aku tu sesat..dari pukul 6pm, sampai dekat pukul 9pm baru sampai..
Diaorang pun singgah kejap je..tak dapat la nak bersembang lama-lama..
Gambar pun tak sempat nak tangkap..
Diaorang pun tak book hotel apa lagi..aku cakap kalau tak ada kosong, just tidur rumah aku je..no hal pun..tapi nasib dapat hotel jugak..

After diaorang balik, kitaorang pergi rumah sebelah..pastu pergi rumah Abang Abu pulak..makan je..alhamdulillah..rezeki bulan Syawal kan..

Ahad pulak pergi Open House officemate aku..
Minggu ni pun aku buat Open House lagi..boleh dikata tiap-tiap weekend buat sebab rumah tak berapa nak besar, jadi buat group by group..kawan-kawan baik, family dan jiran tetangga..

-Malynn-

OOTD Raya 2013

Gambar official raya yang duduk atas sofa..semua orang statik untuk bergambar kan tak ada..
Tapi sayang lah beli baju raya sampai 3 tapi satu gambar pun tak ada..

Weekend hari tu pergi Open House melaram balik dengan baju-baju raya yang ada..

Satu, baju ni beli dekat Jakel..
Simple and nice..color pink purple sikit..



Dua, baju ni beli dari La Kayena..milik blogger terkenal Maria Elena..
Aku suka jubah ni sebab cutting dia fix dengan aku dan tak labuh..just nice..sebab selalu aku cari jubah or maxi dress mesti meleret..kena pakai heel baru nice..so, boleh la beli lagi nanti..lagipun senang pakai jubah macam ni..makan banyak-banyak pun orang tak perasan perut buncit macam pregnant 3 bulan..



Baju no. 3, nanti next week la update..ingat nak pakai masa Open House 31hb ni..baju rasmi untuk family tahun ni..

-Malynn-


Tuesday, August 20, 2013

Monday, August 19, 2013

Update Ephyra Laju Laju!!!

Promo Raya Ephyra dah habisssss yeeee..
Harga RM190/box dah berakhir dan normal price dah kembali..

Jadi, harga untuk 1 box Ephyra (30sachets) = RM195.00
Kalau nak jimat boleh beli 2 boxes..ajak kawan-kawan beli sekali..hanya RM360.00 untuk 2 boxes..

Free shaker + bag + postage..

Lagi satu..ada orang risau nak consume Ephyra sebab takut bahan-bahan dalam Ephyra ni membahayakan kesihatan macam ada produk-produk lain di pasaran..

Jangan risau, pihak Oceanlife telah menghantar sample Ephyra untuk diuji di ALS Technichem (M) Sdn Bhd bagi memastikan kandungan didalam Ephyra tidak berbahaya dan selamat..

Selain itu, ALS Technichem ni adalah service lab dan company kerja hakiki aku memang supply instrument pada diaorang dan guna instrument yang kitaorang jual pada ALS tu..

Korang boleh refer pada link ni untuk tengok Lab Analysis Ephyra ye:

a) Lab Analysis 1
b) Lab Analysis 2
c) Kementerian Kesihatan Certification

-Malynn-

Sunday, August 18, 2013

Frust

Hari ni aku frust dan mood terus ke laut..
Please jangan cakap apa-apa dengan aku..

Mood: Silent for a day!

-Malynn-

Makan-Makan Raya 2013

Gambar official Raya 2013 aku memang tak ada sebab satu gambar pun tak tangkap..
Baru ingat nak show off baju raya sedondon tapi sampai sudah tak bertangkap gambar nya..

Jadinya, marilah kita cerita sahaja pasal raya tanpa gambar..

Hari Jumaat hari tu abang aku kat Kota Damansara tu ajak pergi rumah dia sebab dia ada buat makan-makan sikit..
Semua datang dan meriah..aku pun tak dapat jumpa diaorang hari tu sebab balik belah En. Abu..
dan dapat lah jumpa anak-anak sedara sebelum diaorang balik asrama..

Makanan malam tu mee rebus, sate, lemang..makan ramai-ramai semua pun sedap..
Sebelum pergi rumah abang aku tu, meh layan Musang King dulu..Pahang mali..
En Abu baru balik dari Kuantan petang tu..


Sebab sedap sangat kita up 2 gambar..

Hari Ahad, aku buat nasik tomato..ajak 2-3 orang kawan-kawan rapat..
Alhamdulillah..nikmat ajak orang datang rumah dan bagi orang makan adalah rasa happy & puas yang tak boleh dijelaskan dengan kata-kata..


Dan aku rasa kiuh semperit yang aku beli ni memang best in the world la..
Asyik mengadap ni je..


Hari ni start ganti puasa sekali puasa enam..hope sempat la habis sebelum Syawal berakhir..

-Malynn-

Acara penukaran lampin seluar bayi dengan bilangan yang terbanyak

Hari Sabtu hari tu, aku pergi join Huggies Diaper Change Challenge dekat One Utama..
Memang dah register online dan ambil slot pukul 1130am..sebab pagi so tak la ramai sangat orang kot..

Rushing jugak la dari rumah sebab dah terbangun lambat..
Tapi sebenarnya siapa yang nak walk in pun boleh je join..

Masa ni dah ramai orang tapi boleh la..still tak crowded sangat

First, dia bagi form dan kena dapat kan 2 stamps..
1st step kena tukar pampers baby, 2nd pergi photo booth..

Dan pergi redeem doorgift..
Dalam tu dapat pampers Huggies, Kotex dan tissue..
Aku pun tak tahu apa ke nilai yang sampai RM150 tu..
Tapi beg tu nice untuk bawak balik kampung..

Dapat sijil..
Nanti Adam boleh lah letak dekat resume dia ye..
Gemuknya aku..

Lepas tu pergi makan dan balik..tidur..

Kalau ada apa-apa event yang melibatkan baby lagi, boleh la pergi..sebab aku pun memang tak ada aktiviti..

-Malynn-

Thursday, August 15, 2013

Baik Diam Dari Berbicara

Wah tajuk tak manahan kan..hahaha
Ok, benda ni aku dah simpan lama dah..tapi simpan dalam hati je..
Sebab takut nanti aku cakap, ada yang terasa hati..takut aku tulis kat blog, ada orang terbaca lepas tu makan hati jugak..

Tapi bila fikir balik, ni blog aku..sukahati aku nak tulis apa..
Dan asyik aku je makan hati, meh nak bagi orang lain pun sama-sama makan hati jugak..

Macam ni ceritanya..ada seorang ni aku namakan dia A sahaja (bukan nama sebenarnya)..
Aku tak tahu lah apa motif dia dengan aku..tapi apa yang aku boleh assumed setelah berkawan dengan dia ni untuk beberapa tahun adalah dia ni lebih kepada negatif dari positif..

Most of benda semua pun nak negatif..

Contoh, aku cerita lah pasal aku beli tudung..aku cakap, murah je aku beli sebab standard tudung tu kalau kat luar or online dalam range RM55-65 macam tu..sekali aku beli dapat RM35..so, bagi aku murah lah kan..
Excited la nak share dekat dia kot-kot nak beli tudung murah boleh beli kat tempat tu..berkualiti jugak..
Sekali dia jawab "kita tak pakai tudung lebih dari harga RM20"..
Terus aku diam..yelah, kot ye pun tak pakai kan..cakap je lah "Ok, nanti boleh la try tengok..kot nanti aku nak tudung or kahwin..boleh cari dekat situ"..

Lagi..aku kan jual Ephyra..lepas tu ada lah kawan aku tanya..dia pun ada sekali..kawan aku ni tanya lah berapa harga, apa function dia..aku baru nak explain..dia explain kan dulu..lepas tu siap cakap yang dia tak makan benda-benda yang seangkatan macam Ephyra tu yang dijual kat pasaran..
Habis tu cik adik, kalau tak makan benda yang dijual dekat pasaran, ko beli barang kat tepi jalan ke?..

Terus aku diam lagi..bagi aku lah kan..kalau ko tak nak beli, tak nak makan, tak nak percaya benda-benda ni..ko tak payah lah nak hasut orang yang nak try jadi macam ko..depan-depan aku ni pulak..padahal macam la aku tak tahu ko pun pernah beli krim kurus..pil-pil jugak kan..

Macam aku ni lah..kerja hakiki, kerja part time semua ada competitor..semua ada orang nak jatuhkan kita..
Tapi as long as kita percaya dengan apa yang kita bawak..ada bukti-bukti sahih..kita tak payah takut la..
InsyaAllah kebenaran akan menolong kita..apa yang penting, just pegang pada apa yang kita percaya..

Dan banyak lagi la kisah-kisah negatif lain yang membuatkan aku rasa lepas ni aku malas nak cakap apa-apa dah dengan dia..aku pun tak tahu apa motif dia..adakah sebab dia tak ada duit tapi ayat cover macam banyak duit..atau lifestyle dia memang macam tu..ke sebab aku yang over sensitif?...hahaha

Apa pun aku sekarang malas nak berdendam nak marah-marah nak kecik hati dengan orang dah..sebab bukan orang tu tahu pun kan..jadi, baik move on je..sebab kat akhirat nanti ada balasan masing-masing..
Hidup ni tak lama..esok lusa kot-kot mati ke..baik kita happy je..

-Malynn-

Jemput Datang Rumah

Bila raya menjelma ni, ramai orang sibuk tanya "tak buat open house ke?"..
Macam dah jadi kemestian lak kan zaman sekarang ni..
Kalau dulu, aku rasa tak ramai orang nak buat open house..siapa nak datang, datang je..tak payah tunggu open house..sebab rumah memang sentiasa terbuka untuk tetamu..

Untuk aku pulak, tak tahu lagi nak buat ke tak..
Sebab kalau last year, memang aku tak ada plan nak buat..siapa nak datang just bagitau je..
Lagipun baru lepas beranak kan..
Aku ada buat sekali kot tahun lepas..tapi tu pun untuk kawan-kawan Abu..
Menu pun simple je..spaghetti, nasik goreng dan nugget..
Tapi aku rasa menu tu 2nd thing, yang penting dapat jumpa kawan-kawan kan..

Tahun ni pun aku nak mengamalkan konsep yang sama jugak..
Siapa nak datang, bagitau..dan aku dah pandai masak nasik tomato dan nasik ayam..hihi
Jadinya, boleh lah jamu dekat korang..kalau tak sedap pun, cakap sedap jugak..
Kebetulan, ada 2-3 orang kawan-kawan aku yang cakap nak datang rumah beraya..
Wahhh, terharu tau..
Dah la lama tak jumpa..rasa tak sabar sangat nak jumpa kawan-kawan lama ni..
Dan memandangkan diaorang tak boleh datang sekaligus pada tarikh dan minggu yang sama..
Aku pun tak reti nak masak banyak-banyak, peralatan pun tak cukup..
Jadi, aku akan bahagikan diaorang kepada 3 tarikh..

1)  Pada 18hb ni..budget dalam 20 orang..nak jemput ex-officemate dulu, officemate sekarang dan ibu Adam sekeluarga..

2) Pada 24hb ni..sebab kawan aku yang jauh nak datang..ni aku tak ajak siapa-siapa kecuali geng-geng ma sa UKM tapi most probably diaorang tak dapat datang sebab sorang kat selatan, sorang kat timur..incase je diaorang ada area ni..

3)  Pada 31hb ni..ni untuk family, jiran-jiran dan kawan-kawan Abu..pandai kan aku..kawan-kawan aku, aku buat special sikit sebab jarang jumpa..nak sembang lama-lama..baru best..

Untuk siapa yang nak datang rumah aku, boleh lah selit antara tarikh-tarikh tu..
kalau tak, nanti datang makan kuih raya je jawabnya..

Kalau tarikh-tarikh lain nak datang pun boleh..tak ada hal pun..rumah sentiasa terbuka..walaupun rumah tak cantik kan..hahaha =p

-Malynn-

Tuesday, August 13, 2013

Kembali Seperti Biasa

Cuti raya dah habis..marilah kita bekerja mencari sesuap nasik seperti biasa walaupun masih lemau akibat makan berlebihan masa raya hari tu..


Untuk Ephyra, order dibuka seperti biasa..
Dan sebab stock bulan puasa hari tu ada lagi sikit, harga promo Raya RM190/box masih dikekalkan sehingga minggu ni..tapi tinggal sikit je lagi..

Handphone 012 aku rosak..tak boleh nak SMS or Whatapps..apa-apa boleh contact no. ni tapi SMS je ye..sebab ni handphone nokia zaman dulu-dulu punya..013-2578042..

Thanks..

-Malynn-


Sunday, August 4, 2013

Buah Hati Pengarang Jantung


Kawan gaduh, kawan ketawa, kawan makan, kawan tidur, kawan gomol-gomol
TAPI
Bukan kawan menyepah, menangis, buat perangai

Apa pun dia tetap buah hati saya sampai bila-bila

-Malynn-

Hati Lara

Ramai orang dah balik kampung weekend hari tu..
Tapi aku still kerja hari ni..esok baru start cuti..
Weekend pun tak tahu nak buat apa..
Ingat nak beli barang-barang rumah..tapi dah nak cuti lama..tak duduk rumah pun..
Jadi baik tak payah beli apa-apa dulu..
Masak pun aku dah stop..sebab dapur dah kemas dan malas nak tengok makanan berlebih dalam peti ais..

Sebenarnya sepanjang puasa ni aku tak berbuka kat luar pun..
Sama ada bungkus atau masak..sedih kan..
Aku ingat nak ajak la mak aku pergi berbuka dekat Felda Residence Hot Spring Selasa ni..
Tapi mak aku cakap "Alaa, mak pun boleh masak macam kat situ"..boleh???
Lepas tu aku cakap "Orang tak bukak puasa kat luar pun lagi..huhuhuhu.."
Terus kena bebel dengan mak aku..dia cakap tak berbuka kat luar pun nak kecoh, nak sedih-sedih..

Lepas tu ngadu dekat En Abu lak cakap aku tak berbuka kat luar pun lagi puasa ni..
Aku suruh dia jaga Adam sebab aku nak pergi berbuka kat luar..dia tak nak..
Hari tu company dia dah belanja berbuka kat luar..company aku??..nan ado ye..

Untuk mengubat hati yang lara, semalam kami pergi Empire..berbuka kat Chili's..asyik hati lara je kan..


At first, Adam behaved dan masih boleh dicontrol lagi..


Lepas tu dia dah start rimas..jadi pergi main dekat luar sebab awal lagi..


Bagi dia makan siap-siap dengan harapan aku dapat makan dengan tenang..


Ni apa yang kami order..ade juga dessert molten chocolate cake..tapi rasa nak tercekik aku makan dengan Adam yang tak lalu duduk diam ni..

Three Dipper


Fajita Trio

Moral of the story, kalau nak berbuka dekat luar..Adam kena tinggal..kalau tak, baik makan dekat rumah je sebab tak kenyang pun makan dengan anak tak lalu duduk diam ni..

Tapi anak orang sebelah aku pun dua kali lima jugak..kami mak bapak ni senyum jelah..nak piat telinga pun tak boleh sebab kecik lagi kan..hahaha

Tahun depan dia dah besar sikit, better sikit kot nak bawak dia..time tu kalau degil je, boleh lah piat-piat telinga kan..

Dan untuk bersahur pagi tadi, aku goreng ikan sepat masin dengan bawang dan cili padi..dan telur goreng..
Ni lagi kenyang aku makan..sedap pulak tu..hihi


Esok ingat nak balik pukul 4 pagi lepas tu nak sahur McD..tak pun nak sahur roti canai dekat mamak..
Cepat lah habis hari ni..nak balik kampungggg..

-Malynn-