Followers

Sunday, February 2, 2014

2D1N @ Cyberview Resort & Spa - Part 1



1/2/2014 hari tu kami pergi holiday..
Mula-mula nak pergi KL tapi rasa macam jauh sangat la KL tu..
Padahal dulu, hari-hari pergi KL pun tak apa..
Nak pergi jauh-jauh memang tak la..dah la aku dengar berita jam sepanjang highway Utara dan Selatan..
Jadi, apa kata kita bercuti dekat-dekat je..
Finally, aku booked dekat Cyberview Resort & Spa..dekat je dengan rumah..tak sampai setengah jam dah sampai..
Bila aku bagitau mak aku, dia pun ketawa..baik tidur dekat rumah je..


Check in adalah pukul 3.00pm...dari rumah kami bergerak pukul 2.30pm macam tu..
Sampai je terus check in..mula-mula tak la excited sangat..


Lepas dapat kunci, terus masuk bilik..terus excited lebih..sebab tengok bilik dia..




Wahhhh..cantik sangat..tengok bilik air dia lagi la cantikkkk sangatttt..
Nanti aku bagi review untuk hotel ni je ye...


Dan nak jadikan cerita, bakul susu Adam tinggal..nak tak nak ke balik rumah balik..
Lagipun ingat nak mandi pool..hari panas pulak..
Jadi, mari balik rumah ambik bakul susu Adam dulu..pergi makan jap..
Pastu masuk bilik balik..

Petang sikit, pergi mandi pool..

Ada 3 level swimming pool dekat Cyberview ni..
1st level untuk kanak-kanak, 2nd level orang dewasa dan 3rd level tak kisah..tapi sesuai untuk kanak-kanak jugak..
Jadinya memang tak crowded la walaupun ramai orang..
Aktiviti kat sini pun memang mandi pool je lah..nak buat benda lain pun boleh tapi tak ada la nak bershopping-shopping..duduk sini lebih kepada nak relaks je..

Dah puas mandi pool, balik bilik mandi dekat bath tub pulak..




Lepas Maghrib baru keluar pergi makan dan jalan-jalan..
Seperti biasa kalau pergi Cyberjaya, mesti makan dekat Saba Restaurant..
Tapi aku rasa dah tak sedap dah macam dulu..


Kemudian kami ke Putrajaya..saja jalan-jalan..
Lepak dekat padang ni..kesian Adam ni, dia nak main dengan budak-budak kat situ tapi mesti la diaorang tak layan kan..so, dia main sorang-sorang je..

Ni dah penat la ni kan..




Dalam pukul 9.30pm balik bilik..Adam pun dah tidur..
Dan dalam sejarah dia tak bangun malam..selalu mesti bangun at least sekali untuk susu..
Aku ni pulak yang terjaga tengok dia, tak nak bangun ke budak ni..

Tilam empuk sangat ye Adam..

-Malynn-

2 comments: