Followers

Thursday, February 6, 2014

Braces

Siapa yang pernah jumpa aku depan-depan mesti tahu yang gigi aku ni tak tersusun..
Keluar masuk giginya..
So far, aku ok je..tak malu, still berkeyakinan dengan gigi aku ni..

Tapi sekarang aku ada masalah yang mana bila aku gosok gigi, gusi aku akan berdarah dengan banyaknya..
Sampai penuh mulut dengan darah je..scary tak?
Last week aku pergi scaling gigi..
Dah lama pun tak buat..

Masa dentist tu buat scaling tu, dia pun risau sebab darah banyak sangat keluar..
Dia takut effect dekat aku pulak nanti..
Jadi, dia buat sikit je..dia bagi gel untuk kecutkan gusi so boleh stop bleeding..
Lepas seminggu baru datang balik..

Aku pun tanyalah "kenapa ye doktor..lately ni masa saya berus gigi memang berdarah banyak sangat"..
Dia cakap sebab "plak" dekat gigi tu..gigi aku pun tak tersusun..jadi "plak" senang berkumpul..
Kalau awak pakai braces senang sikit nak jaga gigi..


Tapi bila aku fikir balik nak kena cabut gigi semua tu..terus seram..aku memang penakut bila bab gigi ni..
Tu yang gigi tak cantik tu..
Lagi nanti gigi kan rongak dulu sebelum pakai braces..pastu nanti mula-mula pakai kan kena adjust dulu braces tu dengan mulut..nak cakap pun susah..susah makan tak pe, elok la boleh diet..ni susah nak bercakap..
So, macamana nak pakai..nak jumpa customer nanti macamana..tak kan nak guna hand signage je..
Pasal sakit tu tak pe..aku boleh kuatkan semangat..alang sakit beranak pun aku dah rasa..ni kan pulak setakat sakit cabut gigi kan..hihi

Tapi aku nak gigi cantik...
Dilemma lagi...

-malynn-



No comments:

Post a Comment