Followers

Sunday, February 2, 2014

SINGAPURA EVERY YEAR

Selagi aku kerja kat tempat sekarang ni, memang every year bulan 1 aku akan pergi Singapore..
Sebabnya ada macam Annual Meeting dekat Head Office..yang mana setiap tahun akan ada update produk baru..dan sharing market info jugak..

Tahun lepas aku pergi 4 orang dengan officemates yang lain..dan 5 hari duduk sana..
Tahun ni aku pergi berdua je dan hanya 3 hari je..


Travel sorang-sorang ni senang..backpack je..

Aku pergi hari Rabu..flight pukul 3pm..semua booking, office aku buat..
Adam pulak aku dah siap-siap hantar balik kampung, mintak mak aku jaga kan..
Dari rumah aku naik teksi je pergi airport..actually first time ni aku naik teksi pergi airport..
Selalu Abu hantar..aku guna MyTeksi apps tu..senang..cepat dan mudah..
Tambang pun reasonable..nanti aku review pasal MyTeksi ni ye..

Flight ke Singapura hanya mengambil masa tak sampai sejam pun..nak tidur pun tak sempat..
Tetiba je dah announce nak landing..
Dari airport, naik teksi pergi hotel..masih tinggal di hotel yang sama macam tahun lepas..
Grand Copthorne Waterfront Hotel..aku mintak nak duduk dekat Royal Plaza tapi office aku tak bagi..huhu



Just untuk info semua, kalau nak stay yang convenience boleh la duduk dekat Royal Plaza..
Hotel ni dekat Orchard Road..dan served Halal Food..so senang..
Macam kitaorang ni, duit banyak habis dekat teksi je sebab nak shopping atau makan memang kena pergi Orchard Road..
Kebetulan pulak, tahun ni tak ada shuttle bas ke Office tempat meeting tu..semua naik teksi..
Jadinya, duit untuk shopping memang tak ada sangat..
Aku pun tak shopping apa..cuma tshirt GAP yang harga RM25 sehelai..yang lain aku tengok kat Malaysia lagi murah..


Untuk Khamis dan Jumaat, dari pagi ke petang hanya pergi Main Office..
petang ke malam hanya berjalan-jalan dan makan..


Tahun depan kalau aku masih dekat sini, maybe aku tak nak pergi dah la..
Aku nak beranak tahun depan..haha

Tak kisah la sampai pukul 12 malam sekalipun, aku mesti nak makan jugak..
Sebab aku lapar sepanjang 3 hari dekat sana..nak makan pun was-was..
Kalau aku sorang, senang aku naik teksi terus pergi Little India.kat situ banyak Halal Food..
Tapi ni pergi dengan non muslim, aku malas la nak banyak kira kan..makan la alas perut je..huhu


-Malynn-

2 comments:

  1. 'Aku nak beranak tahun depan' - so tahun depan x blh nak ajak jalan ar?
    hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tahun depan memang tak boleh pergi mana kot..tahun ni boleh lagi..

      Delete