Followers

Monday, April 21, 2014

Pasal Mak Saya

Hari tu kan mak aku duduk sini dekat 2 minggu..
So as anak-anak yang baik (ehemmmm..) sibuk la semua nak bawak dia makan sedap dan pergi jalan-jalan..
Tapi sebab banyak sangat hal jugak..aktiviti adalah limited..

Sebelum balik hari tu, aku bawak mak aku pergi beli kain untuk baju raya..
Dan tanya dia nak makan apa..dia kata tak nak makan nasik..so kita pergi makan steak..
Mula-mula tanya adik beradik aku nak bawak mak makan steak kat mana..
Abang aku cakap TGI..

So, ok..TGI je lah senang..tapi memandang hari tu hari Jumaat, semua tempat pun penuh..terus pergi Empire je lah senang..kat situ ada Chilis dan ada steak jugak..

Once masuk tu, mak aku dah buat muka..biasa lah orang tua kan..
Tengok pulak budak-budak remaja yang pakai baju tak cukup kain tu kan..
Lagi lah mengucap panjang orang tua tu..hahaha..
Tapi tak apa, mak suka ke tak suka ke..aku nak dia merasa..sebab hari tu kitaorang makan adik beradik mahal-mahal..dia tak ada..dan biar dia tahu yang kitaorang makan tu tak adalah sedap sangat..hihi..





Mak aku ni macam tak lalu nak makan..tapi paksa jugak la..dia cuba habiskan sebab dia kata mahal..
Tahu tak apa aku rasa?..
Aku sedih la kan..selama ni kitaorang makan je sedap-sedap..tak kisah pun kat dia..
mak aku dah sampai point yang mana tak payah nak susah-susah dah..enjoy je life tu..makan je apa yang nak..
Mak aku ni sibuk cakap "Dah, lepas ni tak payah dah makan kat sini"..hahaha
Tak pelah mak, ina saja je nak bagi mak merasa..

Aku nak beli apa-apa pun semua suruh beli yang murah-murah je sebab dia tak kemana..duduk rumah je..
Kasut pun dia cakap nak beli yang RM10 je kat pasar malam..
Adoi la mak aku ni..sebenarnya dia tak suka membazir..

Apa-apa pun, terima kasih la ye mak..aku tak tahu apa yang ada dalam hati dia sebenarnya..
Aku bukan anak yang suka menyelami hati orang tua aku..sebab hati aku pun tak ada orang nak selam..hihi..
Aku cuma harap mak aku sihat dan gembira..
Dan dia lah one of the best supporter dalam hidup aku..
Doa-doa dia lah yang mengubah hidup aku..

Sayang mak banyak-banyak..muntah kot mak aku kalau baca ni :P

-Malynn-

1 comment:

  1. mak memang macam tu..dia taknak susahkan anak2nya walaupun kita niat nak bahagiakan dia

    ReplyDelete