Followers

Thursday, April 17, 2014

Perihal Sakit

Aku sakit dah seminggu..sakit yang memang nak baring je..tapi tak boleh lah kan..
Aku start sakit maybe sebab aku penat sangat..
Mak aku datang sini 2 minggu..duduk rumah aku dalam 3-4 hari je..yang lain rumah abang dan kakak aku..
Tapi nak ke sini sana tu memang aku yang hantar ambik..Abu pulak tak ada..
So Adam aku kena handle sorang-sorang..

Tetiba ada asthma dan kena ambik neb..

Maybe sebab penat terlampau dan jugak musim la kot..aku kena batuk yang teruk, selsema pun teruk..demam kadang-kadang..
Dan minggu ni aku ada beberapa benda besar yang nak kena settle..
Pendaftaran syarikat, interview..bisnes Ephyra..macam-macam la lagi..semua melibatkan rezeki..
Jadinya, tak kan nak baring je kan..nak tak nak kena jugak bergerak..

Dan sepanjang aku kerja kat sini, ni la paling banyak MC aku ambik..berderet-deret..
Dah la next week aku dah last day dah kat sini..
Tapi bos aku pun nampak teruknya aku sakit, terus dia cakap "Tak pe lah Malina, balik rehat"..
Apa lagi..memang aku balik aku tidur jelah..kan suruh rehat..
Dan tiap kali jumpa doktor pun diaorang suruh aku berehat..

Muka tak berdaya

Aku makan macam-macam ubat..tapi semua tak jalan..lepas tu aku try pergi satu Poliklinik dekat office ni ok lah ubatnya..ada la nampak better sikit..

Dan kebetulan Abu patut balik hujung minggu ni tapi bos dia bagi cuti 3 hari dari Selasa sampai Khamis..
Cantik betul aturan Allah tu kan..
So timing dia balik memang cantik..aku kena prepare untuk interview..so nak kena ade orang jaga Adam..
Dan hari Rabu tu pun macam-macam hal jugak nak settle..dan Abu ada untuk jadi driver for a day..sebab aku betul-betul tak larat..alhamdulillah..dah settle..

Ni nak pergi interview tapi kena pergi klinik dulu

Dan untuk customer Ephyra yang aku jumpa depan-depan tu, sorry la aku tak dapat sembang banyak sebab aku memang fikir nak tidur je..dan siapa yang hantar SMS or Whatapps tu pun aku balas lambat sebab tak larat dan banyak hal nak kena buat..nak jaga anak lagi..sorry sangat..

Harap minggu depan aku dah fully recovered..so semua kerja aku boleh siap kan sebelum aku keluar dari company ni..hihi...

Apa pun sakit ke tak makan tetap makan kan..
Bagus jugak berpisah ni..tak la asyik gaduh je..boleh makan best-best sikit..haha


Ni ubat untuk batuk dan tekak..


Teringin ni tapi ni makan kat Mas Mono..tak sedap macam kat Bali..


-Malynn-



No comments:

Post a Comment