Followers

Sunday, April 20, 2014

Zam Zam Restaurant, Seksyen 9

Hari tu masa mak aku datang sini, hari last tu kami decided tidur dekat rumah abang aku dekat Klang..
The day before tu akak ipar aku called dan tanya pukul berapa nak sampai esok dan nanti kita makan dekat luar ye..hahaha..

Sebenarnya, sepanjang pergi rumah abang aku ni memang kami hanya makan dekat rumah dia je..masakan rumah..adalah 1-2x kot makan kat luar..sebabnya, adalah kerana abang aku dan anak dia ni alah pada Ajinomoto macam tu..
Kadang-kadang tu boleh sampai sakit kepala teruk..

Tapi, aku rasa sebab mak aku duk cerita yang abang aku yang lagi sorang tu bawak dia makan ikan siakap..akak aku pulak bawak makan steak..terus abang aku ni pun nak ajak makan luar jugak...hahaha..

So, petang tu gerak la pergi Klang..aku expect makan kat Jeram, sekali akak ipar aku cakap kita makan nasik arab dekat Seksyen 9..aku apa-apa pun bedal..cuma mak aku je yang susah sikit..tapi dia ok je..


Pergi 2 kereta la kan..aku lead lah sebab diaorang kan jarang makan luar, so jalan tak berapa teror..
Restoran Zam Zam kat Seksyen 9 ni aku memang aku selalu tengok tapi tak pernah la makan..
Fancy restaurant..

Tengok menu memang banyak pilihan..bukan makanan arab je, ada Chinese Style, Melayu Style, English Style jugak..
Tapi kami decided order Set A, harga RM140.00..ada 2 Lamb Mandy, 1 Chicken Mandy, Mix Grilled Lamb and Chicken, salad, fresh orange yang betul-betul sedap..ada lagi kot..tapi aku lupa..sesuai untuk 4-6 persons..tapi macam kami ni 8 orang pun boleh makan..



Nasi mandy dia sedap sangat..kambing pun sedap jugak..semua sedap la..overloaded la dengan kambing malam tu..

Overall, kalau nak buat family gathering memang best la makan dekat sini..environment selesa..ada tempat budak nak main..dan style kat sini pun memang datang ramai-ramai..baru best nak makan..nanti boleh pergi lagi..





Total harga tak tahu la sebab abang aku belanja kan..terima kasih la ye :)

-Malynn-

No comments:

Post a Comment