Followers

Tuesday, February 25, 2014

Branded Person

Aku bukan lah orang yang branded..selalu pakai baju pun paling mahal harga RM60..
Try la cari yang murah lagi dari tu..kadang-kadang dapat lah RM35..
Seluar pun sama..kalau boleh nak harga paling mahal RM50 je..
Jadi, bila aku beli tu aku akan dapat banyak..
Contoh baju harga RM35, beli 3 baru RM100 macam tu..

Macam Abu pulak semua benda nak branded..bagi dia tak branded, tak kualiti..
So dia memang jarang ganti baju ke seluar ke..
Sebab mahal..so pakai lah baju sama sampai koyak..baru berbaloi kan bayar mahal-mahal..

Bagi aku, kadang-kadang branded tak branded tu bukan benda penting..
Yang penting macamana nak menggayakannya..
Kalau kena gaya, barang RM20 pun boleh nampak macam RM200..

Aku tak tahu nak tulis apa sebenarnya ni..aku nak call customer, sorang pun tak jawab..
Jadinya, tulis jelah apa yang aku fikir..

-Malynn-

Omak Den Kahwin Lagi

Since arwah bapak aku meninggal setahun lepas, dah dua kali kot mak aku cerita yang makcik dekat area rumah aku dok suggest kan kepada duda yang sedang mencari pengganti supaya test tanya mak aku..

Lepas tu, hari tu pun opah sedara aku pun sibuk tanya kot mak aku nak kahwin lain..
Kalau nak, dia nak cari..

Ok, fine..bagi aku as anak memang aku marah la..
Aku cakap "geli tau mak..karang ina tonyoh dua-dua sekali baru tau.."
Haha..in a joke la..
Sebab selalu masa belajar, mak bapak aku tak bagi bercinta..kalau gatal jugak diaorang nak tonyoh-tonyoh je..
Aku cakap mak nak kahwin lain boleh tapi make sure dia kaya yang sampai every month tu boleh bagi atleast RM2000 untuk seorang anak..tak kisah la dah kahwin ke belum..
Lepas tu duduk kat rumah lain..jangan duduk rumah sekarang..
Mampu bagi mak maid, bawak jalan-jalan oversea semua la..macam datin-datin tu..

Kalau takat nak kahwin orang tua, yang nanti mak aku jugak yang nak kena jaga dan prepare segala semua tu aku rasa tak payah la..sebab dah timenye untuk dia enjoy hidup dia..

Lagipun so far aku tengok mak aku happy je..nak pergi mana-mana semua dia drive sendiri..hal kebun pun buat sendiri..mak aku independent ok..muda lah lagi..baru 50 lebih..sihat dan cantik jugak..

Tapi, setelah difikir-fikirkan kesian jugak mak aku tu..
Duduk rumah sorang-sorang..tak ada kawan bersembang..meluah hati dan perasaan..
Nak harap anak-anak pun semua busy hal masing-masing..
Hari tu dia demam pun sebab Adam ada kejap, Adam tolong tengok kan Opah dia..
Lepas tu kitaorang dah balik, kesian dia sorang-sorang..demam semua..
nak berkongsi kasih sayang pun tak boleh..
Jadi, aku macam boleh consider la kot..

Aku tanya "mak nak kahwin lagi ke"..
Dia jawab "Tak nak aku"..

Bagi aku kalau dia nak kahwin jugak, aku tak kisah..tapi lepas ni aku dah tak balik kampung dah la kot..hihi
Tak sanggup aku nak terima orang lain kat rumah tu.. :P

-Malynn-

Saturday, February 22, 2014

Adam - Feb 2014




Hai la Adam..

Aku selalu kadang-kadang tu tak ada buat apa dalam kereta sorang-sorang, bila teringat anak aku ni aku akan cakap "Comelnya anak saya"..haha..

Kalau orang lain dengar memang menyampah la kan..ingat dia je ada anak..ingat anak dia je yang comel ke..
Tapi nak buat macamana kan..semua mak bapak pun cakap anak sendiri comel..sanggup ke ko nak cakap anak ko tak comel..mesti tak kan..
Lagipun semua baby pun comel..buat apa pun comel..tumpahkan air pun comel..kentut pun comel tau..

-Malynn-

Friday, February 21, 2014

MyTeksi Apps

Ok, hari ni aku nak review pasal Apps MyTeksi yang boleh didownload ke handphone masing-masing...
Untuk sesiapa yang dah biasa guna, mungkin tak ada problem..
Macam aku yang tak pernah guna, bagi aku apps ni memang sangat efficient..

Aku guna apps masa nak pergi LCCT last week..
Selalu Abu yang hantar..dan sebab nak claim better aku naik teksi je senang..
Tapi aku pun tak tahu contact teksi dekat area rumah aku tu..
Sebelum tu adik aku pernah cakap dia guna apps ni untuk dapatkan teksi..

Jadi, aku pun try la..


Mula-mula kena register sebelum guna..simple registration je..
Lepas dah register, boleh la mention nak ke mana..
Nanti dia akan keluar macam dekat bawah ni..sekali dengan estimated tambang..
senang la nak prepare duit dan bajet..


Once submit booking, nanti dia akan bagi signal untuk pemandu-pemandu teksi yang berada berhampiran..
Nanti dah dapat pemandu yang respond, dia akan bagi details pemandu tu..siap gambar, nama, no.phone, bila teksi akan sampai..


So, tunggu jelah..kalau macam lambat sangat korang boleh call terus teksi tu..
Macam aku hari tu, pemandu teksi tu yang call sebab dia dah terlepas junction rumah aku..dia nak kena pusing balik dekat Putra Height..so lambat sikit sampai..

Aku ok jelah..lepas tu dah sampai, terus la pergi airport..
Dah sampai, bayar..harga memang range yang dia bagi kat apps tadi tu..

So, senang sangat..aku pun dok la promote kat principal aku hari tu..aku suruh dia download..nanti senang lah..tak ada la aku kena ambik hantar dia ke hotel kan..hihi

-Malynn-

Thursday, February 20, 2014

Testimonial Ephyra

Di bawah adalah antara testimonial daripada customer-customer Ephyra yang setia beli daripada aku..
Ada yang dah lama bagi, ada yang baru bagi feedback semalam..
Ni baru sempat nak publish sebab nak kena edit semua..take time sikit..
Anyway, bagi aku ni semua feedback ikhlas ni sebab aku tak ada bagi rewards apa-apa pun untuk testimonial yang diaorang bagi..
Jadi, untuk pertanyaan lanjut dan nak beli Ephyra, boleh contact aku dekat 012-2415823..tq




-Malynn-

Resepi: Cheesekut


Bahan-bahan:
1/2 tin susu pekat manis
1 kotak kecil fresh milk
250g Cream cheese - saya guna brand Tatura
Untuk topping tu suka hati la..nak letak Milo boleh, Oreo boleh..
Macam aku guna Koko Krunch Adam sebab tu je yang ada..aku kisar jadi serbuk..

Yang penting kena ada Cream Cracker..nak sedap guna Hup Seng..
Aku kedekut guna Tesco Brand je..

Langkah Penyediaan:

1) Celup cream cracker dalam susu dan susun dalam bekas..


2) Sebelum tu korang campurkan semua bahan kecuali topping dan mix macam kat bawah ni..


3) Lepas letak biskut, letak la campur cream cheese tadi..


4) Ulang langkah 1 & 3 sampai habis..akhir sekali tabur topping...


5) Simpan dalam peti ais selama 3-4 jam..lagi lama lagi bagus..dan boleh potong dan makan..

-Malynn-


Kegilaan Terbaru

Minggu lepas aku menjadi gila untuk baking..sibuk cari macam-macam resepi kek, last-last guna resepi yang senang jelah..haha

Ok, mula-mula aku buat Red Velvet..ni guna premix la..senang kan..jimat pun jimat..
Aku beli dari customer Ephyra aku..
Ok, siapa yang nak order boleh pergi Mamasara Baking Solution

Aku dah ikut semua instructions dekat situ..tapi end up kek aku rase sedap tapi macam kering sangat..
Maybe oven terlebih panas..tu yang jadi kering..


Resepi creamcheese topping ni memang sedap dan kena dengan tekak aku..

Lepas tu, aku buat pulak chocolate moist cake..ni pun guna premix tapi topping semua buat sendiri la..
Kebetulan birthday adik aku hari Selasa..Ahad tu aku memang nak jumpa dia ambik ikan bilis dan kerisik yang aku mintak dari mak aku..


Ni untuk adik aku..hadiah birthday tak ada la sebab tak mampu..belanja makan Nandos je

Ni untuk officemates

Ni untuk ibu Adam..hari tu dia yang request nak..
Topping cupcake tu aku letak nutella dan creamcheese sebab chocolate topping tak cukup..

Nak jadi kisah sebenarnya aku rajin nak baking ni sebab dah lama tak baking..mixer yang abang aku hadiahkan dulu dah rosak..lepas tu aku pun beli yang baru..pun rosak jugak..sedih tau..
Nanti nak claim warranty..aku beli brand Pensonic..macam tak bagus je..

Dah siap semua kek ni, aku buat Cheesekut pulak..barang semua ada, balance dari yang aku buat kek sebelum ni..just beli cream cracker je..


Ingat nak buat muffin, tapi sebab mixer dah rosak..aku rehat la..
Dan semua hasil-hasil ni semua aku bagi jiran, officemate dan adik aku dan kawan-kawan dia..
Aku suka buat je..makan sikit je..

-Malynn-


Tuesday, February 18, 2014

Seks Punya Hal

Aku rasa dekat Media Sosial banyak iklan pasal produk-produk yang related dengan seks..
Untuk ketat la, untuk montok la..untuk suami berkepit tak payah lepas la..

Geli betul bila aku baca..walaupun aku dah berkahwin, tapi aku rasa hal-hal dalam kain ni masih perlu ditutup dan tak ditayang secara terang-terangan..
Tambah-tambah macam Facebook tu..budak-budak ramai boleh tengok iklan tu..
Budak zaman sekarang ni pun kan suka mencuba..tu yang macam-macam hal boleh jadi tu..

Kadang-kadang sampai aku terfikir, teruk sangat ke masalah seks dikalangan orang Malaysia ni..
Adakah kebanyakan masa yang ada hanya untuk seks..?
Tak ada cara lain ke nak melambangkan kasih sayang..?
Lemah sangat kah suami anda tu..?..
Kalau tak ada seks tu boleh terbalik ke dunia ni..?

Ntah la..aku pun tak tau nak komen macamana..
Produk minuman pun kadang-kadang tu nak jugak diselitkan kebaikannya adalah untuk mengatasi masalah suami isteri..
kesian orang-orang kita ni..

-Malynn-


Sunday, February 16, 2014

Serba Salah

Minggu lepas aku busy sangat dengan satu tender..
So aku balik lambat dan suruh Abu yang pergi ambik Adam..

Tapi bila aku fikir kerja teruk-teruk sampai lewat malam pun bukan dapat duit sekedebuk pun..
Jadinya aku pun balik la dalam pukul 7 lebih macam tu..
Dengan niat, sambung je dekat rumah sebab nak kena monitor satu-satu harga tu boleh berpinar mata..

Bila sampai rumah, aku nampak Adam dah berparut..
Aku tak la marah-marah..sebab kan baru dapat bunga dari Abu..
Jadi, cakap pun kena elok-elok..
Then aku tanya kenapa dengan Adam ni..
Abu cakap jatuh dekat rumah Ibu dia kena bucu kabinet TV..
Akak yang jaga Adam tu suruh Abu cakap kat aku "Sorry la Malin.."
Boleh???..


Geram la jugak aku..yelah tempat kena tu sikit je nak kena mata..
Kalau kena mata macamane..lepas tu tak ada inform aku masa kejadian berlaku...
Adam tak pandai cakap dan explain lagi..so aku tanye dia pun tak guna..
Dia ketawa je..

Dalm hal macam ni aku nak marah-marah pun tak boleh jugak sebab Adam kat rumah akak tu..
Kalau akak tu dah tak suka aku, dia buat apa-apa dekat Adam pun aku tak tahu..
Aku diam tak bising-bising ni bukan sebab aku tak kesian kat anak aku..
Tapi aku tak ada pilihan setakat ni..
Nanti dah ada pilihan lain, aku usahakan lah pindahkan Adam ke tempat lain..

-Malynn-

Pemalas

Saya lah pemalas tu..malas nak buat apa..sebab banyak kerja lain nak kena settle..
Nanti jelah update blog ni..bukan ada cerita menarik sangat pun..

Apa-apa untuk update terkini, boleh follow instagram saya id: malinamat85
Haha..macam lah artis dan popular..orang tak kisah pun ko update ke tak..


-Malynn-

Thursday, February 6, 2014

Masalah Rumah Tangga

Zaman sekarang semua DUIT..
Nak itu Duit..nak ini Duit..
Lepas tu suami isteri kebanyakannya pun memang berkerja untuk menampung keperluan seisi keluarga..
Dah tak ada dah istilah suami tanggung keluarga sorang..now suami dan isteri kena tanggung keluarga sama-sama..
Sorang bayar ni..sorang bayar tu..

Tapi kadang-kadang ada jugak benda berbangkit bila melibatkan hal duit ni..
Jadi ni panduan untuk suami dan isteri..


Semoga bermanfaat..
Sumber FB FanpageHumaizi

-Malynn-

Braces

Siapa yang pernah jumpa aku depan-depan mesti tahu yang gigi aku ni tak tersusun..
Keluar masuk giginya..
So far, aku ok je..tak malu, still berkeyakinan dengan gigi aku ni..

Tapi sekarang aku ada masalah yang mana bila aku gosok gigi, gusi aku akan berdarah dengan banyaknya..
Sampai penuh mulut dengan darah je..scary tak?
Last week aku pergi scaling gigi..
Dah lama pun tak buat..

Masa dentist tu buat scaling tu, dia pun risau sebab darah banyak sangat keluar..
Dia takut effect dekat aku pulak nanti..
Jadi, dia buat sikit je..dia bagi gel untuk kecutkan gusi so boleh stop bleeding..
Lepas seminggu baru datang balik..

Aku pun tanyalah "kenapa ye doktor..lately ni masa saya berus gigi memang berdarah banyak sangat"..
Dia cakap sebab "plak" dekat gigi tu..gigi aku pun tak tersusun..jadi "plak" senang berkumpul..
Kalau awak pakai braces senang sikit nak jaga gigi..


Tapi bila aku fikir balik nak kena cabut gigi semua tu..terus seram..aku memang penakut bila bab gigi ni..
Tu yang gigi tak cantik tu..
Lagi nanti gigi kan rongak dulu sebelum pakai braces..pastu nanti mula-mula pakai kan kena adjust dulu braces tu dengan mulut..nak cakap pun susah..susah makan tak pe, elok la boleh diet..ni susah nak bercakap..
So, macamana nak pakai..nak jumpa customer nanti macamana..tak kan nak guna hand signage je..
Pasal sakit tu tak pe..aku boleh kuatkan semangat..alang sakit beranak pun aku dah rasa..ni kan pulak setakat sakit cabut gigi kan..hihi

Tapi aku nak gigi cantik...
Dilemma lagi...

-malynn-



Baby & Hidung Tersumbat

Ha..hari ni nak cerita pasal satu produk yang bagus punya..
Khas untuk baby & toddler berumur 2 tahun ke bawah..
Sebab sekarang ni baby-baby kan senang je nak sakit...
Demam la..batuk la..selsema la..biasalah, faktor persekitaran dan cuaca kot..

Macam anak saya Adam tu, dia memang lah selalu selsema..
Kadang-kadang tidur malam pun tak lena..
Masuk wad pun dah 2 kali sebab daripada selsema tu dia dapat pneumonia..
Hidung pun macam tersumbat je..dan selalu tidur bunyi nafas kuat..

Selalu orang tua akan cakap sedut je hingus tu guna mulut..
Emmm..dah try buat tapi tak reti..lagipun hygiene issue jugak..
Bukan tak sayang anak ye..kot dalam mulut ko tu banyak kuman, pastu pergi lak sedut hingus anak ko..
Dah transfer pelbagai penyakit pulak..

Then aku beli alat untuk sedut hingus..brand Pigeon..
Aku try lagi..nak putus nafas aku sedut..tapi still tak ada hasil..plus Adam kan tak duduk diam..
Susah la nak buat..

Dan bila dia warded kat DEMC hari tu, nurse kat situ memperkenalkan...

Sterimar Nasal Spray

Bagus sangat..kandungan dia adalah air garam..
Cara pakai, just sembur dekat lubang hidung..
Contoh kalau sembur lubang hidung belah kanan, nanti air and hingus akan keluar sebelah kiri..vice versa..
Tak involve ubat atau apa..
Selalu lepas pakai ni, Adam akan nampak macam lega je sebab hidung dah clear..tidur pun lena..

Sebenarnya, orang dewasa pun boleh pakai Sterimar ni..ikut kesesuaian umur..
Untuk more details boleh pergi website ni: http://www.sterimar.com/en/nasal-family-solutions.php
Boleh tanya dekat farmasi jugak..

-Malynn-

Wednesday, February 5, 2014

Kuranglah Sikit

Aku kan tengah depress sekarang ni..
Semalam aku dapat angpow..company bagi..alhamdulillah. .tak banyak mane pun..boleh lah tambah duit saving Adam..


Lepas tu balik rumah, ada bunga.
Abu belikan..sempena ape?..tak ade ape-ape..saja mengada..anyway thank you lah ye..
Harap balik ni dapat Pandora pulak..haha


So, kurang lah sikit depress nye..

-Malynn-

Tuesday, February 4, 2014

Cara Makan Cupcake

Selalu makan cupcake mesti takut comot kan..tambah-tambah yang banyak sangat cream untuk topping tu..
Jadi ini adalah cara betul untuk makan cupcake..

Step 1: Buka cup cupcake

Step 2: Keluarkan cupcake daripada cup

Step 3: Sebenarnya kena pusingkan bahagian bawah cupcake tu
dan automatik akan dapat satu layer cake

Setp 4: Ambik layer yang terpisah tadi 
dan kapitkan dengan layer satu lagi yang ada topping tu..

Then boleh ngap dan tak comot..

-Malynn-

Depressed

Now aku tengah mentally depressed..
Aku tak happy dengan hidup aku sekarang..either dekat office or rumah..
Aku just rasa nak mengurungkan diri je..
Tak nak ada contact dengan sesiapa..
Maybe aku kena jumpa pakar mental atau motivasi agaknya..

Help me!!!

-Malynn-

Monday, February 3, 2014

2D1N @ Cyberview Resort & Spa - Part 2

Pergi dekat-dekat pun nak ber "part-part" kan..

Hari kedua just bangun tidur, pergi breakfast..
Selection breakfast macam biasa lah kan..nasi lemak, roti, mee, kek, buah etc..
Dah kenyang, jalan-jalan kejap dekat area pool..





Sebenarnya dari bilik nak pergi dekat tempat breakfast ni boleh call shuttle..
Tapi sebab kami ni rajin benar nak berjalan, jadi marilah berjalan menghirup udara pagi..

Balik bilik rehat kejap, tukar baju dan terus mandi pool lagi..

Pukul 11.45am macam tu check out..




Sekian sahaja percutian 2 hari 1 malam di Cyberview Resort & Spa..

Bagi aku best la bercuti dekat sini..tenang, damai..sebab tujuan utama pun nak spend time dengan Adam dan nak bagi dia happy..

-Malynn-

Sunday, February 2, 2014

2D1N @ Cyberview Resort & Spa - Part 1



1/2/2014 hari tu kami pergi holiday..
Mula-mula nak pergi KL tapi rasa macam jauh sangat la KL tu..
Padahal dulu, hari-hari pergi KL pun tak apa..
Nak pergi jauh-jauh memang tak la..dah la aku dengar berita jam sepanjang highway Utara dan Selatan..
Jadi, apa kata kita bercuti dekat-dekat je..
Finally, aku booked dekat Cyberview Resort & Spa..dekat je dengan rumah..tak sampai setengah jam dah sampai..
Bila aku bagitau mak aku, dia pun ketawa..baik tidur dekat rumah je..


Check in adalah pukul 3.00pm...dari rumah kami bergerak pukul 2.30pm macam tu..
Sampai je terus check in..mula-mula tak la excited sangat..


Lepas dapat kunci, terus masuk bilik..terus excited lebih..sebab tengok bilik dia..




Wahhhh..cantik sangat..tengok bilik air dia lagi la cantikkkk sangatttt..
Nanti aku bagi review untuk hotel ni je ye...


Dan nak jadikan cerita, bakul susu Adam tinggal..nak tak nak ke balik rumah balik..
Lagipun ingat nak mandi pool..hari panas pulak..
Jadi, mari balik rumah ambik bakul susu Adam dulu..pergi makan jap..
Pastu masuk bilik balik..

Petang sikit, pergi mandi pool..

Ada 3 level swimming pool dekat Cyberview ni..
1st level untuk kanak-kanak, 2nd level orang dewasa dan 3rd level tak kisah..tapi sesuai untuk kanak-kanak jugak..
Jadinya memang tak crowded la walaupun ramai orang..
Aktiviti kat sini pun memang mandi pool je lah..nak buat benda lain pun boleh tapi tak ada la nak bershopping-shopping..duduk sini lebih kepada nak relaks je..

Dah puas mandi pool, balik bilik mandi dekat bath tub pulak..




Lepas Maghrib baru keluar pergi makan dan jalan-jalan..
Seperti biasa kalau pergi Cyberjaya, mesti makan dekat Saba Restaurant..
Tapi aku rasa dah tak sedap dah macam dulu..


Kemudian kami ke Putrajaya..saja jalan-jalan..
Lepak dekat padang ni..kesian Adam ni, dia nak main dengan budak-budak kat situ tapi mesti la diaorang tak layan kan..so, dia main sorang-sorang je..

Ni dah penat la ni kan..




Dalam pukul 9.30pm balik bilik..Adam pun dah tidur..
Dan dalam sejarah dia tak bangun malam..selalu mesti bangun at least sekali untuk susu..
Aku ni pulak yang terjaga tengok dia, tak nak bangun ke budak ni..

Tilam empuk sangat ye Adam..

-Malynn-