Followers

Monday, March 31, 2014

Free TShirt Ephyra!!!

Hi,

Untuk bulan April ni, aku nak buat promo bagi Ephyra..
Sebab ramai tanya pasal tshirt yang cantik, meh aku nak bagi free..
Tapi ada syarat la ye..hihi

Tshirt ni akan diberikan secara percuma dalam setiap pembelian 2 kotak Ephyra..
Selain itu, seperti biasa free shaker+bag and postage ke seluruh Semenanjung Malaysia..



Offer ni valid sehingga 15 April 2014..

Cepat sebelum terlambat, contact me @ 012-2415823..

Thank You.

-Malynn-

Sunday, March 30, 2014

Relieved


Finally..today is the day..
Rasa relieved sangat..
Jom holiday..

-Malynn-

Thursday, March 27, 2014

Kenapa Ibu???

Pagi tadi, officemate aku masuk office..
Dia tu Chinese la..
Dia membebel sampai berkata, "Kenapa ye semua perempuan kena tanggung?..sakit bersalin kena tanggung, rambut gugur sebab bersalin kena tanggung, kena bagi susu dekat baby, kena bangun malam jaga baby?..kenapa?..malina u all macamana?..dalam Islam macamana?"..

Ha ambik kau dia tanya..dia sebenarnya baru bersalin anak kedua..dia fully breastfeed baby dia..
Dan dia memang jaga baby dia..

Jadi aku pun bagitau..
Dalam Islam, kedudukan Ibu tu sangat tinggi..sampaikan Allah meletakkan syurga seorang anak itu dibawah kaki Ibu..sebab semua kesakitan, kesengsaraan, pengorbanan seorang Ibu itu, Allah angkat darjat seorang Ibu..

Lagi, our Prophet Nabi Muhammad SAW pun pernah cakap perlu utamakan Ibu sampai 3x..baru lah ayah..

Dan kalau masa mengandung tu, Malaikat berselawat kepada Ibu yang mengandung..
Andainya mati ketika bersalin tu, dikirakan sebagai mati syahid yang mana nanti mati, dibalas syurga..

Dia pun jawab, "Ooo..sampai macam tu ye..Islam layan seorang Ibu..tak macam Chinese, semua pun perempuan kena tanggung"..

Ye officemate, tapi jangan lah derhaka pada Ibu tapi jangan pulak lupa pengorbanan Ayah..
Ayah tu ada pulak peranannya..yang lagi berat sebenarnya..tambahan pulak dosa-dosa isteri, anak-anak adlaah tanggungjawab Ayah..

Aku dah macam bertazkirah pulak pada dia..tapi ok lah kan..atleast ade jugak aku berdakwah secara tak langsung..nak harap aku berdakwah betul-betul memang tak la sebab ilmu sendiri pun tak berapa nak pandai..

-Malynn-

Fridge Magnet Collection


Ni collection fridge magnet dekat peti ais dekat rumah aku..
Kebanyakkan kawan-kawan dan abang aku yang bagi..
Beli sendiri pun banyak jugak..
Bahagian atas ni dah penuh dah..tu pun ada yang patah dan jatuh..
Jadi, nak sambung bahagian bawah pulak..
Siapa-siapa yang suka travel tu, kalau nak bagi, best jugak kan :)

-Malynn-

Papa Johns Pizza

Semalam, jumpa Khalida..dia nak bagi souvenir dari Bali and Phuket..
So terus lunch sama-sama..
Kat area office aku ni kedai makan memang banyak tapi banyak Chinese Food and tak tahu status halalnya..
Fast food pun banyak la..

Ada Papa Johns baru bukak..sebenarnya aku tak suka sangat nak pergi sini sebab teringat dulu pernah makan, tapi dia tak ada sos semua..
Jadi, tak pe..why don't kita bagi chance lagi sekali kan..

Kebetulan dia ada buat promotion, beli Medium Pizza 1 dan boleh beli lagi satu Medium Pizza dengan harga 10sen je..
Jadi terus je order 2 pizza and chicken wings 2 ketul..air Lipton Ice Tea..
Konsep kedai yang dekat sini macam Dominos tu..just ada meja 2-3 biji je untuk siapa yang nak makan kat situ..mostly untuk take away..

Sembang-sembang, dia dah hantar pizza..makan time..
Aku tanya ada sos tak tapi dia just bagi macam garlic cheese sos je..
Ok gak rasanya..sebenarnya pizza PapJohn ni memang dah sedap makan macam tu je without sos..

Dan yang best lagi, aku tapau balance pizza tu..pagi ni base dia still lembut dan tak liat..

Jadi, jom lah try..kot kene dengan selera korang pulak kan..



-Malynn-


Keranamu Nachos

Bila nak datang bulan, selalunya roh makan aku bermaharajalela..
Asyik nak makan je..nak makan pulak yang aku tak reti masak..
Kena makan dekat kedai..
Jadinya, hari tu aku nakkkk sangat makan Nachos dekat Chilis..
Teringat rasa dia masa makan dengan Khalida dulu..

Setelah berkira-kira, moh la pergi makan..lagipun weekend lepas pun memang duduk rumah je..
Lagipun nak cari remote control car untuk Adam..



Aku selalu berharap yang Adam akan tidur masa aku makan..so aku boleh makan dengan tenang..tapi selalunya tak pun, dia mesti akan jaga..huhu





Bagus, dia bagi untuk Adam menconteng..tapi tak lama pun bertahan sebab bila nampak sudu garpu, dia lagi suka dari crayon ni..


 Abu order burger..Old Timer Favourite kot namanya..sedap jugak..fries pun sedap..harga lupa..




Dan aku pulak, of coz la order Nanchos with Chicken..harga dalam RM25.00..nampak macam tak kenyang tapi aku berjaya makan separuh je..lebihnya tapau..


Sebab sedap sangat, up 2 gambar..hihi



Happy face for Nachos yang sedap..


Biasalah, baru nak makan, dah budak sebelah saya ni tunjuk-tunjuk ballon la..nak sudu la..nak minum la..
Tak pe lah anak, mama makan mana yang sempat je lah ye..

Untuk Adam aku order Macaroni & Cheese..dah dekat 2 minggu tak nak makan nasik..macaroni banyak pulak makan..

Total order dalam RM70 lebih..sebab Adam dapat makan free..so murah la..thanks Chilis..


-Malynn-

Monday, March 24, 2014

#mh370 dalam kenangan


Tiada kata mampu diucap..
Walau aku tak kenal sesiapa didalam MH370 tu tapi kesannya sangat mendalam kepada aku..
Sedih aku, sedih lagi mereka yang terlibat..
Diharap mereka semua tabah menghadapi dugaan Allah ini..
Semoga Allah permudahkan perjalanan mencari pesawat 777 MH370 itu..
Andai tersadai dilautan dalam, Kau timbulkan lah dia Ya Allah..
Agar dapat disempurnakan jasad mereka andainya masih ada..
Ku doakan roh mereka aman disana andai benar telah tiada..

Untuk mereka yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat ini, kuat kan hati jangan putus asa..
Untuk Dato Seri Hishamuddin, En Jauhari, En Azharuddin, you did a good job..
Setiap kali PC, aku nampak betapa stressnya mereka..betapa tak tahu apa jawapan yang nak diberi sebab semua pun masih samar lagi..
Tapi they did a very good job..mereka tak lari..mereka berdepan dengan masalah..berani tampil menjawab semua soalan..
Walaupun orang pandang hina pada kita, tapi mereka berjaya buat orang hormat pada kita..

Untuk keyboard warriors dan media asing atau tempatan yang asyik mencari salah..
Yang asyik membuat spekulasi, tanpa memikirkan perasaan orang lain..please bear in mind..
Allah tu Maha Adil, mungkin hari ni hari mereka mana tahu esok lusa hari kamu pula..
Jangankan nak menaip, nak membaca pun mungkin kamu tak sanggup..
Yang sibuk membuat fitnah, sibuk mempolitikkan semua perkara..ingat lah..ada hati yang terluka dengan apa yang kamu semua buat tu.. susah nanti nak cari minta maaf balik..

Untuk Kapten Zaharie Ahmad Shah dan Co-Pilot Fariq Abdul Hamid, aku percaya yang anda berdua sudah mencuba sehabis baik untuk semua..kerana anda adalah pemegang amanah untuk keselamatan semua penumpang..tapi apa daya, kadang-kadang takdir Allah itu lagi hebat daripada perancangan manusia..
Mungkin anda hanya mangsa keadaan yang telah diatur oleh pihak tertentu, tetapi aku tahu anda adalah hero yang patut dibanggakan oleh keluarga, anak cucu mu..

#MH370 kini dalam kenangan dan akan menjadi sejarah buat Malaysia dan juga dunia..
Nama yang terlibat akan terpahat sebagai sejarah untuk semua..akan dijadikan cerita sejarah kepada generasi akan datang..
Kerana #MH370 juga, ramai bersatu..ramai kembali kepadaNya yang Esa..ramai yang tersentak dan mula mendekatkan diri kepada Allah SWT..dan mungkin ini juga titik mula untuk pembaharuan dalam pentadbiran negara kita Malaysia..banyak yang perlu diperbaiki..banyak yang perlu diambilkira dan diteliti..

Apa pun, AlFatihah untuk Muslim dan takziah untuk yang lain..


-Malynn-

Friday, March 21, 2014

Tak Susah Gembirakan Saya

Sebenarnya aku ni orang yang "easy to please" ye orang cakap..ke salah ??..haha
Kiranya aku ni senang untuk di "deal" kan..untuk digembirakan..
Benda kecik pun dah boleh buat hati ni berbunga kalau kena tempat dan masanya la..
Sebagai contoh bila kepala aku betul-betul serabut nak fikir macam-macam..
Just belanja aku minum kopi pun dah ok..dan bagi aku makan sedap..tu dah cukup untuk menghilangkan masalah dan bagi aku happy..

Budak yang ambik order ni, muka dia macam Afgan..
terubat hati lara saya bila tengok dia..hahaha

-Malynn-

Thursday, March 20, 2014

'Me' Time

Semalam aku cuti..
Sebab dah tak ada kerja sangat, lepas tu saja nak berehat..
Pagi seperti biasa bersiap, lepas tu hantar Adam dan straight pergi Plaza Masalam..
Plan nak tukar IC..


Aku ingat lambat la proses dia..rupanya cepat sangat..
Tak sampai 15minit dah siap..
Tujuan nak tukar IC ni pun sebab nak pakai alamat dekat sini..
Selama ni pakai alamat kampung..
IC yang lama ni aku buat masa first year dekat UKM kot..ke tak..aku pun lupa dah..


JPN dalam Masalam ni adalah di tingkat 6 ye kawan-kawan..
Sampai je ambik no. nanti dia panggil..
Scan la thumb print tu..kalau nak tukar alamat pun boleh bagitahu masa ni..
Dan disebabkan aku memang ada masalah dengan thumb print aku, selalu tak nak memberikan kerjasama..
Jadinya, IC aku boleh siap paling cepat 3minggu..kalau tak ada masalah, satu hari je dah siap..

Dah settled tu bayar RM10..dan tunggu untuk tangkap gambar..
Kemudian siap..dan boleh balik..

Masa ni awal lagi..baru pukul 9.30am macam tu..
Ingat nak lepak Starbuck tapi tengok environment macam tak best je..pergilah dekat Papparich..
Order White Coffee Iced and Roti Bakar..nyum nyum..sedap..






Lepas tu tengok jam baru pukul 10.00am..
Fikir punya fikir, baik pergi tengok wayang..
Terus drive pergi Jusco Bukit Raja..
So far, dekat sini adalah tempat paling aku suka untuk tengok wayang..tak sesak..

Aku nak tengok cerita 300: The Rise of An Empire kot..sebab dulu masa muda aku tengok yang cerita 300 tu..kiranya ni macam sambung cerita tu la..
Pergi dekat kaunter, beli tiket pukul 12.50pm..
Adik kaunter tu tanya sorang je ke..
Sorang je lah dik..

Awal lagi ni..terus aku keluar pergi Jakel pulak sebab nak beli kain untuk baju melayu Adam..
Ingat nak hantar tempah kat kampung nanti..beli awal-awal..senang..aku punya just beli dah siap je lah kan..

Dah settled dekat Jakel, pergi balik Bukit Raja..tunggu dalam sejam je dan boleh masuk dah..
Aku ingat, aku je pelik pergi tengok wayang sorang-sorang..
Sekali, ramai je yang pergi tengok wayang sorang-sorang..haha..
Mostly umur macam aku la..dah tu tengok waktu orang pergi kerja kan..
So, ni lah masa orang lone ranger macam aku ni tengok wayang sorang-sorang..
Tak pelik pun..

Cerita ni dalam 2 jam jugak la..biasa je..tak ada lah boombastik sangat macam yang 300 dulu tu..

Lepas tu balik rumah..
Sesekali seronok jugak buat macam ni..release tension jap kan..

-Malynn-

Nasik Lemak Pak Ayub, Seksyen 20

Kami ni jarang keluar breakfast..sebab kadang-kadang bangun lambat..
Kadang-kadang aku yang malas sebab nanti nak basuh kain la..nak mop rumah la..banyak kerja nak buat kan..
Nanti kalau keluar, semua benda pending..
Tapi sekali-sekala tu keluar jugak la..saja bawak Adam jalan-jalan sekali..

Last week pergi breakfast Nasik Lemak Pak Ayub yang famous tu..
Selalu aku tapau dekat gerai dia je..ni alang-alang, pergi je kedai dia terus..
Nasib jugak dia ada jual roti canai sekali..
Jadi, order nasik lemak lauk paru dan lauk rendang ayam..satu roti canai untuk Adam..
Banyak jugak dia makan..

Seperti biasa, gambar yang mana ada jelah sebab aku tak cukup tangan nak tangkap gambar, nak makan, nak suap Adam dan nak control dia..




Nasik lemak kat sini sedap tapi tak tahu la apa yang penyebab sedap sangat tu..maybe sebab aroma nasik tu..
Harga ok la..ikut jenis lauk yang korang ambik..

-Malynn-

Tuesday, March 18, 2014

Monday, March 17, 2014

TGI 1st Timer


Ini cerita awal bulan March hari tu..
Sebenarnya dah lama dah plan dengan adik aku yang kitaorang nak makan dekat TGI..
Dua-dua orang tak pernah makan dekat sini..
Kesian kan..hahaha

Kebetulan adik aku baru dapat duit banyak, dia cakap jom makan, dia belanja..
Tapi macam kesian pulak, biarlah aku tambah sikit..lagipun nak ajak abang aku satu family dan aku pun nak bawak family..
Jadi, estimated cost dalam RM400..half-half la..
Kebetulan pun birthday abang aku 6/3/2014..marilah kita celebrate sekali..

Sebenarnya la kan, family aku ni duduk dekat-dekat je..
Semua adik beradik area sini je..Klang, Subang, USJ, Saujana Putra, Bangi..
Cuma yang sulung dekat Ipoh..
Kalau lah kata nak berjumpa tu memang tak ada masalah la kan..
Tapi sebab semua pun busy dengan hal masing-masing, maka nak berjumpa tu hanya pada hari raya kalau buat Open House, atau time parents aku datang KL..
Semata-mata nak bergather memang tak la..
Aku selalu berharap family aku macam family Maria Elena atau Anak Cucu Tok Harun tu..
Seronok kan..close dan sporting sangat..
Tapi as usual, lain orang lain cara nya..



Baru bangun tidur dan pemalu dengan orang..

Eh, melalut pulak..
So, jumpa la dekat TGI Alamanda..
Senang,tengah-tengah..tak jauh dari rumah masing-masing..

Dah sampai tu..order la masing-masing..untuk 1st timer macam aku ni, aku order je apa yang nampak macam sedap..



Total harga semua adalah murah compared dengan yang expected..
Jadi, adik aku cakap biar dia bayar semua..
Terima kasih daun keladi la ye..nanti kaya, belanja lah lagi..

Untuk abang aku tu, Happy Birthday!




-Malynn-

Korean BBQ, Skypark One City


Ni cerita Jumaat lepas..
Dah berjanji dekat 2 minggu kot nak berjumpa dengan rakan sekerja di tempat kerja lama..
Semua pun busy memanjang..ada masa, meh jumpa kejap..
Sebenarnya nak pass hadiah untuk baby Farah, Adam Furqan..
Dan kebetulan, 15/3/2014 tu birthday Khalida..
2 in 1..boleh celebrate sekali..


Aku ada hal dekat Puchong pagi tu..so dari Puchong terus je pergi One City..awal jugak la aku sampai..
Dan Farah pun dah text cakap nak surprisekan Khalida..
Siap-siap beli kek dekat Secret Recipe dan pakat dengan orang dekat Korean BBQ tu..

Sebab diaorang lambat lagi sampai, aku pun mengkaji menu yang ada sampai khatam..


Ada macam-macam range makanan..sampai pelik pulak kat mana yang koreannya kan..






Gambar dalam menu memang nampak sedap sangat..kira macam berbaloi lah dengan harga..
Tapi bila sampai, bak kata Khalida " Macam nasik goreng cina je"..
Tak sama langsung..rasa pun biasa je lah..
Ok lah kan..

Dan untuk Khalida, happy birthday..semoga berjaya dunia akhirat dan ditambahkan rezeki tahun ini..
Walaupun surprise tak berapa nak menjadi..terima kasih jugak orang yang kerja kat kedai itu..



-Malynn-