Followers

Saturday, May 10, 2014

Ephyra Harga Runtuh!!!

Hi,

Sempena saya duduk rumah tak buat apa ni, saya nak buat promotion untuk Ephyra..
Lepas ni saya dah start kerja baru, takut tak menumpukan sangat dengan Ephyra ni dah..
Jadi, meh nak buat SALES GILER-GILER..tapi ada syarat la ye..

Syaratnya:
1) Harga untuk Ephyra sahaja..Shaker & bag tak ada ye..
2) Delivery hanya menggunakan Poslaju..tak ada COD..
3) Tak ada free gift..
4) Valid untuk 24 kotak sahaja..
5) Promotion sampai Ahad ni 11/5/2014 sahaja..kalau tak gaji lagi, boleh book dulu..no problem..

Harga boleh PM saya di 012-2415823

-Malynn-

Thursday, May 8, 2014

Kerja Dari Rumah

Bila dah biasa kerja ni kan, boring jugak duduk rumah tak buat apa..
mula-mula tu rajin jugak la..mop rumah 2x..masak..basuh kain..
tapi ni dah malas..
aku sanggup la baring atas katil..tak buat apa..
nak tidur pun tak boleh sebab tak biasa tidur siang..selalu kat office kan..

Ni abang aku ada suruh buat kerja dia sikit..
Aku buat kat rumah jelah..tapi tak focus langsung..
Kejap tengok online shop..kejap baca gossip..
Kejap lagi rasa nak makan lah..nak masak la..nak sapu sampah la..

So moral of the story, aku adalah tak layak nak kerja dari rumah..
apa-apa kerja penting, silalah bagi aku workspace yang proper..then aku boleh focus..

-Malynn-

Pegangan

Dalam hidup ni ada macam-macam dugaan dan cabaran kan..
Tapi orang selalu cakap Allah tak akan bagi dugaan yabg kita tak mampu nak hadapi..

Sebenarnya, masa aku nak berhenti kerja ni aku dah plan nak stay or bercuti dulu sebelum start kerja baru..maksudnya aku menganggur la dulu..aku dah malas nak fikir pasal duit..
Terkejar sana sini..stress sebab duit semua..
Jadi, aku nak rehat dan refresh..baru semangat nak start kerja baru..

Lepas tu ex-officemate aku ni risau giler pasal aku tak kerja ni..dia cakap cukup ke..jangan risau..Allah akan bagi jalannya..

Sebelum ni pun ex-officemate aku nak tukar kereta..so dia beli honda city baru tu..tapi asyik la risau yang dia tak mampu nak bayar..aku pun cakap " dun worry yan yan..tuhan bagi u kereta tu sebab Dia tahu u mampu nak bayar..if not mesti loan u tak lulus punya"..Tuhan knows what will happen in the future kan..

Macam aku pun, sebelum berhenti dapat gak la lebih sikit bos aku bagi..cukup untuk cover rumah next month. .Abu pun ade dapat lebih sebab outstation hari tu..insyaAllah cukup untuk cover nect month expenses. .

Contoh lagi kadang-kadang orang risau anak ramai..takut tak cukup duit semua. .takkk..
Jangan risau..mesti cukup punya dan Allah akan bagi jalannya..

Aku nak taip banyak tapi guna phone ni susah..to make it short.. ALLAH dah plan best untuk kita sebenarnye. .cuma cepat atau lambat je untuk kita sedar benda tu..dan dalam hal rezeki ni insyaAllah apa yang kita ada sekarang ni adalah yang kita mampu untuk ada..kalau tak mampu, mesti banyak halangan nak mendapatkannya..kalau macam aku nak beli BMW, mesti tak lepas loan sebab confirm tak mampu nak bayar..pastu stress nak cari duit..

-Malynn -

Overprotected Mother

Aku plan tahun depan nak hantar Adam masuk nursery sebab dia sekarang dah stage belajar bercakap, tiru orang buat apa..maksudnya dah dalam learning process yang boleh serap ke otak dan practice kan..

Jadi, aku rasa dah molek benar lah dia pergi school..
Tapi masalahnya sekarang, area rumah aku tak ada Playschool..semua macam nursery biasa..
Kalau nak hantar Little Caliph or DZUL Iman or SMART READER, semua tu hanya untuk 4 tahun ke atas..
Adam tak sesuai lagi nak hantar..


Lagi satu Adam ni manja dan pemalu ya amat..
Tahap malu dia tu sampai meniarap atas jalan raya..tu dengan daddy sebelah rumah ni ha..
Kalau dengan orang tak kenal lagi la..muka tu nyorok je..tak nak pandang langsung..
Jadi, aku rasa tahap Adam nak mix around dengan orang adalah susah..

Hari tu aku bawak dia pergi main dekat playground..ramai la budak-budak main..
ada budak besar tu lari-lari dan nyaris nak langgar Adam..aku punya jerit, tak tahu lah nak cakap macamana kan..haha
lepas tu masa Adam nak panjat, ada budak tu pun sibuk nak panjat jugak..dia tolak-tolak je Adam..
dan Adam tak melawan lah..sebab dia takut..
Aku pun sound kat budak tu "kan tadi tak main kat sini, kenapa tiba-tiba nak main kat sini pulak".. :p

Tu yang aku takut tu..nanti dia pergi school, orang buli dia macamana..
Siapa nak back up dia..tapi kalau tak pergi school macamana nak pandai..
Adoii la anak, mama sayang awak sangat..tapi kalau tak hantar awak tengok dunia luar, macamana awak nak tahu dugaan dan cabaran dunia luar tu kan..


Kawan baik ni

-Malynn-

Farewell Lunch

yeah..finally aku dah resigned..
Last day aku adalah pada 24/4/2014..finally kan..
Aku cakap nak berhenti ni dah lama dah kot..offer ada tapi masa, tempat, keadaan tak sesuai kot..
Atau dalam kata lainnya bukan rezeki aku kat situ..
dan alhamdulillah, offer yang aku dapat sekarang ni much better daripada tempat lama..
Aku pun dah malas nak bising-bising pasal company lama tu..

Seperti biasa sebelum berhenti, mestilah kena ada farewell kan..
Dan bos aku pun memang tak ada lah nak buat farewell tu..kebetulan officemate aku pun resign jugak..
Tapi last day dia 25/4/2014..so, celebrate sekali la..
Yang join pun, kita-kita aje..4 orang..

Mula-mula nak makan dekat Kulcats..dah lama nak try..tapi tak ada member..
now aku tengah menganggur ni dan tak ada buat apa, siapa nak pergi Kulcats boleh lah ajak aku sebab aku nak sangat try makan kat situ..
oh, di hari kejadian tu, banyak sangat halnya terus tukar makan dekat Serai je kat Empire..


Anyway, thanks to Ms Wong sebab belanja farewell ni..
Company tak ada lah teruk sangat dan tak ada lah manis sangat..adat lah bekerja..
Mana-mana pergi pun sama je sebenarnya..perangai orang pun lebih kurang sama jugak..
Jadi, tak ada pesanan pun aku nak tinggalkan untuk company lama ni..cuma terima kasih jelah untuk gaji, comission, experiences dan apa-apa yang aku dapat kat situ..

-Malynn-