Followers

Thursday, June 21, 2012

Sudah sampai masa kah?

Semalam pergi check up..since sebelum tu baby kurang gerak doktor suruh pergi scan dan buat CTG sekali.. Alhamdulillah, baby ok tapi dia cakap "eh, awak dah ada construction ni".. Memang few days ni aku sakit2 belakang..especially bile driving..memang sakit.. So, just wait and see jelah..now dah 37minggu lebih..tak mustahil kalo terdeliver awal kan.. Malynn:)

Thursday, June 14, 2012

Part Time Maid

Lately ni aku dah tak larat sangat rasa..kaki pun dah start bengkak kalo berdiri, duduk lama-lama..dekat pinggang pun dah start sakit-sakit..dah tak selesa sangat rasa.. Tapi problem aku lak, aku tak boleh tengok rumah sepah2..toilet kotor semua..jadi nak tak nak aku akan buat jugak la kerja2 rumah ni..tambah2 kalau lantai dah melekit semua.. Jadinya, aku tengah cari part time maid sekarang ni..rumah aku kecik je pun..dalam 2jam boleh siap kemasnya..tapi aku tak jumps lagi orang yang aku percaya untuk ambik service ni..yelah, takut gak ajak orang tak kenal datang rumah dan masuk semua parts dalam rumah kan.. Sesiapa yang pernah atau sedang gunakan service ni..boleh suggest ok..thanks.. malynn:)

Monday, June 11, 2012

Happy Birthday

Dear You..

Happy Birthday..

May Allah bless you always..you will always be in my heart..

Malynn:)

Thursday, June 7, 2012

Wednesday, June 6, 2012

It's My Birthday - 6/6/2012

Semalam birthday aku yang ke -27..huhu..agak tua..abang aku cakap kalau aku still tak kahwin lagi, meaning aku dah jadi andartu..hahaha..zaman sekarang mana ada andartu dah..semua wanita berkerjaya je walaupun dah 35 tahun..orang dah tak kisah..=p

Banyak benda aku nak kena buat hari ni..jadinya aku tak la fokus untuk birthday aku pun..tapi aku memang dah apply cuti..En Suami pun cuti..
Kalau tahun lepas dia tak celebrate pun birthday aku sebab dia bukan jenis romantik atau pun tahu nak celebrate-celebrate special day ni..dan sebenarnya dia tak wish pun birthday aku walaupun aku ada depan mata dia the day before birthday aku tu, dan ex aku yang kat India lak dah call awal-awal wish birthday kat aku..mengamuk sakan la aku tahun lepas..

Tahun ni dia tebus balik by 12am, dia dah wish birthday aku..tapi aku tak feel apa-apa pun sebab dalam mind aku memang aku tak harap apa-apa wish dari dia..cuma aku harap lebih dari kawan-kawan aku..especially dari Facebook kan..and kepala aku banyak fikir sebenarnya pun..plus gaji aku kena tolak dekat 1000 siang tu sebab loan rumah automatik deduct dari saving account aku without inform me earlier..so, harapan nak sambut birthday terus punah bila tengok duit dah hilang macam tu..

Ok, pagi bangun awal sebab nak pergi check up dekat PPUM..habis check up dekat pukul 11.30am..pergi makan jap, lite lunch dan pergi RHB dekat IOI Puchong untuk settle kan pasal payment rumah ni..
Dah settle dekat situ, baru pergi Damansara lak untuk jumpa lawyer dan settle kan balance payment apa yang patut..aku memang kalau boleh nak settle before aku deliver..

Eh, masa jumpa doktor tadi..aku masuk-masuk dia wish "Happy Birthday, u should celebrate your birthday right?".."should doctor, but baby first"..orang bank pun wish birthday kat aku..hahaha..

Dekat office lawyer tu pulak aku dah spend RM4K untuk payment-payment tu..jadinya..bayangkanlah, 1000 dah tolak semalam..hari ni 4000 lak..apa perasaan..nak beli handbag Coach tak dapat..kalau tak, dapat gak la 2-3 handbag Coach..nak downpayment kereta pun tak dapat..sebab aku nak dua benda ni untuk birthday aku kali ni..(mood nangis)..hukhuk

So, worst ever birthday that i had this year..

Lepas tu..kitaorang pergi Sunway Pyramid..just makan-makan dekat Nandos untuk celebrate le kekononnya..

Busy replying birthday message tapi Maxis barred line aku
dan selamba charge aku sampai 200 lebih..
padahal aku tak guna pun dan aku surf internet guna Unifi dekat rumah aku..
bukan guna Maxis 3G..geram betul aku..memang nak kena terminate






Semua ni fake smiles aku..aku tak boleh nak senyum pun
dengan semua masalah yang aku dapat hari ni..
Oh, mesin basuh aku pun dah rosak..

Dah makan-makan..ingat nak tengok wayang tapi budak sekolah ramai sangat sebab diaorang kan tengah cuti sekarang..so, aku malas nak bersesak dengan diaorang..yang aku tak tahan adalah tengok fesyen-fesyen yang diaorang pakai..semua la tudung belit-belit..skirt pendek panjang..tak larat nak tengok..
Aku cakap jom balik..
Sebelum balik, En Suami ajak beli kek..dan memang tak ada hadiah pun untuk aku..besides this makan-makan..dah la, tu je birthday aku tahun ni..tak ada yang best pun macam orang-orang lain yang dapat hadiah macam-macam..bunga la..apa la..
However, aku nak terima kasih banyak-banyak untuk semua kawan-kawan yang wish birthday aku semalam dan En Suami yang belanja makan..really apprecited it..thanks ^_^

Malynn:)