Followers

Monday, September 30, 2013

YES!!! Ephyra Murah

Sempena nak masuk bulan Oktober lagi beberapa hari lagi ni..aku nak melancarkan YES untuk Ephyra..
YES = Year End Sale la ye..
Offer bermula dari 1hb Oktober hingga 31hb Disember 2013..

Walaupun semua harga barang naik tapi aku rasa nak bagi murah pulak Ephyra ni..
Salah satu sebab aku nak mengadakan YES ni adalah bulan Oktober, anniversary aku dengan En. Abu yang kedua..saja nak share dengan korang jugak..hahaha
Lagipun akhir tahun kan selalu ada sales..siapa nak buat stock untuk tahun depan pun boleh kan..

Lepas tu ramai nak try Ephyra tapi sebab harga mahal sikit walaupun berbaloi dengan benefits yang korang akan dapat bila consume Ephyra ni..aku nak fair and square dengan customer-customer aku..
Jadi meh la kita cantik sama-sama dengan harga murah..so share benefits together and insyaAllah will be happy together too..

Apa lah aku merepek ni kan..
Tak nak banyak cerita lah..siapa nak harga murah cepat order ye sebelum terlambat..

Actually semua pasal Ephyra aku ada buat label dekat sidebar belah kanan blog ni..
Jadi apa-apa promo ke apa ke yang aku update kat blog ni boleh refer dekat situ..

Anything boleh lah contact me at 012-2415823..please be informed also, my WhatApps only available after 6pm during weekdays because i'm not active during office hours..Thank you semua!!!


-Malynn-

Adam Hai Adam

Dah masuk Oktober dah..cepat betul masa berlalu kan..
Sedar-sedar nanti dah tua..


Saja nak update pasal Adam..Ahad ni Adam akan berumur 1 tahun 3 bulan..
Dah macam-macam keletah nya..
Dan aku rasa stage ni adalah stage yang best bersama anak..
Nak bergurau..kiss kiss hug hug..sebab nanti dah 4 tahun dia mesti tak nak dah diperlakukan sebegitu..hihi

Now aku risau pasal Adam ni ialah dia dah faham apa kitaorang cakap dan suka tiru apa yang orang sekeliling di buat..

Contoh kalau nak naik tangga kat rumah tu memang ada safety gate..
Dan selalu lepas bukak safety gate tu, aku akan tutup dengan lock sekali..
Hari tu tak tutup gate tu..dan dia pun naik..then dia tekan tempat lock tu..baru dia naik atas..
Every time kalau dia naik tangga tu dan buat benda yang sama..
Kira ok lah kan..

Kalau aku suruh ambil barang ke apa ke..buang sampah kat mana ke..pakai kasut..
Dia follow sebab dah faham kot..

Yang menjadi kerisauan aku adalah kalau dia terdengar words yang tak elok dan dia follow..
Atau perangai ntah apa-apa pun dia follow..acener?..
Ni dia ada buat perangai yang macam merangkak tu tapi angkat kaki sebelah..
Lama pulak tu dia stay macam tu..adoiii..mula-mula aku ketawa la tapi asyik buat benda sama je geram pulak aku tengok..

Lepas ni tak tahu la perangai apa lagi yang dia buat..dan aku pun insaf nak jadi baik..tak nak marah-marah semua sebab takut nanti dia tiru..tapi kalau aku tak buat, mungkin kat rumah Ibu dia ada buat benda-benda macam ni dan dia tiru..aku tak tahu nak salah kan siapa..aku just fikir ini adalah proses pembesaran dia jelah..

-Malynn-

Thursday, September 26, 2013

Rezeki, Nasib, Takdir Orang Lain-Lain

Isu yang aku nak tulis ni dah banyak kali pun aku tulis dekat sini..
Tapi still nak tulis jugak..hahaha

Semalam coursemate aku masa UKM tulis status ni dekat FB dia..


Dan comments mesti lah pelbagai..


Dari perspektif ibu bekerja sendiri, ini lah ayat yang tersimpan dalam hati kami sebenarnya..


*Sorry..aku tak elaborate pasal isu kerja tak kerja dan hal jaga anak semua ni.. sebab aku rasa ayat diatas dah menerangkan segalanya..

Ada jugak aku nampak kat FB yang up status rezeki orang lain-lain..
Kalau tak dapat anak tapi dapat mentua, husband yang baik..
Kalau rumah kecik tapi boleh makan cukup dan tak risau orang pecah masuk..
Macam tu lah..aku cari tak jumpa pulak..

Dalam 2-3 tahun ni hidup aku agak suffer jugak..tapi tak sampai melarat..
Still cukup makan..boleh beli barang keperluan tapi tak boleh lah nak jalan, travel oversea..ahaks..
Just biasa-biasa je..orang kata sebab nak mula hidup..
Dan normally lepas berkahwin it will takes about 4-5years untuk hidup stabil..
Which I think it is true..

Macam coursemate aku tu untung..boleh berhenti kerja, jaga anak sepenuhnya..
Dan dapat husband yang mampu..mampu disini bermaksud dapat bagi nafkah secukupnya..dapat bercuti ke hotel 5 star sebulan sekali..dapat pakai barang branded and so on..
Alhamdulillah..seronok tengok orang hidup senang kan..

Macam aku, tak payah ambil contoh lain kan..
Masing-masing husband and wife kerja..tapi tu pun still kena pandai menguruskan kewangan..
Tak boleh boros sangat..tak boleh nak beli barang yang bukan keperluan..
Dan sebab duit ni jugak hidup aku jadi negative 2-3 tahun ni..sebab stress..

Tapi hari tu aku rasa happy je dan tak stress dah sebab sekarang aku dah banyak wang..marilah jadi downline saya..hahaha

Tak la..sebab aku dah berfikir secara positif yang hidup kita..nasib dan takdir kita ni lain-lain..
Dan bila difikirkan balik, semuanya equal..cuba jalan ceritanya je berbeza..Allah tu kan Maha Adil..

Contoh la kan..korang pakai kereta tempatan..tetiba jiran korang pakai kereta buatan Jepun..tukar perabot mahal-mahal..mesti korang jealous kan..ke aku je yang jealous???..
Tapi aku cakap memang dia mampu beli itu semua tapi diaorang tak ada anak yang comel macam Adam..
Balik-balik asyik pinjam Adam..see..equal kan..

Lepas tu orang tu beli handbag RM2000..kita pun teringin nak jugak handbag tu..tapi kita hanya ada duit cukup-cukup je..kalau beli nanti tak boleh beli mainan anak..anak sakit tak ada duit bawak pergi klinik..dan tetiba orang pakai handbag mahal tadi tu kena ragut sebab dah kena aim bila pakai handbag mahal mesti banyak wang kan..

Part husband and wife ni pulak..kadang-kadang kita tengok status FB orang cakap husband dia hantar pergi kerja..bagi bunga..beli gelang Pandora..terus rasa kenapa husband kita tak beli kan kita benda tu jugak..
Balik rumah pun merempan-rempan marah dan stress sebab tak puas hati kat husband sendiri..padahal husband kita tu tak tahu pun apa sebab kita buat perangai macam tu..memang nafsu kita ni macam-macam nak..sampai benda tak perlu pun nak sebab orang lain ada..jadi, kita sebagai manusia ni kena lah berfikir secara positif..dah husband orang tu doktor..husband ko tu technician je..dah tentu dia tak mampu bagi semua tu..tapi husband ko tu baik kat lain sebab breakfast tak buat pun tak apa..malas masak, makan luar..tak nak kemas rumah pun tak apa..ko nak balik rumah mak ko pun pergi la..see..still equal.
Karang dapat husband king control..kena ikut cakap dia je kan susah..

Kesimpulannya, nasib kita ni lain-lain tapi kalau dah susah tu jangan lah duduk sahaja..berusahalah..insyaAllah hidup akan jadi lebih baik..dan jadi lupa jadilah seorang yang positif..sesekali boleh lah nak mencarut, marah semua..tapi jangan selalu..korang akan nampak kesannya dalam hidup korang kalau korang amalkan pemikiran positif ni..takdir Allah itu pasti..kita sebagai hambaNya kena lah redha..barulah hidup pun happy..

-Malynn-

Sunday, September 22, 2013

Perkahwinan Idaman

Sabtu lepas pergi wedding adik kakak ipar aku dekat KL..
Tempat wedding tu di Dealova Place ..
Cantik, cozy..siapa yang nak kahwin boleh lah buat dekat sini..harga aku tengok pun reasonable..
Aku nak buat, tak boleh pulak..hahaha

Ok, memandangkan di majlis ni adik beradik aku yang lain pun datang..
Jadinya dah jadi family gathering jugak la walaupun di majlis orang..
Dan disebabkan tempat majlis ni adalah banglo yang besar, jadi diaorang pun macam ok je kami satu family ni duduk lama-lama dalam banglo tu..
Sebelum gerak meh kita camwhore dulu sebab semua perasan cantik..

Pelamin dalam banglo..teringin nak kahwin macam ni..

Tapi sebab dah kahwin, meh kita tumpang tangkap gambar..
Nak duduk atas pelamin tu tak boleh sebab pengantin tak rasmi lagi..

Eh-eh..adik sorang ni pun sibuk je nak tangkap gambar dengan kakak cantik..


Adik pergi duduk dekat abang ni lah ye..

Ni antara family saya..
Yang budak pakai baju pink tu anak sedara abang saya
tapi bukan anak sedara belah saya..belah kakak ipar saya..

Gorgeous tak mak saya..
Memang plan pun pakai baju color hijau supaya sedondon..

Saya di pelamin orang..tak dapat kahwin kat sini pun tak pe lah..
Dapat bergambar pun dah ok..

Last but not least..gambar adik beradik..
Macam gemuk pulak saya di situ sebab saya pakai jubah..
tak kan nak fit pulak kan..(alasan)

-Malynn-

Thursday, September 19, 2013

Saat Yang Dirindui

Tak tahu nak update apa..
Meh update benda dulu-dulu..

Sebenarnya aku rasa hidup aku bosan je..nothing interesting..
Nak buat yang interesting pun kena fikir panjang dan kena consider banyak benda..
Contoh aku nak buat water rafting..dulu aku pernah buat masa dekat company lama..
Dan seronok..walaupun tak reti berenang tapi benda ni best..dan tak reti berenang pun tak pe..
Life jacket ada..
Aku suka buat aktiviti adventure ni tapi tulah..karang apa-apa jadi pada aku..kesian kat Adam..
Nanti orang tanya "mak mana?"..dia jawab "mak tak ada sebab lemas masa buat water rafting"..

Bagi aku masa yang paling aku rindu sepanjang 28tahun hidup ni ialah masa dekat matriks..
Best sangat..kawan best..makan sedap..pengetua sporting..semua seronok lah..
Masa kat matriks ni lah most of kami-kami ni gemuk..haha
Sebab bila weekend je, pergi dewan makan pergi ambik kuih banyak-banyak..
Konon nak cover orang yang balik kampung..jadi kami akan cakap "aku makankan untuk si polan ni"..
Buat lah sampai 2-3x..

Lepas tu kalau nak pergi mana-mana pun semua jalan kaki..tabahkan masa tu..

Lagi waktu yang aku rindu masa tahun 2009-2010..masa dekat Fisher..
Dulu masa mula-mula masuk company ni, senior-senior semua ignored aku..tak nak kawan aku..
I'm lonely ok..tapi fikir kan nak cari duit aku tahan kan je..

Dalam 2009 kot baru aku baik dengan budak-budak department aku..
Dan most of kami ni lebih kurang sebaya, jadinya semua boleh masuk lah..
Selalu je keluar sama-sama..pergi bercuti..pergi karaoke..
Now dah tak ada sebab masing-masing ramai dah resign dan ada komitmen dengan family masing-masing..

Masa aku tak suka adalah masa dekat MRSM dulu..
Aku pun tak ada kenangan manis pun masa kat MRSM dulu..
Nak join apa-apa aktiviti pun macam kena jadi famous baru orang nak layan..
Kalau takat budak biasa-biasa ni, baik belajar je..habis exam dan cuti balik rumah..

Kalau dekat U dulu pun biasa je..
University Life..tak ada menarik sangat..
Lagipun dulu aku ada boyfriend..kalau boring-boring keluar dating jelah..
Nak keluar pergi mana-mana pun semua naik komuter..
Motor bapak aku bagi beli masa tahun akhir..
So tak de lah merayap ke mana pun..
Hanya untuk pergi balik kelas..tu je..

Ok lah..nak pergi buat kerja..kalau ada gambar lama-lama best jugak kan upload dekat sini..

-Malynn-

Monday, September 16, 2013

Saya Pregnant Lagi???!!!

2-3 hari sebelum ni aku cakap dekat Abu..

"Ayah, mama ni pregnant ni..cuba tengok perut ni..buncit semacam je..pastu teringin nak makan roti canai garing-garing dengan teh ais..esok kita pergi ye.."

Nilah roti canai idaman hati tu

Sekali masa dekat rumah Ahad hari tu, akak office lama aku whatapps aku tanya aku pregnant ke?..hahaha
Aku tanya lah kenapa dan apa tanda-tanda aku pregnant tu..
Dia cakap aku asyik upload gambar makanan je kat FB..
Hahahaha..nak pecah perut aku ketawa..
Aku cakap mana ada la aku pregnant..tengah period pun ni..

Aku memang macam ni..kalau nak datang bulan tu, selera aku lain macam sikit..
Selagi tak dapat makan tu, selagi tulah aku cari..

Contohnya Ayam Penyet ni..aku sanggup je pergi makan sorang-sorang..biarlah orang cakap aku ni lone ranger ke apa..janji dapat makan..


Lagi..teringin nak makan Pavlova dekat Serai..yang ni Serai Paradigm Mall..
Ok lak rasa nya..tak manis macam dekat Empire dulu..


Dan nak makan nasik Serai Platter ni..
Bagi aku makanan dekat Serai ni memang best..


Ni dah datang bulan, rasa malas nak makan apa-apa..
Kesian kat aku..upload gambar makanan pun orang cakap pregnant..

-Malynn-


Family Time

Malas nya nak update blog..

Weekend lepas, family Abu ada buat family gathering dekat Port Dickson (PD)..

Book dekat Best Western Prima Inland yang dulunya Tiara Beach Resort..
Style apartment..ada 2 bilik, hall, meja makan..dan small kitchen..ambil 2 apartment la sebab ramai..

Kitaorang sampai pun dah petang..adik Abu ikut kereta kitaorang..

Terus masuk bilik..cadangnya nak buat BBQ tapi dah habis ronda tak jumpa tempat yang boleh buat BBQ..
Last-last BBQ dekat bilik je..

Aku tak buat apa pun..semua diaorang settled kan..

Petang tu stop dekat Pantai Sri Purnama sebab nak mandi laut..
Aku memang tak turun la..malas nak basah-basah..
Ni first time Adam jumpa pantai dan laut..
Ingat dia takut tapi dia over suka pulak..selamba je pergi dekat laut tu..
Pantai tu ok lah..bersih..ombak tak kuat..tak ramai orang macam Teluk Kemang..



Esoknya pulak, check out pukul 12pm dan aku ingat nak balik terus..rupanya diaorang nak berjalan dekat pantai lagi..pagi tu semua dah pergi theme park dekat hotel tu..tapi tak join la sebab tiket limited..

Balik tu, pergi dekat area Avillion..kat sini pun ok tapi tengahari rembang macam tu baik aku duduk dalam kereta je..hahaha..
Kesian kan Adam, bawak la jugak dia pergi pantai..tapi tak mandi lah..



Balik je terus aku masak untuk dinner sebab mak pak mentua tidur rumah aku malam tu..

Ahad pagi, masak breakfast dan hantar dorang pergi Klang..tapi tiket bas habis..
Pergi lah Kuala Selangor..alang-alang dah sampai tu..terus lah ke Bukit Melawati..
Tiket harga RM5.00..naik tram untuk ke atas tu..boleh jugak pergi ke Taman Alam dan Taman Ikan Air Tawar dengan tiket yang sama..
Tapi sebab dah penat..kitaorang just pergi Bukit Melawati je..dan balik..


Semoga Adam suka lah jalan-jalan kali ni..
Selalu kan dia duduk rumah je..

-Malynn-

Sunday, September 8, 2013

Hidup Bosan

Hidup aku bosan..tak ada aktiviti nak buat selain pergi kerja, balik rumah..
Duduk rumah, tengok Adam..tengok ayah dia..kemas rumah..kadang-kadang masak..

Tak ada pergi mana hatta ke shopping mall..

Dah kalau bosan sangat, join Adam tidur..

Atau pun makan..


So, gambar makanan je yang ada..

-Malynn-

Wednesday, September 4, 2013

Peraduan Ephyra

Pihak Oceanlife ada buat peraduan untuk pengguna-pengguna Ephyra..

Nama Peraduan tu ialah:





♥♥♥Peraduan WOW! SERONOKNYA MAKAN MALAM BERSAMA MEMEY SUHAIZA & NORMAN HAKIM!!♥♥♥

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Details adalah seperti dibawah:


Jika anda merupakan peminat setia PASANGAN SELEBRITI yang juga LOVING COUPLE ini dan mengikuti perkembangan mereka dari awal pembabitan mereka, tunaikan impian anda untuk bertentang mata dengan MEMEY & NORMAN dengan menyertai peraduan yang baru dilancarkan oleh Oceanlife Marketing Sdn Bhd.

Program makan malam ini memberi peluang kepada 10 orang peminat MEMEY & NORMAN utk makan malam secara eksklusif sambil bergambar dan beramah-mesra dengan mereka berdua..
Apakah syaratnya?
Sangat MUDAH!!
✔ Ambil gambar anda dengan kotak EPHYRA
✔ Share di akaun INSTAGRAM anda ( wajib ) & link pada FACEBOOK akaun anda.
✔ Jangan lupa type #ephyramemeysuhaiza dan tag @ephyra2u (akaun instagram official EPHYRA ) di post gambar anda bersama kotak EPHYRA..

SO CAMANA NAK MENANG? ANDA DAPAT LIKES YANG TERBANYAK, TENTULAH AKAN TERPILIH!! CEPAT UOLSS..10 ORG JE KAMI AKAN PILIH!!! PASTIKAN GAMBAR ANDA DGN KOTAK EPHYRA TAUUUU.....

(contest period : 03 September ~ 30 September 2013)
(Keputusan pemenang akan diumumkan pada 3 October 2013)

Senang kan? Tanpa SLOGAN, tanpa bukti pembelian, anda juga berpeluang utk MENANG!!

JOM KITA RAMAI-RAMAI POSE CANTIK-CANTIK DGN KOTAK EPHYRA DALAM INSTAGRAM AKAUN!!

Jadi, cepat lah join..mana tahu menang nanti kan..


-Malynn-

Tuesday, September 3, 2013

Kerana 2 Kupang

Harga minyak naik 2 kupang..
Marah???..
Of course aku marah sebab aku kerja buat sales..hari-hari travel 100km-200km sehari adalah tak mustahil..
Pakai kereta 1.6..fuel consumption agak tinggi..RM50 tu kalau isi pun kadang-kadang pakai sehari dah habis..

Sebulan aku budget dalam 300-400 untuk minyak sahaja..ni minyak naik lagi, berapa lak aku nak allocate untuk minyak bulan-bulan..

Memang company bagi elaun tapi kalau minyak naik, dia tak naikkan pun elaun atau gaji aku..

Orang cakap takat 2 kupang pun nak kecoh..

Hello, korang kaya tak pe..korang susah pun tak apa sebab nanti korang dapat BR1M kan..

Aku ni..golongan pertengahan..BR1M tak dapat..kaya pun tak..sedih tau..
Aku tak dapat apa-apa advantage pun..kalau nak duit lebih, cari lah sendiri..
Tak de la dapat RM500 senang-senang pastu pergi Genting, belanja awek semua..

Lagi yang aku marah sangat sebab konon Janji Ditepati tu..
Tipu cakap minyak tak naik..lagi lah aku marah sebab rasa diri tertipu ok..

Apa pun, aku ni cuma rakyat marharen je..cakap pun bukan Najib tu nak dengar..
Cuma aku boleh cakap " Tak apa, Allah ada..apa-apa nanti Allah balas"..
doa orang teraniaya kan..
InsyaAllah dimakbulkan..

Dan sebab nak cari duit lebih, meh la aku buat business chocolate balik..
Ephyra pun aku jual jugak..

Siapa-siapa nak cari doorgift untuk wedding ke..birthday ke..jangan malu-malu contact aku ye..
Harga tak mahal la..sian kat orang..range harga RM1.20-RM2.00..ikut design..
Contoh seperti dibawah:





Ingat nak pergi Penang nak makan nasik kandaq tapi macam kena cancel je..hukhuk..
Najib jahat..

-Malynn-

Pizza San Francisco Kota Kemuning







Banyak pilihan, selain pizza ada pasta, rice, fish, chicken, beef and dessert..

Rasa makanan ok cuma tiramisu tu tak tahu rasa apa..sedap lagi akak ipar aku, Kak Liza buat..

Harga reasonable and affordable..

-Malynn-

Sunday, September 1, 2013

Open House & Berangan

Akhirnya, tamat lah sudah aktiviti open house untuk tahun ni..
Aku buat open house hari Sabtu tu..gambar nan ado sebab tuan rumah busy..
Adalah dekat 40 orang datang..aku order makanan untuk 60 orang..
Ada laksa, soto, kuih talam..nasib aku order roti jala, akak tu tak boleh buat sebab dah banyak order..

Tu pun banyak berlebih lah..dan jiran aku buat open house malam tu pulak, aku bagi diaorang..
Sebab kat rumah tu ramai orang..rumah aku dah tak ada orang dah..
Tetamu yang hadir adalah dari kalangan adik beradik, anak sedara, jiran dan kawan-kawan..

Kemudian, tinggalkan rumah dan terus pergi rumah jiran pulak...
Balik tu baru kemas rumah..
Penat betul..nasib aku order, kalau aku masak..pengsan lah jawabnya..

Ahad pulak pergi rumah Ibu Adam dan rumah abang aku..

Dan memandangkan ni minggu terakhir Syawal, aku rasa dah tak ada open house dah kot..
Jadi boleh rehatkan badan dan perut kembali kepada normal..

Ok, aku ni jarang lah nak bersembang-sembang dengan jiran-jiran tetangga ni..
Kadang-kadang sempat senyum je..jiran-jiran aku pun sama..
Yelah, masing-masing kerja..jadinya, balik dah sibuk nak masak dan melayan anak-anak..

Jadinya, Sabtu hari tu memang spend time dengan jiran..
Adam pun dah berkawan dengan anak-anak jiran jugak..
Banyak lah bersembang semua..aku dan jiran-jiran aku ni memang semua tak renovate rumah..
Maklumlah tak mampu kan..
So, topic kiteorang most of the time berangan nak renovate rumah..
Setiap rumah yang dah direnovate yang kiteorang pergi, mesti kiteorang tengok design dia..
sampai ke dapur-dapur lah pergi tengok nya..
Pastu komen, berangan nanti dah ada duit nak buat design macamana semua..
Masuk lah angan-angan kiteorang ni..yang husband-husband dengar jelah..dan preparekan duit sebab geng wifey ni dah plan dah nak design macamana..

Memang lah kadang-kadang jeles tengok rumah orang besar..orang datang ramai-ramai pun still banyak space nak duduk bersembang..
Macam rumah aku ni, abang-abang aku siap duduk kat atas lantai kat luar tu lah sebab kat dalam dah sempit..
Tu kadang-kadang aku segan nak ajak orang datang rumah..rumah tak besar..
Tapi aku pun kena berpegang pada prinsip arwah bapak aku "Kalau ada duit baru buat, kalau tak ada senyap"..
Tulah sebenarnya boleh buat loan untuk renovate rumah tapi kalau sampai buat loan, bulan-bulan sakit nak bayar..nak shopping tak boleh, nak makan sedap tak boleh pun tak ada makna gak kan rumah besar..
So, aku dan jiran-jiran yang berangan ni pun kembali ke alam realiti bila sedar duit tak berapa nak ada..
Kite duduk jelah rumah yang ada ni dulu ye..

Apa-apa pun Selamat Hari Raya..panjang umur tahun depan jiran lain pulak buat Open House sebab aku tak buat tahun depan..

-Malynn-