Followers

Sunday, December 29, 2013

EPHYRA MURAH dah nak habis dah


Cepat..cepat..cepat..
Harga promo untuk Ephyra akan berakhir berapa jam je lagi ni..
Cepat order sebelum terlambat..
Harga gila-gila murah ni..nak stock banyak-banyak pun tak apa sebab expire date adalah 2015..

Jadi cepat bertindak sebelum terlambat..^_^

P/S: Tapi kan stock untuk promo ni ada 11boxes je lagi..lepas ni nak cuti sampai Jumaat..
Siapa cepat dia punya la ye..terima kasih!!!

-Malynn-

Alamanda

Weekend lepas aku agak buzy dengan part time bisnes..
Ada 2 customer yang nak COD..nasib dekat je..
Hantar pagi jadinya banyak masa ada untuk berjalan ke tempat lain..
Walaupun gaji tak masuk lagi..duit pun paras hidung dah ni..
Tak apa..jalan-jalan je tak membeli tak apa..
Usha PANDORA pun tak apa..tak kena bayar kan..

Jadinya, hari Sabtu tu lepas jumpa customer dekat Putrajaya terus ke Alamanda..
Sebenarnya dah lama gila aku tak pergi sini..
Last pergi masa kerja kat IMU kot..ke masa kerja dekat Fisher..tapi dah 3-4 tahun kot tak pergi..
Banyak kedai baru..dah tak sama macam dulu..

Dulu masa study dekat UKM, ni antara tempat nak dating..
Tapi jarang jugak pergi..sebab ada motor pun masa final year..
Nak naik public transport pun tak ada connected dari Bangi ke Putrajaya..
Masa tu pun kalau pergi Alamanda just window shopping dan makan dekat Foodcourt..
Dan benda yang aku teringat adalah waffle dia..

Sebenarnya tengahari tu jiran aku dah jemput pergi birthday party anak dia..
So aku memang tak masak la kan..
Makan ringan-ringan je dulu kat Alamanda ni..
Order Waffle Starwberry Hill..
Sedap..sama macam aku rasa 3-4 tahun dulu..


Kali ni datang dah anak sorang 
tapi tak kahwin pun dengan bf yang selalu dating kat sini dulu..hikhik

-Malynn-

Selamat Tinggal 2013

Lagi 2 hari je lagi dah nak habis 2013 ni..
Cepat betul masa berlalu..dan pejam celik pejam celik dah nak masuk 2014..

Kesimpulan untuk tahun 2013 ni, tak ada benda menarik..
Benda biasa-biasa je..dan boleh dikatakan 2013 bukanlah tahun yang baik untuk aku..

Tambah pulak awal tahun 2013 ni arwah bapak aku dah tak ada..
As expected sebab sebelum tu aku ada dekat Singapore seminggu..
Sebelum pergi pun aku dah tak sedap hati..
Balik Singapore ngam-ngam sehari sampai, arwah bapak aku meninggal..
Dapat jumpa disaat akhir je..
Apa-apa pun alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan dia..
Dan kami yang tinggal ni pun dah boleh adapted dengan keadaan baru ni..
Mak aku pun aku tengok dah ok..dulu kurus..sekarang dah naik badan balik..
Semoga arwah tenang di sana..Al-Fatihah..aminnn..

Selain tu, dengan Adam yang agak kerap keluar masuk hospital sampai kena minor operation semua agak menguji jugak la..walaupun sakitnya tak berbahaya..
Alhamdulillah semua berjalan lancar dan semua dugaan diharungi dengan baik..
Dan sekarang Adam sihat dan semakin membesar..semakin pandai buat perangai..semakin menguji kesabaran..
Kata orang kalau anak kecik-kecik nakal, dah besar pandai..
Hope sangat dia jadi pilot MAS ke..Emirates ke..dapat lah maknya berjalan-jalan bila dah pencen nanti..

Untuk kerja pun biasa-biasa jugak..
Sales tak banyak..tapi ilmu pengetahuan makin bertambah..
Self confidence makin meningkat..
InsyaAllah 2014 ni ada hasil daripada kerja yang dibuat pada tahun 2013 ni..
Doa-doakan lah ye..

Part time bisnes pun alhamdulillah..makin ramai customer..
Target bulan ni tercapai dan sambutan sangat menggalakkan..
Alhamdulillah sangat..dapat la tampung buat beli botol susu anak untuk tahun depan..

Alam perkahwinan pulak macam tu lah..
Bergaduh bertekak tu hari-hari..
Bertumbuk semua tu belum lagi..hahaha
Adat la berumahtangga kan..kalau baik memanjang macam mustahil..
Kalau bergaduh tu, lepas tu ok balik..boleh lah minta PANDORA sebagai hadiah untuk berbaik.. :P
Doakanlah makin bahagia dengan anak kami si Adam tu..nak tambah lagi, not yet..

Apa lagi ye..emmm..
Tu je summary untuk tahun 2013...
Aku try cari azam aku tahun ni..tapi tak ada..
Rupanya aku tak berazam pun tahun ni..
Yelah..nak kurus pun badan macam tu je..
Nak beramal ibadat pun macam tu jugak..

Doakan lah 2014 makin baik, makin cantik, makin kaya, makin baik budi pekerti hati nurani, makin banyak bersedekah..aminnn..

-Malynn-



Wednesday, December 25, 2013

Nak Cantik

Hujung-hujung tahun ni bosan je..nak jumpa orang pun ramai yang cuti..
Jadinya hanya menghabiskan masa dekat office..
Ok, marilah bercerita..

Alkisahnya pasal customer Ephyra la ni..especially yang first time nak try..
Bukan yang repeat order..
Selalunya diaorang akan SMS aku tanya dulu pasal Ephyra ni kan..
Kalau yang rajin tu diaorang dah siap-siap cari testimonial pasal Ephyra ni kot..so, bila SMS tu just tanya harga berapa, bayar dan aku pos barang..
Tapi untuk yang masih memerlukan penjelasan tentang Ephyra ni selalunya banyak la soalan yang ditanya..
Aku suka je melayan..sebab best bagi penerangan kat orang ni..hihi
Selalu soalan yang aku akan tanya "Kenapa nak consume Ephyra ni?"..
Sebab Ephyra ni banyak fungsi..jadi bila customer dah specific kan untuk apa senang la aku nak explain..
Kalau general sangat, banyak pulak aku nak explain..
Macam contoh dia cakap untuk kurus..so aku akan cakap la sesuai ke tak..effect macamana lepas ambik Ephyra ni semua kan..

Dan contoh lagi diaorang jawab "nak cantik"..
Selalu aku akan blur sekejap bila cakap "nak cantik"..hikhik
Aku akan diam sekejap baru aku jawab..
Sebab aku pun tak tahu nak jawab macamane..
Nak cantik?..rupa awak tu macamane..
Tak nampak sebab kat phone tak nampak muka..
Lagipun aku ni bukan plastic surgeon yang boleh tolong orang jadi cantik..
Selalu customer yang aku jumpa face to face pun aku rasa dah cantik dah tapi dia rasa dia tak cantik..
Acener tu..???

Tapi customer kan always right..jadi kite jawab je mana yang kite reti ye dak?..hihi

Lain kali adik-adik cakap la nak kulit lembut, nak hilang kan parut, kurangkan jerawat..senang akak ni nak menjawab.. :p
Nak bagitau berapa lama nampak effect semua kan..
Macam aku ni pun siapa yang pernah jumpa depan-depan mesti cakap
 "Eh, tak cantik pun akak ni..biasa je"..
Nak buat macamane kan..kejadian Tuhan dah macam ni..kalau makan Ephyra terus tukar jadi cantik macam Siti Nurhaliza, susah pulak orang-orang sekeliling nanti kan..haha..

Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak pada customer - customer Ephyra yang percaya untuk beli daripada aku..harap korang semua bertambah cantik, sihat dan mendapat manfaat bersama-sama ye..

Nah di akhiri dengan muka kak Lynn yang tak berapa nak cantik tapi manis tu ade kot.. :D


-Malynn-

Ok..FINE!!!


Lepas ni kalau nak pergi mana-mana kena well planned which kalau nak pergi satu tempat make sure cover semua benda yang nak dibuat..
Jangan nak saja-saja lalu tol suka-suki..
Untuk customer ephyra..kalo nak COD, aku kena confirmkan balik date bila aku boleh COD..sebab kos tol yang mencanak naik memberi kesan yang sangat-sangat pada aku..

Terima kasih semua..memang aku tak halal kan duit aku tu..

-Malynn-

Monday, December 23, 2013

Girls Day Out

Semalam aku ambik cuti..nak keluar dengan adik aku pergi The Curve..
Senang pergi sini..semua ada..nak makan banyak tempat ada..nak tengok wayang pun tak sesak sangat..
Kalau nak pergi IKEA pun boleh jalan kaki je..

Aku pun dah lama tak ber hua hua..
Marilah alang-alang ada org nak teman kan..
Macam ni lah nasib orang tak ramai kawan..


Mula-mula sampai pergi tengok tiket wayang dulu..pergi pagi tak ramai orang pun..
Ambil pukul 1245tgh..cerita 47 Ronin..
Harga RM12/person..

Sementara nak tunggu wayang start, jam pun baru pukul 11.30am..
Kiteorang pergi karaoke yang baru bukak..dekat je dengan e-Curve MBO tu..
Ada promotion..RM6.50/hour untuk small room..lagu unlimited..
Mari bernyanyi..selalu nyanyi dalam kereta je..nak feeling lelebih pun tak boleh sebabnya nanti orang kereta sebelah ketawa kan kite..
Dan sebab kami berdua ni bukan kaki karaoke, dah satu hal tak tahu nak pilih lagu apa..
Yang penting lagu mestilah yang menyusuk perasaan dan boleh tarik sampai habis suara kan..


Mula-mula je blur..lepas tu bila dah nak cukup sejam baru kelam kabut pilih lagu macam-macam untuk nyanyi..


Habis karaoke just nice pergi tengok wayang pulak..
Cerita 47 Ronin..tak ada lah best boombastik..tapi ok lah..
Cerita pun slow je..dekat 2 jam cerita ni..

Keluar wayang, pergi solat semua dan terus ke Dip N Dip sebab aku teringin nak try..tengok gambar macam sedap je..tapi siapa yang nak pergi sini disarankan makan untuk hi tea or dessert time..sebab dia tak ada pun heavy food..


Variety of choices dan price quite pricey..setahun 2x je boleh makan..
Nak best buat kat rumah sendiri pun bleh..haha..sebab aku kan tauke coklat..tengok diaorang punya senang je aku nak tiru..rajin tak rajin je..hikhik




Harga semua ni RM45.10..
Membunuh jugak la..

Ok..hari pun dah menunjukkan pukul 430pm..marilah pulang ke pangkal jalan..
Tu pun sebab ingat anak comel saya tu..nanti balik lambat kesian dekat dia..
Nasib jugak balik on time sebab masa dah kat rumah tu aku sibuk masak dinner, anak aku pulak sibuk selongkar fridge cari makanan..kelaparan sangat rupanya..kesian anak saya..
Mak pergi hua hua..anak kelaparan..huhu

Nanti adik aku dah pergi US tak ada la merasa nak buat macam ni lagi..nak ajak laki takut dia pengsan pulak dengar saya nyanyi-nyanyi sebab selalu depan dia saya ayu je..hikhik

-Malynn-

Monday, December 16, 2013

Coach Handbag For Sale



PARK LEATHER MINI DUFFLE CROSSBODY
STYLE: F49160
SELECT COLOR: SILVER/VERMILLION
Leather
Inside zip, cell phone and multifunction pockets
Zip-top closure, fabric lining
Handle with 4" drop
Longer strap for shoulder or crossbody wear
9" (L) x 8 1/4" (H) x 3" (W)

nak let go, new with tag & wrap without dustbag..
RM550 (nego)..pls ctc 012-2415823

Bodoh

Apa lah nak jadi dengan Malaysia ni..
Apa lah nak jadi dengan Menteri -menteri kabinet ni..
Tak kesian ke kat rakyat???..

Lepas gula naik, minyak naik, elektrik naik, now tol pulak nak naik..


Penat tau..sebab semua benda naik tapi gaji aku tak naik..

Aku tengok part tol tu..memang aku affected la nanti sebab aku memang lalu tol nak pergi kerja or jumpa customer..naik pulak tu bukan main banyak..

Then menteri cakap guna jalan biasa kalau tak nak tol..
Tapi boleh bagitahu tak kat mana jalan biasa yang tak ada tol tu..?????

Jawapan paling bangang seorang menteri boleh cakap..

Ok fine..nak migrate aku tak ada usaha nak kearah tu..
Marilah kita berjimat lagi..duit yang ada tu just untuk spend pada benda-benda basic je..

Tak payah ada vacation, tak payah makan sedap, tak payah tukar baju baru..
Tak payah celebrate birthday macam Kak Mah kat Sri Perdana tu..tak payah..

Untuk semua yang terlibat dalam hal-hal ini aku doakan Allah memberi petunjuk untuk korang berubah ke arah membantu rakyat dan bukan menyusahkan rakyat ye..
Ingat lah hidup ini hanya sementara..

-Malynn-


Sunday, December 15, 2013

Hanya Mahu Bercerita

Cerita 1

Adam admitted lagi hari tu..masalah kahak tapi dah nak kena penumonia..
Sebab aku memang tahan dari bawak dia pergi hospital..lebih kurang 2 minggu kot aku just bagi ubat sendiri..tu pun campur dengan susu sebab Adam memang susah nak makan ubat..nurse-nurse dekat DEMC tu pun dah kenal dah budak paling kuat melawan tak nak makan ubat adalah Adam dekat wad 415..
Muka pun dah familiar dekat situ..

Since dia asyik muntah je..tak nak makan..tak aktif..tu nak tak nak kena admit jugak..
Masuk hospital, doktor bagi injection antibiotik semua..3 hari sihat..
Senyum memanjang..menari-nari..makan banyak..senang hati..alhamdulillah..
Sorry la Prudential..asyik claim je kan..


Cerita 2

Hari tu makan dekat Mas Mono..biasa lah makan sorang-sorang sebab baru lepas pergi UiTM..
Tetiba datang lah sorang budak Cina ni..nak mintak derma untuk society Pathway 2nd Chance ke apa ntah..
memang susah la dia nak explain bahasa melayu..dia nak cakap English dia takut aku tak faham..last-last aku reply je English kat dia..kesian kan..muka KG.Com macam ni semua orang takut nak cakap English dengan aku..
Ha..lepas tu dia mintak derma tu siap mention amount yang dia nak adalah RM20..bukan seikhlas hati..
Maaf la dik..zaman semua benda pun nak naik ni RM20 tu besar nilainya untuk akak..lepas la nak beli lauk untuk 2 hari..maaf ye dik..pergi lah mintak dekat orang kaya yang duit tak tahu nak buat apa..yang banyak duit pergi sini sana..tak payah check akaun berapa duit yang ada sebab nak beli baju dekat Zalora..
Dan siapa yang rasa nak menyumbang boleh la try search society tu dekat internet ye..

Cerita 3

Weekend lepas pergi Ipoh sebab anak sedara kahwin..
Jalan smooth tapi lepas Tapah tu jammed sangat sebab ada lebih kurang 2-3 accidents..
Tu aku malas nak kemana-mana musim cuti sekolah ni..pergi shopping mall pun hazab nak mencari parking..
Nak makan, nak beli barang pun bersesak-sesak..


Cerita 4
Aku tak jadi berhenti kerja..duduk jelah kat tempat lama ni lagi..
Kalau ada rezeki, nanti cari kat tempat lain lagi..

K la, nanti sambung cerita lagi..

-Malynn-

Thursday, December 12, 2013

Friday, December 6, 2013

Ephyra Super Murah!!!

Hi,

Untuk semua yang nak cuba Ephyra or nak repeat order Ephyra..tapi harga menjadi penghalang untuk membelinya..meh Kak Lynn nak offer super duper murah punya harga Ephyra..

Tapi offer ni valid sampai 31st December 2013 je ye..pasni tak dapat dah nak tolong bagi harga murah..
Untuk yang dah biasa beli tu dah tahu lah kot berapa harga Kak Lynn nak bagi untuk promo ni..
Eh ber"akak-akak" lak..hihi
Untuk yang baru nak cuba boleh la contact Kak Lynn dekat no. ni: 012-2415823..

Cepat ye nanti lambat, anda yang rugi.. =p


Lagi satu just nak bagitau yang harga promo tak boleh dipamerkan secara terang terangan..ni arahan daripada pihak Oceanlife..bukan apa..takut nanti ada bias price dengan dealer-dealer lain..
Jadi siapa nak tahu harga promo tolong SMS akak ye..terima kasih semua..



Wednesday, December 4, 2013

Musibah Banjir

2-3 hari ni banjir teruk dekat Pantai Timur kan..
Ramai yang terlibat..beribu-ribu..aku tengok gambar pun dah tak boleh imagine betapa teruknya banjir tu..
Kebetulan kawan aku ada 2 orang kat Kuantan..akak ipar aku pun ada dekat Kuantan..
Tapi aku pun tak sure area diaorang tu sangat..
Yang kawan aku Fiza, dekat Balok kalau tak silap..Eina aku rasa area-area tu jugak..
Akak ipar aku dekat Gambang..

Aku tak tahu apa nasib diaorang..cuma dapat WhatApps Fiza..dia cakap elektrik baru ada..air tak ada..
Kena duduk rumah je sebab even rumah dia tak banjir tapi kawasan luar perumahan dia banjir..
Tak tahu nak makan semua macamana..tambah-tambah bila ada anak-anak ni..
Tengok berita pun proses menyelamat masih dijalankan..
Tempat perlindungan pun tak ada api air..

Aku doakan semua selamat..nak tolong lain tak mampu..

Dan yang best antara tak best banjir ni..kawan aku update, ikan-ikan sungai semua menyerah diri depan rumah bapak dia..


Macam kelakar tapi tak kelakar sebenarnya dengan musibah yang menimpa ni..
Apapun diharap kawan-kawan aku selamat dan banjir ni cepat surut..
Aminn..

-Malynn-

Thursday, November 28, 2013

Antara Dua

Ceritanya begini..
Dulu 2-3 bulan lepas kot, aku dapat interview invitation from one of the company dalam bidang yang aku buat sekarang ni..
Aku pun tak ingat aku ada apply job tu..myybe thru Jobstreet..click click je..

Mula-mula aku malas jugak nak pergi sebab selalu lah kan kalau aku pergi interview dekat company-company yang sama line dengan aku ni mesti dapat..selalu lah..haha..
Dan memang banyak aku reject sebab apa yang diaorang offer tu sama atau kurang daripada apa yang aku dapat sekarang..
Lagipun buat kerja sama je..customer sama..barang sama..
Aku kalau boleh lah kan, aku nak buat benda lain..yang bukan products sekarang ni..sebab dah lama sangat buat benda ni..dah bosan..bagi aku kalau nak tukar kerja, tukar terus..
Tapi kalau aku buat benda baru, semua kena start from 0..gaji pun tak naik la..

Tu tak apa lah...berbalik kepada interview tadi..
Tempat tu dekat je dengan rumah aku..belakang office Abu pun..haha
Aku saja je lah pergi..as usual..interview tu bukan interview pun..more to sembang-sembang je..
Dan finally dapat..on the spot..terus bawak jumpa semua staff company tu..introduce aku pada semua..
Aku pulak terus tak boleh fikir..ikut je..
Ha, cari pasal lagi..
Dia mintak aku report kerja by ASAP..
Tapi problemnya..company aku sekarang ni tak bayar lagi commission aku tahun lepas..
Aku cakap, aku tak boleh lah simply let go kan commission aku just untuk masuk company ni..
Walaupun commission aku cuma RM10..tu duit aku..still aku nak...
Aku pun bagi lah alasan untuk extend kan masa..tapi aku tak la bagitau aku nak tunggu commission semua tu kan..

Sampai lah minggu lepas, orang tu call aku balik..tanya bila aku nak masuk..
Aku cakap la..kalau tak boleh tunggu aku..just ambik je candidate lain sebab dia cakap ada satu lagi candidate..aku cakap maybe i'm not ready yet and i'll try to apply again in the future..
Tapi dia tak nak..dia tanya lagi apa sebenarnya yang buat aku still stay dekat company ni..
Last-last aku bagitahu la reason sebenar..dia cakap "It's ok..i'll pay for you"..macam tu lah..
Aku dah rasa bersalah dah kan..

Pening kepala aku fikir..
Esoknya dia call lagi cakap "I can't give you 100% but only 80% from the amount (total commission dari company aku sekarang)"..tapi tu pun dia nak bagi bulan-bulan..maksudnya contoh dia nak bayar RM1000..dia akan bayar RM200 setiap bulan selama 5 bulan..macam tak best pun ada..
Dah la tak ada black and white..just through the phone only..

Tapi aku memang nak blah dari company sekarang..

Kalau lah company yang offer aku ni memang company yang lain dari apa yang aku buat ni..aku akan totally agree and resign..tapi company yang offer aku ni sama je dengan company sekarang..
Gaji pun after calculate lagi sikit dari apa yang aku dapat sekarang..
Cuma bos tempat baru ni pandai ambik hati..pandai pujuk semua lah..
Bos tempat aku sekarang ni tak ambik hati aku pun..hahaha

Then aku rasa aku nak pergi tempat baru walaupun aku akan rugi banyyyakkkk sangat kalau aku blah sekarang..dan janji bos baru tu pun tak sure la betul ke tak nak bayar aku..

Jadinya, semalam aku hantar surat resign..
Bos aku baru balik dari bercuti pun terkejut..dan pujuk tak payah la nak berhenti..
Rugi nanti..you doing well in this company too..
"I'll talk to the management to do some salary adjustment..take your letter back and i don't want it.."..kata bos aku..

Sedih je aku keluar dari bilik dia semalam..huhu
Now aku pening..nak move on or stay..????

Kisah ni tak habis lagi..aku patut report kat tempat baru 16hb Dec 2013..bos aku sekarang akan bagi tahu berapa adjustment nak bagi by mid Dec jugak..

Tapi sebenarnya, gaji tu aku tak kisah sangat..cuma aku kisah ni future development untuk career aku ni haa..company ni bukan provide training sangat..knowledge pun banyak aku kurang..
Oh, bos aku pancing untuk training dekat Singapore 2 weeks untuk buat Diploma barang aku jual ni..
Dan- dan kan..kalau tak?..emmm..nak makan cake banyak-banyak bagi hilang pening..

Tunggu je lah apa resultnya nanti..
Now i really need my father's advise..because his advice is for long term advice..not for short term..
but now he is not around anymore..guna telepati boleh tanya ke?

-Malynn-

The TeaPot Deli, SACC


Actually hari Rabu hari tu, my bestie Khalida ajak lunch sama-sama..
Almaklum lah dah lama jugak tak jumpa..
Padahal office kitaorang ni sekangkang kera je..
Tapi nak buat camne kan..masing-masing sibuk..aku pun bulan ni sibuk dengan Principal dari USA, Singapore yang datang nak jumpa customers ..seminar lagi..
Jadinya,  Rabu lah baru free..
Tekak aku pulak minggu ni nak makan western je..tak makan nasik pun tak pe..
Rasa makan fries tu pun macam dah sedap sangat compared dengan makan nasik..
Ingat nak try satu kedai kat Anjung 7, Seksyen 7 Shah Alam tu..
Sekali on the way tu Khalida cakap kedai tu bukak pukul 6pm..
Terus tukar pergi SACC je..
SACC ni banyak jugak tempat makan tapi jarang lah aku pergi sini..
Khalida suggest pergi makan dekat The Teapot Deli, Tingkat 3, SACC..
Kecik je kedai dia tapi convenience dan simple.. 

Menu

Bread Butter Pudding
Khalida yang punya tapi share makan..sedap cuma custard sos tu manis sikit..
macam banyak susu pekat manis.. harga lupa..dalam RM4.50 rasanya..

Victoria Sandwich Cake
Aku punya..dah lama teringin nak makan kek ni tapi selalu orang jual sekali besar..
Ni ada jual slice boleh la order dan rasa..harga pun dalam RM4.50 juga..
Rasa biasa je..macam butter cake tapi letak strawberry jem dekat tengah-tengah..

Roasted Chicken - RM17.00
Sedap dan recommended..

Chicken Kiev - RM17.00
Garlic Sos campur herb and butter and olive oil kot 
dicurahkan keatas ayam yang digoreng dengan breadcrumb..
Sedap, lain dari yang lain..

Kedai ni selalu packed especially masa lunch hour..siapa yang nak try boleh lah datang awal sikit atau after lunch hour..

-Malynn-

Ayam Bakar Mas Mono, Seksyen 7

Masa susah hati macam sekarang ni,  marilah kita melayan makan sedap-sedap..
Ni sebenarnya makan 2-3 minggu lepas..ada review cakap tempat ni sedap..
Kedai ni dekat Seksyen 7 belakang Petronas..dekat dengan Ayam Penyet AP dan Sen Heng..

Selalu pergi sini, aku akan makan dekat Wong Solo..tapi ni saja tukar selera..
Range makanannya lebih kurang sama je dengan restoran Indonesia yang lain..
Ada ayam bakar, ayam goreng, empel sapi..




Komen: Sedap sangat..simple tapi sedap..next time boleh try ayam goreng dia pulak yang orang cakap sedap jugak tu..tapi sambal tak pedas meletup macam Wong Solo..sesuai untuk aku yang tak berapa tahan makan pedas ni..

Harga: Range biasa dekat kedai Indonesia..satu set dalam rm9-rm11..

-Malynn-

Tuesday, November 26, 2013

Tauke Durian

Lai lai..meh beli durian..manggis pun ada..nak rambutan dan cempedak pun ada juga..

Last week balik kampung Abu..almaklumla durian dah berbunga..eh tak la..dah luruh pun..
Dah nak habis dah pun duriannya..tapi tahun ni durian tak elok sangat..spesis musang king, D24, D101 semua tak ada..yang ada semua durian kampung biasa..tak menarik..
Nak je aku pergi Pahang tak pun Broga sebab nak makan durian yang kuning, isi tebal, rasa pahit-pahit sikit..
So, aku pun tak membahagikan sangat durian yang ada sebab tak elok sangat duriannya pun..
Maybe next session..

Dekat kampung ni pagi-pagi Abu pergi lah kutip durian..sebab malam-malam kan durian jatuh..
Jadi pagi boleh la kutip hasil..
Aku memang tak join lah..dah la ada pacat..nyamuk lagi..baik duduk je..biar orang lain kutip..
Nanti aku tolong makan je..hihi

Adam pulak since dah pandai berdikari ni memang aku biarkan je dia nak pergi mana-mana..
Malas lah nak kejar-kejar..biar dia bebas..dan hasilnya banyak la kesan gigitan nyamuk dekat muka dan badan..macam kena chicken pox dah..tapi tak pe..proses pembesaran kan..

Kalau nak kutip durian ni kena lah bawak jeep..
Senang nak angkut banyak-banyak kan..

Ok..dah sampai..
Ni je ke yang ada???

Boleh la En. Adam dari tak ada kan..
Yang lain-lain tu pergi cari durian lagi..

Kita bawak yang ni dulu..
Nanti ambil lagi..

Eh, muat lagi ni..
Baik ambik lagi satu..

Vroommm

Antara hasil tuaian

Manggis..
Ni je aku berkenan nak makan sebab durian yang
 memenuhi spesifikasi aku tak ada..

Mak Tauke Durian

Ok..tu je..
Kalau korang nak beli durian pun tak ada dah duriannya..
Siapa yang hantu durian boleh la datang kampung Abu..makan free je..sebab pak mak mentua aku tu suka bersedekah.. :)

-Malynn-

Makan-Makan

Minggu lepas kan macam tak sihat..tekak pahit..makan apa pun tak enak..
Then rasa nak makan sup-sup or tom yam..

Hari tu lepas habis kerja dekat UiTM, terus pergi OldTown dekat Seksyen 7 tu..
Ingat nak makan Char Hor Fun tapi end up ambil Wantan Noddle Soup kot..





Dua-tiga hari lepas tu still rasa tak sedap tekak..
Jadi mari makan tom yam pulak dekat Secret Recipe..
Now ada promotion set RM16 sempena Anniversary Secret Recipe yang ke 16 sehingga 30hb Nov 2013..
Patutnya dalam set yang aku ambik ni patut ada Prawn Tempura tapi dia cakap tak ada stock..dan tak ada replacement meal untuk tu..still kena bayar RM16.00..



Now tekak dan badan dah beransur baik..boleh makan seperti biasa kembali..

-Malynn-

Wednesday, November 20, 2013

Rendang Ayam Kelantan

Ni lauk semalam..lepas baca blog Kak Jee, terus rasa nak try..
Lagipun bahan semua senang..
Tak pakai kerisik..
Boleh tengok resepi dibawah..copy paste dari SINI..


Bahan2nya:


1 ekor ayam kira 1.5 kg
15 biji bawang merah kecik or about 5 biji bawang besar yg tak besar sgt.
4 ulas bawang putih
halia sebesar ibu jari. (tgklah ibu jari sapa. kalo ibu jari king kong, buhlah suku inci jer)
10 biji cili merah (tapi kjee tambah about 5 biji cili api and maybe 5 biji cili kering utk pedas. resipi ori hanya cili merah)
2 helai daun kunyit diracik halus cam bunga rampai.
3 helai daun limau purut
2 batang serai
2 cawan pati santan
garam
sedikit gula

Cara2nya: 
potong le ayam tu sesuka hati kita. blend semua bahan2 tadi. tumis sampai garing semua kecuali daun kunyit dan daun limau purut. jangan lupa serai ketuk2kan. masukkan ayam. gaul sampai sebati ngan rempah dan biarkan ia sampai keluar air ayam. make sure air ayam mesti keluar kalo tak mak kata tak sedap. in other words, kecutkan ayam tu. lepas air ayam keluar, masukkan santan, daun limau purut, garam dan sikit jer gula tau. terus masak sampai ikut suka. kalo suka berkuah, masak sampai ayam empok cukup. kalau nak kering lama ler sikit. tapi memang sedap kalau ada kuah sikit.

-Malynn-

Tekak Pahit

Minggu ni adalah minggu tak sihat..
Mungkin berjangkit dari Adam ataupun customer aku sebab hari tu customer aku tak sihat , duduk pulak dalam bilik ber air-cond..memang senang la nak berjangkit kan..

Tapi aku tak demam panas pun..cuma demam sejuk-sejuk..sakit urat..lemau je rasa..
Makan panadol pun tak jalan..
Kalau demam panas, badan mesti berpeluh lepas makan ubat..
Ni demam sejuk-sejuk ni, tak ada peluh keluar pun..
Semua tak larat nak buat kerja..
Nasib lah tender aku siap..bos pulak tak ada..
Boleh la rehat sikit bila badan sakit..

Now macam dah ok sikit..cuma tekak rasa pahit..tekak macam bengkak..makan apa pun tak sedap..
Semalam aku masak rendang ayam style Kelantan..ikut resepi Kak Jee blogger tu..
Rupa and bau macam sedap dan sama dengan yang aku selalu beli dekat orang Kelantan jual nasik lemak..
Tapi bila makan..emmm..tak rasa apa..
Nikmat makan sedap mungkin dah ditarik untuk sementara waktu..
Minum nescafe pun tak habis..
Perut lapar ni tapi nak makan, rasa tak sedap..jadi terus lah lapar..

Nak cari asam-asam la buat penghilang pahit..

-Malynn-

Tuesday, November 19, 2013

The Best Conversation Ever

Monday (18th Nov 2013)

Inside the car..

Mama: Mama
Adam: Mama
Mama: Ayah
Adam: Ayah
Mama: Opah
Adam: Upaaahh
Mama: Daddy
Adam: Addyy

repeat lagi sekali..still follow benda yang sama..

Lepas tu Adam malas nak layan dah..

Apa perasan aku..???
Best dan bangga sangat..hahaha..Adam dah pandai pronounce dengan betul dan boleh follow apa yang aku cakap..seronok tak terkata..
Selalu aku dan dia cakap macam ayam dengan itik..
Tapi ni we are in the same line of conversation..
Alhamdulillah..

-Malynn-

Sunday, November 10, 2013

Tuhan Beri Apa Yang Kita Perlu

Weekend tak buat apa..hanya menghabiskan masa bersama anak tercinta..
Bapaknya pergi main futsal hari Sabtu, hari Ahad pergi OT pulak..

Adam sekarang memang lasak..tak nak tidur..asyik main je..sampai aku pening-pening mengantuk..
Dia tak nak tidur jugak..pagi pun bangun awal..
Buat sepah pun rajin jugak..

Dah penat-penat tu asyik sapu sampah, mop rumah 5-6x sehari..aku pun berfikir..
Kan selalu orang update yang Allah berikan apa yang kita perlu bukan yang kita nak..
Macam aku, aku nak rumah besar..ada main hall..ada hall makan..dapur besar..laman rumah boleh letak swimming pool, ada jongkang-jongkit..menjongkit betul...itu apa yang aku nak lah..
Tapi sekarang apa yang aku perlu ialah rumah yang kecik je sebab aku tak larat nak kemas banyak kali..penat sangat..kalau kawan-kawan lama aku jumpa aku semua cakap "aiikk, malin dah kurus?!"
See.. ni lah petua untuk kurus..tak payah susah-susah pergi gym and makan ubat kurus..
Dapur kecik pun ok je sebab aku tak masak sangat..haha

Lagi aku nak husband kaya, boleh bawak aku jalan-jalan seluruh dunia..emas permata aku tak nak sebab tak minat..tapi aku nak handbag ribu-ribu..
Tapi apa kan daya, aku hanya dapat husband yang sederhana..huhu
Kurang ajar pulak..hahaha
Tapi bersyukur la sebab dia memahami..tolong buat kerja rumah..tak kisah mak dan adik aku ikut pergi jalan-jalan sekali..tak berkira..bagi balik kampung aku lebih banyak dari balik kampung dia.. =p
Ok la tu kan..karang dapat laki king control susah jugak..nak balik rumah mak sendiri pun tak boleh..raya sebelah dia je..ha kan haru tu..

Aku nak kereta besar jugak tapi tak dapat lah..bagus jugak tak ada sebab insurans mahal..minyak mahal..
Allah tahu aku tak mampu..sebab tu lah tak dapat kereta besar..

Anyway, marilah kita belajar bersyukur dengan apa yang kita ada..jangan asyik membanding dengan orang yang berada..
Lagi satu Prof Muhaya pesan jangan suka menunjuk dengan apa yang kita ada..contoh pergi makan dekat TGI, upload gambar..pergi holiday dekat hotel 5 star, upload gambar..beli motor besar, upload gambar..
adalah lebih baik simpan je untuk kegunaan peribadi..biar kita tahu kita ada..orang lain tak tahu pun tak apa..
Tapi ni aku pun asyik buat je tapi banyak niat nak berkongsi untuk maklumat bersama..sorry ye..

Sekian..

-Malynn-

Wednesday, November 6, 2013

Sorry Jiran & Hubby

Aku nak say sorry to my neighbors yang umur mereka lebih tua dari aku..
Actually most of them pun memang tua dari aku..dan sebenarnya kitaorang je yang umur bawah 30an dekat kawasan rumah tu..haha
Ada satu couple lagi kot tapi rumah dia macam jauh sikit..selang 5-6 rumah..so, jarang sembang..

Semalam, jiran sebelah rumah aku tertinggal kunci..
Jadi, dia kena tunggu kat luar sementara husband dia balik..
Datang lah jiran aku yang rumah lagi sebelah..
Aku memang panggil diaorang ni nama je..tak panggil kak pun sebab dari mula jumpa memang aku panggil nama..yelah, kadang orang ni tak suka kita panggil dia kak kan..nampak older..

So, aku pun panggil nama lah..

Sekali, jiran tu panggil jiran yang tertinggal kunci tu "Kak"..aku terus rasa bersalah..macam aku ni kurang ajar pulak panggil nama je..mungkin salah masing-masing kot sebab tak bagitahu umur masa mula-mula jumpa..tapi bagi aku, kalau panggil nama pun mesra je kot..hormat tu still hormat la..even kawan sekerja pun aku preferred panggil nama..walaupun tahu umur berbeza 3-4 tahun..doesn't matter..

So, ok..tu je nak cerita..

Satu lagi sorry to my husband..sebab aku tak suka dia like status, gambar atau apa-apa yang aku update dekat Facebook..macam kan kat rumah tak jumpa..aku tak suka tau..karang aku unfriend karang kecik hati pule..so, tolong jangan like apa-apa dekat FB page saya..

-Malynn-

Amanah Sebagai Online Seller

Hi Semua!!!

Malasnya nak update..sebenarnya tak tahu nak update apa..tak tahu nak susun ayat apa..

Ok, mari kita berbicara pasal online seller..mereka-mereka yang menjual barang secara atas talian..tak kisah lah melalui blog, Facebook, website .com, etc..

Macam aku, aku jual Ephyra melalui Facebook dan blog ni..
Kadang-kadang promote diri sendiri dekat FB Oceanlife2u..sebab sekarang dealer Ephyra dah ramai sangat..tak macam masa mula-mula aku jual dulu..

Dan sebagai online seller ni, ramai pembeli korang tak jumpa face to face sebab method of delivery is postage..dan bila pembeli membeli dari seller selalunya diaorang kena bank in duit dulu, baru lah seller ni post barang pembeli..kiranya urusan pembelian adalah atas dasar percaya..

Ok, sebenarnya la aku nak komen pasal online seller ni dari perspektif sebagai pengguna a.k.a pembeli..
Aku suka hantar Ephyra by COD..maksudnya aku jumpa customer directly..boleh explain face to face..duit pun aku tak ambik dulu..bila jumpa, baru bayar..kecuali yang jauh tu, nak tak nak aku memang post..normally aku post hari yang sama kalau aku memang ada stock in hand..atau esok pagi sebelum masuk office..

Ni complaint dari customer Ephyra sendiri yang aku jumpa face to face..
Diaorang cakap ada dealer kawasan dia tak reply pun SMS dia..tak layan pun..kadang dah deal, boleh lupa pulak yang dah deal nak hantar dan jumpa dekat mana..

Pasal lambat reply tu, aku pun kadang lambat reply terutamanya kalau korang hantar dekat WhatApps..sebab aku tak langgan pakej internet untuk phone aku..dan aku ada kerja hakiki..
Bila dekat rumah memang cepat aku reply sebab ada Unifi dan aku pun tak ada buat apa..
Tapi kalau korang SMS, insyaAllah cepat aku reply kalau aku memang tak jumpa customer kerja hakiki aku..
Dan sebagai customer sendiri, aku pun tak suka orang lambat reply..sebab kadang aku nak beli barang cepat kan..macam contoh aku nak beli susu Adam..kat kedai memang tak ada stock..so aku contact direct dekat main supplier dia..dia punya reply 2-3 hari baru nak reply..bukan 1 je..tapi banyak message aku hantar..kot la anak aku tu susu dia dah habis, macamana???..terus aku cancel nak beli sebab respond lambat giler..ni pun last dia cakap nak bagi tahu contact dealer susu tu yang dekat dengan aku, sampai sudah tak provide..

Satu lagi, kalau customer dah masuk duit untuk barang yang dia nak beli tu..korang pun cepat lah uruskan penghantaran kepada customer..macam yang jadi dekat aku jugak..
Aku beli tudung..dia cakap kalau bank in before 11am, dia pos hari tu jugak..iaitu hari Jumaat..aku pun cepat-cepat bank in..
Should Isnin dapat lah kan..sekali sampai Rabu tak dapat lagi..bila dah dapat, aku tengok CN dia hantar hari Isnin tu..sabar jelah..

Jadi, sebagai seller..sila lah amanah dalam apa yang anda niaga kan..
Jaga customer..ok, aku pun bukan perfect dalam berniaga..tapi aku cuba buat yang terbaik untuk customer aku..
Janganlah bila tengok orang berniaga, ko pun nak berniaga..tapi tak buat betul-betul..

Satu lagi, dalam perniagaan memang akan ada persaingan..tak kisah lah ko jual apa..
Tapi jangan lah busuk hati dengan rezeki orang lain sampai sanggup ni jadi customer semata-mata nak tahu harga competitor..ni aku refer to dealer Ephyra yang dengki mendengki sesama sendiri..
Kalau service bagus, harga ok..insyaAllah rezeki tu ada je..cuma buat yang terbaik..jangan main-main..

Thanks.

-Malynn-


Tuesday, November 5, 2013

Teluk Batik, Lumut & Pangkor (Nov 2013)

Minggu lepas aku balik kampung..dan memang apply cuti Isnin tu..
So dapat lah cuti 4 hari straight..walaupun apply 1 hari je..
Minggu sebelum tu aku balik kampung jugak..tapi balik kampung Abu..
Aku jadi penat la nak balik kampung tiap-tiap minggu..
Jadinya, minggu lepas tu aku pun slow and steady jelah..tak rushing nak balik..
Bila dah settled semua benda dekat sini, baru gerak balik kampung..
Mak aku pun busy dengan rewang dekat rumah orang kahwin..

Sabtu sampai kampung, makan, duduk tengok TV..
Ahad pulak aku cakap dekat mak aku lepas kenduri terus balik..
Lepas Zohor boleh gerak pergi Teluk Batik..

Aku dah plan lama dah nak bawak mak aku pergi Teluk Batik sebab ni tempat yang dia nak pergi sangat selama bertahun-tahun..tapi sebab banyak sangat hal, sampai lah minggu lepas baru lah dia sampai sana..
Ni pun adhoc plan..aku tak book hotel pun..cuma mintak abang aku bagikan no.telefon hotel dekat Teluk Batik..aku nak book awal tapi mak aku cakap takut abang-abang aku yang lain balik..tapi diaorang tak balik, marilah kita terjah je Teluk Batik tu..

Perjalanan mengambil masa 2 jam dari kampung aku..on the way call Marina Cove, dia cakap ada apartment 2 bilik dan boleh walk in je..
Dah sampai, check in..berehat..malam baru keluar balik..


Lepas Maghrib terus gerak ke bandar Lumut..survey barang-barang yang boleh dibeli esok hari..
Kemudian, on the way balik singgah makan dan pergi pantai Teluk Batik..



Esoknya, bangun pagi..pergi breakfast..
Dan terus siap untuk bawak Adam mandi swimming pool..



Dalam pukul 10.30pagi macam tu, dah siap semua terus check out..sebab plan nak pergi Pangkor..
Alang-alang dah sampai kan..moh la kita pergi..bagi mak aku merasa sampai sana..
Selalu orang cerita, dia dengar je..


Pergi Pulau kena lah pakai cermin mata hitam kan!

Tiket RM10 pergi balik untuk dewasa..
Adam FOC..

Sampai Pangkor pun dah pukul 12pm lebih..


Dah siap book kereta RM60 untuk 3 jam..
Dan memandangkan ramai orang cuti, makanya orang pun sangat lah ramai..

Teluk Nipah, Pangkor

Mak & Me


Adam memang teruja tengok air laut tu..
Dia nak terjun tapi macam susah pulak nak bersalin baju..
Plus aku pun tak bawak baju extra..so tak ada orang boleh teman dia..
Dan salah jugak, baik overnight dekat Pangkor..sebab ada lah masa untuk mandi laut..
Tak apa..lain kali kita datang lagi ye..

Dalam pukul 4pm naik ferry untuk ke Lumut semula..

Bertolak balik ke kampung dalma pukul 5pm..
Singgah nak beli udang galah tapi tak ada rezeki..semua dah habis..
So, balik terus..sampai rumah pukul 7pm..

Aku harap mak aku happy lah walaupun penat..dan dia tak kempunan dah nak pergi Teluk Batik, Lumut & Pangkor..
Ni dia duk mention pasal Ho Chi Minh..aku kena fikir banyak kali nak bawak dia pergi ke tak..
Sebab aku sendiri tak mampu nak pergi sana..hahaha..

-Malynn-