Followers

Thursday, April 26, 2012

Healthy Food

Makanan kat Malaysia ni semua sedap-sedap kan..sebab sedap???..
Ada minyak banyak, ada lemak banyak, ada banyak benda-benda yang tak elok untuk badan yang jadikan makanan tu sedap..

Ok, asyik makan makanan sedap dan unhealthy je..sesekali tukar makan makanan sedap dan healthy..
Iaitu sandwich di Subway..


Ada macam-macam variety sandwich dekat sini..dengan pilihan sos yang pelbagai dan juga vegie yang banyak juga..

Chicken Terayaki

With a lot of vegie & Honey Oat Bread

Harga untuk 6' classic ni RM10.90..marilah makan healthy & delicious food hari ni..

Malynn:)

Wednesday, April 25, 2012

Kalaulah.....

Dalam hidup ni kadang-kadang mesti akan ada masa yang kita rasa give up dengan situasi @ keadaan kita..
Dan masa-masa macam ni juga la aku akan guna perkataan atau terfikir..

"Kalaulah aku tak buat ni, mesti tak jadi macam ni..bla bla bla bla"...

Sekarang ni aku banyak guna lah "Kalaulah...."..sebab banyak perkara yang aku menyesal sekarang..

Honestly..memang menyesal...

Malynn:(

Tuesday, April 17, 2012

Kemurungan

Aku sedang mengalami kemurungan sekarang..malas nak buat apa-apa..

Order coklat yang orang tempah pun tak siap-siap lagi..asyik bertangguh je nak buat..

Nak masak, kemas rumah, basuh kain pun malas..kadang-kadang aku tengok je..kadang-kadang paksa jugak buat..

Nak makan pun aku malas jugak..

Badan lak rasa penat yang amat walaupun aku tak ada buat apa-apa..

Tetiba pulak nanti, rasa sedih nak nangis..

Kaki alhamdulillah, getting better maybe sebab baby pun dah besar dan nak masuk 3rd trimester but emotional lak problem sekarang..

Mungkin sebab aku banyak sangat fikir..

Fikir pasal nak booking hospital nak bersalin (tak settle lagi sebab tak dapat reference letter dari KK Puchong), nursery baby sebab semua yang aku tanya semua dah full untuk baby..boleh?..ramai sangat baby tahun ni kot..

Fikir pasal duit..fikir pasal kerja..rasa nak berhenti je..serius..aku pergi kerja pun macam apa je..buat kerja..hati tak ada..tak tahu mana pergi semangat aku dah..tapi kalau berhenti kerja siapa nak bayar hutang aku yang berlambak tu..meaning hutang PTPTN, rumah, kereta kan..semua pun hutang..

Ntah la..i'm down now..

Malynn:(

Thursday, April 5, 2012

Tarbush Sunway Pyramid


"Dah lama tak pergi makan sedap-sedap.."

Ecececeh..buat ayat sedih sebelum melangkah ke Sunway Pyramid melepaskan mengidam nasi kat Tarbush..=p

Semalam lepas deliver chocolate untuk one of my bestie yang akan kahwin hari ni..terus ke Sunway Pyramid..
Cadangnya nak pergi tengok wayang tapi sebab kaki aku tak boleh nak jalan jauh-jauh..just pergi makan dan survey baju je..tu pun kene stop 2-3x kali sebab urat kaki aku dah tegang..

Sampai dekat Tarbush, order Maklouba Chicken & Arayes Chicken..lamb pun ada juga untuk siapa-siapa peminat lamb..


Kami

Fresh Juice Honey Dew & Mango - RM12.90each

Arayes Chicken - RM20.00
Macam roti pita tapi garing dan ayam dalam tu sedap..

Maklouba Chicken - RM25.00
Nasi moist, dan ayam tender sangat..
Portion agak besar..boleh share 2 orang..

Total harga semalam dalam RM70++..service charge 10%..

Ni saya dan baby saya dah 26 minggu..

Suka betul makan nasi Arab ataupun beriani..hope muka baby saya pun ala-ala Arab nanti..=p

Malynn:)