Followers

Sunday, August 29, 2010

Saya Jatuh Cinta Lagi

Saya tau saya jatuh cinta lagi bile:

1) Orang tu ada kat sebelah saya tapi tak cakap apa2 pun saya dah suke
2) Terserempak dengan orang tu sekali sehari pun cukup la
3) Dengar dia baca doa
4) Mase solat dia ada kat bahagian lagi satu & saya disebelah yang lain..tapi rase hati kami menjadi satu..salah niat dah ni..=p
5) Saya tau saya tak nak kehilangan dia

Yang penting sekarang hati saya berbunga-bunga jatuh cinta walaupun orang tu saya boleh tengok dari jauh saja..

Malynn:)

Misi Hujung Minggu Berjaya

Cuti 3 hari Jumaat, Sabtu & Ahad aku manfaatkan secara berguna..hihi

Hari Jumaat aku kene pergi ofis buat kerja sikit, pastu ambik Ran kat rumah untuk pergi berbuka kat O-Shima Japanese Restaurant..

Actually, restoren ni kat Seksyen 26, Shah Alam yang mane memang ,merangkumi kawasan kilang-kilang..ikut map macam betul je..last2 sesat..then call orang tu tanye camne nak pergi..nasib pergi awal gak la..dah la kat LDP tu jam..huissh..

Kiteorang ambik steamboat buffet = RM15/pax..
Then set nasi + seafood ape ntah = RM28/set..
Sebenarnye buffet tu dah ade nasi goreng & laksa..tapi kiteorang tak tau..kiteorang order lak set menu..kalo tak, RM30 je total tapi jadi RM60..ok la..

Ade 3 choices of sup..ade Ayam, Tom yam & Soba..kiteorang choosed Soba..

Makan kenyang sampai nak muntah2..mane la nak gi buffet yang mahal2 kalo buffet murah pun tak habis nak makan..serius, perut aku dah kecik..makan skit pun dah kenyang..

Sabtu lak aku juz gi Jusco Bukit Raja dengan Ran..beli coklat untuk customer..beli  2 je sebab kuih raya ofis punye ni banyak lebih since kiteorang ade seminggu je nak edarkan..tak sempat..

Then pusing-pusing Shah Alam cari tempat-tempat buffet yang best..dengan harga yang murah..tapi tak banyak pilihan yang ade..yang ade pun paling murah RM35..ok la kalau mengada nak pergi jugak kan..haha
Habis meronda-ronda, pergi Bazar kat PKNS..pendek je bazarnye..pilihan pun tak banyak..
Dah tu hantar Ran balik rumah..

Ahad lak, gi Alam Sentral..
Cadang nak beli baju raya..tapi tengok-tengok mahal sangat..semua dekat RM200 pastu jarang tak ada lining..last2 pergi beli kat First Lady..tak try pun, terus beli je..lepak2 kat Alam Sentral dan book meja kat Thai Fusion Restaurant..
Kebetulan ade Amil kat Alam Sentral tu, so aku bayar la zakat..
Disebabkan ini first time aku bayar, aku tak tau la nak bayar camne..pastu aku tengok semua lelaki je yang bayar..perempuan tak ada pun..aku tengok semua salam dengan Amil tu..
Aku pun tanye la Ran "perempuan boleh bayar zakat tak ni?"..
Ran jawab "Boleh la, just ko jangan salam dengan dia la.."
Aku cakap kalau aku nak salam gak..nasib Ran tak tumbuk aku..haha

Baca akad, baca doa..dah setel bayar zakat..tak lah susah mane pun..cume sebab aku sorang je perempuan yang bayar zakat, aku segan sikit la..

Dah kul 6.30pm, pergi kat restoren yang ditempah tadi..pastu tunggu sampai waktu berbuka..makan..dan pergi solat maghrib, isyak & terawih terus kat SACC Mall..

So, semua benda yang aku nak buat cuti tiga hari tu dah setel..
Esok cuti Merdeka tak tau nak buat apa lak..tunggu..

*Gambar tak ade sebab tak bawak kamera, bile bawak kamera lak lupe nak letak memori kad..aku dah jadi semakin pelupa sekarang ni..

Malynn:)

Wednesday, August 25, 2010

Nak Tak Nak

Ape yang aku patut buat hujung minggu ni adalah:

1) Membuat hamper untuk customer
Ni sebab company aku hanya sponsor kuih tart 8 biji & 4 biji sahaja untuk bagi pada customer. Sangat la kede..customer lak dalam satu lab tu ada 10-15 orang..tak kan nak bagi sorang satu biji je kot kan..nak tak nak kene la sponsor sendiri..tapi tak banyak la..aku cadang nak buat dalam 4-5 hamper je..

2) Membeli baju raya
Aku rasa tahun ni la raya aku paling ntah ape-ape..aku dah hantar kain untuk tempah since sebelum puasa tapi sampai hari ni makcik tu dok tanye2 fesyen camne aku nak buat..last2 aku rase baju aku tu tak siap la kot..nak tak nak kene beli gak baju raya sendiri..adooii..nasib kasut raya dah beli..tapi tudung, handbag..tak beli lagi..maybe kene beli yang wajib je sebab budget constraint.

3) Bayar Zakat
Tahun ni dah cakap kat mak aku nak bayar zakat sendiri..konon cam dah berkemampuan..selalu bapak aku yang bayar kan..hihi
Tapi problem nye aku malas sangat nak gi tempat zakat tu nak gi bayar..huhu
Plus aku cadang nak bayar zakat pendapatan sekali tapi tak tau nak kira camne..so nak tak nak kene gi gak kat Kaunter Zakat tu untuk keterangan lanjut..

4) Buka Puasa Bersama Ran
Yeah!! Yang ni aku suke sebab nak gi buka puasa kat Oshima Japanese Restaurant kat Seksyen 26 esok..
So, nak tak nak kene la pergi kan..lagipun murah je..buffet steamboat = Rm15/pax je..
Dan janji esok aku puase sebab dah 6hari tak puase atas sebab2 yang dibenarkan..=p



Malynn:)

Thursday, August 19, 2010

adooiiii..teringinnye

Hari ni cam teruk je puasa padahal tak de buat ape pun..just duduk ofis je kalau nak compared dari semalam yang kene pergi sampai lima tempat dalam mase 1 hari..

Sebabnye??

Tetibe aku sangat2 teringin nak makan chocolate cake & cheesee cake dari Secret Recipes cam kat bawah ni..huhu
Teringin sangat2..sampai macam tak boleh ditunggu-tunggu lagi..huhu





Cepat la pukul 5pm..nak balik..

Malynn:(

Sunday, August 15, 2010

Blog List Ben Ashaari


 
Salam En Ben,

Masih baru dalam dunia blogger ni, so nak join gak la program ni untuk menambahkan kenalan dan memfamouskan blog saya..

Saya nak masuk bawah kategori "Personal".

Untuk maklumat lanjut boleh ke sini ye..

Terima Kasih En Ben.

Malynn:)

Bila harus memilih

Lately ni macam banyak sangat benda yang memerlukan aku membuat keputusan antara dua..
Antaranye:

1) Bile mak beria2 menyuruh membeli rumah..dalam keterpaksaan, aku pun telefon la abang aku cakap nak gi tengok rumah..pas abang aku dah bawak gi tengok rumah, dia beria2 call lak tanya jadi ke tak..
Dan sebetulnya aku memang tak mampu lagi nak ada rumah sendiri..dalam keadaan ni, nak je aku marah pada mak aku..tapi disebabkan aku tak nak jadi anak derhaka..aku diamkan je..biarlah marah dan tension aku simpan sendiri..dan dalam kes ni, aku nak je lari sejauh2 nye supaya mak & abang aku tak bising2 suruh beli rumah..tapi aku nak kemane kan..balik2 nanti, aku akan cari diaorang balik gak..

2) Untuk kerja lak, memang aku berada dalam tahap nak blah je dari company ni..bukan ape..officemate aku yang handle benda yang sama dengan aku ni memang dah hantar resign letter..dan last week meeting, boss aku cakap maybe kene reshuffle account balik..dan dia cakap nak bagi Northern Area pada budak Penang terus..actually budak tu cover chemicals je and now boss aku nak dia buat barang aku jugak..geram betul aku..habis tu semua base work yang buat macam nak mati selama ni habis macam tu je..dia just terus makan hasil..pastu bos aku siap cakap lagi "ha, dia pun cepat pick up pasal barang ni"..padahal budak tu memang buzy body pun..
So, sekarang aku je yang tak buat chemicals..dan bos aku cadang aku kene buat barang aku sekarang dan chemicals sekali..macam susah lak aku tengok diaorang nak reshuffle balik..so, aku rase cam nak pergi je dari sini..so, tak ade la problem dengan account yang overlapping or ape ke..
Tapi aku tak jumpe lagi company yang nak offer RM3000 sebulan..camne la nak blah kalau camtu..huhu

3)Pasal cinta cintun ni lak..malas nye nak pikir..adakah patut aku terima saja sape yang datang nak mengurat walaupun dia gemuk, tak hensem dan bleh tertido sambil berdengkur mase tengok wayang..aku tak kisah sgt pasal paras rupe..ape yang aku kisah ialah perangai tu..dan juga hal agama..kalau basic pun tak buat, camne nak buat yang lain2..
Dan yang betul2 baik, jaga solat semua lak..tak pernah lak cakap dia suke kat aku..ke aku yang patut cakap kat dia "kahwin lah dengan saya supaya awak dapat membimbing saya ke jalan yang benar"...
Atau aku just terima je sesape, asal kan aku kahwin dan menutup semua mulut2 yang asyik tanya bile aku nak kahwin tu..

Malynn:)

Tuesday, August 10, 2010

Berkelah di Sg. Genting

Hari Sabtu lepas, aku dan beberape officemates satu department dengan aku gi berkelah di Sg. Genting..name yang sebenar Sg.Genting ni kiteorang tak pasti..tapi tempat ni on the way nak naik Genting ikut area Batang Kali..dekat dengan Hulu Yam tu..



Sebenarnya plan ni dirancang sebab kiteorang dah lame tak mandi air terjun..nak lepas gian main air..dan kebetulan one of us, Hani nak resign hujung bulan ni..jadi, ni macam farewell dia la on the same time..
Tapi yang terbest tu, last minute tinggal 6 orang je yang pergi..kalau tak cam ramai skit..

Gambar di bawah, adalah gambar -gambar kegembiraan kiteorang..
Mase sampai tu, takde orang lagi.jadi, kiteorang conquer kawasan yang best..bile dah tengahari..dah ramai orang, kiteorang pun balik la..

Syok la..dan tempat ni ok lagi sebab mungkin ramai yang tak tau lagi kot...

Sejuk giler..

Kami conquer ye..

Mak dugong merah dan puteri-puteri..hikhik

Malynn:)

Tribute to Ng Kiat Soon

Hari Jumaat minggu lepas, aku dan beberape orang officemates aku join Farewell Party untuk our luvly officemate Ng Kiat Soon kat Red Box IOI Mall, Puchong..start pukul 10pm to 3am..



Ng Kiat Soon adalah kawan yang best bagi kiteorang..sebab tu kiteorang sanggup join party ni walaupun aku ada piknik esoknya..
Ng jenis tak berkira dan yang paling best dia lagi banyak join budak2 melayu dari budak2 chinese..kalau lunch pun, kuar dengan kiteorang..
Dia kahwin pun kiteorang pergi dan dia pun memang consider pasal kiteorang mase nak buat majlis dia tu..meaning dia nak serve halal food semua..


Best friend ever

Sebab tu rase sedih lak bile dia tak ada..



Untuk Ng, semoga berjaya kat Melbourne nanti..dan jangan lupa pada kiteorang ye..


Bye....

Malynn:)

Monday, August 9, 2010

Dilatih Menjadi Sales Person

Hari Ahad hari tu aku keluar dengan Ran..pergi tengok wayang dan window shopping semua..
Pastu pergi Seksyen 7, nak makan durian..

On the way tu, aku pun cerita la kat dia yang waktu kecik-kecik aku dengan abang aku gi jual buah Kuinin kat rumah-rumah kat Besout tu..

Ok, kat rumah kiteorang ada banyak pokok buah-buahan..ada durian, rambutan, maggis, kuinin dan kelapa..
Semua buah-buah ni benih dia dapat dari kampung sebab bapak aku ada dusun kat Kampung Gajah (tapi dah kene jual dah sekarang)..

Jadi, bapak & mak aku akan paket-paket kan buah-buah ni pastu aku dan abang aku akan jalan keliling kampung jual buah-buah ni sambil menjerit "Kuinin..Kuinin"...

Selain jual buah, kadang-kadang mak aku rajin buat kerepek ubi pedas..aku dan abang aku pun jual la kat sekolah..20 sen kot satu pack..

Bile cerita-cerita kat Ran tu, dia pun cakap "oh, maksudnya dari kecik lagi la ko dah practice jadi Sales Person ek..??"

Emmm..betul kot..baru perasaan dari mana aku dapat gen nak jadi Sales Person ni..hihi...

Malynn:)

Kisah Saya Dan Abang-Abang Saya

Update ni tulis selepas aku baru je jumpa semua abang-abang aku dalam masa 2 minggu ni...

Sebenarnya aku ada 3 abang (2 abang lain mak & 1 abang sama mak) tapi akua ssumed semua adalah abang-abang betul aku..no gap sebab diaorang ni ada sejak aku belum lahir lagi..

Ok, start dengan abang aku yang pertama..

Abang Ohm

Abang Ohm adalah seorang yang agak serius berbanding abang-abang yang lain..dan rase nye dia lah yang agak berjaya & kaya antara abang-abang aku yang lain..walaupun dia bukan seorang yang pandai dalam pelajaran, tapi disebabkan usaha & susah payah yang dia harungi..jadi sekarang dia hidup senang..
Aku dengan dia ni tak lah rapat sangat..tak ok la..dia banyak gak la tolong aku bile aku kene masuk asrama atau macam aku mula-mula kerja kat Fisher ni, aku duduk tumpang kat rumah dia dalam 5-6 bulan camtu..
Pastu masa aku nak beli kereta, dia yang tolong arrange kan semua..dan now, aku nak beli rumah, dia yang tolong bawak aku gi tengok rumah..dan nasihatkan aku macamane nak generate income daripada investment..
Kalau dulu, bila ada investment program, dia akan ajak kiteorang join sekali...
Dia lah yang semangat nak aku sambung belajar, kalau boleh sampai PhD sebab boleh jadi lecturer..tapi aku yang tak minat..huhu
Jadi, dia pun hanya boleh nasihat dan terpulang pada aku nak ikut ke tak..
Tapi yang pasti dia nak tengok semua adik2 dia berjaya dan senang cam dia..maksudnye tak lah kaya..tapi cukup la duit nak makan, tinggal & etc..

Abang Min

Ni abang aku yang no. 2..dia ni kelakar dan easy going..tapi mase aku kecik2 dulu, dia garang giler..selalu marah2 aku..sampai aku benci giler pada dia tambahan pulak dia bukan anak mak aku..jadi, waktu kecik kiteorang tak rapat pun lagipun jarak umur jauh sangat..dan dia adalah kategori panas baran..
Tapi bak kata orang, usia mematangkan seseorang..sekarang ni dia ok, kelakar dan cool dibandingkan dengan zaman dulu2..
Dia lah yang paling banyak tolong aku dalam nak jadikan aku manusia berguna..
Dia lah yang bersusah payah hantar ambil aku mase aku kat asrama kat MRSM Chenderoh dulu..yelah, zaman dulu mak aku takde kereta lagi..ada motor je..jadi tak leh la nak hantar & amik aku dengan barang-barang aku yang banyak tu kan..bile masuk matrik kat Seremban dulu pun sama..dia la yang banyak berjasa..dia tak tolong dari segi duit..tapi dia tolong dari segi khidmat..
terima kasih Abang Min...

Lie (ni aku tak panggil abang..aku panggil nama je..haha)

Ni abang aku yang no.3, sama mak dengan aku..abang kandung aku la..kiteorang rapat la mase kecik tambahan lak kiteorang dua orang je sebab adik aku lahir lambat..apa-apa mak aku akan concerned about us..
Pernah gak mak aku cerita yang bapak aku pukul kiteorang dua orang sampai demam2..sebab stail bapak aku pukul ialah sekali dia tampar berbekas la kat badan kiteorang (adik aku tak merase semua ni..tu yang degil tu)..pastu pernah aku kene ligan dengan penyapu keliling rumah..abang aku pun pernah kene pukul dengan bapak aku sebab kes gi berikan..aku sedih giler..nak tolong tak leh..kalau tak, aku pun kene sekali..(emm..nape aku cam sedih je tulis entri ni..hukhuk)..
Kalau kiteorang gaduh pun, sampai naik kaki semua..pastu bapak kiteorang datang dua2 kene pelempang..haha
Abang aku ni masuk asrama dari form 1 sampai la habis dan dia hidup merantau sendiri..
Jadi, aku tak la menyusahkan dia sangat mase tu cume mase aku kat UKM dan dia dah ada kereta, rumah semua baru aku start menyusahkan..dengan selalu gi rumah dia..makan, tidur kat sane..tolong buat Final Year Project aku & so on..sebab rumah dia dekat dengan UKM..=p
Oh, lupe lak..dia jugak terpaksa menjadi penjamin  & orang yang aku cari bile nak buat loan..hahaha

Jadi, conclusion of the story..abang-abang aku amat la memainkan peranan penting dalam hidup aku dari sekolah sampai sekarang..tapi sekarang aku dah berdikari so aku tak la kacau diaorang sangat lagi..hikhik
Tapi bapak aku cakap kalau aku kahwin nanti, dia nak mintak abang-abang aku sponsor seorang sikit..haha..tunggu aku kahwin baru aku totally tak kacau diaorang kot..=p

Thanks Abang-AbangKu

Malynn:)