Followers

Sunday, November 25, 2012

AES lagi: Anda dah kena?

Baru hari tu cakap pandai nak mengelak daripada AES kan..

Hari Sabtu hari tu, lepas maghrib bergerak balik ke Chenderong Balai..

Sebab dah malam, saya pun tidur la dengan anak saya..yang memandu adalah suami saya..

Tetiba, pancaran macam kilat tu kena muka..terus buka mata..

"Apa tu?"..

"AES"..

Huhu..terus terbayang duit terbang..bawak lagi laju-laju kan..padan muka..

Tapi tadi check, tak ada lah rekod saman sampai 26/11/2012..ke sistem tak up to date..

Kepada sesiapa yang nak check saman, boleh:


Melalui SMS

1.  Cara semak saman Trafik, Saman JPJ atau Polis adalah dengan menaip
      POLIS SAMAN ( NO. Plat kenderaan dan hantar ke 32728 .Caj rm0.50 akan dikenakan


Melalui online

  1. FREE service direct by Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), but please be aware that the database is not up to date
  1. You can check you saman free at RILEK website. RILEK stands for rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan
-Malynn-

Review: YES

Waktu beli kereta hari tu, dapat sekali 4G Wifi YES..

Jadinya, nak review sikit performance YES ni..


Aku dapat yang jenis mobile..senang nak plug in dekat dalam kereta..dan boleh juga pakai di mana-mana yang anda suka..

So far coverage untuk YES ni besar juga la..kadang-kadang je tak ada signal..tapi most of the time, ada..

Speed dia pun laju..senang nak surfing..

Kontrak dengan YES ni adalah free setahun..lepas tu kalau nak sambung boleh lah pilih pakej bersesuaian dari serendah RM48/bulan..
Sesuai untuk golongan pelajar atau bekerja..

Dan juga dengan pelbagai gadget yang memerlukan connection kepada internet, YES adalah salah satu provider yang boleh memberikan servis tersebut..

Untuk maklumat lanjut: http://www.yes.my/

-Malynn-

Wednesday, November 21, 2012

Typical Malaysian: AES

Isu AES sebab kat malaysia ada macam-macam isu..

Aku sekarang ni banyak ulang alik Bangi, atau UPM..jadi kalau dari rumah straight masuk SKVE untuk ke area tu..

Kalau siapa-siapa yang selalu lalu situ, lepas masuk LDP nampak Shell sebelah kiri..dan area Shell tu ada satu AES..
Mula-mula, aku pun tak tahu tapi husband aku bagitau..
Dan a few times gak la nampak pancaran cahaya dari AES tu..

Jadinya, everytime lalu situ mesti aku akan pastikan speed adalah 80km/hr..dan duduk dekat lane tengah..

Ingatkan aku sorang je buat sebab selalu kat SKVE tu aku akan speed sampai 140km/hr, lepas tu terus drop ke 80km/hr..

Rupa-rupanya, kalau korang lalu situ nanti cuba korang perhatikan yang kebanyakan kereta akan slow down dan tukar lane tengah..dan lepas je dari AES tu, semua akan pecut balik..hahaha

Ingat AES tu je pandai, orang Malaysia lagi pandai la..

-Malynn-

Tuesday, November 20, 2012

Jujur

Alhamdulillah, zaman sekarang masih ada orang yang percaya kepada kejujuran.


Benda ni banyak dibuat dekat UiTM yang mana diaorang tinggalkan barang contohnya air mineral, keropok ikan, jajan etc dan sediakan satu peti untuk dimasukkan duit ke dalamnya..

Kiranya orang yang buat ni percayalah yang kalau orang ambil air mineral tu akan bayar duit dengan masukkan duit kat dalam peti tu..peti tu pun dibiarkan je kat situ..tak ada orang monitor pun..

Dan mungkin jugak diaorang mengamalkan konsep siapa ambil tapi tak bayar, "korang makan lah makanan haram tu..nanti kembung perut.."

-Malynn-

Review: Proton Preve

Review ini buat dari sudut pengguna yang pakai Preve without comparing with other brands ye (on the specs but bentuk-bentuk badan kena compare jugak la) sebab selalu baca review selalu compared dengan oversea brands..ofcoz, can not go..ni pun simple review sebab tak focus on the specs sangat la sebab tak pandai..ini cuma review orang yang drive kereta ni hari-hari tanpa peduli pasal specs of the car..



Pertama
Kereta ni besar tapi besar pun standard besar kereta Sedan la..tak la besar macam MPV..
Bonet dia kalau dua orang dewasa nak lepak-lepak kat dalam tu pun no hal..selesa sangat..sesuai la dengan aku yang beranak kecil ni yang kena bawak stroller, bouncer, tilam etc bila pergi mana-mana yang kena bermalam..daripada luar, so far yang paling sama bentuk dan rupa paras adalah kereta Kia Forte/Naza Forte tu..serius sebab hari tu kitaorang park sebelah-sebelah memang lebih kurang sama..
Kalau dengan Honda City atau Toyota Vios, Preve punya belakang lagi besar..

Kedua


Nature of work aku kena banyak pergi sana sini dan sometimes kena catch up appointment..tak sempat nak isi minyak kalau dah lambat..
Preve ni ada features yang bagitau berapa KM yang korang boleh pergi dengan minyak yang korang ada masa tu..senang la nak budget..selalu kereta oversea memang ada features ni..

Ketiga
Pemanduan adalah smooth sebab aku dah try drive dekat SKVE yang mana tak ada AES..aku bawak paling laju 160km/hr tanpa gegar dan tak terasa..kalau bawak ViVA dulu, of coz dah terpelanting..hahaha. .tapi Viva tetap di hati..rasa masuk gear pun tak ada..

Keempat
Enjin 1.6cc..cukuplah untuk aku sebab aku just guna kereta untuk drive hari-hari, minyak penuh dalam RM80.00..sebenarnya kereta ni tak sesuai untuk aku yang selalu travel sebab dia guna minyak agak banyak..huhu..vote to ViVa jugak..hahaha

Harga
Ok lah..affordable..kalau banyak duit beli lah kereta mahal ye..

Maintenance
1000km dan 5000km seterusnya..kalau macam aku dalam 2 bulan sekali kena hantar pergi service..charge below RM200..

Tu je kot aku nak review..lagi apa ye..sebab kalau pada aku, aku just concern pasal minyak, stability bila bawak laju dan size..kalau yang lain-lain pasal enjin semua tu, aku tak ambil kisah sangat pun..sebab tak pandai..yang aku tahu drive je dan bila cukup masa, hantar servis..

-Malynn-

Monday, November 19, 2012

Lalala at DEMC Land

Adam kena warded 6 hari last week..jadinya berholiday la kami di DEMC..

Hari Selasa tu aku bawak Adam check up dekat DEMC dan terus warded sebab nak bagi dia gas dan sedut kahak dia..juga diberi ubat sekali...

Aku ambil single room which cost RM185.00/day..double bed pun ada, cost RM145.00/day..
Harga ni termasuk makan untuk 4 kali..
Ambil single room sebab senang kitaorang nak stay dekat situ tanpa ganggu orang lain..tapi katil Adam adalah baby coat..ada kerusi duduk dan kerusi panjang untuk orang yang jaga patient..

Ni adalah environment level 4 DEMC..

Wad kanak-kanak..comel sangat..terus terasa nak deco bilik Adam macam ni jugak..
Abang aku yang datang melawat Adam pun fikir benda yang sama bila ada dekat sini..


First masuk je bilik, nurse datang bag briefing pasal bilik tu..sambil bawak belon Angry Bird..
tapi anak aku mana lah tau nak main belon tu, jadinya aku bagi pada anak abang aku..


Facilities dekat DEMC ni ok lah..toilet cantik dan tiap-tiap hari ada orang datang bersihkan bilik dan toilet dengan tukar towel..
Makanan pun ok jugak tapi kalau dah namanya makanan hospital, idak la sedap mana..

Ni adalah treatment yang Adam buat kat hospital..
every 3 hours, nurse datang bagi gas ni dekat dia untuk cairkan kahak..


Kat sini ada wifi tapi kalau dekat wad yang ni signal tak kuat, jadinya aku guna wifi YES yang Proton bagi hari tu..
Hari keempat macam tu, dapat tukar bilik yang ada katil..kat situ signal wifi kuat dan katil besar..selesa la kitaorang anak beranak nak tidur..kalau tak, aku tidur je kat baby coat tu sekali dengan Adam..hihi

Overall, ok lah service dekat sini..nurse pun baik dan doktor pun cantik..Adam suka sangat dengan diaorang tambah-tambah yang cantik tu..

Ok, lastly sebenarnya aku masukkan Adam kat sini sebab nak service yang tiptop lagipun guna insurans..haruslah gunakan sebaik mungkin..sebab insurans Adam tak matang lagi, jadinya aku kena bayar dulu pastu claim..dah confirm betul-betul dengan agen tu, tu yang aku berani nak admit dia dekat sini..
Teman tak lah kaya nak habis kan beribu-ribu kat sini kalau insurance tak cover..hahaha

Harap Adam ok lah lepas ni ye..sihat lah dia hendaknya..

-Malynn-

Friday, November 16, 2012

Otitis Media

Hari ahad hari tu, tetiba aku nampak telinga Adam banyak tahi..pelik aku kenapa jadi macam tu sebab semalamnya aku dah cuci telinga dia..
Mula-mula aku tengok sebelah kanan,  sekali tengok sebelah kiri pun ada..tapi tak banyak macam belah kanan tu..

Aku pun bersihkan lah telinga dia lagi..tapi tetiba macam tak habis-habis lak tahi telinga dia tu..aku tengok dalam telinga, pun banyak..terus rasa tak sedap hati sangat..

Jadinya petang tu aku bawak dia pergi Salam Medical Centre..tapi sebab hari Ahad, doktor pakar memang tak ada..yang ada cuma GP je..dan dia just check dada Adam je even aku dah bagitau yang telinga dia ada keluar something macam hingus or nanah..doktor tu bagi Antibiotik, Ubat Batuk, Selsema..
Aku kalau boleh tak nak bagi ubat kat dia..tapi aku risau lagi melarat, aku bagi jugak la..

Hari Isnin, aku check pagi tu ada keluar lagi..tak pe, aku still hantar anak aku pada Ibu dia sebab aku kerja..aku dah inform lah kat Ibu dia tentang keadaan dia tu..

Pergi office pun aku tak sedap hati..aku terus search pasal benda ni dekat Google..ok, aku pun dah boleh jadi doktor macam ni sebab aku boleh explain kat doktor lagi better dari doktor kat Salam semalam tu check..rupanya, benda ni common jadi dekat baby umur bawah setahun..

Ianya dinamakan Otitis Media..tak bahaya tapi kalau asyik repeat jadi, boleh menyebabkan masalah pendengaran..Jadinya, bertambah-tambah risau lah aku memikirkan anak..

Lepas habis appointment dengan customer dekat UPM, aku terus ambil Adam dan bawak dia pergi Shah Alam sebab ingat nak check up dekat Klinik Pakar Kanak-kanak dekat Klinik ADEK, Seksyen 9 tapi sampai-sampai dah tutup..sebab operation hours sampai 4.30pm je..aku sampai 4.40pm camtu..

Dah risau-risau, malam tu bawak pulak pergi Pakar Kanak-Kanak Annur Bangi..ok lah..doktor explain pun puas hati..tapi dia advise Adam kena admit sebab dia suspect kahak dekat paru-paru Adam dah banyak..
Oh, pasal telinga Adam tu dah ok dah..dah tak keluar dah benda tu kat telinga dia..ni kena admit pasal kahak dia lak sebab dia memang batuk dan selsema..

Sebab dah malam, aku cadang bawak dia pergi DEMC esoknya jelah sebab kalau pergi malam pun, nanti bukan boleh buat apa..

Jadinya, hari Selasa bawak Adam pergi DEMC..doktor dekat situ pun suruh admitkan Adam..jadinya ni dah 4 hari dah duduk wad..esok baru boleh discharge..
nanti sambung lagi..

Info untuk Otitis Media tu adalah seperti di bawah:


"Otitis media (OM) is the second most common disease of childhood, after upper respiratory infection (URI). OM is also the most common cause for childhood visits to a physician's office. Annually, an estimated 16 million office visits are attributed to OM; this does not include visits to the emergency department.
OM is any inflammation of the middle ear without reference to etiology or pathogenesis. OM can be classified into many variants on the basis of etiology, duration, symptomatology, and physical findings.
Acute OM (AOM) implies rapid onset of disease associated with one or more of the following symptoms:
  • Otalgia
  • Fever
  • Otorrhea
  • Recent onset of anorexia
  • Irritability
  • Vomiting
These symptoms are accompanied by abnormal otoscopic findings of the tympanic membrane (TM), which may include the following:
  • Opacity
  • Bulging
  • Erythema
  • Middle ear effusion (MEE)
  • Decreased mobility with pneumatic otoscopy
AOM is a recurrent disease. More than one third of children experience 6 or more episodes of AOM by age 7 years.
OM with effusion (OME), formerly termed serous OM or secretory OM, is MEE of any duration that lacks the associated signs and symptoms of infection (eg, fever, otalgia, irritability). OME usually follows an episode of AOM.
Chronic suppurative OM is a chronic inflammation of the middle ear that persists at least 6 weeks and is associated with otorrhea through a perforated TM, an indwelling tympanostomy tube (TT; see image below), or a surgical myringotomy."

-Malynn-

Sunday, November 11, 2012

Durian Crepe in the House

Sibuk sana sini orang ber "crepe"..hajat dihati nak try buat mille crepe tapi memandangkan saya ada anak kecil yang demam dan tak sihat, tak banyak masa lah nak buat mille crepe tu..

Jadinya, try la buat Durian Crepe ni dulu..kat rumah ada durian..cuma Non Dairy Whipping Cream tu je yang tak ada..kebetulan sabtu tu pergi Bangi nak beli barang-barang untuk buat coklat sebab ada repeat order yang nak tambah lagi seratus..terus lah beli whipping cream tu sekali..

Resepi dapat dari Blog Masam Manis milik Kak Ita: http://fromintankitchen.blogspot.com/2012/10/durian-crepe-durian-pancake.html

Bahan-bahan senang je dan step yang Kak Ita provided adalah sangat details dan perlu diikut secara betul..kalau tak, tak jadi la jawabnya..sebab walaupun bahan senang tapi cara buat dia leceh sikit sebab crepe tu maksudnya lempeng nipis..jadi, nak bagi nipis dan tak overcooked serta tak koyak..practice banyak kali adalah disyorkan..


Hasilnya, dari segi rupa tak berapa nak lawa sebab aku banyak yang overcooked..jadinya permukaan crepe tu tak licin..pastu sebab nipis sangat, banyak yang koyak..tapi lama-lama dapat gak la crepe yang ok..
Rasa pulak, not bad..sedap..boleh cuba lagi..

Ni untuk jiran sebelah

-Malynn-

Thursday, November 8, 2012

Lelaki Educated vs Lelaki Not So Educated

Benda ni just tetiba terfikir..

Betul ke lelaki educated lebih gentleman, caring and knows better macamana nak treat perempuan compared dengan lelaki yang kurang educated..

Ataupun, educated atau tak, bukan isu, cuma environment yang mempengaruhi..

Sebab kalau environment, kalau boleh aku nak ajar Adam ni daripada kecil macamana nak appreciate perempuan supaya nanti bila dah besar, dia tahu macamana nak appreciate mama, wife or anak dia nanti..

Dan daripada pengalaman aku bercinta sebelum ni pun..memang nampak jugak yang lelaki yang educated ni lebih pandai ambil hati perempuan..

Macam contoh boyfriend no.1, no.2 and no. 4 aku.wahhh3x..ramai lak boyfriend..hahaha.
Ok, background semua degree engineering..
Kalau special day je mesti bagi something..tak de lah benda mahal-mahal pun..kadang-kadang kad je or belanja makan..tapi nampak la nak appreciate hari tu..so kalau aku dah macam excited tu, terbalas la..
Diaorang pun more polite and behave..

Aku tengok kawan-kawan aku pun, husband diaorang kadang-kadang buat surprise..bagi bunga..wish birthday..and so on..

tapi kalau husband aku sekarang..kalau aku ingatkan 80x kali pun special day kitaorang..belum tentu la dia appreciate hari tu..

Nak ajak pergi tengok wayang ke apa ke without baby pun tak ada..kalau ada pun, aku yang kena plan and arrange..

Sampai aku give up dah nak excited kononnya nak celebrate birthday or anniversary..
*jangan risau, apa yang aku tulis ni aku dah cakap dengan dia dah..

Dan apa husband aku balas, dia cakap "mak dia tak ajar nak celebrate special day ni"..

Mak bapak aku pun tak ajar juga, tapi pandai-pandai sendiri la kan..tu aku tak nak nanti Adam dah besar, bila wife dia tanya kenapa tak pandai nak appreciate perempuan, dia pergi salahkan mak bapak dia lak kan..

So, banyak masa aku habiskan dengan Adam dan malas nak arrange special time together dengan husband aku..cepat lah adam besar..senang sikit nak ajak dating berdua..

-Malynn-


Adam Zhariff - 4 Bulan


Ini budak sudah pandai meniarap pada hari raya Haji hari tu..umur dalam 3 bulan lebih..

Ok la kot..cepat..ada anak kawan aku yang sebaya dia, 4 bulan lebih baru nak meniarap..6 bulan pun ada..
Aku risau gak la dengan adam ni sebab dia lahirkan vacuum..takut ada side effect dekat dia..tapi alhamdulillah..so far, so good..perkembangan dia pun cepat..ni dia dah nak explore untuk mengesot..angkat-angkat bontot nak ke depan..tapi still at early stage..

Response to environment pun ok..bila panggil dia pandang..suka sangat berborak..bising betul mulut dia tu..
Diharap anak mama sihat dan pandai ye..

-Malynn-

Bye-Bye Sayang



Terima kasih Cik BJU colour Biru untuk semua kenangan kita bersama..
Kita dah sampai ke mana-mana dah berdua..Penang, Kelantan, Johor..all over Peninsular Malaysia dah sampai kan..

Anyway, thanks for your service..Luv you..

*Aku upload gambar ni dekat Facebook, bukan nak bagitau orang yang aku dah tukar kereta..sebab aku tukar kereta Preve je..buat apa kecoh-kecoh pun..tapi ramai lak yang komen..sebenarnya aku upload gambar ni as appreciation untuk kereta pertama aku ni..aku sayang nak let go dia..tapi nak buat macam mana..untuk keselesaan anak, terpaksa la tukar..

-Malynn-