Followers

Sunday, December 29, 2013

EPHYRA MURAH dah nak habis dah


Cepat..cepat..cepat..
Harga promo untuk Ephyra akan berakhir berapa jam je lagi ni..
Cepat order sebelum terlambat..
Harga gila-gila murah ni..nak stock banyak-banyak pun tak apa sebab expire date adalah 2015..

Jadi cepat bertindak sebelum terlambat..^_^

P/S: Tapi kan stock untuk promo ni ada 11boxes je lagi..lepas ni nak cuti sampai Jumaat..
Siapa cepat dia punya la ye..terima kasih!!!

-Malynn-

Alamanda

Weekend lepas aku agak buzy dengan part time bisnes..
Ada 2 customer yang nak COD..nasib dekat je..
Hantar pagi jadinya banyak masa ada untuk berjalan ke tempat lain..
Walaupun gaji tak masuk lagi..duit pun paras hidung dah ni..
Tak apa..jalan-jalan je tak membeli tak apa..
Usha PANDORA pun tak apa..tak kena bayar kan..

Jadinya, hari Sabtu tu lepas jumpa customer dekat Putrajaya terus ke Alamanda..
Sebenarnya dah lama gila aku tak pergi sini..
Last pergi masa kerja kat IMU kot..ke masa kerja dekat Fisher..tapi dah 3-4 tahun kot tak pergi..
Banyak kedai baru..dah tak sama macam dulu..

Dulu masa study dekat UKM, ni antara tempat nak dating..
Tapi jarang jugak pergi..sebab ada motor pun masa final year..
Nak naik public transport pun tak ada connected dari Bangi ke Putrajaya..
Masa tu pun kalau pergi Alamanda just window shopping dan makan dekat Foodcourt..
Dan benda yang aku teringat adalah waffle dia..

Sebenarnya tengahari tu jiran aku dah jemput pergi birthday party anak dia..
So aku memang tak masak la kan..
Makan ringan-ringan je dulu kat Alamanda ni..
Order Waffle Starwberry Hill..
Sedap..sama macam aku rasa 3-4 tahun dulu..


Kali ni datang dah anak sorang 
tapi tak kahwin pun dengan bf yang selalu dating kat sini dulu..hikhik

-Malynn-

Selamat Tinggal 2013

Lagi 2 hari je lagi dah nak habis 2013 ni..
Cepat betul masa berlalu..dan pejam celik pejam celik dah nak masuk 2014..

Kesimpulan untuk tahun 2013 ni, tak ada benda menarik..
Benda biasa-biasa je..dan boleh dikatakan 2013 bukanlah tahun yang baik untuk aku..

Tambah pulak awal tahun 2013 ni arwah bapak aku dah tak ada..
As expected sebab sebelum tu aku ada dekat Singapore seminggu..
Sebelum pergi pun aku dah tak sedap hati..
Balik Singapore ngam-ngam sehari sampai, arwah bapak aku meninggal..
Dapat jumpa disaat akhir je..
Apa-apa pun alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan dia..
Dan kami yang tinggal ni pun dah boleh adapted dengan keadaan baru ni..
Mak aku pun aku tengok dah ok..dulu kurus..sekarang dah naik badan balik..
Semoga arwah tenang di sana..Al-Fatihah..aminnn..

Selain tu, dengan Adam yang agak kerap keluar masuk hospital sampai kena minor operation semua agak menguji jugak la..walaupun sakitnya tak berbahaya..
Alhamdulillah semua berjalan lancar dan semua dugaan diharungi dengan baik..
Dan sekarang Adam sihat dan semakin membesar..semakin pandai buat perangai..semakin menguji kesabaran..
Kata orang kalau anak kecik-kecik nakal, dah besar pandai..
Hope sangat dia jadi pilot MAS ke..Emirates ke..dapat lah maknya berjalan-jalan bila dah pencen nanti..

Untuk kerja pun biasa-biasa jugak..
Sales tak banyak..tapi ilmu pengetahuan makin bertambah..
Self confidence makin meningkat..
InsyaAllah 2014 ni ada hasil daripada kerja yang dibuat pada tahun 2013 ni..
Doa-doakan lah ye..

Part time bisnes pun alhamdulillah..makin ramai customer..
Target bulan ni tercapai dan sambutan sangat menggalakkan..
Alhamdulillah sangat..dapat la tampung buat beli botol susu anak untuk tahun depan..

Alam perkahwinan pulak macam tu lah..
Bergaduh bertekak tu hari-hari..
Bertumbuk semua tu belum lagi..hahaha
Adat la berumahtangga kan..kalau baik memanjang macam mustahil..
Kalau bergaduh tu, lepas tu ok balik..boleh lah minta PANDORA sebagai hadiah untuk berbaik.. :P
Doakanlah makin bahagia dengan anak kami si Adam tu..nak tambah lagi, not yet..

Apa lagi ye..emmm..
Tu je summary untuk tahun 2013...
Aku try cari azam aku tahun ni..tapi tak ada..
Rupanya aku tak berazam pun tahun ni..
Yelah..nak kurus pun badan macam tu je..
Nak beramal ibadat pun macam tu jugak..

Doakan lah 2014 makin baik, makin cantik, makin kaya, makin baik budi pekerti hati nurani, makin banyak bersedekah..aminnn..

-Malynn-



Wednesday, December 25, 2013

Nak Cantik

Hujung-hujung tahun ni bosan je..nak jumpa orang pun ramai yang cuti..
Jadinya hanya menghabiskan masa dekat office..
Ok, marilah bercerita..

Alkisahnya pasal customer Ephyra la ni..especially yang first time nak try..
Bukan yang repeat order..
Selalunya diaorang akan SMS aku tanya dulu pasal Ephyra ni kan..
Kalau yang rajin tu diaorang dah siap-siap cari testimonial pasal Ephyra ni kot..so, bila SMS tu just tanya harga berapa, bayar dan aku pos barang..
Tapi untuk yang masih memerlukan penjelasan tentang Ephyra ni selalunya banyak la soalan yang ditanya..
Aku suka je melayan..sebab best bagi penerangan kat orang ni..hihi
Selalu soalan yang aku akan tanya "Kenapa nak consume Ephyra ni?"..
Sebab Ephyra ni banyak fungsi..jadi bila customer dah specific kan untuk apa senang la aku nak explain..
Kalau general sangat, banyak pulak aku nak explain..
Macam contoh dia cakap untuk kurus..so aku akan cakap la sesuai ke tak..effect macamana lepas ambik Ephyra ni semua kan..

Dan contoh lagi diaorang jawab "nak cantik"..
Selalu aku akan blur sekejap bila cakap "nak cantik"..hikhik
Aku akan diam sekejap baru aku jawab..
Sebab aku pun tak tahu nak jawab macamane..
Nak cantik?..rupa awak tu macamane..
Tak nampak sebab kat phone tak nampak muka..
Lagipun aku ni bukan plastic surgeon yang boleh tolong orang jadi cantik..
Selalu customer yang aku jumpa face to face pun aku rasa dah cantik dah tapi dia rasa dia tak cantik..
Acener tu..???

Tapi customer kan always right..jadi kite jawab je mana yang kite reti ye dak?..hihi

Lain kali adik-adik cakap la nak kulit lembut, nak hilang kan parut, kurangkan jerawat..senang akak ni nak menjawab.. :p
Nak bagitau berapa lama nampak effect semua kan..
Macam aku ni pun siapa yang pernah jumpa depan-depan mesti cakap
 "Eh, tak cantik pun akak ni..biasa je"..
Nak buat macamane kan..kejadian Tuhan dah macam ni..kalau makan Ephyra terus tukar jadi cantik macam Siti Nurhaliza, susah pulak orang-orang sekeliling nanti kan..haha..

Apa-apa pun terima kasih banyak-banyak pada customer - customer Ephyra yang percaya untuk beli daripada aku..harap korang semua bertambah cantik, sihat dan mendapat manfaat bersama-sama ye..

Nah di akhiri dengan muka kak Lynn yang tak berapa nak cantik tapi manis tu ade kot.. :D


-Malynn-

Ok..FINE!!!


Lepas ni kalau nak pergi mana-mana kena well planned which kalau nak pergi satu tempat make sure cover semua benda yang nak dibuat..
Jangan nak saja-saja lalu tol suka-suki..
Untuk customer ephyra..kalo nak COD, aku kena confirmkan balik date bila aku boleh COD..sebab kos tol yang mencanak naik memberi kesan yang sangat-sangat pada aku..

Terima kasih semua..memang aku tak halal kan duit aku tu..

-Malynn-

Monday, December 23, 2013

Girls Day Out

Semalam aku ambik cuti..nak keluar dengan adik aku pergi The Curve..
Senang pergi sini..semua ada..nak makan banyak tempat ada..nak tengok wayang pun tak sesak sangat..
Kalau nak pergi IKEA pun boleh jalan kaki je..

Aku pun dah lama tak ber hua hua..
Marilah alang-alang ada org nak teman kan..
Macam ni lah nasib orang tak ramai kawan..


Mula-mula sampai pergi tengok tiket wayang dulu..pergi pagi tak ramai orang pun..
Ambil pukul 1245tgh..cerita 47 Ronin..
Harga RM12/person..

Sementara nak tunggu wayang start, jam pun baru pukul 11.30am..
Kiteorang pergi karaoke yang baru bukak..dekat je dengan e-Curve MBO tu..
Ada promotion..RM6.50/hour untuk small room..lagu unlimited..
Mari bernyanyi..selalu nyanyi dalam kereta je..nak feeling lelebih pun tak boleh sebabnya nanti orang kereta sebelah ketawa kan kite..
Dan sebab kami berdua ni bukan kaki karaoke, dah satu hal tak tahu nak pilih lagu apa..
Yang penting lagu mestilah yang menyusuk perasaan dan boleh tarik sampai habis suara kan..


Mula-mula je blur..lepas tu bila dah nak cukup sejam baru kelam kabut pilih lagu macam-macam untuk nyanyi..


Habis karaoke just nice pergi tengok wayang pulak..
Cerita 47 Ronin..tak ada lah best boombastik..tapi ok lah..
Cerita pun slow je..dekat 2 jam cerita ni..

Keluar wayang, pergi solat semua dan terus ke Dip N Dip sebab aku teringin nak try..tengok gambar macam sedap je..tapi siapa yang nak pergi sini disarankan makan untuk hi tea or dessert time..sebab dia tak ada pun heavy food..


Variety of choices dan price quite pricey..setahun 2x je boleh makan..
Nak best buat kat rumah sendiri pun bleh..haha..sebab aku kan tauke coklat..tengok diaorang punya senang je aku nak tiru..rajin tak rajin je..hikhik




Harga semua ni RM45.10..
Membunuh jugak la..

Ok..hari pun dah menunjukkan pukul 430pm..marilah pulang ke pangkal jalan..
Tu pun sebab ingat anak comel saya tu..nanti balik lambat kesian dekat dia..
Nasib jugak balik on time sebab masa dah kat rumah tu aku sibuk masak dinner, anak aku pulak sibuk selongkar fridge cari makanan..kelaparan sangat rupanya..kesian anak saya..
Mak pergi hua hua..anak kelaparan..huhu

Nanti adik aku dah pergi US tak ada la merasa nak buat macam ni lagi..nak ajak laki takut dia pengsan pulak dengar saya nyanyi-nyanyi sebab selalu depan dia saya ayu je..hikhik

-Malynn-

Monday, December 16, 2013

Coach Handbag For Sale



PARK LEATHER MINI DUFFLE CROSSBODY
STYLE: F49160
SELECT COLOR: SILVER/VERMILLION
Leather
Inside zip, cell phone and multifunction pockets
Zip-top closure, fabric lining
Handle with 4" drop
Longer strap for shoulder or crossbody wear
9" (L) x 8 1/4" (H) x 3" (W)

nak let go, new with tag & wrap without dustbag..
RM550 (nego)..pls ctc 012-2415823

Bodoh

Apa lah nak jadi dengan Malaysia ni..
Apa lah nak jadi dengan Menteri -menteri kabinet ni..
Tak kesian ke kat rakyat???..

Lepas gula naik, minyak naik, elektrik naik, now tol pulak nak naik..


Penat tau..sebab semua benda naik tapi gaji aku tak naik..

Aku tengok part tol tu..memang aku affected la nanti sebab aku memang lalu tol nak pergi kerja or jumpa customer..naik pulak tu bukan main banyak..

Then menteri cakap guna jalan biasa kalau tak nak tol..
Tapi boleh bagitahu tak kat mana jalan biasa yang tak ada tol tu..?????

Jawapan paling bangang seorang menteri boleh cakap..

Ok fine..nak migrate aku tak ada usaha nak kearah tu..
Marilah kita berjimat lagi..duit yang ada tu just untuk spend pada benda-benda basic je..

Tak payah ada vacation, tak payah makan sedap, tak payah tukar baju baru..
Tak payah celebrate birthday macam Kak Mah kat Sri Perdana tu..tak payah..

Untuk semua yang terlibat dalam hal-hal ini aku doakan Allah memberi petunjuk untuk korang berubah ke arah membantu rakyat dan bukan menyusahkan rakyat ye..
Ingat lah hidup ini hanya sementara..

-Malynn-


Sunday, December 15, 2013

Hanya Mahu Bercerita

Cerita 1

Adam admitted lagi hari tu..masalah kahak tapi dah nak kena penumonia..
Sebab aku memang tahan dari bawak dia pergi hospital..lebih kurang 2 minggu kot aku just bagi ubat sendiri..tu pun campur dengan susu sebab Adam memang susah nak makan ubat..nurse-nurse dekat DEMC tu pun dah kenal dah budak paling kuat melawan tak nak makan ubat adalah Adam dekat wad 415..
Muka pun dah familiar dekat situ..

Since dia asyik muntah je..tak nak makan..tak aktif..tu nak tak nak kena admit jugak..
Masuk hospital, doktor bagi injection antibiotik semua..3 hari sihat..
Senyum memanjang..menari-nari..makan banyak..senang hati..alhamdulillah..
Sorry la Prudential..asyik claim je kan..


Cerita 2

Hari tu makan dekat Mas Mono..biasa lah makan sorang-sorang sebab baru lepas pergi UiTM..
Tetiba datang lah sorang budak Cina ni..nak mintak derma untuk society Pathway 2nd Chance ke apa ntah..
memang susah la dia nak explain bahasa melayu..dia nak cakap English dia takut aku tak faham..last-last aku reply je English kat dia..kesian kan..muka KG.Com macam ni semua orang takut nak cakap English dengan aku..
Ha..lepas tu dia mintak derma tu siap mention amount yang dia nak adalah RM20..bukan seikhlas hati..
Maaf la dik..zaman semua benda pun nak naik ni RM20 tu besar nilainya untuk akak..lepas la nak beli lauk untuk 2 hari..maaf ye dik..pergi lah mintak dekat orang kaya yang duit tak tahu nak buat apa..yang banyak duit pergi sini sana..tak payah check akaun berapa duit yang ada sebab nak beli baju dekat Zalora..
Dan siapa yang rasa nak menyumbang boleh la try search society tu dekat internet ye..

Cerita 3

Weekend lepas pergi Ipoh sebab anak sedara kahwin..
Jalan smooth tapi lepas Tapah tu jammed sangat sebab ada lebih kurang 2-3 accidents..
Tu aku malas nak kemana-mana musim cuti sekolah ni..pergi shopping mall pun hazab nak mencari parking..
Nak makan, nak beli barang pun bersesak-sesak..


Cerita 4
Aku tak jadi berhenti kerja..duduk jelah kat tempat lama ni lagi..
Kalau ada rezeki, nanti cari kat tempat lain lagi..

K la, nanti sambung cerita lagi..

-Malynn-

Thursday, December 12, 2013

Friday, December 6, 2013

Ephyra Super Murah!!!

Hi,

Untuk semua yang nak cuba Ephyra or nak repeat order Ephyra..tapi harga menjadi penghalang untuk membelinya..meh Kak Lynn nak offer super duper murah punya harga Ephyra..

Tapi offer ni valid sampai 31st December 2013 je ye..pasni tak dapat dah nak tolong bagi harga murah..
Untuk yang dah biasa beli tu dah tahu lah kot berapa harga Kak Lynn nak bagi untuk promo ni..
Eh ber"akak-akak" lak..hihi
Untuk yang baru nak cuba boleh la contact Kak Lynn dekat no. ni: 012-2415823..

Cepat ye nanti lambat, anda yang rugi.. =p


Lagi satu just nak bagitau yang harga promo tak boleh dipamerkan secara terang terangan..ni arahan daripada pihak Oceanlife..bukan apa..takut nanti ada bias price dengan dealer-dealer lain..
Jadi siapa nak tahu harga promo tolong SMS akak ye..terima kasih semua..



Wednesday, December 4, 2013

Musibah Banjir

2-3 hari ni banjir teruk dekat Pantai Timur kan..
Ramai yang terlibat..beribu-ribu..aku tengok gambar pun dah tak boleh imagine betapa teruknya banjir tu..
Kebetulan kawan aku ada 2 orang kat Kuantan..akak ipar aku pun ada dekat Kuantan..
Tapi aku pun tak sure area diaorang tu sangat..
Yang kawan aku Fiza, dekat Balok kalau tak silap..Eina aku rasa area-area tu jugak..
Akak ipar aku dekat Gambang..

Aku tak tahu apa nasib diaorang..cuma dapat WhatApps Fiza..dia cakap elektrik baru ada..air tak ada..
Kena duduk rumah je sebab even rumah dia tak banjir tapi kawasan luar perumahan dia banjir..
Tak tahu nak makan semua macamana..tambah-tambah bila ada anak-anak ni..
Tengok berita pun proses menyelamat masih dijalankan..
Tempat perlindungan pun tak ada api air..

Aku doakan semua selamat..nak tolong lain tak mampu..

Dan yang best antara tak best banjir ni..kawan aku update, ikan-ikan sungai semua menyerah diri depan rumah bapak dia..


Macam kelakar tapi tak kelakar sebenarnya dengan musibah yang menimpa ni..
Apapun diharap kawan-kawan aku selamat dan banjir ni cepat surut..
Aminn..

-Malynn-