Followers

Tuesday, May 15, 2012

The Avengers & Beanieplex, TGV Sunway

Ok..ok..aku memang lambat kalau bab pergi tengok wayang..kadang-kadang sampai cerita tu dah habis tayang baru nak pergi tengok..last-last tak tengok pun..

Kerana semalam macam free dan En.Suami pun cuti teman pergi PPUM, kami pun pergilah Sunway Pyramid sebab nak tengok wayang cerita The Avengers setelah asyik bertangguh je..

Lama dah tak tengok wayang..last tengok Ombak Rindu..=p

Tengok timing cerita ni macam lambat je lagi..yang ada 1.30pm paling cepat tapi depan dia ada tulis [B]..macam kalau Imax Cinema dia tulis [IMAX]..so there is something behinds [B] yang aku tak tahu apa dia sebenarnya..jadinya, beli jelah tiket tu..harga??..RM19.00..total RM38.00..hahaha..mahal giler..lagilah aku nak tahu [B] stand for what??..

Aku pun tanyalah kat kaunter tu..rupanya [B] untuk Beanieplex Cinema..so, nanti masuk, cari je nama cinema tu..ok dik..terima kasih..tapi still tak dapat gambarkan apa itu Beanieplex..

Sekali masuk..haaa..ambil kau..syok tak?...hahaha



Ruap-rupanya, beanbag yang ala-ala tilam yang boleh muat dua orang..kalau ada anak dua orang lagi pun muat nak join jugak..yang korang boleh baring-baring sambil tengok wayang dengan enak nya..

Dan kerana beanbag tulah aku berjaya tidur lebih setengah jam..dan tak tahu apa yang jadi dengan cerita The Avengers tu..nasib setengah jam terakhir aku berusaha bangun nak tengok jugak..kalau tak, sampai habis cerita aku tidur..hahaha

p/S: Cerita tu ok..cinema tu tak ok sebab comfortable sangat..hikhik

Malynn:)

No comments:

Post a Comment