Followers

Thursday, January 26, 2012

Rezeki Hari Jumaat

Dapat angpow, bos bagi..


Officemate belanja Pizza Dominos sebab tolong dia hari tu..


Nilah rezeki saya hari ni..

Kadang-kadang tak semua hari adalah "Good Day" kita..dan kadang-kadang tak semua hari adalah "Suck Day" kita..jadinya appreciate lah setiap hari yang kita lalui...

Malynn:)

Wednesday, January 25, 2012

Laksa Shack

Ramai orang dah makan dekat sini, dan kedai ni pun dah buka beberapa tahun yang lalu..banyak cawangan juga..


Tapi sebagai bukan peminat laksa, jadinya tidak lah aku teringin nak makan dekat sini..

Kebetulan, pergi Sunway Pyramid hari tu terlalu depan kedai ni dan terlintas nak cuba makan dekat sini..
Hasilnya..inilah yang kami order..

ABC - color cantik..tapi rasa so-so la..

Mi Kari - cair..sedap lagi Secret Recipe

Asam Laksa - ok la..rase lite-lite..sedap juga

Laksa dia sedap la compared dengan mi..yang lain tak pernah makan lagi..mungkin boleh cuba lagi nanti..

Malynn:)

My Obsession..

Aku sangat obsessed dengan nasi beriani..tak kisah la nasik beriani Melayu ke Arab ke..tapi mamak kene fikir 2-3x sebab tengok mamak tu hensem ke tak..kalau hensem, ok..aku ok dengan beriani mamak..

Sampai hari ni pun aku mengidam sebenarnye nak makan nasik beriani orang kahwin..sebab aku dah try beli kat kedai, tapi macam tak sampai rasa..nak yang orang kahwin punya juga..last aku makan bulan 12 hari tu masa kawan aku kahwin..lepas tu baru ngidam nak makan lagi..setakat ni yang aku dapat makan pun, nasik minyak je...

Mungkin aku obsessed sangat dengan nasik beriani bermaksud nanti dapat anak macam ala-ala Arab kot..hikhik



Set Ayam Kabshah kot..tapau dekat D'Arab Cafe..Nasik + Ayam + 3 side dished..ok lah..dan air sirap limau juga..portion untuk 3 orang makan..total = RM26.00 je..tak ada tax..=)

Malynn:)

Ratu Pizza

Normally kalau balik kampung, cuti lama..dan adik aku mengada nak jalan-jalan..kami akan pergi Tg Malim atau Teluk Intan je..sebab dekat dan banyak sikit kedai yang boleh pergi..

Dan benda yang jarang missed adalah makan dekat Pizza Hut..


Dan ni adalah Ratu Pizza yang mana wajib tangkap gambar dia dengan pizza-pizza yang di makan..hihi

Malynn:)

Thursday, January 19, 2012

Pisang Kembar

Agak-agak kalau makan pisang ni dapat anak kembar tak???


Malynn:)

Asam Pedas Ikan

Mari cuba masak benda baru..masak untuk dinner semalam..

Asam Pedas Ikan Cencaru



Resepi:

1 ekor ikan apa-apa yang suka
3-4 sb cili boh
3-4 ulas bawang kecik - tumbuk
2-3 ulas bawang putih - tumbuk
2cm kunyit hidup - tumbuk
1 batang serai dititik
1/2 mangkuk kecik air asam jawa
Air - ikut kuah nak banyak mana
Daun kesum
Garam
Gula

Tumis bahan tumbuk+cili+serai..masukkan air asam jawa..masukkan air sampai mendidih..masukkan ikan & daun kesum..cukupkan rasa dengan garam & gula..

Siap..

Bau dah ade bau asam pedas..rase boleh la..kalau husband saya makan tambah 3x..maksudnya ok..kalau dia makan tak tambah..maksudnya faham-faham sendiri la ye..

Malynn:)

Monday, January 16, 2012

Jimat Sikit Duit

Bila akhir bulan, duit dah kurang tapi ada barang-barang kat rumah yang dah habis dan nak tak nak kene pergi beli juga..benda-benda macam ni adlah sangat membantu dan mengurangkan kos perbelanjaan sikit..alhamdulillah..


Kebetulan kali ni banyak voucher untuk barang-barang rumah macam detergent, toothpaste, roti yang memang aku guna tiap-tiap bulan..


Malynn:)

Ikan Masak Taucu

Ni masakan yang cepat dimasak..enak dimakan..sesuai untuk orang-orang yang bekerja macam saya ni..


Resepi:

Ikan (apa-apa ikan pun boleh)
Bawang besar - potong 6
Bawang putih -  hiris
Cili padi
Halia - Hiris
Taucu
Air Asam Jawa
Serbuk Kunyit
Garam sikit je sebab taucu dah masin

Goreng ikan dan asingkan..
Tumis bawang besar & putih, masuk halia dan cili padi..
Lepas tu masukkan taucu, biar sekejap..masukkan air asam jawa dan air..masukkan serbuk kunyit sikit untuk colour cantik sikit..masak sampai kuah nak banyak ke sikit..masukkan ikan yang digoreng tadi..

Siap & makan dengan nasik putih..

Malynn:)

Sunday, January 15, 2012

Nasi Lemak Di Hujung Minggu

Sebab dah jadi surirumah tangga separuh masa, jadi hujung minggu kan ada banyak masa sikit..jadinya, mula lah memikirkan menu apa yang tak pernah masak dan ambil masa lama sikit..sebab banyak masa ni..

Nak keluar pun, sejak kahwin ni duduk di rumah adalah lebih membahagiakan berbanding keluar berjalan-jalan..kalau keluar berjalan-jalan tak sampai 2 jam pun, otak dah fikir nak balik rumah balik..baik tengok tv baring-baring..lagi syok..

Jadinya, menu pilihan adalah nasik lemak..first time ni masak..selalu makan je mak masak atau beli je kat kedai..senangggg..

Nasi Lemak

Ikut cara mak saya..



Resepi:

2 cawan nasik
2 1/2 - 3 cawan air + santan..agak-agak sampai nasik masak
Letak serai
Garam sikit

Padan kan dengan....

Sambal Ikan Bilis

 Resepi:

Ikan bilis -  ikut suka nak goreng dulu ke atau nak masuk terus
2-3 sudu cili boh
2-3 biji bawang kecil - tumbuk
Serai sikit - tumbuk
Tambah gula, garam, air limau atau asam jawa sikit

Tumislah bahan tumbuk dan cili boh sampai pecah minyak..masuk garam, gula, air asam, air..bagi masak & pekat..masukkan ikan bilis..
Siapppp..

Rendang Ayam

Ni saja nak try dan tambah lauk sedia ada..resepi lupa..


Ni pulak regular customer dekat meja makan saya..suka tak suka..sedap tak sedap, makan jugak..penat tau masak..huhu


Malynn:)

Thursday, January 12, 2012

Aktif Berniaga Kembali


Tahun lepas aku aktif jugak la buat berniaga coklat & botol doorgift kan..pastu aku dah slowdown sebab sibuk nak kahwin..dan kekurangan facility jugak buat aku malas nak buat benda-benda ni..

Tapi dalam malas-malas tu kadang-kadang ada jugak la orang order botol doorgift tu, coklat pun ada juga, tambah-tambah musim orang kahwin hari tu..birthday pun ada juga orang nak, tapi waktu aku kahwin..jadinya aku tak ambil..aku pun tak ada lah nak promote sungguh-sungguh bisnes aku ni..just letak kat blog, kat FB, abang aku tolong promotekan juga..pastu dekat Mudah.my..
 

Start this year, aku dapat dua order..dua-dua untuk orang kahwin..jadi kene buat serius sikit la..
Coklat, packaging kene cantik..dan maybe aku boleh letak sticker label aku untuk salah satu langkah promosi..
Order ni aku dapat pun kawan atas kawan..kawan aku order kat aku, kawan dia lak berkenan..terus mak kawan kepada kawan aku SMS cakap confirm order nak buat doorgift untuk anak dia kahwin bulan 5 ni..banyak gak la..dalam 1000pks..kahwin aku pun order untuk doorgift dia, bulan 4 ni..kire macam rezeki terpijak..tak payah cari orang, tapi orang cari kita..tetiba juga kawan abang aku tanya pasal botol doorgift tu..tapi tak confirm order lagi..ape pun alhamdulillah..rezeki anak kot..

Tulah aku rase nak aktif meniaga balik..semangat pun semnagat..duit untung berniaga ni pun boleh jugak la beli barang baby nanti..

Jadinya, nak start balik ni..aku upgrade sikit la..bagi official quotation & invoice bagi formal sikit tambah-tambah untuk order yang melibatkan hari bersejarah orang kan..ni aku tengah fikir nak design logo..camne ye..huhu

Malynn:)

My Small Little Caliph -13 weeks

Awal bulan hari tu pergi monthly check up dekat Az-Zahrah..
Ok, kirenye every month benda yang aku tunggu-tunggu adalah nak pergi tengok baby ni..walaupun hari-hari dia ada dalam perut ni tapi aku tak leh nampak dia..
Nak rasa dia pun tak boleh sebab tak rase pun lagi dia gerak-gerak..


See..hari tu dia seketul je tapi kali ni dia dah ade kepala, tangan, kaki, dan perut yang buncit sikit tu..hihi
Excited tapi aku gi check up hari tu Doktor lain yang check bukan Doktor first check up tu..yang ni macam garang dan malas nak layan..so excited pun diam-diam jelah..kalau Dr.Emi hari tu layan gak la excited feeling sama-sama..huhu

Pastu berat aku naik 3kg within 1 month..max weight per month..patut lah aku rase semua dah mengembang je..pipi kembang..part-part lain tu jangan cakap lah kan..tapi ni aku dah cuba kurangkan makan apa yang patut..makan buah pun banyak gak sekarang..tapi aku tak minum susu..dari dulu lagi aku tak suka minum susu..so, sekarang pun aku tak nak minum susu..azab ok..so, Doktor bagi pil Calsium..

Next visit, 1/2/2012 nanti..ingat nak pergi Klinik Kesihatan Puchong lak sebab nak buka buku kat Government so nanti senang ape-ape jadi nak beranak kat Government senang dan bak kata officemate aku nanti anak aku nak ambil injection apa-apa..free je..

Hope anak mama ni sihat, mama pun sihat..dan semua berjalan lancar..anak mama nanti jadi anak yang baik, soleh, pandai dan berjaya dunia & akhirat ye..

Dan aku pun dah mula pakai ni lotion ni..sebab dah banyak garis-garis keluar dah..



Mahal giler lotion ni..hukhuk

Malynn:)

*P/S: Ramai kawan-kawan aku pun pregnant juga..so, nanti semua anak sebaya je..cam best pun ye jugak.. :)

Tuesday, January 10, 2012

Cucur Ikan Bilis, Kari Ayam & Telur Bistik

Sejak pindah rumah baru ni, tugas aku makin bertambah..dulu adelah setakat basuh baju, lipat baju, kemas rumah je..tapi ni dah tambah satu lagi..MEMASAK..sebabnya dah ade dapur & kitchen cabinet pun dah siap..kalau tak nak masak lagi, tak tahulah husband aku nak cakap ape kan..
Jadinye, balik kerja je aku akan pening fikir nak masak apa..selalunya nak yang mudah, cepat dan sedap..sebab badan pun penat dah kan..so far, aku ade lah masak ikan masak kicap, sambal ikan, sambal ikan bilis, sambal udang..senang nak masak sambal & so far sedap la juga..hahaha..

Semalam aku cari resepi dekat MyResepi.com..dan hasilnya..

Telur Bistik


Bahan asas ada dekat rumah..jadi senang nak masak..

Resepi:


3 biji telur
Daging/ Ayam Cincang
Garam

Campur semua dan goreng macam telur dadar biasa

Blackpaper secukupnya
1 ulas bawang merah -hiris
1 ulas bawang putih -hiris
3 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
1/2 biji tomato- dadu
Sayur - sukahati
Gula & Garam

Tumis bawang yang dihiris, masuk bahan2 lain..rasakan secukupnya..dan siap..tuang atas telur tadi..

Kari Ayam


Macam teringin nak makan, mak pulak jauh kan..hukhuk
 

Resepi:

1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar -mayang
2 ulas bawang putih -mayang
1 inci halia
Daun kari
Rempah kari 1 paket - bancuh dengan air
Santan 1/2 biji kelapa
Asam keping, garam, gula
7 lada kering - kisar
2 biji kentang

Tumiskan bawang2, daun kari, halia, lada kisar..pastu dah naik bau masukkan rempah kari..tambah santan pekat sikit untuk masakkan rempah..rempah dah masak, masukkan ayam & kentang..tutup periuk..nak bagi kecut..pastu masukkan santan..bahan perasa yang lain..masak lah sampai masak..

Kari Ayam ni consider sedap la kalau husband makan tambah 3 kali kan..pastu kalau dapat makan dengan roti canai mesti lagi sedap tapi stock roti canai segera dah habis..huhu

Cucur Ikan Bilis

Masak ni sebab nak avoid makan nasik 2x kali sehari..sebab kalau berat naik 3 KG jugak bulan ni, alamat next month aku kene kencing manis (masalah orang mengandung)..



Resepi:

2 cawan tepung gandum
1 cawan air - better air sejuk or air panas utk hasilkan cucur yang ranggup
2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu bear minyak
5 batang daun bawang
1/2 cawan ikan bilis
Sedikit serbuk kunyit
1/2 bawang besar - hiris
Minyak Untuk Goreng

Campur semua bahan kecuali minyak untuk menggoreng..

Selamat Mencuba!!

Malynn:)

Monday, January 9, 2012

BerSeri-Seri

Sejak aku pregnant ni, boleh dikatakan mane-mane aku pergi walaupun tak lah kemana-mane pun sekadar ke kedai, ke Cameron Highlands hari tu dan membeli barang-barang keperluan di Tesco..aku rase ramai je orang nak tegur aku..especially lelaki..

Tanye aku macam-macam..dan yang bestnye diaorang semua assumed aku tak kahwin lagi..siap cakap "Oh, duduk sini dengan adik ye"..huahaha..nasib aku ni isteri sedar diri..dan jawab, tak la "Dengan husband saya la.."..=p

Pastu semua panggil aku Cik, tak panggil aku Puan pun..panggil aku Adik dan bukan Kakak macam mase aku single dulu..padahal perut aku ni dah nampak ke depan dah..dan respond untuk menegur aku adalah lagi ramai dari mase aku single..

Mungkin ni kot seri orang mengandung..jadi extra lawa & kiut..huahaha..sila muntah..

Malynn:)

Mimpi

Dah dua hari aku mimpi aku mati..

Kelmarin aku mimpi aku dah mati tapi roh aku tak diangkat lagi..macam cerita Ghost Whisperer tu..yang boleh nampak roh aku tu, husband aku a.k.a boyfriend aku dalam mimpi tu dan adik aku je..tapi adik aku dalam mimpi tu bukan adik aku Dilla..tapi  budak lain..

Roh aku tak pergi lagi sebab aku ade mission yang nak diselesaikan..tapi dah lupa lak ape missionnye..settled je mission tu aku tulis surat kat adik aku dan boyfriend aku, cakap aku dah nak pergi dah..sambil nangis-nangis..sampai aku tersedar pun aku nak nangis..

Malam tadi lak, aku mimpi aku mati jugak..dan aku sedih sangat aku mati sebab baby aku tak tau nak bagi siapa jaga dan bela..sampai husband aku tanye "Sayang ni kenape nangis-nangis ni"..sebab aku dah ngingau nangis-nangis..tapi aku rase sampai saat ni pun aku rase sedih nak nangis sebab fikir kalau betul aku mati lepas deliver baby nanti, siapa nak jaga anak aku..tak kan nak harap husband aku..macam tak caya je dia boleh jaga baby tu unless dia kahwin baru pastu bini baru dia baik dan berhati mulia serta bersifat keibuan dan kemanusiaan, baru aku percaya anak aku nanti terjaga baik..insyaAllah, perbelanjaan anak akan aku wariskan harta yang ada pada dia walau tak seberapa..huhu

Jadinye, kalau malam ni pun mimpi mati lagi..maksudnye kene beramal ibadat lebih lagi..dan buat wasiat awal-awal...

Malynn:)