Followers

Monday, July 1, 2013

I'm missing him

Lagi berapa hari je lagi nak puasa kan..
Kalau puasa ni, arwah bapak aku paling suka..
Dia selalu khatam Al-Quran..kadang-kadang 2-3x khatam sepanjang puasa..
Dia tak larat sebenarnya nak puasa tapi dia tak pernah tinggal puasa..dia akan gagahkan diri untuk puasa..
Walaupun time berbuka tu dia dah tak larat sangat..
Dia kuat semangat..
Lepas tu, dia selalu bangun awal..dalam pukul 3 lebih..untuk solat sunat, mengaji..
Kiranya, kalau bangun sahur dia dah ada atas tikar sembahyang..

Dia tak adalah nak makan apa kalau berbuka tu..
Tapi dia kena makan nasi..lauk dia biasa lah..gulai lemak telur dan ikan tembakang..
Kuih pun tak sangat la..air selalu bagi teh..dia tak minum air ais..
Tapi kalau kitaorang balik, mesti dia nak ada makanan sedap-sedap untuk anak-anak dia makan..

Puasa kali ni memang berbeza..
dan tak tahu macam mana keadaan mak aku bila kena puasa sorang-sorang tahun ni..
Harap arwak bapak aku ok di sana..

Tahun lepas, masa raya dia ajak gambar sama-sama sebab takut tahun ni dia tak sempat...
So, ni jelah gambar last masa raya..
Dan tahun ni dia dah tak ada..untuk selama-lamanya..
Al-Fatihah...


-Malynn-

3 comments:

  1. Minggu first orang balik, kamu baliklah minggu 2nd, adik balik minggu third ke. Adalah mak teman hujung minggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang balik 14hb ni..pastu tengok la 26hb..

      Delete
  2. Kalau macam tu orang balik 20hb. Takdelah ada weekend kita tak balik.

    ReplyDelete